MEMANG aku kasar tapi dalam hati tetap ada empat musim. Pertemuan pertama dengan dia membawa debar dalam hati. Biar bermusuh, bertekak dan bertegang urat, tapi aku cinta dia. Namun, semakin kami hampir, kami kian menjauh tapi Zafrin mengalah begitu dan aku juga haruslah mengalah begini. Tanpa aku sedar jodoh terus membawa kami mendekat hari demi hari biarpun usia kami dimamah waktu, dia tetap menungguku – Haqimah a.k.a Haqmi
“Mana-mana aku lepak, mesti ada kau. Kau buat apa kat sini? Menyakitkan hati aku jelah. Bawak sini nasi aku tu. Aku lapar ni dan aku tak halal kau makan nasi aku tu…” – Haqmi
“Kalau tak nak masak… aku makan kau jelah sampai aku kenyang tapi tempatnya bukan di sini tapi di atas…” - Zafrin
BILA bersua, ada cinta pandang pertama. Bila menjauh, ada rindu menyapa. Sesekali terkeliru, bila dia bagaikan kaum Adam? Apa yang pasti, dia tetap kaum hawa yang sejati bila berubah wajah tapi aku menerima dia seadanya dia bukan kerana dia berubah tapi kerana hatinya tetap mencintai dan setia padaku biarpun waktu berlalu. Mengheret janji kami dan melestarikan janji itu bila menjadi suri di hati. – Zafrin.
“Bukan macam tu, Rin… Aku dah ada kau. Segalanya ada pada aku ni untuk kau je. Untuk dia yang aku cinta iaitu Zafrin bin Zaini…” - Haqmi
“Nope. Jangan minta maaf. Seperti mana Mi pernah cakap pada abang, mencari ilmu ni ibadah dan jihad. Tetapkan hati, niat insya-Allah setiap langkah Mi diberkati. Begitu juga hubungan kita. Abang mampu bertahan dua tahun lalu, apa salahnya abang bertahan lagi untuk dua tahun akan datang, kan?” - Zafrin
ILMU mendidik cinta antara Zafrin dan Haqmi menjadi matang. Ada tangis, ada senyuman dan ada gelak tawa. Tak kurang rindu, tak hilang cinta. Janji dipadu bila Zafrin meminang. Keluh bertamu bila Haqmi menolak. Hingga akhirnya, mereka bertemu dalam janji lama yang utuh dan kian kukuh bila Tuhan sememangnya menciptakan mereka untuk bersama dalam mencari ilmu penyuluh hidup.
SUBHANALLAH, AKU MENCINTAINYA
HATI Zafrina sejak dulu milik Zayed namun bila Zayed bagaikan tidak mengerti atau buat-buat tidak mengerti, Zafrina mahu menarik diri. Dia yakin Zayed tahu akan rahsia hatinya. Bahasa tubuhnya jelas menggambarkan cinta buat seniornya itu. Namun, Zayed tetap begitu dengan layanannya bukan sekadar teman membuatkan hati Zafrina resah dan mahu mengalah.
“Sejak bila pandai panggil abang tanpa Abang Zayed? Sejak bila pandai panggil Zayed je?” – Ahmad Zayed
“Panggilan abang tu hanya untuk yang halal di sisi Rina. Dalam keluarga Rina pun, tak ada abang. Ada along, angah dan abah. Abang tu, insyaAllah sikit masa lagi kalau Allah hantar jodoh yang baik buat Rina…” – Zafrina
Seperti hati yang biasa yang telah Allah kurniakan, cinta hadir dalam diri Zayed buat Zafrina sudah sekian lama. Tidak pernah berubah malah semakin bercambah. Cuma, undang-undang Tuhan membataskan kerana bagi Zayed, cinta itu akan diucapkan setelah dia menjawab qabul menjadikan si gadis yang halal di sisi.
“Maafkan Zayed. Tapi, percayalah… kasih kita ni biarlah kasih Allah mendahuluinya kerana Dia yang menjadikan hubungan kita ini sejak dari azali biarpun baru hari ini ianya terbukti…”– Zayed
Lalu, akhirnya Zayed mengucapkan cinta dan Zafrina menerima pengakuan itu dengan airmata biarpun muncul Ziyad, penggoda kelas pertama yang mengasak jiwa wanita Zafrina.
