Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Untuk Disewa

Rate this book
Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal.

Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah!

Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta.

Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah.

592 pages, Paperback

First published January 20, 2013

8 people are currently reading
185 people want to read

About the author

Lynn Dayana

52 books64 followers
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.

Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (36%)
4 stars
64 (37%)
3 stars
36 (21%)
2 stars
4 (2%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
February 13, 2013
 photo 4_zps2c0b6b53.jpg
Cinta untuk disewa was a unique story as the characters themselves. I loved it. i was full of emotion reading this book.

 photo 5a_zpsc91a7133.jpg
sad... anger... frustrated... happy... pity...

anis suka iskandar, tetapi iskandar pilih orang lain.
anis suka kamal tetapi kamal menolak disebabkan alasan tidak mahu apa2 terjadi pada anis
muncul ashraf yang suka pada anis, tetapi anis masih menyukai kamal

 photo tumblr_mf4weaMyGb1rmzcouo1_500_zps3ee1546c.png
bila kita suka seseorang.. pilihlah yang sayang pada kita... yang baik dengan keluarga kita.
bila orang tak suka, doakan yang terbaik untuk dia.

 photo 6_zps436cec8a.jpg
i am truly happy that anis turned out to be a wonderful woman and choose ashraf. padanlah muka kamal.. dah beri harapan, tiba2 menolak lepas itu mencari balik. mujur anis membuat keputusan yang tepat.

 photo f4_zps11d36113.jpg
kisah ini diceritakan dengan begitu baik. adakala sha tersenyum.. adakala sha menangis.. dan adakala sha geram sangat. mula2 sha suka dengan kamal, tapi tingkahlaku dia yang tarik tali, eeee sakit hati.

 photo f_zpsf965e587.gif
banyak genre kita boleh baca disini, romantik, thriller, kekeluargaan, persahabatan dan penyiasatan, pendek kata lengkaplah.

 photo f2_zps44029de3.jpg
nilai2 persahabatan menjadikan cerita ini bertambah menarik. kisah thriller pula buat sha cuak, terasa seperti sha berada disitu.

lain dari yang lain. recommended
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
February 11, 2013
Cinta untuk disewa mengisahkan Anis Sofea seorang gadis biasa tetapi sering didatangi oleh mereka-mereka yang menghadapi masalah dalam cinta. Anis mendapat julukan sebagai Doktor Cinta oleh rakan-rakannya sendiri.

Membantu mereka yang manghadapi masalah di dalam percintaan bukanlah syarat Anis sendiri berjaya di dalam kehidupan cintanya. Benarlah cakap-cakap orang. Bercakap itu lebih senang daripada melakukan.

Anis sendiri terperangkap dengan rasa cinta terhadap Iskandar. Rakan karibnya sendiri. Namun cinta sebelah pihak itu disimpannya kemas. Sedaya upaya dia melindungi perasaanya terhadap Iskandar. Tapi bila cemburu mula menguasai, Anis gagal dalam membendung perasaannya.

Sejak Iskandar bertemu cinta sejatinya Dayang Sufiza, Anis mula menjeruk rasa. Perasaannya itu hanya disedari oleh Hafiz juga merupakan teman karibnya dan Iskandar.

Kisah cinta Anis tidak berhenti di situ saja. Bertemu dengan Maryam, kawan kepada rakan karibnya Jenny yang juga kembar kepada Iskandar mengheret Anis kepada Kamarul Bahrain aka KB. KB bekas polis yang misteri itu, berjaya mengocakkan hati Anis.

Maryam yang meminta Anis menyiasat tentang kehidupan KB bakal tunangnya.

Anis di dalam masalah. Masakan dia bercinta dengan KB. Sedangkan dia sedang menyiasat KB untuk Maryam. Namun segalanya berubah bila KB juga punya rasa yang sama dengan Anis. Masalah menjadi semakin runcing bilamana Maryam yang mulannya membenci KB nekad mahu memiliki lelaki itu. Lalu Anis dituduh perampas.

Belum pun sempat Anis memadam nama KB dari hatinya, muncul pula Ashraf Hadi. Lelaki yang serba cerewet. Menjengkelkan pada mata Anis Sofea. Ashraf yang serba-serbi nak sempurna. Namun sejak satu kejadian berlaku terhadap Ashraf Hadi lelaki itu mula berubah. Dari kelat bertukar manis. Manis mengalahkan gula. Lalu Anis kadang-kadang menjadi larut di dalam perhatian Ashraf.

