Jump to ratings and reviews
Rate this book

Abah, Adik Nak Kahwin!

Rate this book
RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana, anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?

Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang ‘angin kus-kus’ sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi…

Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut dengan godaan palsu.

Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.

592 pages, Paperback

First published March 1, 2013

11 people are currently reading
114 people want to read

About the author

Aireen Erina

3 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (28%)
4 stars
20 (22%)
3 stars
31 (34%)
2 stars
7 (7%)
1 star
6 (6%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews24 followers
February 7, 2021
BEWARE of SPOILER

Farhana dan 4 rakan karibnya pernah buat perjanjian di alam persekolahan. Sesiapa yang bernikah paling akhir, kendurinya tidak akan dihadiri oleh 3 sahabat lain yang bernikah terlebih dulu. Apabila seorang rakannya sudah bernikah, seorang lagi akan bernikah dan seorang lagi pula nampak macam ada ura-ura nak bernikah, Farhana jadi resah.

Farhana mula menaruh hati pada kenalan kacak di Fb. Usikan manja lelaki itu yang terlebih dulu dikenalinya saat ekspo perkahwinan di pasaraya, menjadikan hari-hari Farhana lebih ceria. Tiba-tiba si jejaka menghilangkan diri dan muncul semula dengan berita pernikahannya. Hancur juga hati Farhana tapi dia tabah.

Tak nak kalah punya pasal, Farhana mengambil jalan nekad dengan melamar Alif yang baru dikenalinya. Alif pula yang ditinggalkan tunang, menerima lamaran itu walaupun terperanjat beruk jugalah. Tapi Farhana jujur. Itu yang buat saya suka dengan Farhana. Walaupun sedikit annoying tapi kejujuran dan nekad dia tu buat saya kagum. Dan Farhana bukan mudah cair dengan kata-kata.

Jadi selepas pernikahan, jenuh jugalah Alif nak menambat hati isteri yang sudah mula disayanginya. Tapi Alif yang segak ni bukan tak ada peminat. Itu yang buat Farhana cuak tapi dia percaya pada suaminya.

Bekas tunang Alif muncul memohon bantuan untuk melepaskan diri dari suami kaki pukul dan buaya darat. Alif yang tersangat baik hati rela membantu, siap pujuk isterinya supaya turut serta dengan rescue mission tersebut.

Ibarat menolong anjing tersepit, si bekas tunang mula menagih kasih Alif selepas bebas dari bekas suami. Sisa-sisa kasih yang ada dalam hati Alif menyukarkan keadaan. Farhana masih beri peluang. Dia juga sudah mula menyayangi suaminya. Kemuncak acara membuatkan Farhana tidak tahan lagi lalu lari pulang ke rumah orang tuanya. Maka masa ni Alif dah ibarat kucing kehilangan anak.

---

Farhana ni keras kepala. Kalau dah hitam katanya, tak payahlah disekat, tetap hitam. Nak pula anak manja abahnya. Tapi mak Farhana ni memang sempoi. Tak macam mak lain yang asyik menangkan anak. Mak Farhana memang bengkeng dengan setiap benda yang Farhana buat.

