Jump to ratings and reviews
Rate this book

One Day You'll Be Mine

Rate this book
Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cinta

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”

“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”

“Pergi mampus.”

“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”

“Mudah… sebab aku sayang kau.”

963 pages, Mass Market Paperback

First published January 1, 2013

73 people are currently reading
710 people want to read

About the author

Inawza Yusof

5 books66 followers
Not much of a talker, severely socially awkward.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
152 (38%)
4 stars
118 (30%)
3 stars
65 (16%)
2 stars
31 (7%)
1 star
24 (6%)
Displaying 1 - 30 of 51 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,101 reviews205 followers
June 23, 2023
Buku setebal 963 boleh dikurangkan dengan 'menolak' pemikiran, andaian dan pandangan dari Anith Fitriah

Kisah yang tiada clue or hint sewaktu membaca mukadimah. Membuatkan kita tertanya². Ibarat sebuah misteri..

 photo a_zpsb1183830.jpg


ODYBM ni sebenarnya tentang perjalanan hidup... andaian dan fikiran fitri tu sebenarnya sebuah cerita. saya cuba untuk buat semua orang melihat dunia daripada perspektif seorang gadis biasa yang tersepit di dalam banyak sangat masalah - Inawza Yusof

Kisah mengenai Fitri yang berkahwin dengan Ehsan atas kehendak kedua² keluarga. Hubungan mereka ibarat love-hate relationship.. ataupun lebih tepat hate-hate relationship

 photo a_zpsa14ad53b.jpg



"Aku tak rasa aku boleh sayangkan orang lain sebagaimana aku sayangkan Nik dan aku tak rasa ada orang lain yang boleh terima aku seperti Nik" - Anith Fitriah



NOvel ini bukan kisah santai.. bukan kisah yang boleh bergelak ketawa.. tapi sesuatu yang membuat kita berfikir. Kisah kehidupan Anith Fitriah. Jujur sha katakan ibarat sha membaca sebuah diari.

 photo e_zpsd7632153.gif

Kemunculan "dead-fiance" Nik Afezal membuatkan cerita ini begitu rancak diselangi dengan dialog yang mengasyikkan. I just love the dialogue in this book. Kalau penulis mengurangkan pemikiran dari Fitri, I would definitely loved it!
 photo tumblr_m980tzzTVM1roq7vd_zps17ad18d5.gif


Loved the idea of the plot, but found the style of writing is a little bit boring. ayat² dalam cerita ini best.


I really struggled with this book.
 photo i_zpsc719d1b9.gif

I'm not give up on her coz I know she is talented. Orangnya kecil molek, otak bijak.. permulaan pertama yang baik, cuma perjalanan kisah Fitri membuatkan sha merasa lemau.

I'm sorry I honestly don't like to give bad review but I can't help it. Ramai reader yang suka, cuma sha salah seorang yang tidak berjaya menghadam cerita ini. Another book everyone love but me
 photo j_zpsac900c1e.gif

4 stars for the dialogue & plot
3 stars for the style of writing


ps: can anyone explain to me the meaning of "I less than three you"?? Oh GOD, is this some sort of code or symbol in social networking? I feel so stupid!!! nampak sangat sha nie outdated. But now i know the meaning 💕

 photo a_zpsb03c347c.gif
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews107 followers
May 16, 2015
Fuh..lega! Akhirnya berjaya habiskan. Alhamdulillah.

**************************************

Ingat lagi tak dengan telenovela latin yang dialihsuara satu ketika dulu? Ingat tak dialog2 yg dituturkan dan nada intonasinya? Itulah yang saya rasa dan terbayang semasa membaca buku ni, terutamanya part dialog2nya. Pelik juga ye, di buku tercatat cetakan pertama pada Januari 2013 tetapi gaya penceritaan seperti di zaman awal tahun 2000-an (dan memang pada ketika itulah telenovela alihsuara ni popular kan).

Jalan cerita yang menarik, malah boleh dikatakan original, lain daripada majoriti novel-novel cinta di pasaran. Tapi, naratifnya membuatkan saya selalu sahaja berasa geram, malah keinginan untuk mem****** buku ini juga ada (mujur masih diingat ini buku orang yg dipinjam). Menggunakan 1st person pov, jadi memang sepatutnya boleh diterima akal bila segala tindakan/tafsiran/hukuman adalah dari sisi watak tersebut. Tetapi, bagi saya, diolah secara agak keterlaluan. Semuanya hanya menurut rasa Fitri, watak-watak lain dikaburkan terus (seumpama mendengar seorang rakan bercerita tentang kisah hidupnya, kita hanya boleh mendengar (dan mungkin mengiyakan sahaja) tetapi kita tidak mampu untuk mencelah atau memberikan pandangan lain, kerana bagi dirinya, dialah yang paling betul). Dan kalau diedit segala 'perbualan' antara Fitri dan dirinya, rasanya ketebalan buku ni boleh dikurangkan separuh, dan mungkin akan bertambah menarik.

Fitri dan Ehsan berkahwin atas aturan keluarga. Sepanjang tempoh 5 bulan tinggal sebumbung sebagai suami isteri, kedua-duanya tidak langsung berusaha untuk mewujudkan satu perhubungan yang harmoni. Fitri masih mengingati tunangnya yang dikatakan meninggal dalam kemalangan 3 tahun dulu, dan Ehsan pula tidak mahu mengambil tahu apa pun tentang orang di sekelilingnya, dia hanya membuat hal sendiri, sangat mysterious.