Lalu siapakah lelaki yang mampu memiliki cinta Anis? Betulkah cinta itu hanya untuk disewa saja?

Ulasan:

Macam biasa novel-novel Lynn Dayana memang mampu memikat. Cuma kali ini, bagi saya cinta untuk disewa ini agak berat berbanding novel-novel LD sebelum ni. Bukan berat pada tema ceritanya, tetapi berat dari segi emosi. Watak Anis tu memang berat. Rasa sepanjang baca kita pun emosi sekali. Tahniah LD kerana berjaya melakar watak Anis lain dari watak2 sebelum ni.

Dan macam biasa juga, setiap novel Lynn Dayana tak lepas dari elemen misteri. Cuma kali ni, elemen tu hadir agak lewat sedikit. Dekat-dekat nak tamat jugak lah. Apapun kali ni, misterinya lebih mendebarkan.

Dan last sekali. Terima kasih sebab pilihkan si dia itu untuk menjadi pemilik cinta Anis. Hahaha. Berdebar sangat. Takut-takut ada sesuatu jadi pada si dia tu. Rasanya di hujung-hujung babak suspen tu, sengaja dibuat twist. Pada saya, twistnya menjadi okey. ^^
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 25, 2017
NLB
Dah lupa jalan ceritanya..tak ingat pun pernah baca until part Maryam dan Maryana..ohh baru teringat the whole story..Mana aci..dah nak hampir tamat dah..realised that ini novel pertama dia yg saya baca and saya lebih memilih ini dari her latest novel..cinta terlebih gula.

Whatever it is..saya mmg Team Ashraf sebab bagi saya dia tak hypocrite unlike Kamal yg hati tak pernah tetap..As much as I dislike Izrin tapi dah jodoh diakan..kita nak kata apa..it take someone to lose something before they learned how to appreciate the other being.. XD
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
September 29, 2013
Menarik!
Dah lama sebenarnya tak baca novel genre sebegini bila asyik disajikan kisah kahwin paksa je.

Tak suka Iskandar, suka Kamal tapi Ashraf yang terbaik.

Pilihlah orang yang sayang kita......

Walaupun permulaan agak slow (memang slow sampaikan berminggu2 tak gerak2...huhu) tapi bila berlakunya kejadian yang menimbulkan misteri barulah mood semakin rancak. (1 hari je terus habiskan...hehe).

Kalau dah jiwa tu suka kisah2 kepolisan. ;)
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
February 10, 2017
Setelah pelbagai ujian dilalui oleh Anis Sofia dan insan-insan sekelilingnya, pengakhiran yang manis untuk semua.

Alhamdulillah.. terima kasih penulis.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
April 19, 2013
Anis Sofia sangat perahsia orangnya sebab itu dia berjaya sebagai penyiasat sambilan. Dia bijak menyelesaikan masalah hati orang lain namun masalah hatinya amat sukar untuk di selesaikan. Mula-mula Anis menaruh hati pada Iskandar, kembar Jenny iaitu teman baiknya. Tetapi Iskandar tidak pernah perasan akan kehadirannya. Anis menangis bila Iskandar mahu bernikah. Perasaannya dipendamkannya sahaja. Di saat yang sama, dia dikenalkan dengan Kamarul Bahrin (Kamal). Mereka ada keserasian tetapi perasaan mereka tidak pernah diluahkan. Hanya hadiah bunga, kad dan kemunculan Kamal dimana saja dia berada. Ketenangan Anis mula goyah bila Maryam terbunuh. Izrin Aisya pula timbul mahu merebut Kamal. Kamal mula menjauh dan kata-katanya pada Anis mula kasar. Anis keliru dan hatinya bagai dicarik-carik. Siapa dia di hati Kamal? Kamal tidak mahu beritahu. Anis mula berkenalan dengan Asyraf Hadi. Dia adalah klien Anis. Pada mulanya, Asyraf nampak sangat cerewet dan tidak munasabah. Tetapi lama-kelamaan Asyraf boleh bergurau dan dia amat prihatin akan kebajikannya. Bila nyawa Anis terancam, Asyraf dapat mengesan dimana Anis berada. Asyraf juga berkerjasama dengan Kamal untuk melindungi Anis. Bila orang yang ingin membunuh Anis dapat ditangkap, Kamal bercadang untuk bernikah dengan Izrin. Dia mengaku bahawa dia tiada rasa sayang atau cinta untuk Izrin. Cuma ada rasa tanggungjawab dan kekesalan atas peristiwa silamnya yang menyebabkan kakak Izrin terkorban. Anis amat terluka dengan sikap Kamal dan dia nekad ingin bernikah dengan Asyraf sebelum pernikahan Kamal dengan Izrin. Anis meminang Asyraf. Bila Kamal dapat tahu akan rancangan Anis, hati Kamal mula goyah. Izrin berkecil hati dan bertindak meninggalkan Kamal. Kamal cuba memujuk Anis untuk kembali padanya. Tetapi hati Anis sudah bulat. Dia memilih Asyraf. Bila dapat berita yang Asyraf telah ditimpa kemalangan, Anis rebah. Dia tidak mahu kehilangan Asyraf. Kasih telah bertaut. Akhirnya, Anis dapat mengecap bahagia bersama Asyraf.
NB: Saya doakan agar penulis cepat sihat dan dapat menyumbang lagi dalam dunia penulisan ini. Amin!
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
May 16, 2014
aku follow setiap karya lynn dayana.
baca sinopsis je dah boleh teka Anis akan end up dgn siapa (ada 3 calon). kalau siapa yg baca karya2 lynn dayana sebelum mgkin juga mudah je nak teka siapa yg lynn akan pilih utk heroinnya :-) save the best for last nyer stail. hehe

