Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Hatiku

Rate this book
Arissa Putri ditukarkan dengan Syazwan Hafizi kerana ayah Arissa iaitu Tan Sri Badrol inginkan seorang anak lelaki bagi mewarisi empayar keluarganya.

Tanpa pengetahuan Tan Sri Badrol, Puan Sri Sharifah tega menukarkan anak sendiri dengan Hamzah dan Puan Latifah.

Arissa dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun hakikatnya Arissa sudah diberitahu dia hanya anak angkat dalam keluarga Hamzah.

Manakala Syazwan pula hidup dalam kemewahan dan kebahagiaan tetapi tidak dimaklumi dia hanyalah anak angkat Tan Sri Badrol.

Rahsia ini hanya Puan Latifah, Puan Sri Sharifah dan Arissa saja yang tahu setelah Hamzah meninggal dunia.

672 pages, Paperback

First published February 10, 2010

1 person is currently reading
24 people want to read

About the author

Pitteriah Abdullah

10 books33 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (42%)
4 stars
9 (34%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
4 (15%)
1 star
2 (7%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
June 15, 2013
mengambil masa yg agak lama juga nak menghabis buku nie... 4 hari... dgn kerja yg berlambak dan juga kesihatan yg kurang baik...

sebuah cerita yg sangat menarik... kisah seoarng anak angkat yg ditukarkan oleh keluarga nya.. kerana bapanya menginginkan seorang anak lelaki.. makanya setelah dilahirkan dia ditukar oleh ibunya...

huh... zalim betul mak dia... kerana takut diceraikan sanggup tukar anak sendiri... dan membenci anaknya.. hohhh.. sungguh zalim...

konflik melanda bila Arissa ingin berkahwin... sbb dia perlukan wali... jadi untuk menyimpan rahsia bahawasanya dia seorang anak angkat.. sanggup dia menolah pinangan si megat... aduhhh... kuciwa nya...

cerita yg penuh dgn suka duka dan pengorbanan seorang ibu dan kasih sayang seorang anak...
sangat mengundang emosi yg bukan sedikit... pasti air mata akan bercucuran la..

tapi pa yg pasti setelah derita pasti ada bahgia... sangat suka dgn ending nya... harus la happy ending... Arissa & Megat akhirnya bersatu..

so u guys.. boleh cari buku nie... walaupun dh lama berada dipasaran, tapi tie baru je jumpa buku ni masa PBS baru2 nie.. selamat menyelusuri kisah suka duka kasih sayang antara arissa dan keluarga angkatnya dan juga suka duka berhadapan dgn ahli keluarga kandungnya... tak lupa juga kisah kasih sayang antara Megat & Arissa...

happy reading u guys...
"Membaca dgn Hati...Menilai dgn Akal..."
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
July 1, 2021
Sebuah karya genre kekeluargaan dan ada sedikit kisah cinta. Garapan dan olahan yang kurang mantap buat saya lambat nak habiskan buku ni. Monologue lebih banyak dari dialogue buat pembacaan saya sangat perlahan.
Kasih sayang Ummi untuk anak-anaknya boleh dibuat pengajaran. Rahsia yang terpendam agar dapat membahagiakan orang lain namun pengorbanan Ummi membawa padah.
Ketiga-tiga anak Ummi, Huzir, Haikal dan Dania marah bila Arissa menolak lamaran Megat Rafiqin.
Bila Rafiqin bawa diri ke Dubai, Arissa rasa bersalah kerana dia juga mencintainya Rafiqin tapi terpaksa pendam perasaannya demi Ummi.
Banyak watak namun sayangnya tidak dapat membantu atau menyokong jalan cerita. Isi cerita pun agak menarik tapi tidak berkembang dan plotnya hilang ke mana.
Keseluruhan cerita yang hambar dengan sesetengah bahagian yang meleret-leret dan berulang cukup membosankan.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.