Alif pula sangat baik. Sabar je dengan kerenah isteri. Sanggup pula tolong bekas tunang yang memalukan dia dan keluarganya dulu. Sebab baik hati sangat, dia berbolak-balik antara bekas tunang dan isteri. Tapi saat akhir, dia nekad buat pilihan. Nampak macho di situ. Heh.
Profile Image for turtle erin.
27 reviews
April 30, 2018
Sumpah aku cakap, masa baca sinopsis novel ni memang aku intrigue gila. Tapi seriously as the story goes on jalan cerita jadi tak masuk akal and seriously annoying. I hate the guy and I hate the girl. Perempuan mana yang desperate gila nak kahwin semata-mata sebab tak nak kalah dengan kawan sendiri. Kau yang buat bet entah apa-apa lepas tu meroyan nak kahwin. Jalan cerita jangan cakap la memang annoying tahap nak mati. Writing pun tak dibuat dengan baik. Writing lebih kurang writing aku masa aku tengah buat fanfic and to be honest my writing is not that great. Okay aku just meroyan kat sini kejap pasal novel ni sebab aku memang sakit hati. Membazir duit aku je beli buku ni. At the very least bila aku baca buku, aku akan baca sampai habis walaupun aku rasa macam nak baling buku tu ke dinding tapi buku ni serius mencabar kesabaran aku and sorry aku cakap memang aku tak boleh nak habiskan novel ni. Sorry to the writer tapi aku memang serius tak boleh nak hadap buku ni. Lelaki tu pun aku rasa macam nak lempang laju-laju. Da wife kau tak nak tak payah la paksa. Tau la hak kau tapi kau tak boleh nak bagi dia masa ke ? Bapak pun macam haih. Buku ni serius banyak masalah dari segi writing and executing plot. So writer diharap boleh memperbaiki lagi writing supaya perkara yang sama tidak berlaku untuk novel yang seterusnya. Terima kasih kalau ada orang yang membaca aku meroyan.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
April 24, 2020
Farhana yang nak kahwin sebab tak nak kalah dengan kawan-kawannya.. Namun bukanlah mudah sebab dia tak ada kawan lelaki.. Sehingalah pertemuan tanpa sengaja dengan Alif dan Jay.. Hatinya lebih ingin mengenali Jay.. Maka dicari dilaman muka buku.. Jay mulutnya manis dan dikelilingi wanita.. Seminggu hilang menyepi rupanya dah berkahwin.. Farhana sentap tapi tidak terasa.. Bertemu semula dengan Alif dan berkahwin.. Kehidupan lepas kahwin bukanlah main-main sebaliknya satu tanggungjawab.. Jay masih mengejar, Alif dan dia masih dalam fasa perkenalan dan Salwani pula muncul.. Apakah takdir yang tertulis antara mereka..
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
September 27, 2016
Quite light hearted. Santai.
Sakit hati tetap ada dengan Salwani..dah diberi pertolongan nak kebas balik pulak suami orang whom happened to be her ex fiancee. Alif pula bukan tak sayang akan isterinya Farhana tapi masih ada sisa2 sayang buat Salwani hingga hampir musnahkan rumahtangganya.

Nak elaborate tapi bila teringat, saya sakit hati atas perbuatan Alif semasa menghulur bantuan hingga sanggup berbohong dan terlupa isterinya dirumah dan Salwani yg sanggup bermadu. Dah cakap tak mengaku..Sakit jiwa ngan dua manusia ni..nasib Farhana ni jenis senang dipujuk.
Profile Image for Sophia.
12 reviews
July 19, 2022
Trigger warning: domestic violence (not the main couple's), orang ketiga

I need to change the review but not now

After much thought, i give this one a 3.5

The female lead, farhana, is such a stubborn woman. Biasalah anak bongsu kan, so dia punya keras kepala dengan perangai tu lain macam sikit sebab ayah dengan abang abang dia terlampau manjakan sangat. But i wasn't that bothered with her character. Sebab tahu lama lama lembutlah tu hati dia kalau dapat suami yang soft spoken and baik macam alif tu

The male lead, alif, is such a kind man. Lelaki ni selalu cakap lembut je memang dengan sophia sekali cair. Tapi kalau baik sangat pon tak boleh jugak especially dengan orang yang boleh menimbulkan salah sangka dalam rumah tangga kita (I'm looking at you salwani 😒). Tapi dalam baik baik lelaki ni, kadang kadang lurus bendul jugak. Orang bagi hint yang sudah terang lagi bersuluh, dia blur lagi. Haih nasib baik sayang.

I was stressed out during the last 300 pages. The conflict was kinda loooong. Benda boleh settle kalau dua dua communicate tapi apakan daya. Sorang jenis pendam, sorang jenis lari kalau ada masalah sikit. I feel like the side characters saved the story. Idham, linda, and farhana's family were the ones yang akan sedarkan both mc and the antagonist bila diorang ni buat salah and selalu bagi nasihat yang baik baik. Kadang kadang time kita nak marah kat mc atau antagonist, diorang dah marah dulu so rasa lega sikit lah

My reading journey with spoilers ahead:

At first i wanna give it a 4.5 cause of how sweet alif is. I really like soft spoken male leads more than the cold ones. It lost a 0.5 cause i disagree with farhana's decision to get married just because her friends semua dah kahwin. It would've been cute cause she was the one that proposed to him only if i didn't know her intentions. And they didn't even talk about this later on? Ada sentuh sikit je but if i were the husband, i would be offended that she went into this marriage just because her friends did tapi sebab alif ni baik sangat, he just put it aside and forgive her (i was falling for alif from the start to the middle of the novel) not to mention the way he soothed farhana's worries about not being a good wife. Haih melting