lynn dayana sentiasa ada sudut pandang yg berbeza dalam menyampaikan kisahnya, masih loyar buruk dan itulah yg menceriakan penceritaannya.

aura kamarul baharin memang paling menyerlah antara ketiga tiga jejaka yg menyentuh hati Anis tapi aku tak mahu Anis pilih dia. Pilih dgn akal, bukan dgn hati.semata mata :-)

"Job" Anis memang lain dr biasa. Dah mcm detektif tak berlesen. Berani dan cari padah nyer keje. Membawa kepada suntikan thriller dalam hidup Anis yg suka melayan perasaan sedih.

sure fine whatever
Rinn
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
February 7, 2015
Full with a countless feeling
Happy, sad, anger, hatred, fool, frustrated....and so on
Really frustrated when Iskandar got his own choice
Really mad when she's not telling Iskandar how she felt
More devastated when Kamal pushed her away even with his own reason They should communicate openly about their feelings.....communi­cation is the key kan..... Really like Hafiz seems he's the only one who understand her
But like people say we should choose a person who really love us not other way around Ashraff is the best for her

Really love the story.
Profile Image for iam.Fuzy.
17 reviews1 follower
March 31, 2018
Pada Anis, Kamal amazing, Anis pada Kamal sangat breathtaking. Pertemuan secara tidak sengaja dengan Anis disuatu majlis membuat Kamal tidak keruan dan tertanya siapa sigadis yang memikat hatinya. Tugasan yang diberkan Maryam bakal tunang Kamal untuk menyelidiki siapa Kamal diharapkan Anis tugasan untuk mengalih rasa sedih terhadap Iskandar yang akan berkahwin. Namun bagi Kamal itu menjadi kredit umpama datang menyerah untuk dia lebih mengenali siapa Anis. Kamal bukan calang-calang orangnya, bekas anggota polis dan kerjaya sebagai penyiasatan persendirian membuat Kamal bertindak lebih langkah dari Anis. Malahan setiap intipan Anis lebih mendekatkan Kamal kepadanya dan membuat dunia Anis tunggang terbalik dengan sifat perihatin dan kasih yang bersahaja membuat Anis jatuh hati namun cuba dinafikan kerana conflict of interest.

Kisah cinta thriller yang mendebarkan dan menyesakkan jiwa.

Nak tahu lebih lanjut? http://www.umifuzy.com/2017/10/review...
Profile Image for Suraya (thesuraya).
790 reviews227 followers
October 5, 2023
Haih memang jatuh suka betul la dengan gaya penulisan Lynn Dayana ni. Sama macam Zahra (from CTG), Anis Sofea ni pun salah satu female lead yang best. And as always, LD wrote male characters yang selalu mencairkan hati sanubari hahahah.

Semoga suraya murah rezeki so I can buy all of LD's books, amiiiin (geram betul bila tengah sengkek pastu jumpa author best yang kita nak collect buku dia tapi tu la. Sengkek.)
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
July 16, 2013
Anis Sofia adalah seorang Dr. Cinta yang suka menyelesaikan masalah perhubungan pasangan. Memang dia dibayar lah dgn kerja ni. Tapi masalah cintanya je x pernah2 selesai.

