Aku menghela nafas yang panjang dan sesekali mengangkat tangan kepada beberapa ekor hantu yang melintasi kami yang sedang rancak berbual di atas aku melihat husna yang berada di dalam booth. Jimi menepuk bahuku lalu pelantar sebuah plaza tol dari atas, terbang hinggap di sebuah bumbung kereta Toyota Alphard lalu berbaring menghirup udara petang.
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.
Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.
1.Jelma. Sungguh, saya teringatkan drama LOST. Yang pernah menjadi kegemaran suatu waktu dulu. Tapi takat S2 saja saya ikut. Lepas tu dah tak mampu. Bayangkan Jack Shephard sesat kat tengah pulau dan bertukar jadi Aladdin. Dapat bayangkan tak? :D
2.Kisahnya. Ni bukan cerita sweet ala Tol gate Girl lakonan Amy Mastura tu. Tapi ni kisah sedih, cinta yang tak kesampaian. Simpatinya aku pada teman Jimi itu. Ajal maut bukan di tangan kita, tapi DIA.
3.Manekin. Bayangkan kau di sebuah butik pada malam hari, sunyi sepi. Dan di butik kau penuh dengan patung-patung bergantungan. Tu belum lagi yang tegak berdiri memandang tanpa kelipan mata. Jangan bayangkan kau di dalam cerita patung cendana. Tu cerita tipu semata. Bayangkan kau dalam filem House of Wax. Ngeri tak?
4.Pelaq. Hahahahha. Cerpen ni kelakar. Tapi makan dalam. Terasa kut, walau saya bukan Rokiah B. Walau saya tak ambil kelas bahasa Korea. LOL. Yalah. Zaman Arjun Rampal dah berlalu. Kenalah terima hakikat. Apapun saya dah jadi peminat Amir Khan sejak marathon filem-filem beliau: 3 Idiot, Ghajini dan Taare Zameen Par.
5.Unfriend. Yang rajin remove rakan Fb ni mohon kalau baca jangan sentap,ok?
6.Zulmat. End of the world. Seram. Bukan dengan serangan lipas tu, tapi dengan perangai manusia.
7.Filateli. Criminal Minds. Kita perlukan Mr. Hotch and team untuk tangkap si Harun ni. Ngeri. Tragis. Sadis.
8.Sakhti. Anjing yang berbakti. Tapi sayangnya...
9.Sarsaparilla. Manusia dan tamadun. Manusia yang menjadikan sesuatu zaman itu bertamadun atau tamadun yang menjadikan manusia itu seseorang?
1) Jelma Sebuah sketsa pendek tentang Ismat yang terselamat dari nahas kapal terbang dan terdampar sendirian dengan sebuah briefcase. Juga tentang seorang (seekor?) jin berbikini corak polka yang cuma memberi satu permintaan. Lucu, nakal dan menghiburkan.
2) Kisahnya Kisah cinta tak sampai yang menunjukkan bahawa seorang lelaki boleh patah hati dengan dahsyat untuk menjadi dan melakukan perkara gila. ‘Aku’ dan Jimi menjadi teman menghiburkan dalam perjalanan bosan selama lima minit menunggu baki waktu makan tengah hari. Meski perbualan mereka seakan deja-vu.
3) Manekin Fizik manekin itu sendiri bukanlah sesuatu yang menyuamkan hati untuk dipandang lama-lama biar kekal kaku apatah lagi apabila ia tiba-tiba boleh bergerak dan berbicara. Apa pun juga, membaca habis kisah cinta Misha dengan manekin ajaibnya ini tidak membuat hamba berhenti merasakan dia perlu rawatan psikologi. Huhu.
4) Pelaq Apabila kisah cinta Janam Janam bertukar lagu latar kepada Oppa Gangnam Style. Hehe. Mulanya, hamba hampir beranggapan Arjun Rampal akan melakukan perkara gila seperti ‘Aku’ di cerpen nombor dua tetapi ya, pastilah tidak ada kelainannya kalau begitu. Dan, meski hamba tidak terasa pedasnya, hamba masih merasakan watak Rokiah B adalah satu bentuk instrumen sindiran.
5) Unfriend Perkara baik pertama, subjek yang menarik. Perkara baik kedua, cerpen ini lebih seram dari filem Unfriended.
