Buku ini dikira sebagai rare juga dan ini adalah buku pertama yang diterbitkan tentang penjajahan Jepun di Malaya. Ada perkara-perkara baru yang ditemui di sini yang sebelum ini tidak pernah saya dengar atau perasan. Antaranya adalah hadiah Fifty Millions Dollar yang perlu diberikan oleh masyarakat Cina kepada Maharaja Jepun. Yang menyebabkan mereka perlu bergolok gadai dan meminjam di sana sini untuk mencukupkam jumlah yang diperlukan. Satu lagi adalah perjuangan I.N.A dibawah pimpinan Chandra Subha Bose. Iaitu perjuangan membebaskan India dari luar yang dijanjikan oleh Jepun. Ini bukan pertama kali saya dengar, tapi detailnya ada di dalam buku ini. Walaubagaimanapun penulis buku ini adalah penjilat British.