Jump to ratings and reviews
Rate this book

Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu

Rate this book
“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

606 pages, Paperback

First published February 1, 2013

47 people are currently reading
609 people want to read

About the author

Sara Aisha

18 books469 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
245 (41%)
4 stars
203 (34%)
3 stars
103 (17%)
2 stars
30 (5%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
May 11, 2019
Dah habis baca nover thriller SA yang lain baru nak baca first novel thriller nya.undur belakang pulak jadinya. Dah lama beli untuk lengkapkan koleksi tapi setahun lebih baru sampai seru untuk dibaca.Ada lebih 70 lebih buku dalam status pending list atas rak maka bila dah lama2 makin tak nampak pulak yang pending list ni tenggelam dek novel baru yg sentiasa bertambah.haha..

Berbalik pada CRT,sebenarnya ada krisis dalam diri bila nak hadam cerita berlatarbelakangkan negara Thai dan watak2 orang Thai tapi boleh kata sepenuhnya watak berbahasa Melayu.Dialek melayu yang betul2 melayu pulak tu.Tapi dah namanya novel Melayu kan so takkan nak buat bahasa Thai pulak.haha..ok pejam mata bab tu.

Permulaannya menarik sampai ke penculikan Kharn n Dian,terasa aksinya di situ.. Tapi selepas tu agak slow pembacaan sebab diorang asyik bergaduh benda sama.watak Dian yang berani tak bertempat tapi tiada persediaan untuk menghadapi musuh.Contohnya belajar ilmu pertahanan diri ke,belajar pegang pistol ke. Berani kerana cinta sahaja. Tapi boleh tengok perubahannya dari seorang yang trauma berubah menjadi seorang yang berani sesuai dengan statusnya sebagai madam besar.

Sakda ialah watak yang tetiba muncul sebagai musuh Kharn tapi Kharn sendiri tak tahu siapa Sakda.Dan bila baca tu sebenarnya dah boleh agak siapa Sakda tu.cuma pengakhirannya saya expect lebih aksi berbanding penculikan kali pertama tu tapi berakhir macam tu je. Kurang bintang dapat diberi.

Apapun masih novel yang mengujakan.Cuma saya bernasib baik sebab baca AL n SK dulu.kalau baca CRT dulu mungkin saya tak begitu excited mencari karya SA yang lain 😁
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
May 12, 2019
Repeat on 2019

Nak recall balik jalan cerita ni..jadi aku repeat baca. Ini merupakan novel pertama yang aku baca bergenre action romance. Dan ini merupakan novel bergenre action romance from Sara Aisha.

Novel ni lebih menjurus kepada genre romance berbanding action. Part actionnya lebih sedikit berbanding part romance. Cubaan pertama kak Sara.

Pada awalan ceritanya, ia agak slow. Dah masuk part aksi sikit, ia lebih interesting untuk dibaca.

Krisis antara Karn & Sakda melibatkan Dian, kerana Dian berada di tempat yang salah bersama dengan orang salah diwaktu yang salah. Kerana telah melibatkan Dian dalam perihalnya, Karn bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan Dian setelah terlibat dalam satu insiden.

Awalnya, aku dah macam boleh agak siapa Sakda sebenarnya. And at the end. Betul tekaan aku.

Sekiranya kita membaca Chan rak Ter dulu sebelum novel2 action sara aisha yang yang lain, kita akan nampak peningkatan dalam penulisan SA dalam genre action ni.

Antara novel2 aksi SA, alu lebih suka Aku Lelakimu & Salju Kyoto. Dua buah novel terbaik daripada SA.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
March 8, 2020
Sbb lame dh tak review buku,so ak mls nk tulis panjang2😂.Ak cuma nk cakap yg ak kasihan kat Kriss😢 and ak rasa tak puas la bace sbb pendek sngt.kalau penulis boleh panjangkan lgi jln cerita mungkin lgi best.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
January 17, 2015
xsangka begitu penceritaan chan rak ter ni..
ya saya suka jln ceritanya
jika penulis memperkemaskan lagi kisah
penyiasatan dan pembongkaran siapa itu sakda pasti CRT akan bertambah menarik..
pengakhiran sakda bg MB terlalu simple MB menjangkakan sesuatu yg wow sbb kalo ikt jalan cerita MB terasa apa yg ditulis..
awal2 bab je dah terkelu dgn penculikkan dan keganasan kuncu2 sakda nk baca pn cm xsanggup..
bila baca CRT bley terbayang la aksi2 suasana dekat thai..

