Dari alam barzakh,mereka merangkak ke dunia. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan untuk sekumpulan survivor yang cuba hidup dalam neraka dunia. Tiada seorang pun yang boleh hidup dari serangan virus ini. Dan tiada vaksin yang boleh mengubati penyakit ini melainkan mati. Adam Harish dan Amirul Ashraf,dua hero Malaya ditugaskan menyelamat Pulau Eurasia dari ancaman virus ini di samping menyelamatkan anak perdana menteri,Shila yang diculik Asstrold Pharmacy. Dapatkah Adam Harish dan Amirul Ashraf melakukannya? Dapatkah Shila diselamatkan? Dan mampukah Pulau Eurasia dipulihkan?
Sebelum saya memulakan ulasan saya ini,saya ingin terlebih dahulu memohon maaf kepada rakan-rakan di Goodreads dan kumpulan pencinta buku di Facebook,Buku Tiga Lima,sekiranya ulasan saya ini menyinggung perasaan atau mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan rakan-rakan. Perlu ditegaskan di sini bahawa hasil ulasan ini merupakan ulasan peribadi saya sendiri. Yakni,ulasan saya ini bukanlah muktamad dan terdedah kepada kesilapan juga. Tetapi,saya akan cuba melakukan ulasan ini dengan sebaik mungkin. Tidak dilupakan juga kepada penulis novel Epidemik T,Tuan Helmi Effendy. Saya menyedari bahawa Tuan Effendy berpenat lelah menyiapkan novel ini dengan sepenuh hati dan kesungguhan yang tinggi. Namun,pada masa yang sama,saya juga merasakan bahawa saya layak memberikan ulasan (baik positif atau negatif) kerana saya juga membelanjakan sebahagian wang yang saya perolehi dari titik peluh saya sendiri untuk membeli novel tulisan Tuan ini. Justeru itu,saya sekali lagi memohon maaf sekiranya ulasan saya ini membuatkan Tuan Effendy tersinggung dan berasa sakit hati. Sesungguhnya,yang baik itu datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari kesilapan saya sendiri. Sedikit sinopsis ringkas mengenai Epidemik T:
Pulau Eurasia merupakan sebuah pulau bertaraf maju yang terletak di tengah-tengah Laut China Selatan. Pulau yang menjadi milik Malaysia ini menjadi pusat ekonomi yang menguntungkan. Namun,tanpa dijangka-jangka,pulau yang makmur ini akhirnya menjadi 'neraka' dunia kepada para penduduknya! Akibat angkara Asstrold Pharmacy,sebahagian besar penduduk pulau tersebut menjadi mayat hidup atau zombi! Tambah merumitkan keadaan,Shila,anak kepada Perdana Menteri Malaysia diculik oleh Asstrold Pharmacy. Harish,seorang perisik Malaysia yang digelar 'James Bond' Malaysia,telah diarahkan untuk menyelamatkan Shila. Selain itu,Ashraf dan Azmir,dua anggota Komando 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM),menerima tugas untuk mempertahankan Lapangan Terbang Antarabangsa Eurasia daripada serangan zombi. Sementara itu,Syamir,seorang remaja yang merupakan penduduk Pulau Eurasia,juga cuba menyelamatkan dirinya daripada ancaman zombi yang semakin mengganas. Bersama-sama dengan rakan-rakan sekolah menengahnya yang lain,termasuk seorang pelakon wanita Korea terkenal,Ha Jiwon,mereka berikhtiar dan berusaha untuk menyelamatkan diri mereka. Berjayakah mereka mencapai matlamat mereka? Adakah Shila akan berjaya diselamatkan? Apakah pula nasib yang menimpa Ashraf dan Azmir?
Seterusnya,saya ingin menyenaraikan dalam bentuk 'point' ciri-ciri yang saya dapati terdapat di dalam novel Epidemik T ini:
1) Terdapat 94 bab di dalamnya. Tapi,ini tidak bermakna buku ini tebal (hanya berketebalan 402 muka surat). Namun,pada pendapat saya,ciri ini bagus. Dengan adanya bab yang banyak,ia bertindak seumpama 'checkpoint' untuk pembaca berehat ketika proses pembacaan berlangsung.
