Zulaikha adalah seorang Inspektor polis yang sedang bertugas menyiasat Darwish dan Qadir, orang utama di Merbok Construction Berhad. Sedang menyiasat, dia telah jatuh cinta dengan Darwish, namun dia harus mengetepikan perasaannya untuk meneruskan siasatan keatas Qadir. Suatu hari, Zulaikha dan Darwish telah diculik oleh Ah Minho, adik kepada penjahat yang di kerah bunuh oleh orang suruhan Qadir. Darwish dan Qadir jadi mangsa tembakan semasa operasi menyelamatkan Zulaikha dan Darwish. Selepas itu, cinta Zulaikha dan Darwish berkembang hingga mereka bersetuju untuk bertunang. Tetapi di hari pertunangan mereka, Zulaikha meninggal semasa kemalangan dengan kereta penjahat yang sedang dikejar polis. Qadir yang telah di ketahui penglibatannya dalam kongsi gelap, telah ditembak mati oleh Ah Minho semasa dalam perjalanan ke dalam kenderaan yang akan membawa dia ke penjara. Akhirnya, Darwish akan bernikah dengan sepupunya, Qadira supaya dapat memperkukuhkan lagi syarikat keluarga mereka.
Dalam samar-samar, penulis ada beri sedikit hint mengenai watak Darwish. Cerita ini sedikit bercelaru atau mungkin saya yang tak dapat menikmatinya dengan tenang.