kisah karn dan dian.. ok masa dian ASD tu agak menyampah la jgk sbb olahan dia membuatkan MB
ishhhh sudah2 la tu geram btl..
tapi ermmm...
ku suka KARN xdpt sinafikan biarlah begitu..

kerana HARTA & CINTA...
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
May 24, 2016
Dah lama berniat nak beli buku ni. Sejak ternampak sinopsisnya di belakang novel penulis2 lain. Tertarik sebab tajuknya. Dan Salju Kyoto adalah penyebab utama kenapa Yuni grab tanpa berfikir panjang. Okay, tipu sikit. Grab sebab bila tengok harga bukunya RM10 je. XD

Yuni jarang sebenarnya baca novel action. Maksudnya yang ada bunyi boom boom pang pang. Segala senjata api keluar. Bolehlah dikatakan Yuni ni pencinta keamanan (???). Novel berunsur misteri pun tolak tepi. So novel berunsur Ramlee Awang Murshid bukan type yuni. Terfikir juga kenapa hati tertarik2 nak baca buku ini. Salahkan Salju Kyoto dan habit yuni yang selagi tak dapat completekan koleksi akan tak tenang.

Sara Aisha ni memang trademark dia biarkan kita tertanya-tanya tentang asal usul watak2 utama yek? Or memang sengaja tidak diterangkan dengan lebih lanjut? Kalau tentang geographic Thailand tu bolehlah bersembang panjang dengan google maps. ini tentang salasilah keturunan Karn dan Dian. Itu memang tak terjawablah.

Sakda tu ada masalah multiple personality disorder ke? Sekejap ok. Sekejap dalam dunia dia sendiri.

Untuk novel ini dan Salju Kyoto. Bukan tak boleh, cuma pelik bila dalam rumah Karn semuanya Islam dan boleh berbahasa Melayu. Dan dalam rumah 'Kaede Baba', semuanya kecuali seorang boleh berbahasa melayu. Tak mustahil cuma adakah kebetulan sebegitu?
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
October 29, 2013
Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu - bercerita tentang seorang novelis, Dian Damia yang bercuti sendirian ke Hatyai untuk mencari ilham menulis novel barunya. Di sana dia dipertemukan dengan Karn yang menjadi punca hidupnya berubah total setelah mereka berdua terlibat dalam sebuah penculikan berdarah yang didalangi Sakda.

Novel ini memberi sedikit kelainan berbanding novel cinta biasa. Elemen suspen dan aksi yang terkandung di dalamnya memberi warna yang lebih variasi kepada kisahnya. Namun jujur, hamba cuma mampu menikmati itu pada lima belas bab terawal. Selebihnya hamba merasa plot dan ceritanya menjadi terlalu meleret dan berjela. Secara peribadi, hamba merasakan buku ini seperti telenovela Sepanyol di saluran 133 yang emak hamba rajin tonton. Terlalu panjang dan banyak episod. Maaf.

Hamba akan lebih menyukai buku ini jika ceritanya fokus kepada penyiasatan dan pembongkaran identiti Sakda. Bukan hamba tidak menyukai babak romantis-manis-bergula antara Dian dan Karn tetapi pada hamba babak itu terlalu dominan dan bukan begitu yang hamba harapkan ketika membaca sinopsis buku.

Oh ya, terlupa pula hendak mengatakan tentang bahasa yang digunakan penulis. Ini merupakan salah satu sebab buku ini agak sukar dinikmati. Agak mustahil untuk dibayangkan apabila hampir semua orang-orang yang ditemui Dian di Thailand boleh berbahasa Melayu siap dengan slanga orang Malaysia.

Namun, hamba masih ingin memberi dua bintang kepada buku ini. Salah satunya kerana penulis berjaya mencipta imaginasi indah di kepala hamba tentang kecantikan Pak Chong, Thailand. :)



p.s Hamba kurang suka bagaimana watak Krissada dikembang dan diberi pengakhiran. Terlalu klise (dan tidak wajar) rasanya untuk sering menjadikan watak second hero (atau second heroin) sebagai watak antagonis.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
July 3, 2020
Setelah sekian lama terperap dalam kotak. Baru sekarang tergerak hati nak ambil dan baca.

