Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mens Sana In Corpore Sano

Rate this book
Sesungguhnya politik adalah salah satu daripada pendekatan amalan Rasulullah s.a.w., ini kerana baginda bukan sahaja dikenali umum dalam kalangan muslim dan bukan Islam sebagai utusan Allah, akan tetapi dikenali juga sebagai seorang pemimpin negara yang hebat dalam segenap urus-tadbir dengan baik. Apa yang disalah tanggap oleh kebanyakan masyarakat awam bahawa politik itu adalah kotor, merupakan satu pandangan atau persepsi negatif.

Yang jadi masalah kepada kita hari ini, persepsi seumpama itu masih terbelenggu dalam minda sesetengah umat Melayu yang berfikiran sempit mengenai politik, apatah lagi politik yang bersangkutan dengan aspek kebangsaan atau rasis. Justeru kita amat perlu kepada satu analisis politik daripada pemerhatinya yang berjiwa Qurani bagi mengembalikan gambaran politik kepada bentuk asalnya yang murni seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.


Kehadiran buku ‘Mens Sana In Corpore Sano’ hasil sentuhan tulisan serta pengamatan mantan wartawan Utusan Melayu yang juga Pengasas Akhbar Harakah yang tidak asing lagi, iaitu Tuan Haji Subky Abdul Latif, juga mantan Setiausaha Akhbar kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak, ayahanda Dato’ Seri Najib Tun Razak.


Dalam tulisannya ini, penulis memuatkan beberapa siri pengamatan beliau mengenai politik tanah air berkisar mengenai kepincangan perjalanan politik yang tidak berasaskan kepada Islam. Dari sekecil-kecil permasalahan hinggalah kepada sebesar-besarnya diceritakan oleh penulis dalam tulisan ini sebagai renungan bersama, kerana bacaan politik seorang wartawan begitu tajam berbanding dengan yang lain, justeru ia menjadi pertimbangan kepada umum.


Penulis mengemukakan pandangan bacaannya mengenai amalan politik tanah air dalam pelbagai dimensi, sama ada menyentuh keperibadian seseorang individu, ataupun mengenai kepartian dan hala tuju politik peringkat nasional dan negeri, sebagai contoh pengamatannya tentang kedudukan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) yang berpotensi menggantikan Abdul Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor dan pelbagai isu-isu terkini yang sewajarnya dibaca oleh kebanyakan masyarakat awam.

231 pages, Paperback

First published October 1, 2012

17 people want to read

About the author

Subky Abdul Latif

7 books15 followers
Subky Abdul Latif, dalam kad pengenalan dicatit sebagai Ahmad Subki bin Haji Abdul Latif. Lahir pada 28 Julai 1940 di Sungai Parit, Pasir Panjang Laut, Sitiawan. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, Lekir, Sitiawan dan sekolah swasta Mathodist Afternoon School, Sitiawan dan Mathodist Afternoon School, Pulau Pinang.

Mendapat Diploma Kewartawanan di Projek Latihan Kewartawanan di Kuala Lumpur dan Institute Fur Journalismus, Berlin Barat. Penulis terkenal dengan rencana dan penulis pojok Kumpulan Akbar Utusan Melayu; Pengasas akhbar Suara Rakyat, Suara Merdeka, Watan dan Harakah. Pernah menjadi AJK PAS Pusat 1983 hingga 2006.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (50%)
4 stars
2 (14%)
3 stars
5 (35%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for ' Syamil.
238 reviews6 followers
May 3, 2024
Penulisan yang sangat sinis dan menyentuh sanubari bagi yang membaca. Ajaibnya, tidak pernah dengar sebelum ini ada tokoh yang mahu menyaman penulis kerana ulasannya.
Profile Image for Syafrizal Abu Mansor.
16 reviews3 followers
March 16, 2013
Buku ini sangat menarik bagi saya yang inginkan kebenaran. Walau bagaimana pun ada yang mungkin tidak setuju apa yang ditulis oleh Pak Subky. Sebab itu di belakang buku tertulis "Kandungan buku ini memang ada unsur kata-mengata, hentam-menghentam, kritik-mengkritik malah lebih dari itu. Sekiranya emosi anda terganggu bila membaca buku ini bermakna anda telah LIKE buku ini".

Buku Mens Sana In Corpore Sano adalah himpunan tulisan Pak Subky di dalam akhbar Harakah mulai November 2011 hingga awal Mei 2012. Menurut beliau tajuk Mens Sana In Corpore Sano dipilih dari bahasa Yunani atau Greek yang bermakna otak yang sihat dari tubuh yang sihat.

Saya berminat dengan penulisan Pak Subky yang berpengalaman luas sebagai wartawan dan saya sarankan kepada pembaca sila baca buku Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan dan Propagandis Zaman selepas selesai membaca buku ini.
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
August 27, 2013
Saya bukanlah pembaca setia harakah, dan tidak berapa mengenali tulisan Pak Subky. Ideanya luar dari kotak, gaya tulisan yang buat anda terus membaca dari mukasurat ke mukasurat. Mungkin isu yang ditengahkan sudah outdated, tapi masih seronok dibaca sekiranya anda menginginkan sudut pandang yang berbeza.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.