Kitab Terfaktab : Sarkastik Cinta. Sebuah kitab edisi ketiga yang diisi dengan pelbagai titik pandangan dari pelbagai latar penulis. Berkarya melalui pelbagai latar gaya dan pentas demi sebuah kitab. Bukan sebuah himpunan karya klise berbicara tentang kegelian cinta. Generasi muda bersama-sama mengorak rasa di bawah satu nama; Terfaktab.
Err... macam mana ya nak cakap pasal buku ni? Dia lebih kurang macam kita keluar dengan kawan-kawan. Lepas tu duduk di satu kafe. Bukan kat bahagian dalam kafe, tapi kat bahagian luar. Yang tak berbumbung. Duduk melepak ramai-ramai. Waktu malam. Langit meriah. Ada bintang-bintang. Sambil minum-minum, mata sikit-sikit tertengok ke layar putih yang disambungkan ke TV LED. Kemudian, salah seorang buka topik. Tentang apa itu cinta. Dan, masing-masing berhujah dengan pendapat sendiri. Hah, lebih kurang macam tu lah isi buku ni.
Sarkastik Cinta. Setiap daripada kita punyai pendapat. Semua boleh lontarkan. Setuju atau tak terpulang pada yang mendengarnya. Pemikiran masing-masing.
Baik. Kembali ke meja yang dipenuhi cawan-cawan kopi panas. Pencerita pertama, Khairul Amilin. Ni kalau dengar dia punya pendapat, kau akan nganga, lepas tu banyak angguk dan kemudian senyum-senyum sipu. Okey. Habis Khairul Amilin punya bahagian, masuklah yang lain-lain. Benda ni bersambung-sambung. Tapi, adatlah... antara semua yang lontarkan pendapat tu, akan ada juga yang kau tak berapa nak berminat sangat. Waktu tu lah mata kau pandang ke layar putihlah, ke kaunter kafe lah, usha mamat/minah lawa lalu-lalang, perhatian kau macam terganggu sikit. Sebab apa? Kerana kurang berminat. Gitu. Dah sembang-sembang punya sembang, kau tiba-tiba terminat balik nak dengar sebab ayat ni, Barangkali lumrah manusia, kita memang ada sisi sadistic dan masochism. Bezanya, ada orang yang menusuk jarum ke dalam mana-mana organ untuk ketemu syurga. Ada yang gembira melihat wanita yang dirogol dan diganasi, dikahwini sang penyerang. Asal saja setampan Aaron Aziz. Hah! Apa macam. Mendalam tak? Ni pendapat daripada Khairulnizam Bakeri. Jadi, waktu giliran beliau dok pot-pet pot-pet, kau terus fokus balik.
Dah minum-minum kopi banyak cawan, mulalah masing-masing nak ke tandas. Waktu ni kau duduk berdua saja dengan Lord Zara. Bila dia mula mukadimah, rasa macam tersentap. Rasa macam Lord Zara tu dapat tebak apa yang ada dalam hati. Lepas tu kau tak berani pandang muka orang yang bercerita tu. Kau cuma pandang langit tengok bintang-bintang. Lagak macam kau tengah tenung muka si dia, idaman hati yang tak pernah tahu akan perasaan kau pada dia. Cinta bagaikan masa menunggu teksi. Tak datang juga walaupun sudah lama berdiri, tapi bukan pula tiada. Kerana tiada teksi kosong, inilah yang paling membuatkan diri ini berasa marah. Mungkin akan dapat jika menunggu di jalan sebelah lagi. Akibatnya, hanyalah sekelip mata sahaja teksi telah dinaiki orang. Tunggu dengan senyap pun teksi tidak akan datang. Mencari dengan sedaya upaya pun tidak dapat. Kalau tidak dapat, memang tidak akan dapat. Tidak! Sepatutnya, orang yang tidak akan datang, memang tidak akan datang. Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan... Waktu ni, kau rasa macam ada orang tengah cucuk-cucuk hati. Sakit. Pedih. Dan kau terus melayan perasaan tu, sampailah Abang Borhan dan Brader lep-lep mai. Pendapat depa ni ada unsur-unsur lawak yang akan buat kau tak rasa canggung lagi akibat 'perbualan' sedih tadi. Semua yang pergi tandas tadi dah kembali ke meja. Dan perbezaan pendapat terus diraikan.