Permulaan cerita..kita dapat lihat akan kuatnya persahabatan antara Anis, Jenny, Arman, Hafiz, dan Iskandar. Antara 5 orang ni..Anis je orang luar. Yang lain2 bersaudara..Jenny-Iskandar(adik-beradik) sepupu kepada Arman n Hafiz. Memang suka sgt dengan persahabatan diorang.

Memang dpt rasainya bertapa rapatnya mereka. Lepas tu memang rasa terkilan bila Iskandar buat Anis mcm tu walaupun Iskandar sebenarnya x tau pun perasaan Anis kat dia. Yang paling terasa bila Iskandar cakap dgn Anis..kalau masing2 da berumur 30tahun..Iskandar nak pinang Anis. So bg Anis mcm Iskandar bg harapan kat Anis untuk bersama. tapii..tup3..x sampai pun sebulan..Iskandar boleh kata dia nak berkahwin dgn org lain..baru kenal pulak org tu....Warggghh...dapat rasa bertapa kecewanya Anis. Tapi sgt tabik kat Anis..dia dpt sorokkan perasaan dia walaupun Jenny dgn Hafiz tahu.

Lepas Anis melepaskan Iskandar, hadir seorang jejaka. Perkataan pertama Anis sebut.."he is amazing" (kalau x silap la). So sy dpt agak..Kamarul Bahrain a.k.a Kamal a.k.a KB adalah hero dalam novel ni..yeah!! Dapat rasa bertapa karismanya Kamarul Bahrain. Buat sy pun jatuh cinta bila dia pandang x lepas si Anis. Tapi...sgt kecewa...rupanya2 Kamal ni bakal tunang Maryam kwn si Jenny.

Maryam ni sbnrnya x suka Kamal..so dia upah Anis utk siasat pasal latar belakang Kamal. So Anis terima..upah pun lumayan..tp skodeng punya skodeng..rupanya Kamal ni lg bijak..haha..Anis yang diskodeng Kamal dulu.. APalagi gelabah la Anis..Rupanya si Kamal ni ada company penyiasat persendirian..Lepas tu bekas Polis lak tu. Masa ni dapat lihat la..Kamal ni memang ada hati kat Anis..sukaaaa!!!..Dari situ la perkenalan diorg...

Lepas Maryam dapat tahu, Kamal ni ada hati kat Anis..apa lg..dia macam x puas hati..tetibe meroyan..(kata x suka...tp x ley terima Kamal suka org lain).. So dia memang nak jugak bertunang dgn Kamal. Kamal pulak serba salah dgn family then perasaan nya dgn Anis. Walaupun x luahkan perasaan cinta kat Anis..memang dapat agak..Kamal ni sgt suka Anis..sgt sweet cara dia memikat..bg bunga siap pasu..setiap hari pulak tu..

Anis pulak kalau boleh dia x nak dianggap sebagai perampas tunang org. So masa Kamal nak bertunang..dia melarikan diri. Lepas tu dia dapat tahu..Kamal masuk hospital. Maryam terkorban. Sbb Maryam ni mengacau Kamal masa Kamal jalankan tugas. So Kamal ni terasa bersalah. Anis datang pun dia x nak jumpa. Sbb dia rasa sesiapa yang dekat dengan dia pasti akan terkorban. So dia kata kat Anis anggap mereka x pernah kenal. Sgt sedih time ni. Anis memang cuba untuk lembutkan hati Kamal. Tapi..Kamal ni suka jual mahal. Kamal ni sebenarnya ada sejarah. Dulu pun dia ada suka kat someone n org tu pun mati. Tu yang dia takut tu nak terima sapa2. Lepas tu muncul Izreen (adik kepada first love dia yg mati tu). Yang geramnya dgn Izreen boleh pulak si Kamal ni layan.. Anis??

Dalam pada masa nk pujuk Kamal.. Ashraf seorang yang cerewet muncul. Ashraf ni pun salah seorang client dia jugak. Ashraf ni upah Anis jadik gf dia utuk satu malam bawak p reunion kalau x silap. Ashraf ni cerewet2 tu pun kelakar jugak. Dia pggil anis dgn nama Sofy. Anis pulak dalam hati boleh cakap..ingat aku tuala wanita ke..haha.. Tapi sekejap je cerewetnya si Ashraf..lama2 ni Ashraf ni jatuh cinta kat Anis. Mula la memikat.. Ashraf ni sgt kelakar..dan pandai ambil hati Anis dan buat Anis tersenyum. Sy pun mula suka kat Ashraf sbb Kamal tu sgt menyampah sbb suka tarik tali.

