Kisah Amylia & Reza yang berkahwin atas aturan umi Reza. Umi mahu memutuskan hubungan Reza & Tasha yang dianggapnya kurang sesuai untuk menjadi menantunya kerana gaya hidupnya yang terlalu bebas. Namun, kasih Reza pada Tasha tidak pernah berkurang walaupun sudah berkahwin dengan Amylia. Lalu, dia membuat perjanjian yang perkahwinan ini hanya berlangsung selama 3 bulan. Kemudian Amylia akan diceraikan.
Terlanjur kata akan membuatkan banyak hati yang terluka. Walaupun sudah membenih sayang, Amylia tetap dia lepaskan kerana sudah berjanji. Bukan dengan Amylia sahaja, tapi dengan Tasha juga. Lalu, berkelanalah Amylia membawa hati yang luka.
DiIpoh, Amylia bekerja dibawah bos baru Mazeed. Dia yang juga seorang duda dan mempunyai seorang anak dengan Sofia. Mengetahui tentang penceraian Amylia secara tak sengaja, membuatkan dia jatuh simpati. Ini disebabkan perjalanan hidupnya dan Amylia lebih kurang sama yang terpaksa melepaskan insan kesayangan kerana orang ketiga. Sehingga kini, dia masih terluka saat Sofia meminta dia melepaskannya kerana ingin hidup bersama insan lain yang dia cinta.
Perkenalan Amylia dengan ibu Mazeed, membuatkan dia memulakan rancangan untuk menjodohkan mereka berdua. Kemesraan yang ditunjukkan oleh ibu Mazeed terhadap Amylia membuatkan dia rasa bahagia. Lebih-lebih lagi sehingga kini dia masih menangih kasih seorang ibu. Disini, kita akan dihidangkan dengan kasih Amylia terhadap ibunya yang tak berbelah bagi.
Secara keseluruhan, cerita ini baik. Garapan yang tak memeningkan kepala. Seperti kita dapat meneka siapa pilihan Amylia tatkala Reza juga sendang menagih kembali kasih lama. Ada ketikanya ada part yang meleret2 hingga membuatkan saya speeding juga. Yang lain, okay.
Apapun, there is home improvement!.. teruskan berkarya!