Jump to ratings and reviews
Rate this book

Semerah Red Velvet

Rate this book
Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir semakin terpaut.

Mereka bagai langit dan bumi. Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin membukit. Kisah lama kembali diungkit. Hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka?

528 pages, Paperback

First published March 1, 2013

9 people are currently reading
84 people want to read

About the author

Hezzy Azra

15 books39 followers
Dengan menggunakan nama pena Hezzy Azra, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan sebelum bertukar ke Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas (2) Kuala Lumpur pada tahun 1984. Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas sehingga tamat tingkatan enam pada tahun 1992. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat diploma di TL Management Centre (usahasama dengan Swansea Institute of Higher Education, United Kingdom) dalam jurusan Business Management. Kini bekerja sebagai Eksekutif Akaun dan Pentadbiran di sebuah syarikat pembinaan milik bumiputera yang beroperasi di Kelana Jaya, Selangor.

Atas dasar ingin mencuba bakat, mula menulis manuskrip pertama pada tahun 2006. Setelah lima tahun dalam bidang ini, empat novel telah berjaya dihasilkan iaitu yang pertama Melodi Kasih (Disember 2007), Kenangan Terindah (November 2008) Cinta Tak Beralih (Julai 2010) dan Aku Pilih Dia yang baru berada di pasaran pada Disember 2011.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (31%)
4 stars
54 (39%)
3 stars
36 (26%)
2 stars
3 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
May 11, 2016
3.5*

1.Suka...suka...suka begitulah kejadiannya.
Membaca buku ni membuatkan saya teringat kembali kenapa sebelum ini saya berniat mengumpul buku2 penulis kerana buku yg dibaca sebelum ini membuatkan saya berkira-kira utk berhenti seketika.

2.Suka watak Raina selalunya kalau saya sudah tertarik dgn karakter heroin pasti lah buku tu masuk kategori favorite.

3.Emir vs Zalia, dah agak dah mesti ada sesuatu yg Emir ni pendam kan.Penulis berjaya membuat saya geram dan hampir hilang sabar rasa nak selak laju2 dan mmg sesuatu yg diluar jangkaan. Tak tahu nak kesian ke tidak dgn Zalia tu.

P/S suka bila seseorang penulis itu tidak terlalu mencuba dalam berkarya next Melodi Kasih.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
March 8, 2013
Akhirnya, terjawab juga status Edrina Julia (EJ) dan Tengku Azril. Haha. Eh, buku ni bukan sambungan kisah Melodi Kasih ya, cuma kebetulan watak utamanya Emir Hadhri (Emir) adalah sepupu EJ. Maka adalah selingan kisah mereka ni. :)

Seperti kisah terdahulu, kisah Emir dan Raina ni juga bermula dengan cara yang simple. Secara tak sengaja, Emir terlibat dalam pergaduhan antara Raina dan bekas teman lelakinya, Syahir di hadapan Kafe Boraque, tempat kerja Raina. Akibat malu, Raina mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dia juga khuatir akan bertembung dengan Emir dan khuatir sekiranya Syahir mengganggunya lagi. Tapi, siapa yang mampu menghalang takdirNYA kan?

Selepas insiden di Kafe Boraque Emir memang tercari-cari Raina sehinggalah mereka bertemu kembali di karnival yang berlangsung di kolej tempat Emir mengajar. Peluang yang terbentang di depan mata memang tak di sia-siakan Emir. Raina pula yang kalut. Nak mengelak akhirnya bertemu juga. Namun sempat juga Raina titipkan kek cawan red velvet air tangannya untuk Emir pada pertemuan terakhir mereka.

Siapa sangka hanya kerana kek cawan red velvet hasil air tangan Raina, hubungan mereka berterusan ke jinjang pelamin. Di sinilah letaknya konflik dan cabaran dalam hubungan mereka. Banyak perbezaan yang wujud antara mereka akibat jurang pendidikan (Emir bakal graduan PhD, Raina cuma lepasan SPM) dan juga pelbagai isu yang sebenarnya dapat diselesaikan sekiranya mereka berkomunikasi dengan baik. Emir ni banyak sangat pantang larangnya sampai kadang-kadang Raina pun jadi macam robot. Terpaksa akur dengan kehendak suami.

Bila rasa tak puas hati disimpan lama, ditambah pula dengan 'sejarah silam' Emir yang hanya diketahui Raina setelah Raina mengemas barang-barang lama Emir membuatkan Raina mula memberontak. Haish. Macam manalah mereka ni nak selesaikan masalah ketidaksefahaman mereka ni kan?

