Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair!
Mereka hanya saying-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta!
Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.
Adrian resah. Perlukah dia melepaskan gadis yang dicintai itu pergi meninggalkannya? Sudah cukup kuatkah dia untuk berhadapan dengan papa Puteri Sara agar melepaskan anak gadisnya pulang ke Malaysia? Dia juga punya nekad. Dia mesti sampaikan kata-kata ini kepada Puteri Sara:
Somebody gave me this book. So, kita baca dengan hati yang terbuka. .
Okay, ignoring the fact that it is a 5-year-old book and it was written quite formal and 'baku', it was readable and enjoyable till the end. .
Mungkin sebab cerita ini berlatarbelakangkan Jerman, sebab tu kot bahasanya agak baku. Atau mungkin sebab dah terbiasa dengan buku buku sekarang yang lebih 'mesra'. .
Dan berdasarkan mesej yang cuba disampaikan, definitely, it's an old book. Sebab buku-buku terdahulu je yang agak kurang menceritakan soal cinta watak utama, tapi lebih kepada cinta orang tua mereka dan rahsia disebaliknya. .
Ni cerita tentang Sara dan Adrian yang membesar bersama di Jerman. Dan Sara selalu bertanya kepada ayahnya, mengapa mereka tidak pulang ke Malaysia. Rupa-rupanya, dari awal buku lagi, penulis bijak memberikan 'hint' tentang persoalan tersebut. .
So, kalau ikutkan, part sweet antara Sara dan Adrian ni takde pon. Lebih kepada soal siapakah yang mahu mengucapkan 'Ich Liebe Dich' terlebih dahulu. So, this parts were quite draggy. Masing-masing mengharapkan saling faham.