Anehnya, selepas sah bercerai, barulah Fitri ingin mengambil berat tentang Aya, anak tiri yang tidak dihiraukan sepanjang bergelar isteri Ehsan. Dan hubungannya dengan bekas suami juga mulai baik, jauh lebih baik dari semasa mereka bersama. Ditambah pula dengan kepulangan Nik yang dianggap telah mati itu. Satu demi satu peristiwa terjadi yang membuatkan hidup Fitri yang selama ini membosankan dengan rutin harian yang sama, menjadi begitu kucar kacir dan telah mengubah perspektif hidupnya. Boleh dikatakan, segala kejadian itu telah mendewasakan seorang Anith Fitriah.

Cukup rencah drama dalam novel ini. Malangnya, bagi saya penceritaannya agak mendatar. Tiada rasa teruja, tiada rasa ingin tahu, tiada rasa gembira yang teramat, malahan tiada juga rasa marah atau geram atau benci. Flat. Itu yang saya rasa. Dan misteri2 yang dimasukkan, saya dapat menekanya. Ditambah dengan dialog2 ala telenovela tu..hmm...

Mujur, 200 mukasurat terakhir menjadi penyelamat. Bila tiada lagi konflik, cerita 'cinta' Fitri-Ehsan menjadi sangat menarik. Mungkin penulis perlu cuba untuk menulis cerita cinta begini, tanpa perlu 'memasukkan' diri ke dalam watak utama. Saya agak keliru dan bercelaru sepanjang 80% perjalanan cerita, tetapi kisah manis di pengakhirannya benar-benar menambat jiwa.

PS - terima kasih untuk Ika yang mencadangkan dan meminjamkan novel ini kepada saya. :-D
75 reviews6 followers
May 27, 2013
Kisah Anith Fitriah (Fitri) yang terpaksa berkahwin dengan Ehsan kerana desakan keluarga. Keluarga Fitri tidak mahu dia terus hidup dalam dunianya yang menyalahkan diri sendiri kerana kematian kekasihnya Nik Afezal. Fitri rasa bersalah kerana sebelum kemalangan itu terjadi, mereka berdua bergaduh.

Semasa proses pembacaan, saya telusuri sifat-sifat yang digambarkan penulis pada watak Fitri. Ini kerana bukan mudah untuk menulis satu karya yang meletakkan ‘aku’ sebagai watak utama. Namun, sepanjang proses ini, pelbagai perasaan yang saya rasa pada Fitri. Saya cuba mengerti, memahami dan menjiwai jiwa dan penderitaan yang dialami oleh Fitri.

Episod dalam kehidupannya tidak semudah yang diharapkan. Berkahwin dalam keadaan terpaksa bukan sesuatu yang diinginkan. Cuba untuk menerbitkan rasa kasih pada suami, dia tidak mampu. Apatah lagi, kebekuan Ehsan menerima kehadirannya disisi membuatkan dia semakin yakin dengan hatinya. Malah Fitri tersentak apabila dia terpaksa menerima Aya, anak kepada Ehsan dalam hidupnya. Menjadi isteri dan ibu segera tidak pernah diangankan malah untuk mengubah perjalanan hidupnya juga terasa sulit.

Berat apatah lagi untuk membahasakan dirinya sebagai ibu kepada Aya. Disini, saya amat tertarik dengan olahan penulis tentang penjiwaan watak Fitri. Juga bagaimana dia yang sering bertengkar dengan Ehsan hanya kerana hal-hal remeh. Ianya digarap dengan baik oleh penulis.
Perkahwinan bukan ada tarikh luput. Ianya juga bukanlah satu taruhan yang ada kalah menangnya. Tempoh 3 bulan yang diberi oleh mama Ehsan berlalu begitu saja tanpa ada keserasian yang diharapkan. Lalu, hanya jalan terakhir yang ada, penceraian.

Malah, hubungan mereka lebih baik setelah bercerai. Juga penerimaan Aya dalam hidup Fitri. Dia jatuh kasihan pada Aya yang sering disisihkan oleh papanya. Seakan papanya tidak pernah mengharapkan kehadirannya.
Ketika melewati setiap bait dalam karya ini, kita akan dikejutkan
dengan kewujudan Nik Afezal yang pada mulanya disangka telah meninggal. Rupanya dia hanya mengalami kecederaan dan dibawa pergi hanya kerana keluarganya tidak mahu berhubungan lagi dengan keluarga Fitri atas alasan bimbang akan terjadi sesuatu padanya jika mereka terus bersama. Oleh kerana tidak mahu terus melukakan Fitri, abah, ibu dan abang Fitri terpaksa mereka satu cerita. Bermula detik itulah, Fitri menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi.

Cinta pertama sukar untuk dinyahkan dari jiwa. Walau apa jua rintangan, kasih yang tersemai ingin dibawa hingga hujung nyawa. Ketika Fitri menyuarakan untuk menerima semula Nik Afezal dalam hidupnya, pelbagai reaksi yang dia terima. Hinggalah satu per satu kejadian yang membuatkan dia mengerti, mengapa mereka terlalu melindunginya.

Secara keseluruhan saya suka dengan karya ini. Plot yang baik, susunannya teratur membuat novel tebal ini tetap saya telusuri hingga keakhirnya. Banyak adegan2 suspen yg ada. Apapun, tahniah kepada penulis atas hasil karya yang baik.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
December 31, 2013
What I like:

1. The twist in the plot. Tak sangka cerita ni ada putar belitnya. Ingatkan straight on cerita kahwin paksa, gaduh, baik semula.

