Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Tahun 1511
Desa Dika

Tiada kejahatan. Tiada syaitan. Tiada jin mahupun jembalang. Desa Dika ibarat syurga di bumi – suatu utopia. Hal itu membuatkan Chaira curiga. Utopia sering menyimpan celakanya – tersorok rapi dalam keamanan.

Api Sarwa itu orangnya laki-laki yang kurus tapi tegap. Meskipun Chaira menyedari dirinya berada dikelilingi bunian, tetapi Api Sarwa memiliki aura berbeza daripada mana-mana makhluk ghaib yang dia ketahui. Entah mengapa, dia dapat merasakan suatu perasaan suci ataupun persih menyelubungi Api Sarwa. Namun begitu, di sebalik rasa sakral yang teramat itu, dia dapat melihat bayang-bayang kejahatan yang luar biasa terkurung dalam diri Api Sarwa. Bayang-bayang serupa yang menuruti jejak Ezani.

“Adakah ini masa depan atau masa silam?”

“Di mata Api Sarwa, masa hadapan mahupun masa silam tidak wujud. Ia suatu kitaran yang boleh kami kelilingi semahu hati tanpa mudarat.”

*******

Tahun 2311
Genosid Kultus Tok Baki membangkitkan dua realiti berbeza di mata dua orang kasyaf, Ezani dan Chaira.

Di mata Chaira, entiti yang harus ditentang adalah Jagat Gelap, iaitu bayang-bayang Api Ilahi yang menuruti perwarisan keluarganya zaman-berzaman.

Di mata Ezani, dia harus menghalang Toh Rimpun Alam daripada terus-terusan memusnahkan Kota Langit Kuala Lumpur.

Api Ilahi, makhluk lima dimensi, bermain waktu di jari-jemarinya, mencapah realiti menurut hatinya.

Di realiti yang mencapah, nilai manusiawi mula rapuh.

146 pages, Paperback

First published May 1, 2023

2 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Lokman Hakim

63 books123 followers
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.

His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.

His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.

An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (22%)
4 stars
7 (31%)
3 stars
10 (45%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
July 16, 2023
Sesuai dengan tajuknya, buku ini berkisarkan kehidupan Chaira. Penulisan kali ini juga lebih berkesan berbanding buku pertama.

Banyak plot hole dalam buku Batara Guru telah diceritakan dalam buku ini, segala kekeliruan yang terbentuk di dalam minda semasa membaca buku pertama hilang sejurus sahaja penulis selitkan kisah sebenar disebalik segala kekacauan dalam buku pertama.

Saya faham sebenarnya penulis mahu fokuskan setiap buku dengan kisah watak-watak utama yang berkait tetapi saya jadi lelah sewaktu baca buku pertama dengan terlalu banyak tanda tanya tanpa penjelasan. Itu yang macam 'apa yang jadi sebenarnya ni?'

Mujurlah bila masuk buku kedua, penulisan nampak lebih baik tanpa campur tangan penulis yang mahu memaksa pembaca faham akan setiap tindakan watak termasuklah Chaira.

World building buku ini juga nampak lebih tersusun dengan garis masa yang baik serta setiap peristiwa terjadi dengan bersebab.

Harapnya buku seterusnya lebih banyak jawapan yang terbongkar, penat hendak berteka-teka ni haha.

Saya bagi 3.8 ⭐
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
July 2, 2023
genre: paranormal fantasy, dystopian

setting: Kuala Lumpur in the future

imbas kembali dalam Batara Guru..
Bah besar menenggelamkan bumi dan memisahkan manusia kepada dua bahagian, kota langit dan penghuni darat. Kebangkitan entiti purba yang sangat berkuasa menghuru harakan dunia.

my thoughts?

1. Dalam Batara Guru, dari pov Ezani perjalanan plot agak kelam kabut dan banyak jump here and there buat aku confuse. Contoh scene Chaira yang dirasuk Batara Guru sebelum tu dah mati then tiba2 next chapter hidup balik dan ok pulak kejadiannya. Penulis tak ada explain apa2.

2. Bila baca Chaira, dari pov Chaira pula baru aku start faham sikit event yang jadi dalam Batara Guru. Macam baru jumpa cahaya 😂 Baru terjawab persoalan asal usul Ezani dan Chaira.

3. Buku ni bagi aku memang best, sangat fast paced dan setiap chapter penuh dengan aksi sampai kau tak sempat berfikir mahupun bernafas.

3. I love the world building. Kuala Lumpur pada masa hadapan yang terbahagi kepada kota langit dan darat terpaksa menghadapi kebangkitan entiti purba, dewa2 lama yang ingin menguasai dunia. Cuba bayangkan in the future musuh kita bukan lagi manusia weh.

4. Paling aku suka, the magic system. Sihir vs doa dan ayat2 al Quran. Kau lawan kerasukan dengan ayat2 Allah dan bertawakal sepenuhnya kepada Dia. Konsep tauhid, mempercayai Tuhan yang satu.

Personal rating:
Chaira: 4/5
Profile Image for Fatinamudz.
115 reviews36 followers
December 16, 2023
"Kejahatan hanya dapat ditundukkan jika masyarakat itu menolak tuntasnya."