Kisahnya wowww!!! Tahniah penulis. Terbit tahun 2013. Karn yang over protective. Hish... takkan nak pegang pisau pun tak boleh langsung. Suka mengusik Dian. Tegas dalam semua perkara. Kasihan jugak pada pekerja bawahan Karn macam Mak Teh dan Uncle Sukrit. Asyik kena marah. Dan jugak pada Dian. Nasiblah Dian sangat memahami. Dah biasa dan lali dengan sikap Karn. Tahu macam mana nak handle.

Dian Damia. Menangis saya ketika Dian hilang sekejap dan hidup dalam dunianya sendiri. Akibat dari trauma kes penculikan tersebut. Namun dia bangun semula dan berani menghadapinya asalkan Karn bersamanya.

Kasihan juga pada Kris. Satu2nya ahli keluarga yang Karn ada. Hidup dalam keluarga bangsawan tak selalunya indah. Walau luaran nampak indah namun sebaliknya ada terselit hasad sesama manusia. Kerana cinta manusia sanggup berbuat apa sahaja. Kadang2 saya rasa Kris ni ada split personality. Kris vs Sakda. Hmmm....
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
December 27, 2021
Karya SA yang ketiga berjaya dikhatam. Jalan cerita CRT bagi aku biasa2 saja. Tak membuatkan aku begitu teruja sepertimana bila membaca INAM. Just a nice storyline to read. Ada satu watak sampingan yg aku rasa menjengkelkan dan menjadi salah satu punca untuk aku nak habiskan novel ni secepatnya. I spotted SA's fav word in CRT which is sekonyong-konyong. Entah lah maksudnya apa tapi yg pasti SA dah kurangkan perkataan ni dalam penulisan beliau.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
Read
November 29, 2013
tak tahu mengapa tak boleh nak habiskan buku ni. Diawalnya nampak menarik, kisah Dania yg ke Thailand utk mencari idea bagi menulis novel. Bertemu dgn Karn seorg bangsawan Thai. Terjebak dgn Khan yg dicolek dan disiksa. Sampai part ni saja yg menarik.

Bila Karn bawa Dania ke Pak Chong (pertama kali dengar tempat ni. google dan mmg tempat ni menarik sgt) mulalah kisahnya dah mcm tak real. Saya sendiri tak pasti bila Karn atau Dania berkomunikasi dgn pembantu rumah atau uncle ... (lupa nama malas nak belek) saya tak pasti mereka ni sebenarnya berkomunikasi bahasa melayu atau thai. setahu saya orang2 thai (td seperti org2 Filifina) berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Siam dan tdk dicampur adukan dgn bahasa Inggeris apabila berkomunikasi sesama sendiri. Lagi satu bahasa melayu yg digunakan oleh karn dgn dania seperti org melayu berbahasa sesama sendiri, dialek2 yg difahami oleh org melayu shj. Mcm tak real jadinya cerita ini.

Bagi saya kalau kita bercerita ttg bangsa asing apa lagi kalau dgn negara lain. bahasa amat perlu dijaga. Dah byk kali saya membaca kisah2 begini dan bahasa2 yg digunakan amat menarik dan membuatkan kita dapat agak mereka berbahasa apa.
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
June 27, 2016
Membaca kisah ini ibarat menonton lakorn. Saya cuba membayangkan wajah-wajah pelakon Thai dan aksi mereka. Latar belakang kisah yang sepenuhnya di bumi gajah putih.

Syabas penulis.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,332 reviews67 followers
September 28, 2021
[BOOK 133]

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu by Sara Aisha.
.

Ni novel pertama action thriller Sara Aisha. Aku yakin, kalau aku baca novel ni few years back, mesti aku akan suka giler. Tapi sebab sekarang, SA dah banyak keluarkan novel action, psychothriller, misteri semua, so, boleh nampak la improvement tu sekarang.
.