What I don't like:

1. Too wordy and lengthy. Rasanya some parts between Fitri, Elisa and Fitri's best friend whose name I couldn't remember right now are completely unnecessary. Kalau diedit keluar pun, N tak rasa ia akan menganggu cerita ni langsung.

2. Pace-nyer yang slow teramat. I'm not going to lie - most of their scenes I just read through very roughly.


Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 17, 2013
3.5*
Akhirnya berjaya juga menghabiskan bacaan tanpa skip dan dalam keadaan demam.

Penat juga nak habiskan sbb bahasa yang digunakan agak .... Bagaimana untuk diungkapkan ye.

Tahniah utk Inawza ( Cik Pah agak nama sebenarnya Azwani ) berjaya menarik minat Cik Pah meneroka fikiran, perasaan dan tindakan Nur Anith Fitriah (Fitri) terhadap orang sekelilingnya terutama terhadap makhluk aneh bernama Dzul Ehsan. Memang agak lelah nak habiskan buku setebal 963 yg 80% isinya mengenai fikiran dan perasaan Fitri, tapi Cik Pah tak mengalah kerana rasa ingin tahu kisah silam mereka dan rahsia disebaliknya mengatasi segalanya. Dialog juga menarik dan Cik Pah tertunggu2 apa yang Ehsan akan balas setiap kali mereka bertingkah. Abang pedas versi Inawza.

Psst! Sedap nama2 watak dalam cerita ni.
Qistina Radhya
Mega Ariyana
Sophea Marissa Alfiera
Zuhul Danisa Alya
Zarith
Nahda
Firasha
Hezry
Anith Asyraf
Nik Afezal
Arieyal Firdaus
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
June 23, 2023
This is one of my comfort book. Forever. Entah berapa kali baca sebab sayang dengan watak Ehsan.

Kenyataan bahawa tercapai cita-cita Ehsan untuk berkahwin dengan pujaan hatinya tetapi kemudian perkahwinan tersangkut di tengah jalan.. Itu sangat menyakitkan. Malah, bukan sekali perkahwinannya pernah tersangkut, tetapi dua kali. Tapi Ehsan kekal tenang. Entah kenapa, saya suka segalanya tentang Ehsan, salah satu watak paling 'sempurna' yang pernah saya kenal. Dia sangat positif. Tak heran tentang kata-kata orang. Malah dia sanggup jaga anak yang bukan darah daging dia. Dijaga macam anak kandung pula tu! Sedangkan, secara logiknya, kehadiran anak itu hanya akan menyebabkan dia teringat pengkhianatan yang pernah dia lalui. Ehsan oh Ehsan. Kenapa kau tak wujud?

Anith? Hmmm apa saja tentang dia, Ehsan mampu hadam. Yang menjadi pujaan hati selama bertahun-tahun. Meskipun kadang-kala Anith ni boleh tahan keras kepala macam diperbuat dari konkrit, tapi sabarkan je lah. Contohnya, dia hampir buat kesalahan yang sama. Yang boleh hancurkan hidup dia dan nyawa dia. Tapi bukan salah dia 100% apabila keluarga dia sendiri pun payah nak cerita hal sebenar. Dah bergaduh dan bertumbuk, baru nak habaq.

Nik? Tak usah cerita.

Plot twist? I loike. Ending scene? 1000⭐/10! Sebab boleh nampak Ehsan yang su-wit-su-wit berbanding Ehsan yang cool dan terlampau tenang (sampai rasa macam nak sepuk) di sepanjang kisah. Entah kenapa, gaya penulisan draggy dan sarkastik penulis menjadi kelebihan untuk kisah Ehsan ini. Macam mood setter.❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Tebal tapi berbaloi-baloi.

Sangat release tension. Banyak part masam, manis, sweet yang hanya antara Ehsan dan Fitri yang faham.

Inawza Yusof, bila nak keluar cerita baru pulak?

Jalan ceritanya diawali dengan perkahwinan paksa yang akhirnya kecundang, tapi disebabkan jodoh mereka kuat, pergi tang mana, selama mana dorang menidakkan perasaan itu mereka tetap bersama.

Suka apabila Inawza bijak menutup tema cinta antara Ehsan dan Fitri yang hanya nampak samar2.

Saspen pun ada bila 'apakenama?' tunang fitri yang mati hidup semula itu. Geram/benci!!. Dialog yang sinis, kelakar antara fitri dan ehsan sangat mencuit hati.

Haters novel ini, mesti budak sekolah yang suka novel ringan ntahpape tak de tujuan. Ini novel bagus tau! Xmerepek.

Novel ni buat aku nak baca second time. Means, best giler sampai nak buat aku baca second time la...
Profile Image for Miss Ai..
12 reviews14 followers
April 21, 2013
Masa mula-mula membaca, suara dalam kepala asyik duk ulang, "Kenapa One Day You'll Be Mine? Kenapa tidak Satu Hari Nanti Awak Pasti Jadi Milik Saya?" Ya, memang mengada. Semuanya kerana novel Melayu tetapi tajuknya tidak Melayu. Tapi mengenangkan jangan dinilai sesuatu itu daripada luarannya, maka suara dalam kepala terus disuruh diam.

