Sesuatu telah terjadi pada Bepop yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri di auditorium SMK Lawak Kampus. Petunjuk yang ada hanya sedikit. Namun Froggy tahu, ada dalam kalangan mereka tak berpuas hati dengan Bepop. Tiket BACKPINK yang berada di tangan Bepop pasti jadi punca. Semua orang mempunya motif kukuh dan episod tuduh-menuduh bermula. Dapatkan Froggy dan yang lain merungkai misteri yang penuh berselirat ini?
'Kenapa aku tidak nampak sebelum ini? Petunjuknya memang ada kat sini. Aku je yang buta!'
Mahu lawak? Mahu misteri? Mahu sedikit seram tak seram? Mahu penyiasatan? Mahu persahabatan? Mahu cinta tak terbalas? Haaaa ada belake... semuanya diadun dgn begitu baik sekali dan tidak tinggal lawak jenakanya 🤣🤣🤣 btw tak berjaya teka siapa imposter tp agak berjaya teka siapa yg menyebabkan sesuatu itu terjadi 😆
Selalu baca komik saja, tidak disangka boleh diolah menjadi novelet penyiasatan yang dikarang dengan baik. Tidak menggunakan laras bahasa yang tinggi memandangkan Lawak Kampus sendiri merupakan bacaan pelbagai peringkat umur.
Kita akan dibawa menyelusuri kisah Froggy dan Vanness dalam mencari siapakah dalang yang membuatkan Bepop pengsan. Dapatkah dalang itu mendapatkan tiket original dari Bepop? Pelbagai ragam yang terjadi sepanjang penyiasatan Froggy dan Vanness.
Sebuah kisah yang mudah dihadam dan menarik sekali. Unsur humor yang diselitkan berjaya membuatkan saya sedikit sebanyak ketawa dengan perangai watak watak yang ada.
Untuk yang mencari bahan bacaan ringan, saya sarankan buku ini antara yang boleh dimasukkan dalam senarai.
BEST!! Story Bagus👍🏻✨Siap Ada Gambar Pulak Tu😍Lepas Yang Buat Saya Nangis Yang Bab 'Froggy Oh Froggy'😢💔Novel Ni Lah Sebab Saya Makin Suka Dengan Froggy✨Plot Twist Dia Memang Bagus✨Kalau Boleh Nk Kasih 100/01✨🗿👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Firstly kena buat disclaimer dulu. Saya memang jarang ye baca komik lawak kampus ni. Baca tapi JARANG. But enough for me nak identify each character without being confuse which is which. I was told that this is a new initiative from MagicBean. Buat novel ringan yang adaptasi dari komik Gempakstarz. Mohon betulkan kalau salah ya. Jadi, still ada ke writing signature penulis? Ya. Masih ada walaupun buku ni merupakan adaptasi.
Saya sangat enjoy baca buku ni. Selain, dari bukunya yang sangat floppy senang nak selak and tak risau spine rosak kalau terover selak, jalan cerita buku ni sangatlah teratur dan kemas. Tajuk every chapter tu pun membantu jugak. Dia macam set kita punya expectation untuk setiap bab.
Yang paling sebenarnya plot twist dia. Ya ampun. Plot twist dia macam berlawan ye. Yang awal tu dah saspen. Rupanya yang the next lagi dahsyat. Pastu ada lagi twist lagi dahsyat pulak.
Yang paling paling best apa? Mestilah ending yang smooth. Inilah yang kita mahukan. Ending yang smooth like butter. Haaaaaa.
Bagi peminat peminat Keith yang ada sangka sangka sila buang jauh jauh dan baca novel ni. Walaupun penulis tulis dengan cara dia tapi percaya lah masih ada vibe vibe Keith.
Last sekali, TAHNIAHHHHHHHH kepada penulis sendiri, Koci yang berjaya menulis novel ni dengan begitu jayanya dan dengan begitu smooth dan menarik. Boleh sambung adaptasi komik lain pulak okay.
Sebagai peminat lama Lawak Kampus, membaca novel ringan ini terasa seperti nostalgia yang menyeronokkan. Sudah lama saya tidak membaca novel grafiknya, jadi ketika mula membaca buku ini, saya sedikit keliru dengan watak-watak yang muncul—terutama kerana hampir semua watak dari siri asal turut dimasukkan!
Walaupun genre misteri bukan kegemaran saya, penulis berjaya membuatkan saya terpaku dengan jalan ceritanya. Plot yang penuh teka-teki dan unsur humor yang masih mengekalkan gaya Lawak Kampus menjadikannya bacaan yang sangat menghiburkan. Saya sendiri berasa tidak sabar untuk mengetahui siapakah dalang sebenar di sebalik misteri ini.