Novel ni settingnya di Thailand. Serius, baca novel ni, aku terbayangkan lakorn. It was so good, sampai aku boleh imagine kalau Weir Sukollawat ataupun Boy Pakorn yang berlakon jadi Karn Klaharn. Daerah Pak Chong yang ada sunflower bagai tu, aku imagine setting yang dalam lakorn Lorn Sorn Ruk, tapi Nadech Kugimiya macam tak sesuai je jadi Karn. hahaha.. Oh ya, bila aku tahu, rupanya Karn Klaharn ialah Mom Rajawongse, OMG, aku terbayangkan lakorn series Suparburut Jutathep. haihh..so niceee..
.

Dian, seorang penulis novel. Dia pergi bercuti ke Thailand untuk dapatkan inspirasi. Tanpa diduga, perkenalannya dengan Karn Klaharn, membahayakan nyawanya sehingga dia mengalami Acute Stress Disorder. So, Karn la yang banyak tolong dia.
.

Bila dorang kahwin, Karn jadi protective gila sebab adanya Sakda yang misteri, yang cuba hancurkan Karn. Tapi Dian ni berani. Dia cuba untuk tolong Karn.
.

So, actually, Sakda tu predictable je kan siapa orangnya. Cuma part action tu cam kurang je. More towards romance. Ye la, ni kan novel terawal SA.
.

So, untuk peminat SA, tak complete la kalau tak baca novel ni.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
August 13, 2019
I just love this action romance story! Now baru aku sedar aku dah makin in love dgn cerita bergenre action/thriller romance.

Bab watak, memang aku suka both hero and heroin. Sebab both of them ada keberanian, sanggup berkorban demi orang tersayang. Aku jadi makin jatuh cinta dgn sebuah cerita tu bila heroin tu tak lembik, tak lemah. Sebab somehow cerita macam ni suntik semangat aku. Watak sampingan lain mostly pekerja/orang suruhan je tapi aku suka, menampakkan kesetiaan terhadap majikan. The antagonist pun, even jahat tapi still boleh diterima, disayangi. Nak cakap camne tah hahaha.

Dari segi jalan cerita. Nak kata unpredictable tu tak jugak. Sebab ada satu bab ni buatkan aku terdetik "Aku rasa si *** ni lah sebenarnya ***". And... even macam dah predictable by me, bila sampai climax nak reveal sape si pengkhianat dengki tu aku tetap berdebar weii! Sebab satu bab jugak rasanya digunakan buat suspend hahaha.

Apa pun aku memang dah jatuh cinta sgt dgn karya cik SA ni. Dah ada semua karya action/thriller romance beliau, cuma tunggu turn nak baca je. Now turn I'm Not A Monster dulu. Salju Kyoto dgn Aku Lelaki baca last, bak kata orang safe the last for the best 😎
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews7 followers
August 20, 2018
suka sangat kisah Dian & Karn ni, chan rak ter maak maak.. lepas baca novel ni terasa nak layan lakorn pula..hihi
Profile Image for Siqahiqa.
593 reviews106 followers
August 8, 2019
Akhirnya aku berjaya melengkapkan koleksi novel action-thriller-romance daripada Kak Sara. Berbulan-bulan preorder buku ni sampai aku dah lupa aku ada preorder. Hii.

Walaupun ini adalah buku pertama genre action-thriller-romance daripada Kak Sara, tapi buku ini adalah buku terakhir yang aku baca selepas Salju Kyoto, Aku Lelakimu, I’m Not A Monster dan Memori Inara. Tak dinafikan bahawa expectation aku tinggi untuk buku ini. Susah nak ubah expectation kalau baca buku Kak Sara 🙈

Chan Rak Ter..Aku Cinta Kamu semestinya membawa kita terbang ke Thailand. Mengisahkan Dian Damia, seorang novelis yang mengalami sindrom writer’s block, lalu Dian bersendirian ke Thailand untuk melancong dan menyiapkan manuskrip. Di 🇹🇭, Dian berkenalan dengan Karn Klaharn, seorang lelaki daripada keturunan bangsawan. Dian berada di tempat yang salah, dengan orang yang salah, dan pada waktu yang salah lantas membuatkan dirinya terlibat dalam krisis di antara Karn dan Sakda. Dian mengalami ASD (acute stress disorder) selepas satu kejadian dan membuatkan Karn rasa bertanggungjawab untuk memulihkan Dian.