Mungkin kerana terlalu fokus pada apa yang dirasa, apa yang dialami dan apa yang dilalui oleh watak Anith Fitriah, makanya ceritanya agak panjang dan bagi saya agak meleret. Mungkin. Tapi terasa sangat sayang kalau tak habiskan pembacaan kalau dah mula. Lagi sayang kalau tak tahu apa pengakhiran kisah si gadis dan sang teruna.

Kisah Anith Fitriah dan Dzul Ehsan bukan macam kisah Cinderella lepas bertemu dengan puteranya, manis sentiasa. Kisah mereka ada masam, masin, pahit, tapi sentiasa bersulamkan manis. Manisnya perlu dicari. Walau ayat masing-masing sentiasa nak kasar, tapi itu cara mereka menyebarkan rasa manis. Sangat tersirat dan ya, manis.

Bagi saya buku ini agak perlahan penceritaannya. Terlalu banyak bermain dengan emosi watak Anith Fitriah, tapi saya tak kata membosankan. Cuma mungkin terlalu panjang di sesetengah bahagian dalam cerita. Tapi buku ni worth it untuk dibaca. Bahasanya cantik tersusun. Ayatnya sinikal, tapi lembut pada tempatnya. Mengena bila perlu, juga manis cukup rasa.

Betul. Suka saya pada satu-satu buku bukan disukat semata-mata pada jalan ceritanya. Asalkan penulisannya cantik mengena jiwa, pasti gigih saya habiskan. Dan ya, untuk buku seterusnya daripada penulis ini harus dibeli. Harus.

"Kerana di sebalik kebodohan kau tu, wujud seorang yang cukup setia mencintai, berterusan mempertahankan kasihnya. Sesuatu yang aku tak pernah dapat. Kedengaran bodoh, kan?" Ini. "Fitri, aku mungkin tak romantik, tak baik hati, tak kaya, tak ada kereta hebat, tak kacak, tetapi.. aku kan ada kat sini. Kenapa perlu cari yang lain?" Dan ini. Cukup untuk buat saya jatuh hati.

Untuk cerita ini, saya bagi 3 untuk jalan cerita dan 5 untuk cara penulisan. Makanya, puratanya 4 lah ye (:
Profile Image for Irmeelia Khairunnisa.
2 reviews5 followers
March 12, 2013
when we read a book..mesti kita mendalami watak kan.. rasa macam inside the story.. so, dalam cerita ni kita kena mendalami watak fitri sedalam-dalamnya.. bukan baca secara sekali arus..
baru kita faham cerita dia...

cerita nie mengisahkan satu kehidupan yang penuh konflik dan misteri.. iya lah.. rasanya tak ada kehidupan yang tak ada rintangan.. kan?
senang cakap.. its not a normal fairytale love story lah yang biasanya orang mahukan.. its a complicated yet lovely love story.. oh the best part, novel nie buat saya tersengih mcm kerang busuk.. and gelak dengan part kelakarnya..

ada juga orang komen cerita nie meleret.. bagi saya tak..
cuba rasa apa yang fitri rasa.. cerita nie tak meleret pon..

mmm.. tentang tajuk pon ade yang komen tak ada kaitan.. tajuk dia ada lah kaitan dengan cerita.. baca dan anda akan tahu, apa disebalik tajuk nie..

cerita nie ada juga macam rasa bagi pengajaran kat kita.. berfikir sebelum bertindak..

cara penyampaian penulis lebih santai.. bahasa yang normal digunakan dalam kehidupan seharian.. lebih sempoi la bagi saya..

cara penceritaan yang berbeza dari yang lain.. lebih fresh.. bila kita baca, kita tahu.. oh nie penulis dia inawza yusof nie.. ada style tersendiri.. :)
Profile Image for Plainqoma.
702 reviews17 followers
June 25, 2013
Definitely not my cup of tea. Sangat tebal buku ini sebanyak 900+ muka surat dan malangnya yang berjaya membuatkan aku tertarik untuk membaca sampai habis hanyalah 200 muka surat yang terakhir. Cerita ini lebih mengisarkan pasal hidup Fitri, Fitri, Fitri dan monolog dalamannya yang membuatkan aku seperti membaca sebuah diari yang sangat bodoh dan membosankan. I can't help myself daripada menyebut perkataan bodoh berulang-ulang kali. Harsh isn't it dan tersangat emo. Yeah I know. Banyak juga monolog dalaman yang berulang-ulang kali ditulis dalam setiap babak membuatkan aku skipped few pages.

Still, ada sesetengah babak berjaya membuatkan aku berasa sedih bila berlaku pergelutan di rumah Nadha dan kisah selepasnya. Kepulangan Ehsan yang "baru" mengubah jalan cerita sepenuhnya. Totally unexpected.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
February 23, 2013
Biar aku mula dari awal supaya semuanya clear dengan apa yang aku rasa.Masuk Mph midvalley,aku terus ke bahagian highlight novel melayu dengan angah.Nampak Odybm,baca sinopsis then aku letak balik.Cover menarik,sinopsis lame.

Honestly,itu yang aku rasa.Lepas sejam,baru ada satu novel dekat tangan iaitu Cud (cinta untuk disewa) tidak dapat tidak,aku kembali mencapai Odymb.Angah tersenyum sinis.

"Tadi berlagak,kata tak best"haha=p

Aha!Bukan berlagak tapi tak terbuka hati nak beli lagi.Ambik lagi,dan belek-belek sampai puas hati.Dan terus bayar.Bila sampai kolej terchenta,aku memulakan pengembaraan aku.