Komen saya: Kisah ni memang simple dan straight forward. Konflik pun tak serius sampai kita rasa macam nak terjun lombong. Haha. Hiperbola. Kredit untuk input yang cuba diketengahkan penulis. Macam yang saya pernah terbaca sebelum ni, sebenarnya hubungan suami isteri tu bergantung pada mereka sendiri untuk menjayakannya. Sama-sama berusaha. Bukan mengharap satu pihak saja yang berusaha. Bila tak berjaya mulalah nak menuding jari tapi tak mahu muhasabah diri. Heh. Ops, tak boleh komen lebih-lebih, sebab pengalaman saya masih zero. ;) Apa pun, terima kasih dan tahniah untuk Kak Hezzy Azra atas kelahiran buku terbarunya ini. Lepas ni dengar-dengarnya turn Raif Imran pula yang jadi hero ya? :)
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
October 21, 2015
Aku bagaikan 'didera' semasa membaca buku ni. Apa taknya, bau harum semerbak kek-kek cawan yang comel, tapi aku pula dalam kuarantin makanan manis-manis ni. Haishhh... saja ja tau buku ni hahaha :P

Full review: 21/10/2015

Nampak gayanya, HA memang tak pernah menghampakan. Ada variasi dalam kesemua ceritanya, chewahhhh... sedangkan masuk ni baru 3 buah bukunya yang aku khatamkan hahaha. Tapi, ya. Aku suka dengan gaya HA. Ada 2 lagi buku awalnya yang aku masih belum temui. Takpa, nanti-nanti dapatlah tu. Amiiinnnnn...

Raina-Emir-kek cawan Red Velvet.
Nyummy! Haihh, part kek je aku dah rasa nyummy hahaha

Jalan ceritanya mudah. Dan aku suka betul bila Raina tak dipasangkan dengan si Syahir tu. Ya, ampun! Lelaki seperti Syahir tu bikin hati aku panas memanjang, sedang taip ni pun rasa menyampah dengan lelaki bajet bagus seperti itu.

Mujur lah ada si Emir ni. Walaupun nanti di hujung-hujung tu aku tetap ada rasa nak ketuk-ketuk kepala Emir yang kurang sensitif dengan hati sang isteri. Haihh.. sabar je la mamat ni!

Apa pun, seperti biasa aku sukakan heroinnya. Setakat ini aku masih belum berjumpa heroin HA yang hampeh, jadi aku bagi kredit untuk itu. Aku suka dengan peribadi Raina yang utuh biarpun usianya baru awal 20-an. Bekerja keras demi kelangsungan hidup sendiri. Bila berumah tangga pula, dia berusaha untuk duduk dan berdiri sama tinggi dengan suami yang berpendidikan tinggi. Tapi hati perempuan, walau apa pun akan ada yang terusik juga.

Namun, ya, sepertimana aku kurang gemar dengan perisa Red Velvet ini, begitu juga dengan kisah ini. Kurang gemar ya, bukan tidak gemar! Ada terasa kurang, hmm... sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa. Rasanya ini salah sendiri, bukan salah puan penulis *sigh*

Kemunculan EJ & Azril dalam novel ini buat aku tersengih sendiri.

Ps: Nama Raina pun comel... *tetiba*
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
September 19, 2017
Lama juga peram buku ni. Cadangan dari rakan2 GR tahun 2012. @rinn @gobokairina @kakzah - tak ingat. Tapi lambat no~ nak baca. Tak sangka best lak. Suka jalan ceritanya. Harap ada kisah pasal Uzair. Nak tahu kisah hidup adik-beradik Raina. Saya suka cerita kekeluargaan yang positif camni. Whole story awesome.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
March 4, 2014
Best jugak cerita ni.


Riana - Syahir. Hubungan terjalin kerana Pn Hasnah yang berkenankan Riana mengatur perkenalan dengan anaknya yang spoil. Harapannya apabila bercinta dengan Riana, Syahir akan lebih bertanggungjawab dan Riana dapat mengubah perangai anaknya yang malas bekerja , dok mengharap ehsan fama yang harta banyaknya 5 keturunan makan tak habis. Patut disesah je anak sebegini, dah la rosak, cuba pulak merosakkan anak orang yang baik. Gaduh-baik, gaduh-baik. Akhirnya hubungan mereka terputus bila Syahir nampak Riana melayan pelanggan kafe sedangkan dengan dia, Riana asyik mengelak pertemuan rahsia yang diatur Syahir. Pergaduhan di Kafe tempat Riana bekerja menamatkan hubungan yang dah tiada rasa buat Riana. Lega.