2) Bahasa yang digunakan adalah ala-ala FIXI. Yakni,Bahasa Melayu Rendah digunakan dengan penggunaan bahasa Inggeris diselitkan di dalam sesetengah dialog.
3) Ini merupakan sebuah novel aksi,yang turut diselitkan beberapa unsur lain seperti cinta dan Islamik (walaupun tidak begitu ketara). Berani untuk saya katakan,lebih 70% isi kandungan novel ini berorientasikan aksi-aksi pertempuran (baik yang menggunakan senjata atau tidak). Turut disertakan penanda buku ekslusif Epidemik T dengan setiap pembelian novel ini.
Sepanjang pembacaan saya juga,saya mendapati beberapa kekurangan atau perkara yang perlu diambil perhatian oleh penulis. Perkara-perkara tersebut adalah seperti:
a) Realisme: Saya menyedari bahawa ini hanya sekadar sebuah novel yang bersifat fiksyen semata-mata. Namun begitu,aspek realisme juga mesti dititikberatkan,bagi babak-babak yang berkaitan. Sebagai contoh,pada muka surat 162,kaki Harish cedera ditembak oleh 'The Sniper'. Jika di dalam dunia sebenar,kaki Harish bukan sahaja cedera,malahan,akan cacat! Raifal 'sniper' yang digunakan adalah Barrett M82A1 yang menggunakan peluru berkaliber 12.7mm! Peluru ini mampu menghancurkan kaki Harish kerana kalibernya yang besar.
b) Fakta: Terdapat beberapa kesilapan fakta di dalam novel ini. Sebagai contoh,penggunaan senjata yang dipanggil 'bazooka' bersifat 'anachronistic' dan tidak tepat. Bazooka merupakan senjata yang sudah ketinggalan zaman. Berdasarkan apa yang saya ketahui,Malaysia,melalui angkatan bersenjatanya,tidak pernah menggunakannya. Mungkin jika digantikan dengan RPG-7 atau 'recoiless rifle' Carl Gustav,akan nampak lebih realistik.
c) Pengolahan naratif dan dialog: Dari segi olahan naratif dan dialog,terdapat kelemahan yang agak ketara. Kebanyakan naratif dan dialog di dalamnya,pada pendapat saya,agak kurang menarik,longgar, dan tidak meninggalkan impak atau menimbulkan perasaan empati kepada sesuatu watak.
d) Memandangkan terdapatnya pengaruh permainan video 'Resident Evil' yang kuat di dalam novel ini ,mungkin adalah lebih baik penghargaan atau 'acknowledgement' yang sepatutnya diberikan untuk mengelakkan masalah hak cipta atau 'copyright' di masa hadapan.
Plot jalan cerita novel Epidemik T ini sebenarnya bersifat terus atau 'straight-forward'. Ketelitian kepada perkara-perkara sampingan tidak begitu dititikberatkan. Pendek kata,jalan ceritanya tidak begitu kompleks. Aksi lebih diutamakan di dalam novel ini. Jika dibandingkan dengan Zombijaya (juga sebuah novel bertemakan zombi) tulisan Adib Zaini,novel FIXI itu tampak lebih teratur,matang, dan menekankan aspek-aspek sampingan cerita yang lebih teliti (lebih kompleks). Secara keseluruhannya,novel ini tidak begitu menarik perhatian saya. Saya beranggapan,novel ini boleh dihasilkan dengan lebih baik lagi. Jangan salah faham. Cerita novel ini masih menghiburkan untuk dibaca. Tetapi,untuk menobatkan novel ini sebagai novel aksi zombi yang hebat,adalah tidak sesuai,pada pendapat saya. Watak 'cameo' Ha Jiwon yang ditampilkan di dalam novel ini juga gagal untuk menarik perhatian saya. Kenapa? Kerana saya tidak minat drama dan pelakon Korea! Namun,jika ditampilkan pelakon wanita dari Jepun seperti Yada Akiko,Aoi Sora,Kyoko Fukada,Ogura Haruka,Kitagawa Keiko atau lain-lain pelakon wanita Jepun,mungkin saya akan bertambah meminati novel ini! Hehe...!