1. Skima
Odybm ,aku baca sambil tidur.Bapak skima punya ayat.Bila terlalu skima,aku seolah-olah sedang belajar dewan tatabahasa dengan cikgu norizan.hmm..

Tapi ada juga baiknya bila ayat-ayat ditulis secara skima,ia dapat membantu kita dalam menguasai bahasa melayu dengan betul,khususnya dalam perbualan seharian mahupun penulisan,seperti yang berlaku tika ini.ehem-.-

2.Jalan cerita yang menarik.
Macam mana aku tahu jalan cerita ini menarik?Of courselah aku baca,setelah beberapa kali memujuk diri ini " cepatlah baca.novel ini best-manis-masam-semua cukup"Gila kau,kalau aku tak baca,dahla poket ayah aku rabak RM33 tau.Buat membazir ja ,kalau tak baca.Aku baca dalam masa dua hari.

Well,tahniah inawza,kau buat aku rasa kagum gila dengan kau.sebab jalan cerita dia yang sangat berbeza daripada novel yang aku pernah baca sebelum ini.Walaupun tema cinta tak dapat nak dielakkan,tapi still kau berjaya menyembunyikan elemen cinta itu.Syabas.

Lagi satu jalan cerita dia,buat aku rasa macam arghhh rasa nak hantuk kepala,kalau aku skip satu-satu bab.Maknanya memang aku kena baca setiap bab lah kan?Lagi-lagi kalau skip time,Nahda kena sumbat ubat sampai terlebih dos oleh nik,memang perghh..Lepas tu mesti kau rasa,yg penulis ni entah apa-apa tapi sebenarnya aku yang tak baca.haha:p

Jalan cerita yang bersegi-segi.Tak dapat nak didescribekan. Bila Ehsan kawen dengan Fitri,lepas tu ada Aya tiba-tiba.Macam turun dari langit.Ada pula nik,nahda,firasya,Jun dan mcm-mcm lagi lah.Lepastu,ada zarith and last2 korang boleh pengsan kalau tak baca setiap perkataan,setiap isi,setiap muka,setiap bab.nasihat aku baca elok-elok.take your time.jangan baca mcm korang sedang dikejar anjing gila.
dan baca novel ni memerlukan kesabaran,konsentrasi dan imaginasi yang amat tinggi.harap maklumlah.

3.Watak.
Ehsan dan Fitri,kalau dua-dua orang nih hidup aku nak pergi stay dengan diorang.kahkah:p Gila apa tetiba nak menumpang.Entah.Diorang ni dicipta dengan sifat yang sengal,beku,keras kepala, perasaan yang separa, dan beberapa sikap mazmumah yang lain.haha:p tapi diorang tetap sweet dengan cara mereka sendiri.

4.Bad impression
Selepas aku beli Odybm,aku baca separuh.Lepas tu,bila aku baca komen pasal odybm dekat facebook,aku rasa geram la pulak dekat pengkritik or apa-apa jelah nama mereka.

Banyaknya cakap tak best,pasal ayat skima la, tebal ,meleret-leretla dan ada yang cakap tak best.So aku pun terfikir-fikir la jugak kan.Aku rasa yang baca Odybm,yang kutuk tak beragak tu sebab diorang still budak-budak bawah umur yang nak semua novel-cinta yang tak dek isi je kot.cinta mesti nak sweet sweet.Oh come onlah dalam hidup ini,mana ada semua benda manis je.Tak thrill la hidup kalau tak dek masam mcm konflik.Berasas?Ya! Sangat.

5. Kepada penulis inawza yusof.Tahniah sis.kau memang kaku dan beku. i like it yaww :) Cerita best walaupun ayat skima. Teruskan berkarya dan hopefully,kau sorang yang ramah dan jangan lupa baca blog aku neh -___-

copy paste from http://petanipintar.blogspot.com/2013...
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 10, 2013
Anith Fitriah (Fitri) tidak bersetuju untuk berkahwin dengan Dzul Ehsan kerana hatinya masih menyayangi Nik Afezal walaupun dia telah tiada lagi. Ini adalah kerana rasa bersalahnya yang menyebabkan Nik kemalangan. Jadi rumahtangganya hanya menunggu masa sahaja untuk dibubarkan. Ehsan pula sangat menyebalkan dengan sikapnya yang lepas cakap serta tidak berperasaan. Mama Ehsan suruh mereka berjanji untuk bertahan selama tiga bulan lagi sebelum mereka berpisah dan Fitri disuruh untuk tetap menerima Zuhul Danisya Alya (Aya) sebagai anaknya. Fitri bersetuju. Semakin lama dia bersama Ehsan, dia mula membuat perubahan dalam hidup Ehsan dan dia mula perasan akan watak Ehsan yang lebih prihatin walaupun cakapnya masih berbisa. Sehingga walaupun mereka telah berpisah, Fitri masih meminta pertolongan dari Ehsan. Rasa percaya pada Ehsan sangat kuat. Suatu hari, Fitri dapat tahu bahawa Nik masih lagi hidup. Dia sangat kecewa dengan semua ahli keluarga yang telah merahsiakan maklumat tentang Nik. Dia bertekad untuk terus bersama Nik. Tetapi lama-kelamaan dia dapat rasakan Nik telah berubah. Perangai Nik menakutkan. Dato' Jun, Firasha, Nahda dan Fitri menjadi mangsa Nik. Fitri sangat mengharapkan kehadiran Ehsan untuk menyelamatkan dirinya. Tetapi Ehsan telah menjauhkan diri untuk bertenang selepas bergaduh dengan Hezry. Fitri juga kecewa kerana Ehsan tidak mahu membocorkan rahsianya. Selama tiga bulan, Fitri cuba untuk melupakan Ehsan. Tetapi ketenangannya hanya untuk sementara. Ehsan kembali bersama Mega Ariyana (Riya - ibu kandung Aya). Fitri cemburu. Tetapi Riya membocorkan rahsia Ehsan dan Hezry. Akhirnya, Ehsan mahu memberitahu keluarganya mengenai Riya dan Aya. Ehsan mula lebih terbuka akan perasaannya kepada Fitri. Dia melamar Fitri tetapi kali ini, bukan atas desakan ibu atau mama mereka tetapi kerana rasa sayangnya kepada Fitri. Mereka akhirnya dapat hidup bahagia setelah banyak perkara yang pilu yang telah mereka hadapi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Novel Annie.
63 reviews19 followers
May 2, 2014
Ani beli novel ni disebabkan cover novel ni sgt menarik. ternyata perjalanan novel ni seindah cover. Ada gmbr kamera gitu..hehe.. Bhsa yg digunakan agak sukar difahami. sukar nk bgthu mcm mna. tp yg pasti siapa dah baca mesti thu mcm mna gaya perceritaan dan gaya bhsa novel ni kn? kn? :)