Riana-Emir. Perkenalan mereka bermula di Kafe. Kerana cemburu Syahir terhadap layanan mesra Riana kepada Emir, turut mengheret Emir berada dalam pergaduhan Riana -Syahir. Bermulalah detik Emir tercari-cari Riana yang berhenti kerja disebabkan malu difitnah Syahir. Tidak disangka Emir, Riana berada di kolej tempat dia bekerja. Akhirnya mereka berjodoh walaupun Riana cuba melarikan diri.

Novel ini semakin menarik selepas Riana-Emir diijab kabulkan. Konflik rumahtangga bukan hanya kerana orang ketiga ttp penulis membawa kisah ini kepada konflik yang lebih realistik. Jurang pendidikan, personaliti, cara asuhan keluarga, ego, masalah komunikasi, kisah silam, salah faham lebih dekat dengan situasi sebenar bagi pasangan suami isteri.
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
May 19, 2013
Jalan cerita yang agak simple dari salah seorang penulis kegemaran aku. Gaya penulisan Hezzy Azra tidak pernah mengecewakan dan penggunaan Bahasa Inggeris yang superb.

Dari segi plot cerita, I think this time, Kak Hezzy membawa isu yang tak beberapa berat tetapi masih memberi message kepada pembaca, especially yang sudah mendirikan rumahtangga.

Semerah Red Velvet menceritakan pertemuan singkat diantara Raina dan Emir yang membuahkan perasaan halus sesama mereka; hubungan yang berakhir dengan satu ikatan yang suci...

A highly recommeded novel... :)

ETA: Semasa membaca novel ne, part Raina menghantar cuppies kat "Ari" tu made me think sejenak when Kak Hezzy mentioned Ku Ril dan EJ. Then she ada mentioned Zaha... Semasa membaca, memang I ada feeling deja vu that I've come across those name before. I ada baca sinopsis belakang novels Kak Hezzy yang sebelum ne tapi I didn't see any Ku Ril and EJ. LOL.

I'm currently re-reading Melodi Kasih. Apparently, Emir is the cousin of EJ from Melodi Kasih. Patut la ada feeling macam pernah nampak tu. Hehehe. Kak Hezzy create her own world there with all her characters wondering around. I like...

Simopsis novel:

Saat Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir makin terpaut. Sedangkan antara mereka bagai langit dan bumi. Namun, Cinta Yang Maha Kuasa telah mengatasinya sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin menggunung. Kisah lama kembali diungkit dan hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan pilihan terbaik buat mereka?


75 reviews6 followers
Read
April 9, 2015
Semerah Red Velvet… Best! Best! Best!
Alhamdulillah, saya habiskan naskah ini sepanang saya dihospital. Jujurnya, ini adalah karya Hezzy Azra yang kedua yg menjadi koleksi saya. Dan, seperti biasa, karya ini memang tidak menghampakan.

Garapan yang cukup baik hinggakan hati saya terpasung untuk terus menyelami kisah Raina dan Emir huhuhuhu.. w/pun saya kurang skit ngan nama Emir, saya pejamkan jer mata.. hehehehe).

Saya amat tertarik dengan perwatakan Raina. Gadis cekal yang sanggup menepikan keperluan diri utk berkorban demi keluarga. Entahlah kenapa, saya rasa dekat dengan watak ini. Mungkin kerana nasib kami serupa? Entahlah.

Saya juga tertawan dengan perilaku Emir yang begitu gentlemen. Walaupun terlalu berpendidikan, tapi dia masih kalah saat cinta itu memenuhi ruang hatinya.

Acapkali kita diingatkan, tiada siapa yang sempurna. Walau cinta itu terlalu agung, walau kasih itu sudah menggunung, adakalanya rebah jua didasar bumi tatkala perasaan cemburu menguasai minda. Kita tidak dapat mengelak apabila dua orang yang mempunyai pendangan yang berbeza hidup dalam satu rumah. Pasti akan ada pertelagahan. Apatah lagi mereka itu datangnya dari kelas yang berbeza.