Secara keseluruhannya, Menebak Imposter adalah bacaan yang menghiburkan, terutamanya bagi peminat lama Lawak Kampus yang ingin melihat kelainan dalam bentuk novel ringan.
Haih. Geram betul rasa. Punya panjang aku type tadi nak review buku ni, dah terpadam.
Pada awal nampak buku ni dekat rak, terus capai dan beli. Tak baca details sangat. Bila buka plastik, terkejut kejap sebab berbentuk novel (ingatkan komik). Benda lagi excited, sebab dapat bookmark sekeping tiket BACKPINK! 🤣🤣
Tengah syok baca, pada muka surat 105 baru perasaan ejaan nya BACKPINK bukan BLACKPINK! Berdekah malam semalam bila fikir sampai tak perasan perbezaan ejaan. 🤣
Pada awalnya agak confuse siapa watak “aku” yang jadi tukang cerita. Bila baca balik, so tahu siapa. Watak banyak, so nasib baik peminat Lawak Kampus so smooth lah sikit nak follow jalan cerita.
Bila sampai bab nak kantoi tu, bukan kemain berdebar-debar rasa. Yela, dari awal follow siapa lah imposter tu, siapa dalang semua ni. Ada beberapa bab akhir tu, bikin aku suspen je. Padahal boleh je selak page belakang, nak spoil mood baca. Tapi tetap follow page by page.
By the way, buku ni ada ilmu yang kita tahu. Ha, baru tahu bab bola pétanque. 🤣 Lepastu ada suspen. Ni bab nak hujung hujung lah. Lawak pun ada. Berdekah lah juga. Aduhai.
Lawak Kampus muncul dalam versi novel pula kali ini. Kagum juga sebab masih boleh mengekalkan humor gila-gilanya, lagi-lagi si Vanness tu. Gara-gara sekeping tiket Konsert Backpink, kita dibawa bersama Froggy dan Vanness menyiasat siapakah yang menyerang Bepop. Setiap bab tu ada je POV dari watak-watak lain. Sejujurnyakan aku ni bukanlah pembaca komiknya selalu, jadi ada banyak watak yang aku memang kenal dan ada sedikit watak yang kurang kenal. Tapi terima kasih kepada penulis sebab ada selit secebis pengenalan setiap watak tu.
Berminat nak beli dan baca sebab ramai cakap best sebab lawak. Saya pula suka buku kelakar, misteri, penyiasatan, dan hantu. Jadi, ada gabungan lawak, misteri dan penyiasatan dah cukup.
Nasib baik pembaca lawak kampus zaman kecil dulu dan masih ingat beberapa wataknya. Haha. Bila dia sebut watak satu per satu, ada gambaran wajah dan perwatakan skali. Sebab tu terhibur dengan segala lawak yang ada dalam buku ni. Haha.
Nanti nak beli novel satu lagi. Buku ni best belek dan baca cuma agak berat. Huhu. Tahniah dan terima kasih pada penulisnya ya.
P/s : Juga tak dapat teka siapa impostornya walaupun dapat agak apa yang berlaku sikit2. Sikit2 jer lah. Haha
akhirnya, terungkaplah rahsia penyamar yang bersembunyi dikalangan pelajar sekolah lawak kampus.
apabila hampir sampai ke klimaks cerita, kita akan dapat meneka siapakah penyamar. sangat-sangat hampir. walaupun begitu, bukanlah sesuatu yang mudah juga jika kita tidak beri perhatian kepada pembayang yang ditinggalkan sejak dari awal.
a good whodunnit story. kalau suka Benoit Benoit Blanc dalam Knives Out, pasti akan seronok membacanya. tetapi, blanc dalam kisah ini bukanlah seperti yang kita sangkakan. penuh dengan kejutan.
satu pengembaraan yang mengujakan. rugi kalau tidak ikut serta.
“Aku berharap aku juga bersifat positif sepertinya dan tidaklah berpura-pura bahagia."
Lawak Kampus: Menebak Imposter, sebuah novel bergenre misteri/komedi, mengisahkan misteri di sebalik insiden berdarah yang dialami Bepop. Froggy rasa bertanggungjawab untuk mencari si pelaku yang kelihatan seperti tiada petunjuk ketara dalam kalangan warga SMK Lawak Kampus. Dalam kebuntuannya mencari jawapan, hanya persoalan yang kian bertambah.