It went down another 0.5 to just 4 because i don't really like how he talks about doing the thing with his wife. Referring to his wife by ladang, i find it quite disrespectful. I wouldn't want my husband to refer to me like that but i understand that's how orang zaman dulu sebut or berkias

I really wanted to give it a 4 or 4.5 cause of how alif treats his wife waktu awal awal kahwin tapi konflik yang jadi waktu 1/3 last part novel ni buatkan sophia stress sangat sampai jatuh rating dia jadi 3 😂 i like the novel but Ya Allah stress sophia baca.

Konflik dekat last last tu berlaku mostly sebab this one pasangan, salwani and fakhrul. Salwani ni ex tunang alif. Gedik jugaklah nak ngan alif ni. Kadang kadang rasa nak sepuk je kepala dia. Nasib baik linda, kawan wani ada nak sedarkan perempuan tu yang alif ni dah kahwin. Pastu suami dia ni memang playboy. And ada lah berkawan mesra dengan farhana tapi nasib baik lepas kahwin farhana tak makan kata kata manis laki tu.

So cerita dia fakhrul tu pukul isteri dia, wani, and then alif ni sebab terlebih baik and still ada sikit rasa sayang kat wani tu nak tolonglah si wani ni. Niat tu baik dah cuma cara dia tu yang buatkan sophia sakit hati sikit. Farhana of course lah jealous enn sebab perempuan mana je tak jealous kalau suami sendiri pergi tolong bekas tunang dia and tinggalkan isteri terkontang kanting. Eee dislike dislike. I just hope that they sit down and have a heart to heart session with each other to avoid all the misunderstandings and hurt feelings. Perangai alif time ni sangatlah menguji kesabaran and buatkan even sophia sendiri terluka.

Bayangkan ehh, dahlah selalu teman and jumpa ex dia. Lepas tu suruh pulak kita tolong cari evidence untuk wani tu bercerai. I mean kalau wani tu jadi isteri kedua lepas bercerai tu macam mana? Logiklah enn kalau perempuan pikir camtu tapi alif tak terfikir pon pasal tu. Dalam pikiran dia time tu semua wani wani wani. Pastu time wani masuk hospital, seminggu kot lelaki ni tak balik rumah. Dasar lelaki. The first 3 days tu tak contact wife dia pon sebab duk risaukan si wani. Tahulah wani tu sakit TAPI yang kau tinggal bini kau sorang sorang tu tak terfikir? Haih geram gila dengan perangai alif time ni. Memang patut pon far tu merajuk lama.

Haa pastu yang tak berapa suka jugak, konflik tu macam habis macam tu je sebab *spoiler* alif tu accident. Terus far maafkan alif bila tahu alif accident. I- 😀 terus rating turun jadi 2.5.

Rating naik balik jadi 3.5 sebab watak side characters tu je. Diorang ni bagus and quite rational. Bila the mcs ada buat salah atau nak buat benda bodoh, diorang tegur and betulkan balik. Idham untuk alif, linda untuk wani and keluarga farhana untuk farhana. I like how the side characters were portrayed. How idham banyak kali tegur alif supaya tak kecik kan hati isteri dia and selalu bagi nasihat. How linda protects her friend from her abusive husband and tegur kawan dia bila dah melampaui batas and how keluarga far tegur dia bila dia buat salah but still protects her when alif broke her heart.

Overall, cerita dia tak heavy sangat, tak light. Angst dia okay cuma part comfort tu bagi sophia kurang. Apa pon, it's an okay novel and i like reading it. Read it in one sitting
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Naz Banu.
36 reviews
July 14, 2021
Sejak Lockdown disebabkan Covid 19, saya dapat banyak masa membaca bahan bacaan berbentuk novel dalam bahasa Malaysia. Novel ini agak menarik, banyak menceritakan ego seorang wanita yang tidak mahu mengalah dengan persekitaran. - Apa orang kata? Namun demikian dicantikkan dengan watak lelaki yang positif sifatnya dan dipenuhkan cerita indah kepada watak wanita, dimana sebalik Keegoan tersebut mempunyai hati yang lembut dan belajar menyayangi orang baru dalam hidupnya.