So antara Kamal n Asyraf..sapa yg Anis pilih?? Memang sgt mendebarkan la diakhir cerita ni..;)
Profile Image for Isabellarose Y..
8 reviews
March 4, 2015
I pick this book because I had stuck reading Losing Hope. Maybe its because I've expect what will happened because this is Will's POV but I hope it still has an element of surprise like in This Girl. Another reason I read this book because the author is famous for her romantic and cheesy lines. Want some fun book. :D

After four months I've pick a Malay book, so this is my review.
------------------------------------------------------------------------------

Courage. one to face extreme dangers and difficulties without fear; strength in the face of pain or grief.

description

A story about Anis, a girl who loves besides herself. Sacrifice anything for her friends's sake and her clients. She works as an editor and also, a love expert. She loves her best friend, Iskandar but it was one sided love kind. Then, she met Kamarul or KB. Both of them has unique kind of way which makes them attracted to each other. However, one of her clients who asked her help about Kamarul makes Anis once again hide her true feelings. Ashraf, another person who makes Anis life in chaos as he always besides her even she didn't like him and wants someone else. In the end, she found her true love.

When you read Lynn Dayana's books, be careful who you choose to be the hero. I have one case with this author that I cried a lot because unexpected turn of events in Jika Benar Cinta. This time around, I like KB at the middle of the story but I feel something awful will happen. I accidentally saw who will Anis choose in Goodreads and makes me down for a bit. I trust this author why she choose this guy so I continue reading it.

I sympathize with Anis's story because she loves two guys who can't love her back ; her best friend who loves someone else and a guy who loves her but can't accept her. After many obstacles happen to her, Anis fed up with herself and she fight for her love, truly. Anis has the right to choose the right guy who can brought her till Jannah. But God has another plan for her. Kak Lynn Dayana, thank you for giving her the man she deserves. :')

Another key point to this story is friendship. Anis is a lucky girl who has four best friends who wish her for her happiness. Especially Jenny, Iskandar's twin sister. My favorite part was when Anis's emotional breakdown on her love life, Jenny stay beside her, comforting Anis. "True friendship comes when the silence between two people is comfortable." Oh! This is not a fun book but emotional journey.

A piece of my mind but can be a spoiler ;) ->

End note: Fight for your love and never give up. "Losers are people who are so afraid of not winning they don't even try." ⋆⋆⋆⋆

This review posted here : The Secret Life of Daydreams~
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
August 29, 2013
Anis Sofea…dia ni digelar Doktor Cinta kerana kepakarannya menyelesaikan masalah cinta sesiapa saja yang mahukan perkhidmatannya. Tapi, pada hakikatnya… masalah cinta dia pun berserabut…sampai kepala otak Nisa pun berserabut sama…haihhhss (-_-“)

Anis berkawan rapat dengan Arman, Hafiz dan pasangan kembar…Iskandar dan Jenny sejak umur belasan tahun lagi. Bila dewasa, Anis jatuh cinta dengan Iskandar…Tapi hanya pendamkannya dalam hati… Iskandar pernah cakap pada Anis… Jika, dia tidak bertemu gadis idamannya…baru dia akan meminang Anis…Anis kecewa, dia merasa dia hanya layak sebagai pilihan terakhir buat Iskandar….Iskandar kemudiannya bertemu dengan seorang gadis Brunei…Dayang Sufiza dan dia mengambil keputusan untuk berkahwin, walaupun baru saja mengenali gadis itu. Anis kecewa dan cuba membuang perasaan cintanya pada Iskandar.

Anis meneruskan kerjanya sebagai doctor cinta, apabila salah seorang clientnya Maryam (rakan Jenny) memintanya menyiasat tentang Kamal… Lelaki pilihan keluarga keluarga Maryam. Kamal ni, ada syarikat penyiasatan sendiri…bila Anis menyiasat Kamal, sudahnya hati dia yang disiasat… ^ ^ Dua-dua mula suka dalam diam… Tapi, kerana sesuatu pernah berlaku dalam hidup Kamal…Kamal dok main tarik tali. Kamal keliru antara Anis, Maryam dan Izrin… Kamal seperti memberi Anis harapan, kemudian Anis ditinggalkan tanpa jawapan…Yang Maryam ni pula…sengal. Suruh Anis siasat sebab dia taknak pada Kamal… dia dah ada kekasih. Alih-alih, dia paksa Kamal bertunang dengannya…boleh pula, dia serang Anis..Gila. Anis cuba lupkan Kamal dan pergi bawa diri ke Kuantan.