Pernah baca karya HE sebelum ni. Ini karya beliau yg pertama ke? Kalau salah, betulkan ya. Sepanjang baca Epidemik ni. Rasa seronok membaca. Rasa mcm dalam dunia zombie & game.
Kita ni perempuan. Memang idok ler nak tahu pasal senjata yg HE gunakan & ceritakan dalam buku ni. Makanya, tak ada la isu logik atau nak fikir jauh pasal senjata ni. Sama ada sesuai digunakan utk sesuatu tu atau tidak. Rasa semuanya sama je. Al maklum la tak tahu mende.
Pandai jugak HE ni. Tak la serius sangat storyline Epidemik ni. Masih terselit jugak beberapa momen cintan cintun, komedi, suspen & sebagainya. Jauh kan imaginasi penulis. Haha. Kalau saya, nak imagine jauh jauh tu jauh la sama sekali. Kehkeh.
HE ni saya kategorikan beliau sebagai penulis luar kotak setelah baca Lost World. Kalau Epidemik karya pertama HE. So, saya taknak komen panjang. Sbb dia dh improve banyak utk karya dia yang lain. ✌🏻
Aku x pandai nak review2 ni tapi aku nak tulis sikit dalam ni. First, ko da laa amik karekter dari Leon dalam Resident Evil, pastu ko tambah lagi dgn karekter dalam game Left 4 Dead. Aku yg mulanya excited nak bace buku ni bila dapat tawu ko wat semua tu rase x seronok lagi dah. Dan yg paling aku rase melampau sekali ialah yg ko ciplak scene dari anime Highschool Of The Dead mcm scene kat sekolah, scene dalam bas, scene naik motor tu semua. Shit, terus aku drop x nak smbung baca terus. Come on laa, jgn ciplak bila nak wat cerita, law sikit2 boleh lagi dimaafkan tapi law almost complete ko ciplak mmg sial laa bagi aku yg penggemar anime ni. JANGAN SESEKALI CIPLAK DARI ORANG LAIN. TQ.
1) tiada penanda buku,maka saya tanda dengan apa jua kertas kecil yang tercapai oleh tangan. 2) begitu banyak watak,mungkin juga penulis suka huruf A,maka tidak boleh baca dengan laju sebab nanti bakal keliru,awal huruf sama. 3) dalam keadaan nyawa yang di hujung tanduk,kisah cinta 3 segi pun masih wujud.jadi,mood saya merudum.maaf yea. 4) kacau jiwa saya sepertimana huruharanya cerita ini.
*lain lain,nanti saya ulas mengikut review pembaca lain ye.maaf En Penulis :-)
Sepanjang pembacaan buku ini, hanya satu ayat kerap kali bermain di fikiran saya. "What The Fuck??" Penulis ternyata tiada idea, di samping gaya penulisan yang bersepah.. Peniruan berleluasa... Meniru jalan cerita anime High School of the Dead. Satu anime hentai(lucah).. Hairan mengapa KarangKraf sanggup ambil penulis sebegini teruk..
Aku suka citer ni sebab penulis dia pandai main dengan 3 plot cerita, yang kemudian saling berkaitan antara satu sama lain. Ada tiru resident evil, tapi bagi aku dalam dunia ni tak ada original story. dan penulis berjaya buat aku masuk dalam dunia ni.
Cerita ni taklah seserius yang N sangkakan. Ada jugak dialog yang mencuit hati dan babak-babak yang sweet, terutamanya antara Ashraf dan Fera. Tapi yang sedih pun ada jugak, especially when ada orang baik yang menjadi mangsa zombie dan terpaksa dibunuh sebelum mereka bertukar menjadi ganas.