Novel ini bertemakan penerimaan diri sendiri dalam dunia yang penuh manusia berbagai ragam. Melalui perspektif Froggy, pembaca akan mengikuti siri soaljawab terhadap pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kerenah pelik yang begitu meragukan. Ini menjadikan plot misterinya lebih mengujakan kerana lebih sukar untuk menuding siapakah pelaku sebenar. Penulis berjaya mengvisualkan setiap watak komik strip ini melalui gaya penulisan yang kemas terutamanya pada babak komedi yang boleh dikatakan setara dengan idea pengkarya asal. Tambahan pula, terdapat komik strip lama diselitkan yang semestinya memberikan elemen nostalgik buat pembaca kipas-susah-mati Lawak Kampus. Selain itu, pembaca juga dapat menelusuri pergelutan dalaman watak utama yang menyerlahkan lagi sifat kemanusiaannya walaupun dia seorang katak. Kekurangan ketara pada novel ini boleh dikatakan tiada kerana plot misterinya yang menarik dengan tempo plot yang pantas serta sebilangan komedi yang berhasil menjadikan pengalaman pembacaan novel ini menyeronokkan. Walaupun akan ada sesetengah pembaca merasakan pembongkaran misterinya tidak logik, tetapi itulah teras utama Lawak Kampus yang sarat kerawakan dan yang paling penting seiring dengan tema utama novel ini. Antara tema lain dalam novel ini ialah kepentingan nilai kepercayaan dan kesan ketamakan manusia.
Secara keseluruhannya, novel ini untuk mereka yang masih meragui diri sendiri. Dalam pencarian Froggy mencari si pelaku, pembaca juga secara tidak langsung dapat ikut serta melalui perspektif Froggy yang cuba untuk berdamai dengan dirinya. Tahniah kepada penulis kerana berjaya mengekalkan identiti Lawak Kampus yang sememangnya sebuah tugas yang sukar kerana watak-watak ini merupakan sebahagian nostalgia kebanyakan peminat komik Malaysia.
Sesuatu telah terjadi pada Bepop yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri. Petunjuk yang ada hanya sedikit. Namun Froggy tahu, ada dalam kalangan mereka tak puas hati dengan Bepop. Tiket Backpink yang berada di tangan Bepop pasti menjadi punca. Dapatkah Froggy dan yang lain merungkai misteri ini?
𝗝𝗲𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗻𝗴
Seriously korang kene baca novel ni! In fact, ni novel pertama Lawak Kampus tau! Storyline dia, perghh jangan ckp, mmg best gila! 😍 Penuh dengan elemen misteri, suspense, comedy dan penyiasatan. Best gila! 👍
Dari first ii baca lagi, kita tak dapat agak siapa pelakunya. 😭😭 Kita syak orang lain, sekali lahh orang lain rupanya. What a plot twist! Mmg tak expect gila 😖
Paling kita suka sebab watak utama buku ni Froggy. Fact: Froggy is my fav character! Hihi, walaupun ramai org ckp dia pelik, tapi dia je mcm munasabah sikit. Pemikiran dia pun (agak) logik dan masuk akal klau nak dibandingkan dengan karakter lain. 🤣
Bukan tu je, buku ni pun kelakar! (Nama pun Lawak Kampus kan, mestilah lawak 😝) Buku ni pun light je, klau korang tak tau nak baca buku ape, pleaselah BACA BUKU NI! Mmg tak rugi! 😻
This novel may be light, but it’s incredibly entertaining. The moment you come across the characters’ names, you can’t help but picture their faces especially if you grew up with Lawak Kampus!
The story kicks off with chaos at school, all because of Backpink concert tickets. When Bepop is found unconscious in the school hall, suspicions arise. After all, he was the only one who managed to secure a ticket. What starts as an innocent event soon turns into a full-blown investigation, with every student becoming a suspect.
What makes this book stand out is its perfect blend of humour, mystery, and suspense. Just when you think you have it all figured out, the ending takes you by complete surprise. If you love a fun yet gripping read, this one is definitely worth picking up!
Buku ni One of my top 3 Fav 2023.Buku ni Bantu kita mengenal karakter karakter kesayangan kita dengan lebih mendalam.First met diorang camner..Awal mula persahabatan diorang..Secrets and new facts about each character pun ada.Buku ni akan buat kau ketawa dan serious pada masa yang sama.Buku ni ada ending yang sangat satisfying too..Dia punya plot twist agak susah untuk dijangka! Memang recommended sangat!
Kelakar nak mampus. Mula-mula ragu-ragu jugak dengan adaptasi Lawak Kampus versi novel ni. Sebab selama ni asyik baca komik saja. Tapi bila dah baca, boleh feel la penulis berjaya masukkan elemen-elemen LK tu, he did a great job! Dengan jalan cerita whodunnit, dengan penulisan separa serius ni somehow buat aku mengekek ngekek jugak. Aku harap ada lagi jilid seterusnya?
A good light read. Sebagai peminat setia lawak kampus suka bila ada beberapa backstory watak yang diceritakan. Isu imposter syndrome froggy pun best. And unpredictable plot. Kita pun gigih sama sama cari siapa yang bersalah. Yang kesiannya bepop 😂 last last tak datang pun kem ciss!! Tahniah iqbal!
This entire review has been hidden because of spoilers.