Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pidana

Rate this book
Negara Civenam telah diserang dengan penularan wabak penyakit yang diberi nama virus R-ES. Para saintis di negara itu telah berjaya menghasilkan penawar ataupun ubat untuk mengubati rakyat Civenam yang dijangkiti virus tersebut, namun sebelum ianya dipasarkan, ia perlulahlah melalui beberapa proses terlebih dahulu seperti ujian klinikal ke atas sel-sel manusia. Jadi, manusia sukarelawan langsung diperlukan!

Selama hampir enam tahun Civenam telah memaksa setiap negeri di bawah naungannya untuk menghantar sukarelawan paksa rela bagi menjalani ujian tersebut. Pada mulanya mereka mahukan orang dewasa saja untuk dijadikan manusia uji kaji itu tetapi, pada tahun yang malang tersebut tiba-tiba saja syarat itu berubah. Mereka mengarahkan pula setiap negeri itu untuk menghantar penyertaan dari golongan umur yang sudah melepasi dua belas tahun ke atas.

Budak lelaki bernama Al yang berasal dari negeri paling hujung sekali terpaksa mengikuti ujian tersebut. Kehidupannya terus berubah menjadi huru-hara tatkala dia mengikuti ujian-ujian itu di sana.

Hari berganti minggu, Al menjadi semakin tertekan dengan ujian-ujian itu di sana. Tambah pula, cabaran yang mendatang juga semakin lama semakin sukar dan pelbagai persoalan juga mula mengganggu kehidupannya. Adakah semua ini adalah suatu kebetulan ataupun sudah lama dirancang?

389 pages, Paperback

First published June 6, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Shamsuri

2 books1 follower
FB: Shamsuri Rosdi

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (50%)
4 stars
3 (30%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Akmal Zahrudin.
232 reviews25 followers
March 14, 2024
My thoughts?

1. The Hunger Games meets Maze Runner in my opinion.

2. Buku ni best gilaaaa. Sayang betul aku tak pernah tengok ada orang review. Ceritanya fast paced, penuh aksi dan setiap scene tu buat aku hyperventilating kot.

3. Scene yang Al dan abang Man masa kena berpisah dengan ibu diorang sebab dipilih untuk menjadi bahan eksperimen tu buat aku cuak betul.

4. Budak-budak yang terpilih tu semua kena inject dengan satu bahan yang menyebabkan diorang jadi X-men. Paling cool power si Al la sebab boleh project shield dan dia boleh protect kawan dia sekali.

5. Aku suka hampir semua watak dalam buku ni especially Al and the gang, Tan Bron, Buddy, Naddy. Suka sangat sikap protective Al terhadap abang Man dia yang merupakan special kids.

6. Kesimpulannya best lah. Tak perlu cakap banyak yang penting best.

Personal rating:
4/5
Profile Image for HastaLavista.
46 reviews1 follower
September 15, 2023
3.5⭐️

Benda paling suka dengan buku ini ialah disebabkan writing style encik penulis ya, tak rasa kaku langsung masa baca, so plus point. Rasa smooth je baca and mengalir laju. Storyline dia a bit like hunger games tapi masih ada originality sendiri. Plot bergerak laju. Plot twist dekat ending agak predictable. Harap boleh improve dekat bahagian world building of negara Civenam tu sendiri sebab rasa macam agak tipikal like nothing special. Anyway there’s quite few plot holes here and there, but it is an enjoyable read la🙌🏻
Author 6 books2 followers
October 27, 2023
"Kawan tu takkan cederakan kawannya."

Siapa dekat sini pernah jadi sukarelawan? Angkat tangan!

Jadi bahan uji kaji? Pernah?

Eh, eh. Kenapa turun tangan. Haha.

Baiklah. Pidana ni cerita pasal apa?

Negara Civenam berjaya hasilkan penawar untuk virus bernama R-ES. Sebelum diberikan kepada masyarakat, penawar itu perlulah diuji ke atas manusia hidup-hidup. Eh, macam... macam... co-covid?

Ya. Tapi Pidana ni, ya Tuhan. Sampai enam tahun buat uji kaji. Lebih menggugurkan keimanan apabila pihak atasan keluarkan arahan...

Penduduk berumur 12 tahun ke atas dijadikan manusia uji kaji. Setiap keluarga yang 'merelakan' anak mereka akan diberi ganjaran dan bantuan kehidupan oleh pihak kerajaan.

Ini cerita Al (AL bukan Ai). Dia dan abangnya, Man, dikutip untuk dijadikan manusia uji kaji.

Sedih bila Al yang baru berusia 1* tahun (Ni aku tak puas hati umur dia ni. Gaya dah bijak tapi... *hela nafas ketenangan) terpaksa menjalani kehidupan yang tidak sepatutnya. Terlalu muda untuk dijadikan uji kaji.

Syukur sepanjang tempoh uji kaji tu, Al bertemu rakan yang baik dan sedikit baik. Uji kaji ni bukan biasa-biasa. Luar biasa!

Ulasan:
Menjadi manusia uji kaji demi negara. Jalan cerita macam filem. Macam The Maze eh? Ke Hunger Games. Hmm. Tapi ada beberapa lompong yang ditutup pada penghujung cerita.

Mukadimah aje dah tercengang den. Haha! Sedikit seriau dan boleh membuatkan emosi dan perasaan pembaca terganggu kecuali Uzunah. Haha! *Berlagak tak nak kalah.

Oh ya. Masa Uzunah mula-mula baca, terdetik dalam hati. 'Ini gaya penulisan aku! Tapi versi lelaki. Haha!

Untuk watak Al. Banyak Uzunah tak puas hati. Dia ni bijak tapi bila berkias, tiba-tiba jadi kurang bijak. Aku gerammm. Rasa nak digigit. Acah ketua pula tu. *Ya. Uzunah geng budak lelaki rambut perang. Haha!

Apa-apa pun, tahniah kepada penulis untuk novel pertama ni!

Rating sebenar 3.9/5
Profile Image for Noor.
28 reviews1 follower
December 22, 2023
Saya tak kedekut nak beri lima bintang sebab penulis berusaha sesungguhnya dengan gaya bahasa yang lancar dan plot kemas. Saya suka dengan dunia yang diciptakan. Saya teruja pada beberapa momen, turut merasai galau karakter.
Terus menulis penulis, ini baharu permulaan.
Profile Image for Anas Fitri.
1 review1 follower
July 3, 2023
Recommended.Karya sulung yang baik dari penulis. Plot disusun dengan teratur dan penamat "plot twist" yang sememangnya tidak dijangka. Tahniah
Displaying 1 - 5 of 5 reviews