Untuk kita para pendosa,terbuka ruang,seluas-luas ruangan .Kemudian ,ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat beturutan:
" Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya,sebelum kamu didatangi azab .Ini kerana sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan." (Surah Az-Zumar,Ayat 54)
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Dari tajuk buku ini, kita dapat faham apa yang saudara Hilal Asyraf cuba sampaikan. Bagi semua manusia yang hidup di muka bumi ini, pastinya tidak terlepas daripada melakukan dosa. If tidak dosa besar, dosa kecil juga still adalah dosa. Aku suka baca buku ni sebab aku rasa dapat gain kesedaran yang tinggi dalam diri. Setiap ayat yang disampaikan, sememangnya sangat bersesuaian dengan diri aku. Tambah pulak diri ini adalah seorang yang bergelar pelajar. Terdapat satu bab yang menerangkan tentang jangan berputus asa dengan keinginan untuk berubah. Berubah menjadi yang lebih baik walaupun dicaci atau kawan-kawan tidak dapat terima perubahan kita. Maybe di mata mereka, mereka tidak terima, tetapi di mata Allah ? Allah Maha Mengampuni hamba-hambanya. Sebelum matahari terbit di sebelah Barat, kita banyak-banyak lah beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah kerana selepas itu, tiada lagi pengampunan yang diterima. Kita ada waktu sekarang dan gunakanlah sebaik-baiknya. Kita dah tiada masa yang lepas. Kita hanya boleh berdoa agar dosa-dosa yang lepas diampunkan oleh Yang Maha Mengampuni. Betul juga ape yang disampaikan oleh saudara Hilal Asyraf. Syabas atas kata-kata yang memberi kesan dan menghidupkan rohani kita sebagai umat Islam.
Saya berpandangan bahawa buku motivasi yang bertajuk Untuk Kita Pendosa : Harapan Selalu Ada mempunyai konsep yang agak unik dan berbeza jika dibandingkan dengan buku-buku motivasi yang lainnya. Jika yang lainnya,mengajak pembaca untuk menjalani kehidupan dunia yang lebih baik atau cemerlang di dalam kehidupan dunia,berbeza pula apa yang penulisnya,Hilal Asyraf,sampaikan. Seperti pada tajuknya,buku ini dikhususkan kepada para pendosa. Sebenarnya,tidak melampau jika saya katakan ditujukan kepada setiap manusia. Kerana pastinya,setiap manusia (tanpa mengira latar belakang dan darjat) pasti melakukan dosa,sama ada besar atau kecil,sepanjang kehidupan kita. Secara asasnya,penulis mengajak kesemua pendosa untuk tidak berputus asa dengan rahmat keampunan Allah S.W.T. yang sangat luas. Selagi belum tiba waktu kiamat,pintu taubat masih terbuka. Tidak kira betapa besar dosa yang dilakukan. Selain menggunakan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis untuk menyokong dan memantapkan hujah penyampaian,penulis turut memberikan beberapa panduan atau tips,terutamanya untuk mengorak langkah pertama untuk keluar daripada belenggu dosa dari terus merosakkan diri sendiri dan terus istiqamah atau komited ke arah kebaikan. Perubahan yang bertunjangkan keikhlasan kerana Allah S.W.T.. Melaluinya,kita tidak akan terpengaruh dengan kata-kata cemuhan orang yang memperlekehkan usaha kita untuk berubah ke arah kebaikan. Secara keseluruhannya,buku ini sebuah buku motivasi yang bagus. Dengan hanya 230 muka surat,buku ini boleh dirujuk atau dibaca berulang kali untuk memberikan motivasi kepada pembaca,atau harapan kepada kita,para pendosa.
Sebuah buku motivasi yang baik untuk kita memahami peranan kita sebagai hamba yang khilaf - yang sering melakukan kesalahan dan dosa. Penulis mengajak pembaca untuk bersama-sama merenung diri, muhasabah dan membaiki diri sebelum diri ini meninggalkan alam duniawi dalam keadaan kita tidak menderhaka kepada Pencipta. Terima kasih atas saranan dan galakkan yang ditulis bersama kekuatan sumber Al-Quran dan hadis.
Aku yakin sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan merasai apa yang ku rasa di ketika ini. Sungguh aku terasa alangkah banyaknya dosaku sepanjang aku bernafas di bumi Allah ini dan seringkali aku bersangka buruk kepada-Nya walaupun aku telah diberi peluang dan segala kenikmatan duniawi ini tanpa aku sedari akan rahmat dan kasih sayang-Nya kepadaku. Highly Recommended Book kepada yang ingin mengambil peluang untuk berubah dan mendapatkan kasih sayang dari Allah.
this book tries to tell everyone that there are hopes. Allah is always there. This book actually state what we did that make us done wrong. sometimes not many people are aware of their own mistakes. People are too busy with dunya that they forget to reflect on their selves and also their akhirah. the book use a good approach through kisah sahabat and hadith and few ayaaat from al-quran. the choice of words are simple yet the idea is meaningful. Good job well done to the author.
sbeuah karya yang membuatkan diri ini tersedar dari kekhilafan yang telah banyak dilakukan yang tidak selayaknya dengan status sebagai hambaNya yang lemah.