6) Zulmat Bukan kisah dunia hancur itu yang menakutkan tetapi kisah Jacob dan Velma itulah yang lebih mengerikan.
7) Filateli Ngeri dan kejam. Kisah penjualan organ yang gila dan kerana ngilu yang berjaya diletupkannya dalam hati, hamba menyukai cerpen ini. Oh ya, untuk, para ibu bapa yang menghadiri/membantu kenduri atau berada di keramaian yang menyibukkan, silalah jaga anak anda dekat-dekat.
8) Sakthi Kisah anjing milik Parameswara. Bagaimana mulanya dia mengikuti rombongan sehinggalah peranannya dalam pembukaan sebuah penempatan baharu yang diberi nama Melaka. Tulisan berbentuk autobiografi dengan subjek matang dan penceritaan yang lebih dewasa berbanding karangan Aku Sebatang Pen yang hamba tulis di sekolah rendah. Tentunya!
9) Sarsaparilla Ini cerita tentang keinginan Toya untuk mengalami kehidupan di luar Pulau Juntai yang hanya dihuni oleh lelaki. Sebotol Sarsaparilla hanyut menunaikan kemahuannya. Latar tempat dan masyarakatnya menarik untuk disambung tulis.
Secara keseluruhan hamba menyukai hampir semua cerita pendek dari buku mini ini. Perjalanan yang lekas untuk sebuah hiburan dan ketidak-bosanan pantas. Cerita kegemaran hamba tentulah Jelma dan Filateli.
Cerpen kompak yang banyak dihidupkan oleh unsur sureal yang jelas di luar batas normal. Percaya dalam-dalam, mana tahu magis sakti menukar mimpi kepada realiti. Sekurang-kurangnya untuk ruang lingkup diri sendiri.
Aku dapat buku kecik ni percuma lepas beli buku Etgar Keret. Aku pernah baca triologi Murtad, Jahanam dam Bhos. Tulisan MG bagi aku semua sedap. Kosakatanya pun bagus. Nak beli buku dia dengan Roman tu pulak lepas ni.
Mungkin ini buku indie yang paling kecil tapi ini juga mungkin buku indie yang paling berbahasa. Penuh dengan lenggok sastera tapi masih penuh dengan identiti alternatif. 9 kisah diadun dengan dengan pengakhiran tak terduga. Mahu nampak pelangi di waktu hujan belum berhenti? Teguklah sarsaparilla. Maaf, itu kenikmatan dunia sementara.
Sbrnya aku bru mula membaca buku ni pd mlm ni dr kul 8.15 hingga 9.30mlm..buku nya yg mini kecik menghiburkan utk dibaca..hahaha..overall aku bg 4 bintang sbb jalan critanya yg kebykn tak logik dan lawak..sj je kan ringankn otak jap baca buku yg mcm ni...huhu...lgpun aku terhibur dgn slang Kedah nya..hihi...gara2 buku Murtad karya penulis ni aku nak belajar bahasa Kedah.. :)
Novel yang aku baca dalam keadaan patah hati sebab tunggu 'Amerika' tak sampai-sampai. Ternyata cerpen-cerpen penulis mengubat hati yang lara. Dua cerpen awal (Jelma & Kisahnya) aku baca tanpa perasaan. Masuk cerpen ketiga aku dah boleh terima kenyataan dan mula imaginasi dengan 'Manekin', hadap sindiran 'Pelaq', genre 'horror' 'Unfriended' 'Zulmat' 'Filateli'. Di akhiri dengan dua cerpen kegemaran aku, 'Sakhti' & 'Sarsaparilla'. Boleh di baca ketika raya sambil teguk air sarsi.
9 jenis bahan yang diadun dengan penuh cinta dan rasa demi sebotol minuman yang penuh duga dan daya.
"Itu sahaja dan tiada lain. Toya terfikir tentang warna pelangi itu bagaimana dikatakan sehingga tujuh warnanya. Bagaimana dan bagaimana. Tiada bila, siapa dan kenapa. Guru menipu dirinya atau guru telah ditipu oleh guru sebelumnya?" -Cerpen Sarsaparilla
Ismat seorang perokok tegar. Pada suatu hari, kapal terbang yang dinaiki Ismat terhempas di laut biru dan Ismat terdampar di sebuah pulau yang dikelilingi ikan koi renang-renang.