Dibuku pertama, Batara Guru adalah satu pengenalan tetapi banyak menimbulkan tanda tanya yang tinggi. Mengambil masa untuk saya hadamkannya. Manakala, sambungan buku kedua ini, boleh dikatakan banyak persoalan dan kekeliruan yang terjawab. Mudah untuk saya fahami.

Penceritaan kali ni adalah melalui naratif Chaira dan setiap langkah Chaira, pembaca akan mudah mengikuti dibelakang beliau dan tika itu juga saya menyedari tentang ‘Chaira’ yang berada bersama Ezani di Batara Guru. Kepelikan dalam siri pertama, ada jawapannya di siri kedua ini.

Saya amat tertarik dengan siri kali ni apabila penulis membawa pembaca merentas waktu 5 dimensi. Sangat mengujakan! Melalui rentasan waktu ini, Chaira bertemu dengan Api Sarwa yang mana waktu bagi Api sarwa tiada nilai, tiada magnitud. Disitu Chaira dihidangkan kronologi sejarah keluarganya dan pengkhianatan oleh Tuan Rose serta tentang Ezani. Ezani dan Chaira adalah satu. Mereka memerlukan antara satu sama lain.

Cerita dari sudut pandangan Chaira mempunyai banyak penambaikan dan lebih teratur. Beberapa persoalan baru tetap ada dan saya harap ianya akan terjawab disiri yang seterusnya. Apa yang terjadi pada Ezani dan Chaira diakhir cerita? Itu membuatkan saya tidak senang duduk.

Terima kasih Penerbit X untuk nashkah ini!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
December 8, 2023
Chaira terpaksa mengembara ke relung waktu untuk menemui Api Sarwa. Dan di sana juga dia menemui beberapa rahsia tentang dirinya dan juga keluarganya.

SH sedikit pening membaca tentang Api Sarwa ni. Banyak kemusykilan dan persoalan yang timbul.

Untuk naskah ini ia adalah lebih kepada pov Chaira itu sendiri. Cerita dalam naskah kedua ini lebih ditumpukan kepada Chaira. Yelah dah tajuk pon Chaira kan.

Ada beberapa persoalan yang berada di buku yang pertama telah terjawab di buku ini. Namun ada juga yang masih ditinggal sepi. Mungkin bakal terjawab di naskah yang seterusnya.
Profile Image for Adibah Atiqa (persephtiyareads).
197 reviews203 followers
October 1, 2023
‘Kadangkala, kegelapan harus ditundukkan dengan kegelapan juga. Dan cahaya akan menerangi segalanya setelah kejahatan berjaya ditundukkan.’

🕯Kronikel Dewata II: Chaira merupakan kesinambungan buku pertama, Batara Guru. Naratif kali ini lebih bertumpu kepada sudut pandangan Chaira yang membolehkan pembaca menerokai ‘world building’ dunia pasca Samudera Mega dengan lebih mendalam.

‘…sesuatu yang perkasa itu pastilah ada bayang-bayangnya.’

🕯Setelah pembaca didedahkan dengan apa yang terjadi tahun 2311– secara amnya hierarki sosial masyarakat yang terbahagi kepada penghuni kota langit and puing, buku kedua memberi peluang narasi Chaira untuk berfokuskan sistem paranormal melibatkan entiti ghaib yang mempunyai kuasa, para puaka dan jembalang serta menjawab beberapa persoalan mengapa hadirnya mereka pada garis masa ini.

‘…manusia yang berjuang bersandarkan harapan meskipun kudratnya sangat kerdil…’
‘Manusia penuh keajaiban walaupun lemah.’

🕯Buku kedua juga ada menitipkan beberapa fragmen imbas kembali melalui memori Chaira perihal hubungannya dengan Ezani. Di sini, pembaca diberi gambaran dinamik ikatan antara mereka berdua. Aku anggap seperti ‘Yin and Yang’, cerminan cahaya dan kegelapan dalam diri; tidak wujudlah satu tanpa yang lain. Aku harap untuk buku-buku seterusnya di dalam siri dapat mengembangkan lagi aspek ini kerana aku sangat suka akan interaksi Chaira dan Ezani.

‘Apakah nilai kehidupan selaku manusia sekarang? —Tidak ternilai harganya.’

🕯Untuk membaca Chaira, aku rasa Batara Guru harus tidak lepas genggamanya di sisi. Kedua-dua buku ibarat ‘jigsaw puzzle’ yang apabila dirungkai satu persatu, kepingan cerita dapat dilihat dengan lebih jelas. Apa yang boleh ditambah baik dengan adanya glosari (cth: senarai nama dewata/puaka/jembalang dan deskripsi serta garis masa secara ringkas) untuk mengelakkan kekeliruan sepanjang pembacaan.