A 230 pages book, first published in 2013 elaborated about the hopes, misinterpretation about sins and sinners, and ways to repent among its profound effects in this world and the afterlife within 46 short chapters. The author clarified that we are all sinner except Prophet PBUH. By means of that, a repentance is inevitable and as a room to improve our character. Untuk Kita Pendosa, the author highlighted the word ‘we’ as a mean to invite us together with him to admit our mistakes, which might be the hardest part prior to seek forgiveness from the Almighty. Feeling pure is the actual impure acts. It is relatively easier for the sinner committing major sins to consider themselves impure. But for other that being protected from the sins, it is pretty easy to be judgemental, ignorantly consider themselves pure over others by comparison. A language that been used is understandable and the points are relatable, explanations are strengthen with quotation from Quran and Hadith. Highly recommended because for me, the author successfully conveyed the messages to the reader every point is elaborated clearly, about hope, consequences of not grabbing chances and reasons to not procrastinating repentance. Besides it also changes the reader’s stigmas towards the sinner by admitting we are also in the same group. As reminder benefit the believer the most, this book is suitable to be read repeatedly from time to time. Most of the points is the things that we already informed, but not well explained and it is good to be mindful of the important reminder. A simple tasauf (read; heart purification) book yet it touches hearts.
Buku ini tentang harapan. Harapan untuk kita kembali padaNya. Peluang dan hidayah itu datang melalui pelbagai cara.
Melalui buku ni persoalan tentang;
🤍Adakah Allah masih menerima kita yang berdosa? 🤍Apakah masih layak? 🤍Bagaimana nak menghadap ujian dalam menelusuri perubahan?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kita ada peluang. Peluang nya adalah masa sekarang.
Buku ini semestinya untuk manusia yang bergelar seorang Muslim yang berniat untuk bertaubat dan kembali kepadaNya. Saya ada membaca beberapa buah buku dan artikel tentang Taubat dan kebanyakannya akan menyebut tentang dosa kecil dan dosa besar. Di dalam buku ini, tiada langsung diperkatakan tentang itu.
Which is good.
Penulis mahu bersama-sama dengan pembaca untuk kembali kepadaNya. Jikalau ada konsep 'kau buat dosa besar, aku buat dosa kecil' pasti akan mengurangkan kepercayaan pembaca terhadap penulis atau pendakwah kerana terdapat konsep 'aku lebih baik daripada kau'. This is what any dakwah should avoid at all cost.
Alhamdulillah, penulis Hilal Asyraf mempunyai niat yang murni agar kita, setiap Muslim sentiasa mengingati, mengenali dan kembali kepada Allah SWT.
Ternyata kisah-kisah manusia terdahulu dan juga ayat-ayat Al-Quran yang terpilih membantu pembaca membayangkan tentang apa yang telah berlaku dan akan berlaku. Jika kita mengikuti mereka yang mengingkariNya, kita akan mengundang murka dan azab Allah. Jika kita mengikuti mereka yang menyembah dan mengikuti perintah Allah, kita akan lebih disayangi dan dicintai oleh Allah SWT.
I started reading this book when I felt my heart was dry and Alhamdulillah, after reading it, it has helped me in some ways. Alhamdulillah, Allah has guided me to read this book.
Semoga Allah membalas jasa dan memberkati kehidupan penulis dan keluarganya selalu, aamiin.
Buku ini mengandungi 44 topik yang mana memberi inspirasi kepada kita (pendosa) yang buntu serta mencari sinar untuk kembali ke pangkuan Allah (bertaubat) dan beriman dengan sebenar-benar iman. Walaupun mempunyai 44 bab, namun penulis menyampaikan topik dengan begitu ringkas dan menyentuh hati pembaca. Selain itu, buku ini juga menyelitkan beberapa ayat al-Quran dan hadis.
Setiap baris ayat yang ditulis disampaikan kepada kita bahawa tidak kira macam mana kecil dan besar dosa yang dilakukan oleh seseorang, masih ada peluang untuk kembali kepada Allah selagi nyawa dikandung badan. Jangan sia-siakan nikmat yang Allah beri kerana pasti ada balasan atas setia perbuatan dosa yang kita lakukan.
Membaca buku ini helaian demi helaian membawa saya kepada peringatan demi peringatan, nasihat demi nasihat yang membina dan bermakna. Setiap baris ayat memberi pujukan dan harapan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Saya sukakan pendekatan penulis yang menyertakan ayat-ayat agung wahyu Ilahi dalam penulisannya malah saya juga suka dengan cara penulis ber-analogi dan gaya bahasa yang digunakan lunak dan enak.
Saudara Hilal memang tidak pernah mengecewakan pembaca baik di langitilahi.com mahupun menerusi buku-buku coretannya. Selalu buat saya ter-refleksi. Alhamdulillah.
Moga Allah memberkati penulisnya dan memberi kebaikan buat pembacanya :)
Hilal Asyraf berjaya membawa pembaca menelusuri ayat-ayat Al-Quran khususnya untuk seseorang yang ingin berubah. Gaya penulisan yang ringan dan babnya disusun dengan baik.
Buku bergenre tasawwuf (sesetengah mengatakannya sebagai motivasi)seperti ini perlu dibaca bukan menggunakan akal semata. Ia perlu dibaca dengan hati.
Alhamdulillah, buku ni sangatlah awesome. it tell us that setiap orang yang melakukan dosa itu pasti punya harapan untuk bertaubat. sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat. jadi, jangan takut untuk bertaubat kerna Dia sentiasa membuka pintu taubat bagi hamba-Nya :)