Selain Maryam, Asyraf Hadi juga client Anis…Asyraf ni seorang lelaki cerewet.. dia minta Anis menyamar sebagai kekasihnya pada hari reunion sekolahnya. Asyraf sebenarnya sukakan Anis…Bila Anis ke Kuantan, dia pergi ke rumah kawannya…Qaira, rupa-rupanya Qaira dan Asyraf dua pupu… Asyraf pun gunakan peluang itu untuk mendekatkan diri dengan Anis. Anis tak nak hatinya terluka lagi…jadi, dia layan Asyraf ni sebagai kawan saja.

Bila Anis pulang ke KL, dia mendapat berita Kamal dicederakan dan Maryam pula dibunuh… juga berita Kamal dan Maryam tidak jadi bertunang..membuatkan Anis berusaha untuk mendapatkan cinta Kamal… Tapi, Kamal pula tidak mahu Anis terus mengharapkannya lagi…kerana baginya mana-mana wanita yang dekat dengannya akan bernasib malang… tapi, si Izrin, di layan pula… ntah apa-apa ntah.

Anis mendapat ugutan bunuh..tapi menganggap hanya perkara remeh. Anis terlibat dalam kemalangan yang dirancang dan koma. Sepanjang dia koma, Asyraf sering berada disisinya… bila dia sedar dari koma. Dia memberitahu..orang yang melanggarnya adalah Izrin. Kamal berusaha membersihkan nama Izrin. Anis sekali lagi cuba dibunuh…dan dia memberitahu Kamal…suara orang yang cuba membunuhnya seperti suara arwah Maryam. Kamal menuduh Anis sekadar mereka cerita kerana masih mengharap cintanya. Anis kecewa dan pergi menyiasat sendiri…dan membuktikan dia di pihak yang benar. Dalangnya..seseorang yang rapat dengan Maryam…

Setelah semuanya selesai, Kamal membuat keputusan untuk berkahwin dengan Izrin… Anis nekad untuk tidak mahu menunjukkan pada Kamal, dia seorang yang lemah… Dia membuat keputusan untuk meminang Asyraf dan mengajak Asyraf bernikah dua minggu lebih awal dari Kamal. Mendengar kan berita itu, Kamal membatalkan perkawinannya dan meminta Anis kembali padanya…pada hari pernikahan Anis, Asyraf terlibat dalam kemalangan…dalam perjalanan ke masjid kereta yang dinaiki Asyraf bertembung dengan lori.
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
March 3, 2013
Bukan senang nak gapai pelangi indah selepas hujan yang nun di hujung sana. Itu yang boleh KakChik fikirkan bila dah khatam karya terbaru dari LD.

Anis Sofia: Perjalanan hidup Anis Sofia yang penuh duka bila berhadapan dengan persoalan hati. Dia yang dikenali sebagai doktor cinta bukanlah insan yang terpilih untuk melalui jalan cinta dengan senang hati. Dia selalu jatuh cinta pada orang yang salah. Iskandar, sahabat baik yang dikenali sejak belasan tahun. Namun sinar cinta di mata Anis tidak pernah ternampak oleh Iskandar yang bertukar teman wanita bagaikan bertukar baju. Kamal pula yang dahulu menanam rasa cinta di hati Anis, menolak Anis jauh dari hati tanpa Anis ketahui sebabnya. Teruknya impak kecewa Anis sehingga dia berubah menjadi seorang yang lebih perahsia. Ashraf pula klien Anis yang tidak pernah jemu untuk menagih Sofy. Siapa pilihan Anis di saat lelaki yang dia impian datang meminta peluang di saat dia sudah sedia memberi hatinya untuk lelaki lain.

Iskandar: Lelaki yang bagaikan hilang dari hidup Anis Sofia setelah dia bertemu jodoh dengan Dayang Sufiza. Namun rasa sayang dia pada Anis tidak pernah padam sebagai seorang sahabat. Kembarnya Jenny pula seorang yang sentiasa memberi semangat untuk Anis bangun walaupun Anis amat jarang bercerita kisah hati dengannya.