Plot cerita lebih kepada romantik. Aku suka baca kisah sweet manis gula antara Dian dan Karn, rasa seperti bertemu putera idaman 🤭 Cuma aku mahukan lebih aksi dan penyiasatan mengenai siapakah Sakda. Dan adakah aku sorang je yang tak dapat agak siapa Sakda? Terkejut sis tau 😅

Aku sukakan karya penulis kerana watak perempuan yang sama dominan dengan watak lelaki. Watak perempuan yang kuat dan tidak boleh dipandang remeh. Pada awal cerita, aku agak serabut dengan watak Dian. Mujur perangai Dian yang mementingkan diri itu tidak berlarutan. Dian mahu menjadi kekuatan dan kunci kejayaan suami dan bukanlah kelemahan pada suami semata-mata. You go girl! 💪🏻💪🏻

Selepas baca buku ni, aku dapat melihat peningkatan positif dalam penulisan Kak Sara menerusi genre action-romance-thriller. Aku Lelakimu dan Salju Kyoto masih kekal berada di tangga teratas untuk buku terbaik daripada Kak Sara. Dan Kak Sara kekal menjadi penulis kegemaran di 🇲🇾 dalam genre sebegini ❤️
____

Rating: 4/5 ✨
____
#flatlaysbyiqa #siqahbookreviews #saraaisha
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
March 13, 2013
Chan Rak Ter, lokasi kisah 'aku cinta kamu' pastilah di negara jiran kita Thailand. Novel ni dibeli hasil sekodeng di blog Sara Aisha. Tertarik dengan 6 bab terawal yang dihidangkan, langsung beli kat Karyaseni. Apa yang boleh dikatakan tentang novel ni adalah kisah cinta antara Dian Damia penulis novel dengan Karn Klaharn pewaris bangsawan yang disulam dengan unsur thriller. Siapa yang cuba membunuh Karn dan atas sebab apa? Dian yang tiada dalam plot asal juga turut terpalit dengan konspirasi menjatuhkan Karn. Apa2 pun Cik Pah berjaya meneka siapa dalang sebenarnya hehe
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
5 stars full. Chan Rak Ter sangat mengkagumkan. Action romantic. Unbelievable. Permulaan yang 'damai' macam menghirup udara pagi, kemudian tiba-tiba seperti perasaan menonton sebuah filem blokbuster zaman dulu-dulu.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
June 19, 2022
4.2/5 ⭐

penulisan kak sara memang tak pernah mengecewakan, tapi disebabkan aku tak suka heronya, rating lower than usual la hehe.

plot, sangat interesting, tapi for me, i can predict the villain, cumanya, bukan dari awal. aku syak, dari awal but macam "eh tak mungkin, tapi macam kemungkinan juga" ha gitu.

"sayang... tee rak..."

lemah lutut beb bila Karn sebut ni, dah la suka cium ubun ubun aih 🦋🦋🦋😳

Karn. A stranger yang ada body mantok (salahkan Dian sebab skodeng Karn). yall, i can list all the bad things about Karn, tapi mari kita list good things first. Karn ni sangaaatlah baik, sweet and funny. suka sangat kacau dian, lagi lagi dah kahwin tu, fuh bukan main. bad things? he's overly protective (sampai tak kasi bini keluar rumah ya), suka memaksa (i mean i understand he wanted to jaga Dian, tapi cubaaa fahamkan Dian juga aish) and ada anger issues ya 😭 asyik nak marah je, takut sayaaa. for me, he's a red flag.

Dian. pergi ke Hatyai untuk cari idea novel terbaru, lah berlawan mata dengan hot stranger pula, dahla suka senyum senyum kat dia. when something happened, she's traumatised. tak mampu senyum, tak mampu dekat dengan sesiapa, kecuali Karn. she got attached to him, the only person she trust, so she stayed for a month di Thailand. she was weak, mentally and physically. tapi lepas kahwin dengan Karn, dia tahu dia perlu kuat mentally for all of people around her.

there's this one character yang kau rasa annoyinggg sangat. yaallah rasa nak tumbuk tumbuk, lagi dihalang, lagi dibuat. rasa macam, shuh shuh jangan datang sini lagi!!
Profile Image for Jessica.
171 reviews
June 21, 2020
2020 #12
#pkpp #syawalmingguakhir

Hiii novel 2014 ni tapi baru beli masa PBAKL2016 kat MAEPS masa tu. Murah murah so rembat satu.