“I ada Zayed dalam hati…” – Zafrina
“And I ada you dalam hati I…” – Ziyad
Zafrina dan Zayed tegar. Mereka setia biarpun kisah hati mereka dimamah masa, lalu mereka ucapkan, Subhanallah, Aku Mencintainya.
Aku dah baca yang UD tu, jadi tak mahu komen lagi. Sila ke blog untuk jengah hasil edisi siasat ;))
SAM bukannya sambungan, cuma dek kerana watak kali ini adalah Zafrina, adik kepada hero-hero dalam cerita sebelumnya. Maka dah bagai novel bersiri je.
Masih mengekalkan kisah yang santai, kali ini kisah cinta Zafrina-Zayed pula yang diberi perhatian. Kalau perasan dalam novel KSC, ada terselit watak Zayed di hujung-hujung cerita. Tak silap masa delivery baby ketiga Zafran-Anaresa.
Zafrina sudah lama memendam rasa pada Zayed; seniornya ketika zaman belajar lagi. Kemudiannya saling bertugas di sebuah hospital yang sama menyebabkan hubungan mereka bertambah erat. Cuma yang menjadi masalah buat Zafrina, dia tak tahu di mana letaknya dia dalam hati si jejaka itu.
Sudahlah Zayed buat macam tak tahu, umur Zafrina pula makin meningkat. Walaupun mama dan ayahnya tak bising, tapi segan juga. Maklumlah dapat kakak ipar pula kedua-duanya lebih muda daripadanya. Tetapi sebenarnya, dia sudah rasa letih menunggu. Jadi, azam barunya untuk lari daripada Zayed.
Namun makin lari, makin dekat pula si Zayed menghampiri. Lagi-lagi bila kemunculan si kasanova – Ziyad. Wah! Nama pun dah dekat-dekat, pastilah jejaka berdua ni ada kaitannya. Hmm, jadi yang mana pilihan Zafrina. Kekal memuja Zayed atau memilih lelaki baru untuk dicintai?
Cerita yang mudah dengan happy ending. Tak payah fikir banyak dan rasanya takde masalah pun kalau nak baca dalam masa sehari. Masih ada lagi kesalahan typo, sedikit mengganggu rasanya. Aku baru perasan yang novel kali ini telah diterbitkan oleh syarikat baru penulis[?]. Kalau aku tak salah, sebab terpandangkan alamatnya. Tahniah ya!
Ni kisah tentang Zafrin dan Haqmi. Zafrin ni, walaupun mulut puaka, suka menyindir dan perli, tetap Haqmi suka. Dahlah Haqmi ni berperwatakan macam lelaki. Lagi la, kena sindir ngan Zafrin. .
Pertemuan pertama mereka pun dah tak cantik. Asyik bertekak je. Haqmi memanglah dari awal lagi dah tersuka kat Zafrin ni. Tapi Zafrin ni kuat menafikan perasaannya. .
Tapi lama kelamaan, Zafrin sedar yang dia sukakan Haqmi. Pastu masuk meminang dengan tangan kosong. hahaha..tu la, banyak sangat main-main dalam hidup. Dan Haqmi pun sedar yang dia tak macam sepupunya yang okay je walaupun kahwin awal. So dorang decide untuk habiskan pengajian dulu, baru dorang kahwin. .
hahaha, lepas abis degree, Haqmi nak sambung master pulak. hurm, lebih kurang 5 tahun kemudian, baru dorang kahwin. Part lepas kahwin tu yang secoet ngat, tak padan ngan penantian aku tunggu dorang kahwin. haha.
Untuk Dia; kisah cinta Zafrin, anak tengah dalam keluarga, memang perangai lain sikit. Pertemuan secara tak dijangka lepas berlanggar motor dengan Haqmi, yang digelar Zafril 'spesies tak dikenalpasti'. Haqmi, ada kriteria kasar sikit, lebih kurang macam Anaresa sepupunya yang dah kahwin muda dengan Zafran. Rasanya kisah mereka berdua yang perangai gila-gila ni nak dilawakkan tapi panjang sangat jangka masanya untuk saya, tak boleh nak appreciate sangat. Zafril dah ditawar buat Masters kat Germany dia tolak sebab nak stay dengan Haqmi. Several years later Haqmi pun di situasi yg sama.
Subhanallah Aku Mencintainya; cerita adik Zafril, Dr Zafrina dan beau dia Dr Zayed. Ok juga la even though agak mundane... Kapten Zayid rasanya best dijadikan hero next episode, macho dan confidence tinggi.