🔖Secara ringkasnya, Kronikel Dewata II: Chaira merupakan sekuel yang cukup ‘solid’ dengan adanya:

i) perkembangan dari segi rungkaian bagaimana kejadian paranormal itu berlaku (konsep entiti ghaib lima dimensi yang melangkaui masa itu sangat menarik!— psst, aku memang suka bab-bab melibatkan ‘time travel’).

ii) unsur islamik dimana aku sangat hargai penulis tidak kekang untuk mengingatkan betapa berkuasanya entiti ini tetapi mereka semua masih makhluk Allah dan semua yang berlaku atas keizinan-Nya.

Terima kasih Penerbit X untuk pemberian naskhah reviu ini.

personal rating: 3.75 ⭐️
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 26, 2024
Buku kedua ini fokus pada Chaira dan bagaimana terbina hubungan antara Chaira dan Ezani.. Nice..
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
September 20, 2024
Sepertimana tajuknya, buku kedua dalam siri Kronikel Dewata ini fokusnya lebih kepada watak Chaira. Garis masa antara Batara Guru dan Chaira bergerak secara serentak, bermula dan berakhir pada waktu yang sama, cuma dari sudut pandang watak yang berbeza. Buku kali ini juga menjawab sedikit beberapa persoalan yang muncul dalam Batara Guru, lagi-lagi tentang 'Chaira' yang muncul disana-sini. Bagi aku ia berjaya menerangkan beberapa 'eh?' momen dalam buku pertama. Dah mula jelas sedikit tentang siapakah Api Sarwa dan Jagat Gelap, dan apakah kaitannya dengan Ezani dan Chaira.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 26, 2023
"Di mata Api Sarwa, masa hadapan mahupun masa silam tidak wujud. Ia suatu kitaran yang boleh kami kelilingi semahu hati tanpa mudarat."

Buku ke-2 untuk siri Kronikel Dewata. Keseluruhan cerita memberi tumpuan kepada kisah hidup Chaira. Siapa Chaira, sejarah keluarganya dan apa sebenarnya bayang-bayang hitam yang selalu dirasakan kehadirannya itu.

Chaira acap kali ternampak bayang aura hitam menyelubungi Ezani. Dia juga sering mengalami mimpi yang menakutkan. Terkurung dalam keranda gelap, menyesakkan. Chaira menemui rahsia disebalik rak buku di bilik Tuan Ros. Sebuah buku lama.

Riwayat Api Sarwa.

Mungkin itu jawapan yang dicari Chaira.Dia mengambil risiko untuk mencari Api Sarwa. Siapakah Api Sarwa? Manusia ataupun bukan?

Buku ke-2 ini, mencetuskan lebih banyak pertanyaan, dengan kemunculan watak-watak baru. Ada satu rahsia penting yang terbongkar. Semasa saya baca buku pertama, tidak ada rasa curiga pula pada watak tersebut. Tak sangka begitu kisahnya.

Jalan cerita bergerak pantas, ayat-ayat senang dihadam dan mudah dibaca. Memang sekejap saja dah habis baca. Lepas tu, terpaksa termenung memikirkan bila buku ke-3 akan terbit 😁.

Dalam buku ini, saya mengenali lebih tentang Chaira, apa kelebihan dia dan perkara yang dia lakukan untuk membendung bayang-bayang hitam yang sering mengganggunya.

Pengakhiran kisah ini meninggalkan satu persoalan besar. Apa yang terjadi kepada Ezani? Bagaimana perkara itu terjadi dan apa tindakan Api Sarwa seterusnya. Makhluk lima dimensi yang tiada perasaan belas kasihan.
Profile Image for Harizharz.
23 reviews
August 30, 2025
Short Synopsis:
Kronikel Dewata: Chaira tells the story of what happens to Chaira after returning from visiting the site of the genocide in Puing Kampung Baru. Here, Chaira must uncover the truth about what or who the “Api Sarwa” is by seeking out the very first Api Sarwa in the past. This exploration doesn’t just bring her face-to-face with the entity itself but also leads her into the dark realm, revealing the connection between both worlds, herself, and Ezani.

I just finished reading this a few weeks ago. I thought I could wrap it up quickly since the novel is relatively short, but just like the previous series, it took more time. The writing is amazing, and I really love the genre it carries.

Chaira… what can I say? She’s a kasyaf — a gifted one who’s no less remarkable than Ezani. Unlike her predecessors, who would simply submit to the entities accompanying them, she chooses to fight rather than surrender to something that is, after all, also a creation of Allah.

Sacrifice… Everyone made their sacrifices, but what truly matters is this — was the path they chose the right one?

As for the writing style, I noticed that it really requires readers to focus closely. It’s beautifully written and highly engaging, but if you read it too quickly, you might get lost at certain points.

All in all, you need to read it carefully because there are plenty of flashback scenes in this second series.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
174 reviews3 followers
January 7, 2025
Buku kedua bagi Siri kronikel and I just love how fast the pace was…. Klau Siri pertama more on Ezani… yg kedua ini plak more to Chaira pnya pov and kisah…. Dan sedikit demi sedikit masa lampau kedua2 watak ini mulai terselak dan diperlihatkan kpd pembaca…

Overall menghiburkan dan lets go kta bca yg ke3 plak… hehe
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
August 14, 2025
Saya cadangkan untuk tunggu je series ni complete baru baca dari buku pertama sampai habis.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.