Prof Dr. Mohammed Morsi ialah seorang hamba Allah SWT yang dikehendakiNya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W yang dirindui oleh penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang berbunyi, "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka meyakini ayat-ayat Kami." ( Surah as -Sajadah : 24)
Seperti kebiasaaan anak-anak Mesir yang lain, sejak kecil, Mohammed Morsi dibawa ibu bapanya ke Kuttab (surau Kampung) untuk menghafal ayat- ayat Al-Quran yang disemak oleh seorang Syeikh. Kebiasaan itu diteruskan sehingga beliau dapat menghafal 30 juzuk. Pada masa yang sama, beliau juga belajar pendidikan formal. Mohammed Morsi membesar secara kebiasaan, bersifat seperti masyarakat desa yang jujur, taat beribadat, sangat menjiwai nilai-nilai agama Islam yang menjadi semangat hidup dan kehidupan keluarganya serta masyarakat desa Mesir pada umumnya.
Dalam dirinya terdapat sikap beragama yang tegak lurus di atas nilai-nilai keseimbangan antara ucapan dan tindakan. Beliau juga mempunyai amalan zikir yang bersamaan dengan fikir serta menerapkan syariat yang senafas dengan semangatnya. Mohammed Morsi sejak kecil mencontohi Hassan Al-Banna iaitu seorang yang istiqomah menjalankan syariat Allah SWT serta pada masa yang sama beliau adalah pembela agama yang teguh. Dua sifatnya iaitu pengamal syariat yang konsisten dan pembela agama yang utuh telah membentuk sifat Mohammed Morsi menjadi seorang yang bijak, tegas membela mereka yang dipinggirkan dan membela kaum Mustadafin (lemah dan dilemahkan).
Morsi, sosok nama yang mengharumkan nama Ikhwan Muslimin setelah berdekad-dekad pergerakan pertubuhan itu dihitamkan oleh rejim terdahulu (Raja Farouk, Ibrahim Abdul Hadi Pasha, Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat, Hosni Mubarak). Beliau yang memenangi kerusi Presiden melalui suara teramai adalah lanjutan dari kesedaran dan revolusi rakyat Mesir yang tercetus pada tahun 2011. Ini yang disebutkan 'Arab Spring' seperti mana berlaku di negara arab Tunisia dan Libya.
Namun kepimpinan yang diamanahkan tidak bertahan lama, gagasan reformasinya cuba dipadamkan begitu sahaja apabila junta tentera merampas kedudukannya sebagai pemimpin sah melalui demokrasi pilihanraya Jun 2012. Penggulingan beliau tanpa sebarang kesalahan adalah sesuatu yang memilukan dalam menggapai nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan keadilan dalam sistem politik dan kenegaraan moden dunia hari ini.
Buku ini barangkali mengimbau semula jelmaan sosok Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Muhammad Abduh, Jamal al-Din al-Afghani, nama-nama besar dan berpengaruh yang meninggalkan kesan dalam masyarakat dan sejarah revolusi Mesir. Morsi yang muncul di zaman milenium sebenarnya dibesarkan di kampung Al-Adawah, daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di timur Mesir. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Kaherah yang kemudiannya berkhidmat di Amerika. Sekembalinya beliau ke Mesir, beliau diangkat sebagai pemimpin rakyat yang diharapkan akan membawa Mesir ke sebuah negara yang hari ini jauh bertentangan dengan nilai-nilai Islam, kebebasan, berkebajikan dan demokratik.
* Jika mahu menelusuri kehidupannya, terus saja ke Bab 6 kerana awal buku ini dipadatkan dengan banyaknya mukadimah.
Betul cakap reviewers Goodreads sebelum ni. Buku ini banyak ulang ayat sama, naik malas nak baca. Tapi aku gagahkan juga baca sampai habis. Sia-sialah beli lepas tu tak baca. Pengulangan ayat tu ada dalam bab 1, 2, dan 3. Bab kemudian dari 4 sampai 6, tiada ayat ulang yang melampau-lampau.
This book is quite huge. Pendahuluannya panjang yang amat sampai 34 muka surat. Dalam pendahuluan tu menceritakan tentang Mesir SAHAJA. Takde pun pasal Dr. Mohammed Morsi (ade la sikit, tapi sikit sangat). Seawal muka surat 65, nampak benda sama diulang-ulang macam penulis ni tak tahu nak cakap ape. Ideanya sama, tapi ayat lain.
Muka surat 128 - 133 ada pengulangan ayat "Doktor dan pakar kejuruteraan bahan ini memilih medan pendidikan untuk pengabadian hidupnya kerana...". Ayat ini diiulang sebanyak 12 kali dengan cara berbeza. Manakala muka surat 133 - 142, ayat "Cendekiawan Islam pintar ini memilih medan dakwah untuk pengabdian hidupnya kerana.." diulang sebanyak 19 kali. Naik jemu aku dibuatnya. Pengulangan ayat ini seolah-olah menggambarkan penulis tidak kreatif dan ini menyebabkan pembaca melangkau ke muka surat lain.
Dari muka surat 1 -150, isinya banyak cakap benda sama iaitu Dr. Morsi sebagai penghafal Al-Qur'an, Dr. Morsi bekerja dengan NASA, minat Hasan al-Banna, sokong Ikhwanul Muslimin, seorang anak petani, dan mengajar di Universiti Zigazig. Macam biasa, penulis menggunakan ayat lain-lain untuk cakap benda sama over and over.
Masuk Bab 4, that's it! This is what I want to read. Rejim Hosni Mubarak (gila kuasa, tamak, korup), Revolusi Mesir, Arab Spring, pembunuhan aktivis dan peserta demonstrasi, pemenjaraan pemimpin Ikhwanul Muslimin, usaha Dr. Morsi, langkah awal yang diambil setelah Dr. Morsi memenangi pilihan raya, penglibatan masyarakat antarabangsa.
Tidak habis dibaca. Sengaja mengemaskini senarai yang sedang dibaca. Hanya sampai beberapa mukasurat awal sahaja. Masalah buku ini adalah terlalu banyak pengulangan ayat dan isi yang sama sehingga naik marah membacanya - semacam deja vu baca mukasurat sama berulang kali! Seperkara lagi, tokoh ini begitu diagungkan melebihi apa yang saya rasa sepatutnya. Jangan salah faham, saya juga mengagumi sosok Morsi dan kesederhanaannya, tetapi tidaklah kita mengagungkan manusia itu berlebih-lebihan, mesti juga agar kena pada tempatnya. Ulasan ini semestinya bias kerana inti dalam tidak dihabiskan, saya lihat pembaca lain memberi rating bagus, pasti ada nilainya yang mampu memberi kepuasan - tetapi sayangnya bukan untuk saya!
Penceritaan susuk insan bernama Morsi sangat kurang berbanding dengan pengulangan isi yang menganggu mood pembaca. Tak salah mengulang tapi jangan terlalu banyak seolah untuk menebalkan buku. Terlalu banyak memuji Morsi dengan meletakkan seluruh nilai murni ke batang tubuhnya. Ayat Quran dan Hadis yabg digunakan juga banyak yang tak menepati dengan asbab nuzul dan sabab wurud hadis. Jangan asal tempel sahaja konon nak sedapkan penulisan.
Cerita kisah detail seorang pemimpin yang didalam hatinya ada agama dan ayat suci AlQuran. Kisah bagaimana dari hidup dan didikan kecil hingga dewasa. Tapi kebanyakan faktanya ada pengulangan..