Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah or known as Ahadiat Akashah is popular novelist. The Malaysian Book of Records has recognized a local novelist with the most novel he wrote.
Dah agak lama tak membaca karya penulis ini. lenggok bahasa AA ternyata masih seperti dulu. Slanga anak-anak muda. :)
Valentine datang lagi dan pergi, bercerita tentang perjalanan hidup Anggun Abadi selepas peristiwa hitam yang berlaku 14 Feb, 7 tahun yang lalu.
AA, masih kekalkan resipi nya. Twist yang boleh mengelirukan pembaca. *tertipu* kekekeh.
Cuma mungkin sudah terbiasa dengan cerita AA yang ringkas dan padat, jadi bila agak tebal sedikit, ummppp itu seperti kurang. Penceritaan jadi sedikit meleret dengan pengulangan situasi ( flashback yang kerap-situasi yang sama).
Apapun AA ada gaya tersendiri. Cerita yang menarik bila diselitkan fakta2 tentang haramnya menyambut hari valentine.
::rindu pada karya AA yang dulu. Cerita budak remaja. Budak sekolah nakal. hihihi
AA totap AA. penulisannya tetap berkait dgn keterlanjuran, seks bebas & arak. tp rasanya kalau baca blurb je pun dah cukup kot utk dijadikan review. not bad. cuma aku tak minatlah bila ditekankan nama Allah, tetap juga manusia2 ni bersifat haiwan, seolah2 Allah itu just a few words. ggr! bukan dianggap sebagai Tuhan sbb tu dah istighfar, solat taubat tp bt balik. so kiranya ni kisah manusia2 yg cinta mereka bertuhankan nafsu semata.
buku ini dimiliki dengan harga jualan lelong di Popular Bookstore..dihayati dengan hasrat ingin meninjau kembali style penulisan ahadiat yang pernah top ketika usia remaja dulu.. plot yang ringkas dengan tema "ringan' masih dihadami melalui karya ini.. masih mengekalkan langgam bahasa yang dulu juga.. sarat emosi dan pelbagai bauran rasa dalam jejakan kronologi plot.. semua gaya itu sama seperti karya2 penulis semasa zaman 1990an dulu.. namun sedikit kecewa dengan gaya karya ini ditamatkan.. macam sengaja hendak ditamatkan dengan tergesa2.. penampilan plot ditamatkan secara lewa.. menitip rasa kesal seusai menghayatinya
kisah antara Mikhail, Anggun Abadi, Raymie & Hayati..mereka ada rahsia tersendiri yang hanya mereka ketahui.. Apa yang bakal terjadi setelah rahsia-rahsia itu terungkai satu persatu...? p/s: aku baru start baca,cam best je..