Kita perlukan sepanjang hidup ini untuk mengetahui pasangan hidup kita. Bukannya sebaik saja berkahwin, kita akan memahami mereka. Justeru, itulah yang terjadi pada Emir & Raina. Saat bercinta memang segalanya Nampak indah. Tapi, bila sudah berdua, ada banyak yang perlu dilihat. Perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua hati, tapi menjalinkan ikatan persaudaraan yang baru.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
March 24, 2014
Permulaan yang sangat menyampah dengan watak si Syahir ngok tu... Siyes, memang rasa nak bergabung tapak tangan dengan Raina untuk menampar Syahir tu.. :p


Best citer ni... Layan dari malam sampai subuh.. Dah lama beli buku ni tapi baru malam tadi dibukakan baju plastiknya.. Sempat jugak merembeskan airmata pada beberapa scene..


Mujur dah ada semua buku penulis ni kecuali yang terbaru tapi baru baca yang ni sampai habis.. Buku yang lain tu masih lagi berbaju plastik kecuali Kenangan Terindah yang still KIV..

Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
April 6, 2013
saya suka buku ni sbb masa baca terbau-bau wangi kek / kek cawan hehe
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
April 7, 2013
Perkara pertama yang saya suka,dalam SRV ada nilai kekeluargaan yang sangat tinggi.Maksudnya hubungan antara adik beradik Rania sangat awesome.Ada abang,ada kakak,ada adik yang sporting dan berkongsi suka dan duka.hmm,hubungan adik beradik yang sangat rapat dan erat.
Dan saya rasa Pak Samad merupakan bapa penyayang.
Tersentuh bila baca dialog ni :

" Rai anak abah yang dah lakukan macam-macam untuk abah dan lain-lain.Rai jugak dan korbankan masa dan tenaga untuk pastikan rumah kita ni sama seperti ketika arwah mak masih ada"

Of course lah,saya tiba-tiba teringat ayah saya yang berada di utara sana.hewhew :') Dan lagi tersentuh bila pak Samad ucapkan terima kasih.Boleh rasa sampai kedalam hati,bila seorang ayah mengucapkan perkataan keramat'terima kasih' :') Apa perasaan korang kalau ayah korang cakap terima kasih,of course lah banjir terharu kann.sobss sobss.

" Kadang-kadang abah rasa,tak terucap perkataan terima kasih untuk Rai "

Doa seorang bapa kepada si anak yang banyak berkorban demi kebahagiaan sebuah keluarga.

" Nama Rai tak pernah tertinggal dalam doa abah setiap hari.Abah sentiasa doakan Rai bertemu jodoh dengan orang yang benar-benar nampak keistimewaan Rai ...sama seperti apa yang abah nampak dalam diri Rai selama ini"

Selain itu, saya menyampah dengan watak syahir.Omjayy.
Gila tak matured kot.Tolong lah kak hezzy mana jumpa orang macam neh?hahaha.Dah lah berlagak.Menyombong pulak tew.Kalau saya jadi Raina,memang dah lama makan kaki si Syahir neh.*emoooonyawww* haha.

Part Syahir dah habis, mari kita masuk kisah Emir dan Raina yang euww sweet kot.hikhik.Bila Rai tinggalkan red velvet cuppies dkt tombol pintu.ehem.Bila Emir temankan Rai cari mixer.

Okay bila Emir dengan Raina lawan dialog filem Jerry Maguire.*Filem neh saya tak tengok.Tak tau pon tentang kewujudannya.Dan Rai kalah dengan dialog Emir yang menggoda.Haaa.

" What if we stay together..what if we got married ?"

Come onlah Emir,Rai tu muda lagi kot. 21 y/o. Haha.Sungguh Emir tak sabar.haha.Walaupun saya sebaya Rai, kalau saya ditanya sedemikian saya akan cakap tak lah.hohoho.
Gasaklah kalau Emir nak tunggu ke nak cari lain ke kan?hahahah * dreaming dreaming*

Okay.Macam biasa.Setiap satu kisah ,tidak dapat tidak pasti akan diselitkan dengan konflik yang mencabar minda.Konflik yang diketengahkan adalah konflik seorang mak yang mementingkan tahap pendidikan yang tinggi.hewhew.Mak Emir.Saya cuma tertanya-tanyalah ada ke mak yang camginih?haha.Time neh teringat pesanan ustazah saya masa sekolah menengah,

"kalau kamu nak kahwin nanti,antara kriteria mak mertua cari menantu ialah pastikan kamu pass dengan jayanya tentang hukum nun mati dan mim mati"

Time neh,gelakgelak je lah kan.Okay.Bila diorang dah kahwen-kahwen gitu,ada perselisihan faham antara Emir dengan Rai.Emir sibuk kejar phD.Rai yang macam rasa terpinggir sebab saya rasalah kan Emir sangat skima okay.Boleh dikatakan,setiap masa dengan buku,mana tahan.kikkiki.