Dian Damia datang Thailand sebab nak bercuti untuk dapat idea novel baru. Sebab terhendap Karn Klaharn Thanasukolwit tengah mandi kolam, terus mereka jadi rapat. Erk betul ke ejaan nama Karn tu? Berbelit lidah.

Apa-apa pon si Karn ni terlampau protective memandangkan Dian diculik dan trauma sebab dia. Jadi dia memang pikul tanggungjawab tu sampai akhirnya dia jatuh cinta.

Sebabkan musuh Karn, Sakda... Karn nak hantar Dian pulang ke Malaysia but Dian tetap berkeras nak tinggal dengan Karn.

Actually Karn ni sweet jek. This couple sangat sweet. Kadang-kadang Karn ni keras kepala dan macam anggap Dian ni satu benda yang perlu dilindungi walaupun nyawa dia jadi taruhan.

Kesian kat Karn sebab dia memang sayang Dian tapi cara dia macam melampau sangat laa kadang-kadang. Dian pon sebenarnya banyak bersabar dan memahami Karn ni. So mereka tidaklah bertindak melulu dan bergaduh benda yang bodoh. Sangat matang couple ni!

But... Ada tarikan menarik cerita ni buat sis takleh nak tinggal langsung. Nak terus baca. Hahaha... I just like it.

Tetiba rindu nak tengok lakorn. Hahaha.
242 reviews11 followers
May 1, 2016
Setelah berapa kali tgk kat kedai buku tak dak, trs oder on line. Sat ja sampai tak pyh pening kepala cari. Baca dari satu bab,chan rak ter ni novel aksi romantik cuma ta blh lwn salju kyotolah. Chan rak ter novel kedua sara aisha dan salju kyoto novel beliau yg ke 5. Yg mana krg di chan rak tet, sara aisya tlh berjaya menghasilkan salju kyoto yg terbaik. Saya perasan sara aisha ni pandai main dgn emosi pembaca. Kalau sedih, memang sedih. Jrg ada penulis yg blh zahir emosi mcm sara aisha tapi kak su yg the best. Yg tu otai. Good job sara aisha. Trs hasilkan karya yg lbh baik. Chan rak ter buat saya blajar blk bahasa thai padahal tok wan dulu dok siam tapi sati patah perkataan pun tak tau dan tak pun pi sana. Mcm rugikan.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 15, 2018
#14

Untuk Chan Rak Ter, plot penceritaan saya suka kerana penulis berjaya menyelitkan unsur saspens di samping drama air mata hero dan heroinnya.

Cumanya, kurang berkenan dengan perwatakan heronya. Nampak terlalu kasar pulak. Haha... Kesian heroin. Apa-apa pun novel Chan Rak Ter merupakan sebuah novel yang punya isi walaupun ini antara karya awal penulis.
Profile Image for Sunita Swanto.
26 reviews1 follower
December 3, 2018
Bergenre Romance Thriller. Sangat menarik dan on point. Tidak ada selingan cerita yang mendatar dan membosankan. Berbanding watak-watak di dalam Im not a monster, Aku lelakimu, Salju Kyoto dan Chan Rak Ter, saya lebih kepada Salju Kyoto dan Chan Rak Ter. Keperibadian Karn Klaharn dan Arjuna Kaede yang berwibawa sehingga sukar untuk melupakan mereka. Keseluruhan cerita memang menarik.
Profile Image for MizaEija.
9 reviews
July 31, 2018
Akhirnya baru berjaya memiliki novel ni.
Selepas Aku Lelakimu & Salju Kyoto.

Tersangatlah suka dgn genre yg SA bawa, thriller-action-romance.

macam biasa, apabila membaca hasil tulisan SA memang akan terasa seperti menonton filem aksi.
lelah tapi penuh keterujaan utk mengetahui jalan ceritanya sampai ke penghujung.

pssst.. tekaan daku sangat tepat tentang Sakda tu..hehehe.. bangga sat..puas hati pun ye..😆😆

apa pun, keep it up SA. daku tunggu lagi hasil tulisanmu utk next project 😉

*Q seterusnya - I'm Not a Monster*
75 reviews6 followers
Read
November 14, 2015
Saya suka. Karya penulis ini tidak mengecewakan saya seperti karyanya yang pertama, jodoh itu milik kita. Saya suka jalan ceritanya. Plot yang disusun kemas agar cerita tidak haru biru. Saya habiskan masa 3 hari utk habiskan novel ini. 