Atas kesilapan msa lampau, Fitriah mgambil kputusan utk mjd kn dirinya sbgi sorg pesalah dan mghukum dirinya agar tidak brsa bhgia. Bginya, hilangnya ksh syg sorg lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna.
Nik Afezal digmbrkn sgt sempurna tp disebalik kesempurnaan itu tersembunyi duka dan kesakitan yg dialami. simpati terhadap Nik. cinta Nik kpd Fitri sgt tulus dan dlm.

Fitri mjdi mangsa disebabkan cinta Nik yg terlalu menggila. Sgt suka dgn Dzul Ehsan, sikap Ehsan yg cool gila dan tnpa perasaan amat memikat hati.hehee.. Tp tnpa diketahui Ehsan bersikap begitu utk mengelakkan diri drpd trus kecewa dan terluka disebabkan cinta.. biasanya bila novel tu menarik sy hnya amik masa 1-2 hari je habiskan. :)

bersambung....
Profile Image for A-t.
24 reviews5 followers
May 18, 2013
4 1/2 stars

Sinopsis
Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”

“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”

“Pergi mampus.”

“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”

“Mudah… sebab aku sayang kau.”

ending best..tp tebal gler..leh pengsan klu jatuh atas kepala..
Profile Image for Ruzyana Amran.
1 review
February 17, 2013
selesai membaca selepas hari pertama beli.
Bagi saya, sebuah cerita yang menarik dan cantik jalannya. Meskipun saya baca ramai yang kurang suka dengan penceritaan yang katanya agak meleret. Tapi bagi saya, itulah indahnya tentang novel ni.
Anith Fitriah - watak utama novel ini sebenarnya bukan hanya sebuah watak semata. Watak yang dicipta untuk menghiburkan hati tetapi dia sebenarnya melambangkan sikap manusia itu sendiri.
Melayari isi fikirannya satu per satu kadang-kadang buat saya terfikir 'Eh sama pulak'.
Cerita ini diceritakan daripada sudut pandangan Anith Fitriah, membuatkan kita lebih memahami kedudukan dan isi fikirannya. Kalau kita boleh memahami prasangka, ragu-ragu dan pelbagai rasa lain yang wujud di dalam diri watak utama, pasti kita akan lebih menghayatinya kerana novel ini bukan sekadar cinta di antara dua manusia. Ianya tentang hubungan dengan manusia yang lain kerana itulah kehidupan. Penulis menceritakan sebenarnya perjalanan sebuah kehidupan kepada kita.
Novel yang mampu membuat kita ketawa, berfikir dan turut merasai kesedihan yang dicoretkan.
Membacanya memerlukan konsentrasi penuh supaya dapat memahami dengan jelas.
Romance yang ada 'ringan' sahaja, namun masih mampu membuatkan kita tersenyum.
Just like books from author like Cecelia Ahern and a few others that I like.