Kamarul Bahrain: Lelaki yang disiasat Anis, lelaki penuh misteri namun pertama kali bertemu Anis sudah terpikat. Namun lelaki ini tega melepaskan cinta disebabkan rasa bersalah dengan masa lalu. Kehadiran Mariam dan Izrin pula makin menambahkan kecelaruan hati Kamal dan impaknya jatuh kepada Anis.

Ashraf Hadi: Pertemuan pertama mereka, sudah meninggalkan kesan yang tidak enak di hati Anis. Ashraf yang dominan dan suka menunjukkan muka serius, suka membuli dan mahu semua kemahuannya dituruti. Walaupun begitu selepas, tugas pertama yang terlaksana telah mengubah Ashraf kepada yang lebih positif. Kali kedua bertemu, Anis sudah dapat merasai ada getar di hati Ashraf. Namun, kenapa hatinya tidak pernah mahu jatuh kepada lelaki itu yang sudah terang-terangan menghantar isyarat hati.

Keseimbangan semua watak utama lebih didominasi oleh Anis, Kamal dan Ashraf. Walaupun pada permulaan bab pertama sedikit perlahan dan kurang menyerlah tetapi diakhir penutup jalan cerita ini agak mengujakan dengan diselitkan dengan sedikit unsur misteri dan thriller.

Jalan penutup yang manis untuk seorang yang jatuh berkali-kali dalam perjalanan hidupnya.
Profile Image for Miss Ai..
12 reviews14 followers
May 5, 2013
Jujurnya, kalau ditinggalkan review di sini, jawabnya habislah segala spoiler bersepai, berterabur, berselerakan bakal ditinggalkan. Sebabnya, jari dan kepala sama-sama tidak stabil emosinya.

Jalan ceritanya seperti biasa:- menarik, menghiburkan, menyentuh rasa, berselirat di sini, sana, dan tengah jalan akan ada twist daripada penulis.

Cuma, cuma, boleh tak nak menangis dekat sini sebab ending cerita tak seperti yang diharapkan? *menangis*

Good job, Lynn Dayana. Cerita yang ending tak seperti diduga, bagi saya penulisnya kreatif. Dan kreativiti itu selalu ada harga lebih untuk dibayar. Cuma kali ini, yang membayarnya adalah saya yang membaca. *Sambungmenangissebabendingnya..

Konklusinya, 4 bintang. Ya, saya memang tidak besar hatinya sebab tak nak bagi bintang penuh semata kerana ending bukan kegemarannya saya. Ha ha.
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
June 8, 2014
tidak menghampakan dr penulis berbakat..tapi sgt la tak puas hati..tak puas hati ngn iskandar..tak puas hati ngn ashraf..tak puas hati ngn kamal..iskandar sbb igt dia watak utama..konon2 tak puas hati sbb x puas part iskandar..tapi part iskandar realiti sguh la..tak semua cinta akan berbalas kn..kira syok sendiri pn ada gak..kamal lak skjp nak skjp tak nak..klo da suka tu ckp je la suka..ni tidak..buat angin satu badan je..ashraf pulak...tak la berharap akhir dgn anis..igt watak tempelan je..rupa2nya watak utama..so tak puas hati..part sangat skit kot...nasib baik la lepas kawen tu ada la part2 dorg..boleh tak buat part dorg je lepas kawen...so sweet la ashraf pas kawen ni..jeles kita..
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
June 19, 2020
Super best naskah ni. Semua rencah ada. Major love kat Ashraf & Anis ❤️
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
November 21, 2015
Cinta yang unik....
First time membaca novel penulisan beliau.. Penulisan yang banyak unsur2 nasihat sebenarnya...
Cinta yang terpendam oleh Anis kepada Iskandar sabahat baiknya. Sampai ke akhir cerita Iskandar tak tahu Anis suka kan ye...huhu!!! Malah Anis lebih utamakan Persahabatan dari perasaan hatinya wpon dia terpaksa merintah seorang diri...

Kamal & Ashraf datang ketika Anis dalam mood kesedihan yang di pendamkan...
Tapi Anis lebih suka menafikan perasaan hatinya bila 2 jejaka ini hadir menyerikan hidupnya... Bagi Anis mungkin ini hukum karma untuknya...
Tapi tak sangka nak last2 ending Anis jadi WANITA yang BERANI yang aku tak sangka2... he he!!! ~rasa2 ye aku pon tak akan seberani dia la.