Kisah Dian (seorg penulis) yg bercuti ke Hatyai kerana mahu menyiapkan manuskrip terbaru kerana bimbangkan dateline yang semakin hampir. Dia menganggap dengan percutiannya ini (cuti ke? Kerja juga kan?) dapatlah dia menyiapkan manuskripnya dengan tenang.

Namun ketenangan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan bila pandangan pertamanya pada seorang lelaki (Karn Klaharn) menyebabkan nalurinya haru biru.

Kebetulan demi kebetulan membuatkan jalinan antara semakin erat hingga satu hari tanpa disangka2 mereka diculik. Bermulalah rentetan perjalanan novel ini. Dengan kejadian ini, Dian mengalami trauma yang teruk. Perasaan takut dan terkejutnya seakan melenyapkan seorang Dian yang dulunya seorang yang sentiasa happy go lucky. Dia seakan terkurung dalam dunia kelamnya hingga dia menganggap semua orang adalah musuh kecuali Karn. Dia bergantung sepenuhnya pada Karn.
Karn – pertemuan pertama dengan Dian membuatkan dia seakan tidak mahu melepaskan Dian dari pandangan matanya. Ada saja yang ingin dilakukan agar dia dapat sentiasa ‘bersama’ dengan Dian yang sudah berjaya ‘mencuri’ hatinya dalam diam. Tanpa sengaja dan sedar, rupanya dia sudah mengheret Dian dalam masalah yang menghantuinya selama ini. Seorang aristocrat, mempunyai segalanya. Lantaran itu, dia terpaksa menempuhi kehidupannya dengan hati-hati kerana ada yang ingin membunuhnya tanpa dia tahu siapa pembunuhnya.

Demi rasa kebertanggujawabannya keatas apa yang terjadi pada Dian, dia merawat Dian. Demi Dian dia sanggup melakukan apa saja. Dan kehalusan perasaan itu sudah menular hingga membuatkan dia obses pada Dian. Hanya satu alasan, dia bimbang Dian akan membahayakan dirinya sendiri. Dan semua yang berlaku bermula dari dia.
Kerana masing-masing
mempunyai perasaan yang sama dan Dian tidak mahu pergi meninggalkan Karn, mereka berkahwin. Bermulalah episod baru dalam kehidupan mereka. Malah mereka menganggap ancaman bunuh itu sudah berakhir. Rupanya dalam diam, keadaan menjadi semakin rumit.
Nak tahu apa yang terjadi?? Kena baca sendiri… hehehehehehe.. kalau semua cerita kat sini, dah tak best…



Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
August 27, 2013
Dian Damia adalah seorang penulis novel yang periang dan manja. Dia ke Hatyai untuk bercuti dan mencari ilham. Di sana, dia ketemu dan berkenalan dengan Karn Klaharn Khanasukolwit. Mereka melancong ke tempat2 yang menarik bersama. Malang sekali, mereka di culik ketika dalam perjalanan ke pantai Samila. Rupanya, Karn adalah seorang usahawan berjaya yang berdarah bangsawan. Mereka di siksa teruk dan hampir hilang nyawa. Dian amat terkesan dengan kejadian itu sehingga dia mengalami trauma. Karn membawanya pulang untuk dirawat. Karn mahu melindungi Dian kerana rasa dialah penyebab Dian sakit. Tanpa mereka sedari, mereka saling jatuh cinta. Karn dengan sikap 'overprotectivenya' dan Dian dengan sikap 'over dependentnya'. Akhirnya, mereka bernikah kerana masing-masing tidak mahu berjauhan. Selepas bergelar suami-isteri mereka menempuh berbagai perkara bersama. Dian pandai meredakan sikap baran Karn. Karn mula rasa tertekan bila ugutan yang diterima di talakan kepada Dian. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Dian. Dian rasa terkongkong dan cuba untuk dapat jalan penyelesaian. Malangnya, pada suatu hari, mereka telah ditangkap oleh musuh mereka. Akhirnya, musuh mereka diketahui. Mereka dapat menyelamatkan diri bila Dian tercedera dengan cara yang tidak dijangka. Mereka berdua bertekad untuk merahsiakan identiti musuh mereka dari pengetahuan umum dan cuba untuk bina hidup bahagia bersama. Di akhir cerita, Dian dan Karn sama-sama berada di ladang sambil melihat anak mereka mengejar rama-rama.
Suka sangat dengan watak Dian yang bersahaja dan manja. Dia dapat melunakkan suaminya yang panas baran dan menjadi tunggak kejayaan suaminya.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
August 23, 2013
Dian, seorang penulis pergi ke Hatyai seorang diri untuk menyiapkan manuskripnya. Karn pula seorang bangsawan Thai yang kaya raya. Mereka menjadi kawan, selepas terpandang Karn sedang mandi di kolam renang hotel. Tapi, Karn merahsiakan identitinya dari Dian.