Novel ini menceritakan tentang sebuah pulau bernama Eurasia yang telah dilanda virus T. Pulau tersebut terletak di Laut China Selatan dan berada di bawah pemerintahan kerajaan Malaysia. Majoriti penduduk di pulau tersebut telah terkena virus tersebut dan berubah menjadi zombi. Adam Harish telah ditugaskan untuk menyelamatkan Shila di Pulau tersebut. Ashraf dan Azmir telah ditugaskan untuk mempertahankan Lapangan Terbang Antarabangsa Eurasia. Syamir pula merupakan pelajar sekolah di Eurasia.
Secara mudahnya, dalam novel ni terdapat 3 jalan cerita iaitu cerita Harish untuk menyelamatkan Shila. Yang kedua, Ashraf dan Azmir yang ditugaskan untuk mempertahan pulau tersebut dari serangan zombi dan Syamir dan rakannya yang ingin keluar dari pulau tersebut.
Bagi aku jalan cerita novel ini dah menarik, cuma agak berserabut bila terlalu banyak watak dan situasi yang berbeza. So, agak pening jugak bila nak imagine situasi dalam buku ni. Tapi overall, not a bad book, just an average.
Spoil Alert. Scene yang paling aku suka masa Harish berlawan dengan orang jahat macam Ezi, Two Second, The Horror. rasa macam tengah baca action film novel.
Tamat baca novel ni hari ni... Almost 2 weeks nak habiskan even nipis sbb stop kenjap sbb nak baca novel lain.
Disebabkan aku dah baa novel dia solo yg terbaru.. Yg lagi tebal.. Tak silap novel ke 3.. So mmg nampak byk beza. Sbg novel pertama mmg nampak kekurangan dr segi olahan cerita... Jalan cerita yang straight forward. Watak saling berkait.. Kesian seme jadi zombie... Bila jumpa watak cikgu Daniel rasa mcm aku nak sepak jek. Benci.. Org mcm tu pon boleh jadi cikgu.. Apa pon happy ending even ramai yg mati.
Good Helmi Effendy for a start. Mmg nampak peningkatan dr gaya penulisan bila compare dgn Dari Alam Lain.. So novel ke 2 The Lost World kan.. Kene cari ler nampaknya..
mula2 selak buku ni rasa mcm bosan . tapi akhirnya dapat jugak aku habiskan novel ni. kalau tak diwujudkan pulau eurasia tu aku rasa lagi menarik. Ada unsur resident evil (selamatkan anak PM) , unsur TWD (kehilangan survivor 1by1). Kira tak bazir la duit aku melabur kat buku ni.. p:s , comel nye Aulia :)
cerita ni memang best gila. well, mmg ada aku tgk yg diambil drpd beberap acerita, tp aku suka penulis ni pastikan yg cerita ni diolah dan digabungkan membentuk kalan cerita.
Macam nengok Filem Resident Evil.. Pergh!! oklah.. Bila baca jer, terbayang-bayang filem Resident Evil.. Bila kena watak kena kejar, saya pula yang rasa cam nak sembunyi.. Kikiki... Dasat je.. Menarik cara olahan penulis.. Cerita yang laju dan penuh debaran.. Semangat setia kawan menjadi tunjang cerita.. Kekuatan mental dan fizikal juga memainkan peranan dalam cerita ini.. Cuma cerita ini seperti kekurangan sesuatu.. Ada persoalan yang tinggal persoalan.. Seolah-olah akan ada sambungan.. Cuma pandangan dari insan kecil yang suka membaca..
Good try for a first book. Penutupnya sedikit anti-klimaks dan cliche. Tapi mampu juga saya habiskan walaupun sebenarnya saya bukan peminat buku genre fiksyen sains. Yang pastinya cukup untuk menarik minat saya untuk mencari karya seterusnya, The Lost World. Tahniah!