Terbaik buat penulis yang pertama kali membaca penulisan beliau. walaupun ikutkan penulis ni dah kuarkan lebih dari 5 novel rasanya tapi baru kini aku dapat memiliki & membacanya...
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
March 29, 2013
As a whole, this book is interesting! The author makes it interesting by asking us to keep on guessing who Anis would end up with. During my reading i kept switching back n forth between the 2 guys. Wont tell u whom coz it would be a spoiler. The suspense is also killing me n i ALMOST SEVEN times itching to read the end of this book. All i can say is, my mind is very tired by the time I finished this book. Hahaha.... N oh! The mystery, Not bad...
Profile Image for Kella79.
50 reviews2 followers
December 22, 2013
suka novel ni..paling sy suka part anis lamar ashraf..waa..lucu dn berani sgt c anis..wpn dalam hati berperang antara berani dn takut.pengakhiran yg sy rasa baik walaupn sy rasa ramai yg tk suka.to be honest sy tk suka kamal ngan anis..kamal seorang lelaki yg penuh konflik..dia memang serasi ngan anis dr sikap dan sifat..tp tak sesuai utk hidup bersama..thumbs up lynn dayana c penulis CUD..like it so much
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
April 13, 2014
Buku pertama Lynn Dayana yg saya baca. Sy tertarik dgn presentation dia. Pada saya lain dari penulis lain. Tersendiri. Sy akan dapat kan buku Lynn Dayana yg lain untuk buat perbandingan.

Tapi keseluruhan nya Cinta Untuk Disewa tidak mengecewakan, lari dari topik yg biasa kita baca dan membincangkan mengenai mereka yg melihat org ditimpa perasaan dan sendiri ditimpa perasaan. Byk perbezaan nya Menasihat kan org tentang cinta dan sendiri ditimpa perasaan cinta, memberi rasa yg berbeza...
Profile Image for Diana.
27 reviews1 follower
November 22, 2013
Penat sebenarnya menjadi seorang Anis Sofia! Membaca kali ini bagai menaiki roller-coaster. Geram sungguh dengan segala yang berlaku pada Anis - kasihan Anis.

Iktibarnya:
1. Janganlah mudah jatuh hati.
2. Namun permudahkanlah rasa kasih sayang kepada yang lebih berhak - suami!
3. Bercinta selepas nikah kahwin adalah lebih baik & berlipat ganda pahalanya.
Profile Image for Umi Kalsom.
16 reviews2 followers
February 14, 2013
tahniah kak lynn atas kelahiran novel yg ke 7...keseluruhan cerita ni bagus tapi di akhir bla anda mula sentuh pasal masalah psikiatri yang mana coraknya lebih kurang dgn cerita2 yang sebelumnya,saya dah hilang minat nak baca...mungkin boleh perbaiki dari segi itu on your next novel...tq
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
April 10, 2013
sebenarnya buku nie dah lama tamatnya... 5/4/13...
tapi lambat nak update kat sini...
biasa la bz... kekekkekek....
so u all's... buku nie best... boleh beli dan baca.. nak review panjang2 x pandai la...
jadi.. baca dan hayati sendiri....
baca dgn hati.... nilai dgn akal....
2 reviews
July 25, 2023
Terhibur sgt baca buku ni. Bagi sy watak Anis unik. Dan yg paling saya suka karakter Kamal. Mysterious & amazing guy ;)..
Profile Image for Faiqah .
4 reviews
February 20, 2013
Permulaan yang agak perlahan.Namun menginjak hampir ke tengah novel ini makin menarik.Unsur saspens yang mendebarkan.Sentiasa terbaik daripada lynn dayana.
7 reviews
June 26, 2013
Asyraf Hadi ._. Dia something ._.
And lol first novel yang saya baca dimana perempuan melamar lelaki.
Profile Image for Gina.
Author 11 books97 followers
February 24, 2013
Very lame jokes. Very real feelings. Predictable yet attractive. A good read indeed!
Profile Image for Lexicon Aficionado.
98 reviews4 followers
March 28, 2017
Jalan cerita yang menarik dengan watak-watak yang menarik juga. Geram juga dengan Kamal tapi Ashraf ternyata lebih berwibawa walau tidak jelas seperti Kamal. Tapi lambat juga nak baca cerita cinta Anis sendiri dan segala yang terjadi padanya sangat mengejutkan.
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.