Ia tentang tiga kisah cinta yg luarbiasa. Tentang lelaki2 sempurna yg ditemukan dgn wanita2 yang mempunyai keperibadian yg pelik dan masalah2 yg unik.
Novel ini mengetengahkan byk mesej. Tp mesej yg paling kuat adalah UNCONDITIONAL LOVE. Cinta yg tak berbelah bagi dan tidak mengenal erti kekurangan atau keburukan di dalam diri pasangan masing2. Novel ini juga tentang insan2 yg bangkit utk memerangi dugaan dan halangan yg tidak ramai org pernah alami.
Novel ini bukan ttg cinta tiga segi. Bukan ttg kahwin paksa. Bukan ttg kecurangan. Tp ia ttg wanita2 malang yg tabah dan lelaki2 yg sedia berdiri dibelakang mereka utk menempuhi apa saja bersama. Novel ini juga menunjukkan kekuatan cinta sepertimana yg sesiapa pun belum pernah lihat.
Betapa hebatnya cinta, Sehinggakan Arman mampu menampakkan warna pada penglihatan Jasmine yg hitam putih. Sehinggakan Aidil mampu utk mencintai lima orang wanita dalam masa yg sama demi Jasni. Sehinggakan Adam mampu menyatukan dua alam yg terpisah, demi isterinya Jumna.
Cinta Colourless – Arman & Jasmine Kisah Jasmine, seorang gadis buta warna dan punya masalah psikatari iaitu tidak boleh menyentuh orang di waktu malam. Dia bertemu Arman, satu-satunya manusia yang mampu membuat dia melihat warna dan satu-satunya yang mampu menerima dia seadanya.
Cinta Countless – Aidil & Jasni Ini kisah Jasni yang punya penyakit split personality dan bagaimana seorang Aidil cuba untuk memikat kelima-lima personaliti itu; Jasni, Siti, Bella, Diana dan Hanim.
Cinta Endless – Adam, Jumna & Jalila Adam kehilangan isterinya, Jumna akibat kanser namun beberapa bulan selepas itu dia mula menerima pesanan ringkas yang seakan-akan dari Jumna. Dan, pesanan-pesanan itu membawa dia ke Langkawi, ke tempat percutian terakhir isterinya. Di pulau itu, dia bertemu Jalila, wanita yang menghadapi kejadian aneh yang serupa.
~
COOTW secara amnya menceritakan tentang lelaki-lelaki yang mencintai wanita-wanita mereka dengan cara dan kesungguhan yang luar biasa. Secara keseluruhan, hamba dapat merasakan kelainan jalan cerita dan kisah cinta yang cuba disampai oleh Ismi Fa Ismail (IFI). Tetapi awas, anda (pembaca perempuan) mungkin akan meletakkan satu paras yang lebih tinggi dalam menilai cinta seorang lelaki selepas ini. Hehe.
Namun, oleh kerana hamba secara peribadi bukanlah orang yang suka dengan kata-kata cinta atau tindakan yang terlalu romantis-manis-bergula (berbahaya untuk kesihatan :-P), buku ini terlalu jiwang (agak cheesy juga) untuk selera bacaan hamba. Namun, masih akan hamba syorkan pada anda yang tiada masalah tentang itu kerana percayalah anda akan membaca sebuah novel cinta yang sangat-sangat berbeza. :)
Ada beberapa isu lagi tentang babak-babak dalam buku ini yang hamba kurang suka tetapi oleh kerana ia sesuatu yang subjektif jadi hamba tidak merasa ingin menjelaskannya di sini. Penerimaan setiap orang tentunya berbeza-beza :). Jika ada pun yang ingin hamba tegur cumalah bahasa penulisannya yang sedikit kaku. Mungkin cuma hamba tetapi buku ini menjadi kurang enak untuk dinikmati kerana olahan bahasa yang kurang cantik.
~
Cerpen bonus tulisan Afiq Dharma: Say Goodnight – Aku (bukan Neith) & Ardea Kisah seorang ‘aku’ (namanya bukan Neith) dan seorang gadis bernama Ardea yang mengaku berasal dari planet Venus. Hamba suka humor yang dimuatkan dalam cerpen ini tetapi maaf, bahasa rojak (bukan dialog) yang terlalu banyak amat menganggu pembacaan hamba. Dan, penjelasan tentang siapa Ardea juga tidak dijelaskan sejelasnya. Namun, permulaan yang baik kerana humornya menjadi dan hamba ketawa.
p.s Apabila hamba cuba membayangkan abang-abang hamba (Jamal, Jamree, Jolaihe) berbual dari hati ke hati tentang cinta sambil main Playstation seperti yang Arman, Aidil dan Adam lakukan, meremang terus bulu roma hamba. Geli dan teramatlah tacky walaupun baru cuba dibayangkan, belum betul-betul kejadian. Hahaha.
Tak tahu nak review macam mana. Cuma watak lelaki dalam novel ni .... Terlalu tinggi dan terlalu sempurna. Nak kata plot cerita terlalu lovey dovey tak sangat, boleh terima. Bukan typical story. Cuma entah lah kalau baca akan terfikir I wish I have this the of man in my life. Willing to do anything for his lady in his life. 3 adik beradik punya kisah yang berbeza, 3 wanita yang punyai background yang misteri, pelik dan hitam. Anyway, it's just a fiction ... A fiction that created by the author who able craft in her own imagination.
Cerita tentang cinta tiga adik beradik lelaki yang serba ada dengan ratu hati masing-masing yang punya bermacam jenis penyakit dan kepelikan. Tiga hero ni bagaimanapun bertabah hati menggagahi setiap kesukaran dan cabaran untuk memenangi hati dan mental buah hati masing-masing. Banyak juga kelucuan dari interaksi mereka sesama sendiri. Comel la mereka bertiga namun takde adengan yang menunjukkan mereka lelaki berjiwa perwira cuma macho, handsome, pencinta, romantik, penyabar, berkerjaya... semua ni mereka ada. Iya la, ini kan cerita anak muda berumur bawah 25 tahun yang tengah happy happy hidup di kota, mana la nak ada perwira ... hailaaa. Rindu nak baca siri LaksamananSunan la tuuuu. Tiga-tiga episod percintaan ada part ni "ehh macam kereta pulak aku ni boleh gostan gostan".
Susah nak terangkan perasaan apabila membaca novel ini. Bercampur baur antara suka dan tak suka. Adakalanya buat aku gelak terkekeh-kekeh. Walaupun begitu, aku akan mencari lagi karya lain Ismi Fa Ismail dan juga Afiq Dharma. Tak menyesal membacanya.
Hmm, yang buat aku jadi slow baca novel ni, bila sampai part Afiq Dharma. Aku sangat terganggu bila baca, mungkin sebab aku tak suka gaya penulisan yang sedemikian. Over mungkin? Tapi jalan cerita not bad, kenapa dia tak cari Jasni dan tanya tentang doktor yang jasni kata merawat si Ardea?