Two thumbs up! It's a great book and she's gonna be my new favourite author.
Profile Image for asnzue.
17 reviews3 followers
February 25, 2013
Macam mana nak review cerita ni ya... jujurnya saya sgt tak pandai nak bagi review utk setiap novel yg dibaca...cuma pandai baca dan komen utk diri sendiri sahaja...secara total sy bagi 4 bintang utk novel ni sebab ceritanya bukan hanya berkisarkan cinta kosong semata... novel ni saya baca kisahnya di penulisan 2U sebelum penulis berhenti untuk tempoh yang agak lama... kemudian saya cari blog penulis dan ikuti kisahnya sehingga ke bab akhir dipost di blog penulis.. kalau tak silap saya bab 30 kot... ok untuk cerita ODYBM ni, saya suka watak fitri dan Ehsan yang pada mulanya nampak seperti sangat keras kepala dan masing2 seolah tidak berperasaan..tetapi didalam sifat keras dan beku yg ditunjukkan fitri dan Ehsan, masih ada kelembutan yang tersembunyi...Sifat Ehsan nampak lebih lembut selepas dia dan fitri mengambil keputusan untuk bercerai dan membawa haluan masing2 (kononya la kan) tetapi tanpa mereka sedar perpisahan itu lebih mengeratkan hubungan mereka... ini tak lain sebab kewujudan Aya (anak Ehsan) dan juga Elisa yg muncul dengan idea2 bernasnya untuk menghabiskan masa dengan fitri,Aya dan sekaligus mengheret Ehsan untuk turut serta... konflik bermula apabila orang yang disangka mati telah muncul dan juga kemunculan perempuan yg bernama Firasha yang turut menambahkan perisa dalam cerita ini...pelbagai rahsia yang disembunyikan sebelum ini terbongkar sedikit demi sedikit membuatkan pembaca rasa tak sabar nak tahu apa akan jadi berikutnya... kenapa Ehsan pergi membawa diri selam hampir 4 bulan turut menjadi tanda tanya... nak tahu kisah selanjutnya kenalah baca sendiri... apapun tahniah kepada penulis kerana membawakan elemen cinta dalam cerita ini dengan cara yg sederhana tetapi sangat manis.... apapun cerita ini memberikan pengakhiran yang sangat manis untuk fitri dan juga Ehsan....
12 reviews
July 10, 2013
You may think this is rubbish but shame on you! This novel are way better than thousands of novel from young writers out there who couldn't even form a sentence correctly. And by 'young' I mean, new writers!!
Profile Image for Cthajarronaldo.
48 reviews5 followers
March 28, 2015
suka kalau fitri dgn ehsan....dari mula tapi sedih sbb bercerai dek kerana gangguan lelaki sakit mental nik....walaupun org kata buku ni meleret2....tapi ini salah satu buku kesayangan ..hakikatnya bukan mudah membenci seseorang dikala hati sudah sayang....wink..wink...
Profile Image for Fathia Fitara.
3 reviews
March 31, 2014
Bercakap tentang karya yang satu ni. Saya tak pernah mengikuti novel ni di blog, tak pernah tahu tentang wujudnya sehingga PB1M yang lepas.
Singgah sebentar ke booth KaryaSeni untuk mencari novel terbaru dan saya lihat ramai juga yang membelek novel ni.

Pandangan pertama saya, "Novel melayu tajuk dalam English? Tak patut langsung."

Sehingga ragu-ragu nak beli novel ni jadinya, risau kalau isi dalam sama juga seperti tajuknya. Tapi bila tengok ramai sangat yang mengusungnya (sampai habis stok waktu tu), saya memberanikan diri untuk berekperimentasi.

Novel pertama yang saya baca selepas pulang daripada PB1M. Selepas helaian pertama yang saya selak, saya dah tak boleh nak letak novel ni.
Helaian demi helaian buat saya tak senang duduk. Pengadunan emosi yang bagi saya lengkap, memang sangat menarik.

1st POV yang digunakan penulis memberi kita lebih peluang untuk mendalami watak, menjadi satu dengannya sepanjang pembacaan. Apa saja yang dirasakan oleh watak utama, Anith Fitriah, turut sama saya rasakan.

Yang lebih menarik tentang novel ni adalah ianya bukan semata-mata tentang cinta. Selalunya kita hanya baca novel yang penuh dengan cerita kasih watak utama bersama pasangan masing-masing tetapi tidak untuk yang ni. Kisah setiap watak sampingan dan perjalanan mereka turut diselitkan bersama. Memang kurang unsur 'kejiwangan' yang mungkin menjadi fokus utama ramai pembaca tetapi itulah kelainannya. Seolah membawa kita menyusuri kehidupan watak yang dirasakan cukup dekat dengan keadaan dunia yang sebenar.

Selain cinta, tema-tema lain juga disertakan bersama. tak banyak penulis baru yang mampu menggunakan permainan perasaan seperti ni.

Satu koleksi yang perlu untuk seseorang seperti saya yang mementingkan isi keseluruhan daripada cintan-cintun semata.

Kudos to the writer....
Profile Image for Ayatul Husna.
1 review
July 14, 2014
ODYWBM antara cerita yang paling best bagi saya. Tapi tak tahu lah orang lain macam mana. Mula2 baca memang rasa agak bosankan tapi bila dah tahu watak2 tu macam mana, jalan cerita macam mana. Walaupun nampak macam meleret- leret tapi still bagi saya Novel ni antara yang best. Cerita mengajak kita untuk berfikir akan kisah selanjutnya dan juga memahami perasaan anith fitriah yang hidup dalam dilema. Cerita ni banyak suspen tapi tulah yang paling menarik. Suka sangat dengan watak dzul ehsan yang sangat2 la selamba dan takde perasaan tu. Watak anith fitriah pula yang sentiasa bengang dengan dzul ehsan. Selalu je bertekak.

Kalaulah betul2 ada lelaki macam ni atas dunia ni, entahlah. Hahaha.. campur pulak dengan nik afezal yang ala2 psycho tu pulak. Bertambah haru hidup anith fitriah. Suka sangat dengan semua watak dalam cite nI.

dalam novel ni part yg tak boleh blah ialah ayat anith yg tegur ehsan tu..
" jadi tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume tv sampaikan orang kat afrika pun boleh dengar?"

ayat ni selamba betul. Haha.. Sampaikan orang kat afrika pun boleh dengar. Betul2 tak boleh blah. Tapi banyak lagi part yang menarik dan selamba dalam novel ni.