Sebuah karya yang agak menarik dan penulisan yang boleh diasah ke arah lebih baik lagi.
129 reviews3 followers
September 27, 2021
cerita dia best!! tapi agak menyakitkan hati jugak sikit hahahah tapi best lahhh untuk isi masa lapang covid covid ni. lagi senang baca dalam bentuk ebook. saya dah dapatkan ebook dari esentral. overall, mantap!! kalau yang tengah cari tu, nah saya sertakan link saya beli sekali https://www.e-sentral.com/book/info/6...
Profile Image for Ainfaha.
16 reviews
May 17, 2021
Beli masa pesta buku kat gudang karangkraf shah alam. Sebab murah memang penuh sebakul la angkat. Entah apa tajuk pun bedal je masuk dalam bakul.

Novel AANK ni Fah jujur yang Fah tertarik dengan tajuk dia tapi Fah tertolak dengan sikap Farhana. Farhana dengan lagi 3 orang kawan dia ni cipta 'game' yang tak masuk akal langsung dan rasanya 'game' yang mereka berempat jalankan ni boleh terjerat diri sendiri.
Mereka berempat cadang siapa kahwin last, mereka lagi 3 orang tidak akan bertandang majlis yang seorang tu. Disebabkan peraturan yang macam itu, Fah rasa tak baik buat member macamtu😂 kan jodoh di tangan Allah. Kita tidak boleh mengagak begitu dan buat kawan yang seorang tu kecil hati.

Farhana ni terdesak nak kahwin sangat sebab taknak jadi orang terakhir la yang berkahwin. Nak lawan jugak tu. Bila start macam ni, pada tengah2 penceritaan terasa kesian pada Alif la.

Pengajaran :
Jangan buat perkara yang remeh temeh tak masuk dek akal supaya ianya tidak melibatkan orang lain.
Fah masih tak boleh move on dengan perangai Farhana😂

Maaf jika tersilap kata terkasar bahasa tertypo ejaan semasa review.
154 reviews2 followers
January 8, 2017
-watak-watak utama yang menaikkan darah.
+4 bintang untuk aku kerana sanggup baca cerita sampai habis heh...

nb. pasal aku bengang aku tukar sket jalan cerita:
* hero ceraikan heroin bila bapak mertua bentangkan idea bodoh nak upah heroin supaya sanggup tido ngan hero
* heroin kawen ngan wife-beater, jadi madu kepada bekas tunang hero
* tak tahan kena belasah, heroin berpakat dengan madu belasah mamat samseng tu dan mintak fasakh (baru ada unsur islami skit)
* dua-dua akhirnya bermadu selepas balik ke pangkuan hero (pro poligami, supaya nampak kelainan & poin islami kedua)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
December 20, 2017
Terjerat dengan perjanjian yang dibuat dengan kawan-kawannya dengan idea siapa lambat kahwin majlis perkahwinannya nanti tidak akan dihadiri kawan baik seramai 4 orang

kerana itu Farhana jadi terdesak utk berkahwin sehinggakan sanggup mencari lelaki yang menegurnya dalam satu expo di dalam facebook

jay hezmi ..namun lelaki itu bukan jodohnya..iya Alif Farhan pertemuan kerana satu kemalangan...lelaki yang ditinggalkan tunang sebelum majlis perkahwinan...

Lamaran dari Farhana diterima kerana Alif memang sudah jatuh cinta pada pertemuan pertama..perkahwinan tanpa cinta memang banyak dugaannya...

namun rasa cinta wujud jua dalam hati farhana buat alif..namun itu tidak lama...kehadiran salwani bekas tunang yang menagih kasih alif kembali...

kehadiran jay hezmi kasanova yang tak jemu mengoda Farhana...namun farhana bukan selemah salwani yg jatuh dan kalah dengan pujukan jay hezmi...

siapa sangka jay hezmi adalah lelaki yg merampas tunang alif dan kemudian cuba mengoda isterinya..namun alif brsyukur farhana bukan seperti salwani

tersepit antara rasa kasihan terhadap wani yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga membuatkan dia lupa yang dia ada farhana..


kedatangan salwani yang ingin menumpang kasih membuatkan rumah tangga mereka bergolak...keegoan farhana ...kelembutan alif....

kemalangan yang berlaku menyebabkab alif koma akhirnya membuktikan yang farhana memang sangat cintakan alif...dan hanya maut yang akan memisahkan mereka
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.