Selesai semua, masing-masing pun balik. Jadi, pendapat yang baik akan terus kau simpan semat di dalam fikiran. Yang kurang bersetuju tu kau buat jadi pengajaran. Habis cerita.
P/s: Saya ubah cara mengulas sikit untuk buku ni, bagi sedap sikit :p Hihihihik.
Ini buku yang sangat saya tunggu selepas Kitab Terfaktab 2. Nakal Tapi Halal tu. Walaupun tulisan banyak yang sengal-sengal ubi, tapi inilah yang buat saya bukak minda. Tulisan paling awesome yang saya suka ialah tulisan si Leplep tu. yang 50 Dalil kenapa perlu putus cinta. dan Tulisan The Other Khairul, Gadis Solehah untuk Jejaka Nakal. Sangat menarik ! yang lain? pasti menarik hati. Tak rugi pon beli.
Its like chicken soup for teenage soul. A love management book. Not that it help much but it does have its own voice and ways in telling you that hey, you should have take this book seriously and so some of us. Be blessed for some people has bitter memories and willing to share them with us in the hope that we wont put on the same jacket and boots as them. Thank you to all the writers.
24 jam mencari cinta sebab selamba Skandalis bukan sebab ada skandal Kekasih, keluarga, kawan sebab berguna Pengorbanan banyak pengajaran Kekasih sandaran - lebih suka start daripada Rabak sampai habis sebab suka penulisan pasal rabak-rabak ni Hijabista sebab sweeett Susahnya kahwin sebab pengenalan yang bagus untuk orang-orang yang merancang untuk berkahwin. Eh? Sayang, aku ingin putus sebab selamba juga bukan sebab nak putus.
Kecewa sikit sebab dua cerpen/artikel "video not found" - Do not trust the love guru & Sayang, aku ingin putus (tapi rasanya ni mesti lagu Ungu sama dengan tajuk). Ya, saya baca diiringi lagu. Kadang dalam bas cuma imbas kod dan kalau tahu lagu tu, mainkan dalam kepala. Kalau tak tahu, balik rumah google.
Overall, terhibur tahap baca Deskripsi Penulis pun rasa gembira.
This is my first experience reading book siap ada suggestion song and Qr code bagai. Kudos for the idea & effort lah 👏🏻 The last story in the book was my favourite by far, because currently I'm looking for emotions & feeling in my reading and so I found it in there *wipe tears
Ini merupakan eksperimen pertama ary membaca Kitab Terfaktab. Maaf. Kitab Terfaktab bukan pilihan bacaan ary. Mungkin kerana subjek yang diketengahkan bukan subjek yang mampu menarik minat ary. Namun begitu, ada juga tulisan yang menarik bagi ary. Contohnya, The Good Luck Karl by The Bent Pencil, 24Jam Mencari Cinta by Brader Leplep dan Mencari Cinta Sempurna by Alexia Aqram. Ada juga satu tulisan yang tidak ary baca kerana kesukaran mehami dan mendalaminya. Maaf kepada yang berkenaan.
Buku ni sarat dengan kisah cinta dan nasihat tentang percintaan. Tak lupa juga ada tips nak clash. So disebabkan tebal betei buku ni, lama masa aku ambil untuk habiskan. Bagi aku, buku ni menarik untuk dibaca sambil rileks-rileks. Memang aku rileks sangat pon. Walaupun ade banyak style language, tak jadi masalah. Aku suka Mencari Cinta Sempurna. Oh quotes dalam buku ni best gak! Nice.
Bagi aku KT3 is better than KT2. Penulis banyak bawa isu yang lebih kreatif & tak terlalu klise dalam topik cinta ni. Disamping KT3 lebih tebal dari KT yang lepas2, aku rasa berbaloi untuk dibeli. after all, Terfaktab is always awesome!
sesungguhnya karya-karya terfaktab mengetengahkan isu-isu yang jauh berbeza daripada novel cinta biasa..sebaliknya ia mengetengahkan realiti kehidupan pasangan yang bercinta dan berpisah..good job terfaktab