Karn dan Dian kemudian diserang dan diculik oleh orang-orang Sakda. Sakda iri hati dengan kekayaan Karn dan merancang penculikan dan pembunuhan Karn untuk merampas harta Karn. Dian pula mangsa keadaan.

Selepas dapat melepaskan diri dari penculik, Dian mengalami trauma yang teruk. Dia hidup dalam ketakutan, hanya Karn sahaja yang dia percayai boleh melindunginya. Karn membawa Dian pulang kerumahnya untuk dirawat.

Setelah pelbagai cara digunakan, akhirnya Dian kembali pulih. Dian mula serasi tinggal di rumah Karn dan berkawan rapat dengan sepupu Karn, Krissada...(Nisa mulanya sangkakan Kriss ni perempuan, sekali lelaki...da ^ ^)

Apabila Dian membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia, Karn melamar Dian. Ketika hari perkahwinan mereka semakin hampir,Sakda cuba menembak Dian..tetapi, tembakkan itu tersasardan terkena Kriss...Demi keselamatan Dian, Karn membuat keputusan untuk berpisah dan bercadang menghantar Dian pulang ke Malaysia. Dian berkeras untuk terus berada disisi Karn.



Profile Image for Qasrin08.
4 reviews2 followers
March 18, 2013
Chan Rak Ter...asalnya tertanya2 apakah maksudnya (ooohhh Aku Cinta Kamu)..tgk cover dah cantik..baca sinopsis..menarik...tetiba aje terus order on9 KS...boleh belajar bahasa Thai, tau budaya diarang walau tak keseluruhan sikit pun jadilah...sebab heronya nama Karn Klaharn...heroinnya Dian Damia...suka olahan cerita ini...kisah persahabatan,percintaan, kasih sayang..kesetiaan..pengkhianatan pun ada..ada babak aksi (gaduh2 gitu - i suke)..di awal bab pun (prolog) dah menaikkan tahap keterujaan saya (baca ikut watak sure menjadi jahat) hohoho..perkenalan yg singkat antara Dian Damia dan Karn telah mengakibatkan Dian terjerumus dlm konspirasi terancang..siapa yg bersalah??Dian..tidak..dia adalah mangsa..Karn??pun mangsa jugak...hanya kerana dia seorang Karn Klaharn... ada manusia yg hasad dengki..tamak dan ingin berkuasa...Siapa Karn Klaharn ini..?Jeng..jeng..jeng..Musuh dlm selimut..org ketiga...dan tekaan ku mmg tepat sekali.. Chan Rak Ter...Khob Khun Ka Sara Aisha..
Profile Image for Rinsya.
36 reviews12 followers
April 24, 2013
Selama ni susah sikit kalau nak baca cerita2 action + thriller. *org suka saya tak boleh nak terima... hahaha.

tapi buku ni saya dpt membacanya smpai habis! Hamdan Lillah. Menarik dan syg nak tutup bila dh baca sikit. tapi saya dh berjaya teka saper Sakda sedari awal yaaaa >.< Kesian kat dian n karn tak dpt teka . boleh jdi penyiasat dah ni *angkat bakul sendiri.

Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
March 9, 2013
tidak mengecewakan. satu cerita yg membawa kita kepada budaya lain....dgn ini kita akan luaskan ilmu tentang tempat lain di luar sana. cinta...romantik...kesetiaan..obsesi.....konspirasi....digarap cantik sekali.
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.