Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bunga-Bunga Kemboja

Rate this book
Kekecewaan kerana gagal cinta pertama membawa Nabil ke negara Kemboja. Niatnya adalah untuk berjihad. Namun, di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang mengubah hidupnya. Dalam begitu, dia keliru bila tiba-tiba tersepit antara cinta lama dan perasaan sayang yang mula menjelma.

"Cinta itu adalah rasa yang harus diberi dan dikongsi"

Paperback

24 people want to read

About the author

Aina Emir

22 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (42%)
4 stars
13 (28%)
3 stars
11 (24%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
1 review
July 28, 2021
Best siaaa buku ni. Tak rugi baca. To me, buku nilah yang paling terbaik pernah saya baca.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
January 2, 2015
Sudah lama aku ingin mengatakan sesuatu kepadamu, tetapi malangnya, aku tak berani untuk meluahkan perasaanku ini. Selama ini, aku tidak pernah nyatakan kepada sesiapa jua. Hari ini, aku hanya ada engkau sahaja sebagai teman. Tiada lagi ibu bapa, tiada lagi saudaramara dan tiada lagi teman, kecuali kau, mawar.

Pernah satu ketika dahulu, aku jatuh cinta dengan seorang wanita yang cantik dan comel dan bertahun-tahun lamanya kami beradu kasih tetapi malangnya cinta kami tidak kesampaian. Dia telah meninggalkan aku untuk orang lain. Kerana perpisahan itulah, aku telah membawa diri merantau ke negara orang, nun jauh di utara. Ketika itu, tiada niat lain kecuali berhijad untuk agamaku.

Semasa di perantauan itulah, aku telah bertemu dengan rakan baikmu, juga wanita yang cantik dan menarik kerana agamaku, Aku telah mengorbankan diriku untuknya namun, ikhlas aku lakukan untuknya.

Sekalipun aku cuba untuk menjadi lelaki yang baik , namun sebagai manusia biasa, aku masih lemah kerana kelemahanku itulah kerap terumbang-ambing, tidak tahu menangani emosiku. Aku tersepit antara cinta pertamaku dan perasaan sayang yang ada pada temanmu itu. Suatu ketika dahulu, aku tidak tahu keputusan apa yang patut kupilih.

Maafkan aku Mmawar, sekiranya di matammu dan rakan baikmu itu, walaupun itu aku tidak kelihatan seperti seorang wira, walaupun itu yang mahu aku lakukan , sampaikan salam ku kepada rakan baik mu itu.. katakanlah yang dia masih teristimewa buatku.

Salam,
Muhammad Nabil Arief.

Cara hidup Nabil dan Qahira memang lain dari pasangan-pasangan yang sudah bergelar suami isteri kerana Nabil menikahi isterinya itu hanya atas dasar tanggungjawabnya pada agama. Namun, lama-kelamaan dia menjadi keliru dengan perasaannya sendiri. Tetapi cinta pertama memang sukar untuk dilupakan dan diusir pergi, apakah Nabil akan kembali semula kepada Amelia dan meninggalkan Qahira? Ada kelainan dalam jalan ceritanya, cuma aku kurang gemar dengan watak Nabil seorang lelaki yang agak lemah dan tidak tegas dalam menangani masalah yang dihadapinya. Namun aku suka dengan watak Qahira, dia tegas dan pandai mengawal perasaan malah sentiasa merendah diri kerana dia tahu menghargai budi insan yang telah membantunya walaupun dia punya segalanya.
Profile Image for Rabiatul.
3 reviews
November 5, 2016
Plot yang mantap. Great research. Penulisan Aina Emir nyata berbeza daripada penulis2 baru. Padat dan penuh dengan peringatan
Profile Image for Atiq Aziz.
13 reviews
May 2, 2017
I got Aina Emir signature on this book. It happened when i bought it on a book fair. The story is beautifully written.

I always look forward new novel from the same novelist.

Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.