Okay okay part paling buat saya menyirap.Bila Emir gaduh dengan Rai pasal Zaynn,Pasal Zalia,pasal mak Emir sampai satu tahap terkeluar statement yang boleh sentap lima belas hari.

" Abang tak pernah abaikan keperluan Rai selama ni.Tapi Rai kena faham ..betapa pentingnya semua ni untuk abang.Abang nak dapatkan Ph.D..bukannya ambil SPM"

Time nih saya rasa, Emir sangat pentingkan diri lah.huahua.Kesian pada Rai.Kalau ye pon Rai belajar sampai Spm,tak perlulah keluarkan statement menyentap macam tu kan.Padanlah Rai merajuk.haha.Padan muka Emir.*pergh.terlebih emo pulak.hahaha.Bagi saya,dua dua kena faham la kan tugas masing-masing.

Keseluruhannya,saya rasa SRV ini memang best.Cuma kan kalau nak dibandingkan Emir dengan Ian,still Ian dekat di hati saya.hahaha.Hidup Ian Redza ! hahaha.

Oh btw, saya suka juga bila akak selitkan cerita EJ walaupun sangat sikit okay.haaa.Well,rasanya setakat ini dahulu review ikhlas dari saya.Untuk yang belum memiliki SRV,mohon korang dapatkan SRV di kedai berhampiran yeah.Eh jangan risau happy ending.kikiki


copy paste : http;//petanipintar.blogspot.com
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
October 28, 2014
Perkenalan singkat Emir dan Raina membawa kepada perkahwinan.

Emir, lelaki awal 30-an yang teratur dan disiplin hidupnya. Ada susun aturnya, ada protokolnya. Kalau di meja makan, sunyi sepi.

Raina pula anak gadis awal 20-an yang pandai berdikari. Ahli keluarganya ramai. Keriuhan adalah halwa telinganya. Suasana senyap sunyi buat dia rimas.

Berkahwin dengan Emir membuat dia amat bahagia namun dapatkah dia menyelit dalam hidup Emir yang strict? Tambah2 mak mertuanya plak jenis strict juga dan ada class tersendiri. Cemana agaknya lulusan SPM menangani insan2 akademik ini? huuuuu macam seremmmm.

Suka dengan cara pendekatan Hezzy Azra. Beliau mengenengahkan karektor yang berbeza dalam watak utamanya. Emir kelihatan sempurna, namun kesempurnaan itulah kekurangannya. Teringat plak aku kat hero kedekut pahit dlm Cinta tak Beralih :-P

Bila dah start tu memang tak sabar nak habiskan terus. :-)

sure fine whatever
Rinn
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
August 31, 2018
[BOOK 55]

Semerah Red Velvet by Hezzy Azra.
.

Best! Ni antara cerita lama (terbitan tahun 2013) yang kurasa masih relevan dibaca tak kisahlah sekarang dah tahun berapa.
.

Dan jujurnya cerita ni buatkan ku takut nak kahwin 😅.
.

SRV ialah cerita tentang Emir dan Raina, yang berbeza latar belakang dan personaliti. Apabila mereka berkahwin, mereka perlu belajar menyesuaikan diri dengan perbezaan masing-masing.
.

Mereka berbeza 9 tahun jarak usia.
Emir yang obses dengan pelajarannya. Cita-citanya ingin menjadi doktor falsafah dan ingin menghabiskan PHD nya dalam masa 2 tahun tanpa sebarang halangan. Raina pula hanyalah lepasan SPM, dan lebih menumpukan perhatiannya kepada baking dan masak-memasak.
Raina yang dah biasa dengan adik-beradik yang ramai, Emir pula anak tunggal.
Keluarga Raina yang biasa bercerita sewaktu makan, keluarga Emir pula ada budaya yang waktu makan, tak boleh bercakap.
Raina yang suka tidur bergelap. Emir yang perlukan sekurangnya cahaya yang malap untuk tidur.
Emir yang gila membaca, sampaikan Raina yang nak tengok TV pon perlu memperlahankan suaranya.
.