Tahniah untuk akak Inawza atas novel yang meletop bagi saya ni. Dah berulang kali saya baca tapi tak rasa jemu pun.
Profile Image for Young Forever.
1 review
August 22, 2013
Kisah ttg Ehsan a.k.a makhluk aneh(Fitri yang cakap) dan Fitri.Mereka di paksa kahwin tp marriage dowrang just stand for 5 months:(
(Sob sob)
Diorang still meet each other as Fitri menjaga Ayi(makhluk aneh x nak jaga anak dia)
Dot3...terkejuzz bila baca part tunang yg patotnye mati hidup sebenarnya...Fitri terkilan la jugak..(sapa yg x terkilan kalo kena?)but they became couple..
Fitri has a big fight with Ehsan and Ehsan bawa diri..
Rahsia Nik terbongkar(memNg dh agak dah sebenarnya yang Nik tu **)
Dot5x.....Ehsan home but he brought his first ex...Mega Ariyana a.k.a mak kndung Ayi..but Ayi x tau laa..Fitri noticed that she loved Ehsan...dot2..they married..and live happily ever after:DD
Favourite moment:Fitri&Ehsan bertekak..haha..gelak aje laa~
Annoying and Menyampah Moment:biler kawan baik Fitri suka masuk campur about Fitri's life and rasa dye tu betul sgt when dye menangkan bf kerek+useless entah-nama apa-tu!Wargh!!geram sangat!
(Hehe....emo la plak..)
Else,Perfecto!!
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
November 24, 2014
Yg disukai:

- Plot cerita yang menarik, ada twist sana sini..yummy
- Ada terselit unsur kekeluargaan
- Lari dari tema klise anak org kaya, golongan atasan etc

Yg tidak disukai:

- Penggunaan dialog perbualan yg saya rasa seperti diterjemahkan dari bahasa english ke melayu, ganggu mood pembacaan kat situ rasa mcm adeh.....mungkin kalau dialog tu penulis guna bahasa biasa yg kita guna dlm perbualan harian lagi better rasanya ( personal opinion saje)
- Terlalu byk monolog dalaman watak Fitri, kalau dipendekkan maybe lagi bagus....

Buku yg masih boleh dibaca....
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
February 11, 2015
dalam banyak2 novel,.saya memang tak suka baca kalau menggunakan "aku" sebagai ganti diri..sebab saya tak suka meletakkan sy dlm situasi novel tersebut..dan novel ODYBM pun sama jugak...saya beli sbb nampak sinopsis dia best..dan rasanya dah pecah rekod,.dalam masa 3hari,.saya berjaya baca sampai bab 13..sedangkan kalo novel 1000m/s keatas yg lain,.sy boleh habiskan dalam masa 1hari jerr..entah bila agaknya boleh hbs baca novel ni..di saat sy menulis review novel ni,.masih lg dlm bab 13,,mukasurat 168..
3 reviews
September 9, 2013
lama sungguh cari buku ni kt bookstore, asik out of stock je. almost give up tapi satu hari tu, pegi Giant jumpa.
melompat kegembiraan!!!
balik rumah terus selak ms pertama.
dua hari mgasingkan diri dripada sbarang human contact hnya untuk novel ni...
sekarang baru tahu knapa asik out of stock ja.
kalau ada sepuluh bintang, pasti saya bagi sepuluh bintang.
tapi ada lima bintang je, so cik penulis, you can have those.

congratulations.
Profile Image for Umi Kalsom.
16 reviews2 followers
February 17, 2013
hoho... buku yang tebal ni. kan aku ni susah sikit nak serasi dengan perkataan "tebal", tapi sebab aku sukakan hero cerita ni, Ehsan... jadi, aku beli jugak!
mungkin pandangan aku aja, cerita ni best! but, boleh dinipiskan lagi dengan mengurangkan part Anith Fitriah dengan andaian & pemikirannya. Mungkin.
Profile Image for Rozana Farhanah.
4 reviews
March 17, 2013
Bukan novel cinta semata-mata.
Bukan seperti yang disangkakan.
Bukan himpunan watak yang biasa.
Bukan cara penyampaian cerita yang cliche.
Defying expectations, unpredictable, sweet and kaboommm.....
Read and try to be a part of the story. You'll see the world through Anith Fitriah's eyes.

Novel terbaik untuk koleksi.
Profile Image for Cik Fatin.
2 reviews
October 17, 2014
Bombastic! Garapan yg sangat menarik dan berhati-hati sehingga tak buat seorang pun tertinggal. Novel sampai buat saya stress(secara positif) dan tertanya-tanya. Tak boleh berhenti membaca sampai tahu kesudahan. Novel yg buat hati dan jantung saya buat overtime sebab setiap keadaan tak terjangka. Keep it up! Menantikan karya yang seterusnya daripada awak! Thanks for the experience!
10 reviews
September 10, 2014
novel yg plg berbaloi pernah dibeli(pakai duit kakak)..suka cara pengolahannya yang tak keterlaluan tp berjaya mninggalkan kesan menndalam,pergh,...jatuh cinnta dengan watak ehsan walopun jiwanya kaco...rasa berbeza skali pengalaman mmbc novel ini berbanding novel2 lain..mungkin bergantung kpd pemikiran penulis novel ini sendiri yg sy rasakan bijak,lari dr tipikal malay novels..tahniah yer
Profile Image for Baby Yoda.
11 reviews
November 27, 2020
The first time I read this book, I was like meh. But when I decided to pick it for the second and third and bla bla time, I realized I like her writing. Its like an English writing book but make it Malay version. The wits! Oh my gaaaadddd ahahaha. I cant laa with Fitri-Ehsan. Theyre so eyyyy
Displaying 1 - 30 of 51 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.