Tapi mereka saling mencintai. Dan saling cemburu. Dan usia perkenalan mereka yang singkat buatkan hubungan mereka makin goyah. Emir yang merahsiakan tentang Zalia. Tapi mengharapkan Raina jujur tentang Zayn. Haihhh... Dorang ni banyak assuming, pastu memendam rasa. Tapi 'time-off' yang Raina minta, somehow buatkan mereka lebih merindui masing-masing. Cuma, ego yang menghalang.
.

Betullah. Dah kahwin, memang macam tu. Kena lebih bertoleransi. Tak boleh cepat melatah.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 14, 2019
My really first time baca novel Hezzy Azra. Aku dapatkan buku ni masa SMO Bookstore buat pesta lelong. So aku rasa ini permulaan untuk aku mengenali Hezzy Azra punya penulisan. Well ada jugak rasa risau, kalau novel ni seperti sesetengah novel keluaran lama yang lain. Yang dah tak relevan untuk dibaca pada zaman ini.

Tapi setelah aku mulakan pembacaan, aku rasa wow. Jalan ceritanya masih sesuai dibaca sekarang. Walaupon ianya berkaitan dengan kisah cinta sepenuhnya, tapi aku boleh hadam.

Kisah perkenalan singkat di antara Emir dan Raina semasa Raina bekerja di Kafe Boraque dan Emir customer tetapnya. Perkenalan singkat membibitkan cinta antara mereka. Dalam beberapa bulan je mereka berkawan, dan akhirnya mereka decided untuk berkahwin.

Tapi tulah. Benar orang kata, kita sepatutnya mengenali pasangan kita sebetulnya dulu sebelum ambil keputusan untuk berkahwin. Perkenalan yang singkat menyebabkan kita tak mengenali mereka luar dan dalam. Kadang kadang dorang tak pamerkan sikap sebenar. Dah kahwin barulah tau.

Lagi satu. Low communication pon antara salah satu sebab runtuhnya hubungan suami isteri. Dalam hal ini, Emir banyak dalam dunianya. Tinggalkan Raina terkapai kapai dalam urusannya.

Aku suka hubungan kekeluargaan Raina. Betapa seronoknya ada ramai adik beradik yang boleh berkongsi gelak tawa. Berbanding dengan Emir anak tunggal keluarganya. Jadi perbezaan hal itu menyebabkan Emir tidak selesa dengan keluarga Raina dan Raina tidak selesa berada dalam keluarga Emir .

Overall cerita ini menarik. Bagaimana susahnya satu2 pasangan yang baru mengenali untuk mencipta bahagia dengan cara mereka.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 18, 2014
Book #47 - 2014

Again. This book tidak menghampakan. The beginning was quite slow but as it progresses,
It really gets interesting. Why interesting? Macam meliat cerita korea lah! Hikhikhik. Selalu Emir and Raina ni berada di tempat yang smaa tetapi selalu tidak pandai bertembung. Rasa terkepal-kepal penumbuk sebab geram hati mereka tidak "berjodoh". But once they finally meet, durang tak lepaskan peluang dan akhirnya berkahwin. The book also contains a lot of pengajaran for couples yang baru-baru berkahwin or yang berkahwin tapi belum lama kenal dengan spouse mereka. This couple, Emir and Raina. Memang macam langit dengan bumi
-- opposite attracts. Huge age gap, differences in thinking & their background. Tapi, some opposites, do attract. Tu yang membuatkan cerita ni jadi seronok. you gotto be tolak ansur, menerima kebaikan dan keburukan and also communication tu penting!
Profile Image for Rohaida Rahman.
7 reviews2 followers
April 17, 2013
dua manusia berlainan family background jatuh cinta, kemudian jatuh 'tangga' kerana kegagalan komunikasi... mantap & penuh nilai2 murni yg blh jd teladan..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 3, 2017
raina berbolak balik dengan hubungannya bersama syahir yang sering cemburu buta dan mengongkong kehidupannya. sehingga syahir memalukannya ketika dia berbual dengan emir, salah seorang pelanggan kafe boraque membuat raina patah hati untuk berbaik dengan syahir yang sememangnya tidak pernah menghormati dirinya dan selalu menghina keluarganya..

emir pula, seorang anak ibu yang begitu komited terhadap kerjaya dan pelajaran tertarik dengan raina. mereka bertemu berjumpa dan tidak mahu bercinta lama mengambil keputusan mendirikan rumahtangga. kehidupan selepas berumahtangga sememangnya indah bila ada toleransi dan kerjasama. tapi sampai bila raina harus menahan hati dengan segala tentang emir? dia yang sekadar lepasan spm adakala amat terasa dengan keadaan orang berpelajaran tinggi seperti emir dan ibunya ezah. ezah yang dari awal memang mempersoalkan tentang pelajaran raina, tentang latar belakang adakala sememangnya menyinggung perasaan menantu tanpa disedarinya.

pemporak peranda? semestinya ada. zalia, bekas tunang emir yang rasa tercabar sering mengganggu emir. walaupun dari awal emir menunjukkan rasa tidak senang dengan pertemuan mereka semula tapi zalia tanpa rasa malu sering mengganggu. raina sememangnya tidak mengetahui sejarah hubungan mereka akhirnya terjumpa segala 'bukti' sejarah silam. mampukah mereka mengharung badai bila emir turut cemburukan zayn?

sahabat ada beritahu, kalau ada rasa mood merudum untuk membaca kena ambik buku-buku penulis tersohor dan otai contoh seperti puan Hezzy Azra. yup, memang hilang mood merudum tersebut. serius, cara olahan yang santai dengan perkembangan idea yang bersahaja tapi menarik buat pembaca tak nak lepaskan buku lama-lama bahkan teruja mahu menghabiskannya. meriah dengan watak adik beradik raina dan keluarga kecil emir termasuk juga watak si sengal syahir dan watak si gatal zalia. semua main peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita sehingga penghujungnya...

rumahtangga jika tak bergoncang dan tak dilanda badai sebenarnya ada masalah la tu. bila badai melanda kita akan tahu ada yang tak kena. cinta saja tidak cukup jika tiada kerjasama, toleransi dan ambil berat. amat penting juga kejujuran dalam perhubungan.
latar belakang penting juga tapi iman tidak diwarisi kan? begitu juga dengan taraf pendidikan dan kedudukan pangkat. apa saja, jika otak mampu berfikir dan mengawal keadaan akan menjadi semanis dan sesedap cupcake red velvet juga kan?
Profile Image for Noorbaizura Mazlan.
4 reviews3 followers
July 29, 2020
Jarang watak hero atau heroin ada adik beradik seramai itu. Good job writer!
Profile Image for Munie Salam.
7 reviews
April 11, 2019
Pertama kali kenal dengan penulis ni. Baca novel ni la. Ya Tuhan.. Sangat menyentuh hati. Lepas pada ni makk tak pernah tinggal novel dia. Tak tau nak kata apa. Terbaekk sangat. Tulisan dia manis sekali. Pandai dia buat kita jadi masuk dalam cerita tersebut. Meresap terus dalam hati. Novel ni sangat dekat dengan makk. Baca lah kalau korang belum dapatkan lagi. Berbaloi sangat. Banyak mesej dan pengajaran dalamnya. Reality hidup .perbezaan status dan keturunan. Beza cara kehidupan dan cara di besarkan. Bukan mudah nak kongsi hati dan segalanya. Tapi semangat kekeluargaan tadi yang banyak menyelamatkan. Love you hezzy.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
February 28, 2020
Sangat sangat best. Well done Hezzy 😎
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
July 23, 2021
Ok je tak berat sgt cerita ni
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
May 28, 2017
Cover buku dah buat hati tertarik. Dari jauh dah nampak di rak. Sampai dekat dan capai, tajuk pun dah okay. Terkenang pula kek red velvet yang En Suami makan walaupun saya tengok saja. Saya tak minat kek. Hehe.

Raina, gadis berusia 21 tahun, berkelulusan SPM, masih tinggal bersama keluarga dan bekerja di sebuah kafe. Tahap kesabaran Raina yang tinggi amat mengkagumkan terutamanya melayan Syahir, teman lelaki pemalas yang kuat cemburu.

Sikap Syahir yang tak berubah walaupun puas ditegur sepanjang 2 tahun perkenalan mereka, membuatkan Rai sedikit cuak. Kalau tak kerana ibu Syahir, sudah tentu hubungan itu tak akan bertahan walau 2 bulan pun.

Emir, jejaka berusia 30 tahun, berkelulusan Sarjana dan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, tinggal sendiri di apartment miliknya walaupun kerap berada di rumah keluarganya dan bekerja sebagai seorang pensyarah. Putus tunang hampir 4 tahun lalu kerana Zalia, bekas tunangnya, ingin mengejar kerjaya.

Perkenalan Emir dan Rai di kafe tempat kerja Rai bermula apabila Emir kerap bertemu sepupunya, Jeffri, di situ. Pada mulanya hanya berbalas senyuman sehinggalah Rai memberanikan diri bertanya tentang buku yang dibaca oleh 'mamat ulat buku', gelaran diberi olehnya dan rakan sekerja.

Perbualan 5 minit itu juga yang mencetuskan pergaduhan besar antara Syahir dan Rai dan gadis itu nekad memutuskan hubungan mereka. Walau acapkali dipujuk rayu oleh Syahir selepas kejadian itu, Rai sudah tidak menoleh ke belakang lagi.

Emir yang merasa bersalah kerana merasakan dirinya punca pergaduhan itu, mula buntu mencari Rai yang sudah meletakkan jawatan di kafe tersebut. Banyak kali mereka berada di tempat dan masa yang sama tetapi ada saja penghalang untuk bertemu. Penulis bijak menggambarkan kebetulan tersebut dan sebagai pembaca, saya turut kecewa bila Emir dan Rai tidak bertemu.

Nama pun jodoh, pencarian Emir berakhir saat matanya bertentang mata dengan Rai. Hadiah cupcake red velvet oleh Rai, mencetuskan perjumpaan yang seterusnya.

Atas nasihat Jeff, tersepit dengan pujuk rayu Zalia yang mahu mereka kembali bersama dan tidak mahu kehilangan Rai, Emir nekad melamar gadis itu selepas sebulan perkenalan.

Awal perkahwinan memang semuanya indah. Tetapi perbezaan taraf pendidikan, status keluarga dan sifat cemburu yang mula bercambah, memburukkan keadaan sehingga Rai kembali ke rumah keluarganya.

Masing2 menunjukkan ego walaupun rindu makin menggebu. Dan setelah 2 bulan tidak bersua, Emir nekad bertindak demi tidak mahu kehilangan isteri tercinta.

Saya faham perasaan Emir. Saya, sepertinya, amat pentingkan pelajaran. Saya juga amat pentingkan masa. Tetapi bila sudah bernikah, saya perlu bijak mengatur masa kerana saya bukan lagi berseorangan. Di sinilah kekhilafan Emir kerana dia masih dengan rutin semasa bujang.

Saya tidak marah apabila Raina pulang ke pangkuan keluarganya akibat rajuk. Isteri mana yang tidak marah apabila bekas tunang suami datang mengganggu. Kesabaran seseorang ada hadnya.

Saya ternanti-nanti perbualan antara Emir dan Rai; sweet, romantis dan menarik. Konflik yang tercetus kalau difikirkan, kecil sahaja. Tapi itulah adat berumahtangga; mudah tersentuh, kecewa, cemburu, marah tetapi mudah juga memaafkan.

Tamat cerita, saya rasa kehilangan. It's going to take a while for me to move on from this couple.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
February 20, 2016
Sweet! Rania dan Emir mula rapat sejak satu kejadian salah faham di kafe Baroque di mana dia berkerja. Dalam masa sebulan, Emir telah melamar Rania dan mahu mereka cepat-cepat menikah. Hidup mereka bahagia walaupun mereka banyak perbezaan. Emir sedang mengejar cita-citanya untuk dapatkan Phd dan Rania pula hanya ada lulusan SPM. Rania tidak berminat untuk belajar tetapi dia mahu berniaga kek yang dibuat sendiri. Hubungan mereka mula bermasaalah bila masing-masing mula rasa cemburu dan curiga gara-gara Zalia dan Zayn. Mereka tidak pandai berbincang dan meluahkan perasaan masing-masing. Akhirnya Rania minta untuk berpisah sementara. Rania tinggal di rumah ayahnya selama dua bulan. Emir juga tidak mahu menelifon. Mereka akhirnya dapat bersama kembali setelah Rania dihantar oleh ayahnya untuk berbulanmadu dengan Emir di pulau Tioman. Tema yang diketengahkan adalah tentang hubungan kekeluargaan dan pentingnya komunikasi dalam rumshtangga. Best!
Profile Image for Farisya Natasha.
Author 12 books74 followers
August 30, 2018
Antara yang terbaik dari Hezzy Azra. Kalau tak silap, membaca novel ni pada tahun 2013 atau 2014 dan inilah novel pertama HA yg saya baca. Dan alhamdulillah, novel yg membuatkan saya tersangkut dan terus mengikuti karya2 beliau. cerita ni juga masih ingat sampai sekarang.
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.