Jump to ratings and reviews
Rate this book

3 Hati

Rate this book
Ceritera Lea bermula dengan tragis. Dia yang sepatutnya dinikahkan di rumahnya terpaksa menanggung aib apabila pengantin lelaki yang sudah bergelar kekasihnya selama lebih 7 tahun, Imran tidak menunjukkan muka. Lea sedar cinta tanpa lafaz akad nikah hanyalah satu destinasi yang tidak ada kepastian. Dia mahu cinta berhenti setakat itu. Jangan ada cinta yang menjengah lagi. Noah hadir bersama seribu satu misteri, cuba melembutkan hati yang kononnya sudah menjadi sekeras kerikil. Sayang, ada dusta disebalik ungkapan rasa. Mampukah Lea mencari jalan keluar dari puzzle cinta itu?

Buat Wulan pula, dia tidak inginkan yang lain selain mengikuti sistem dan aturan yang telah dia tetapkan dalam hidup secara auto-pilot; bekerja dengan aman, menjaga si ibu yang sudah lama bersendirian dan menghabiskan waktunya dengan perkara-perkara yang mungkin tidak menarik bagi orang lain, tetapi cukup memuaskan hidupnya. Apabila Neal, si peguam yang menggelar dirinya ‘relationship freelancer’ muncul dan begitu bijak menarik perhatiannya, semua aturan yang diciptanya menjadi huru-hara. Buat pertama kalinya Wulan jatuh cinta dan untuk pertama kalinya juga dia dikecewakan dengan hebat. Namun Wulan bukan gadis biasa yang akan menangis air mata darah kerana putus cinta dan kerana itulah dia mencari Henry untuk membantunya. Tapi membantunya dari segi apa?

Nini juga tidak lari daripada masalah peribadi yang membelenggu dirinya sekian lama. Saban hari meniti waktu dengan hati yang tidak rela, membuatkan jiwanya memberontak. Bicara yang tidak pernah terluah, akhirnya terlepas dan menjadikan dia seorang insan yang lebih redha dan kuat. Dalam melayari kehidupan sesudah berputus kasih, dia memberanikan diri untuk mencuba sekali lagi dalam percintaan. Atas sokongan dan dorongan rakan-rakan, Nini menggagahkan diri menjadi yang terindah di mata Achik, pemuda yang terlalu sempurna untuknya. Dugaan demi dugaan, tekaan demi tekaan, hatinya yang rapuh tidak mampu meneruskan lagi percubaan gila dalam menjadikan Achik miliknya. Redha dan sabar, gadis itu memberanikan diri. Antara malu dan benar, mampukah dia mendahului medan itu?

752 pages

First published March 6, 2013

Loading...
Loading...

About the author

Liza Nur

24 books112 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (40%)
4 stars
13 (26%)
3 stars
13 (26%)
2 stars
3 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews30 followers
September 24, 2013
Hamba mulakan dengan turutan: suka, sangat suka, jatuh cinta. ;)

Zara Amani
~ Mungkin kerana ini pertama kali hamba membaca tulisan Cik Zara membuat hamba menanti sehingga di penghujung cerpen untuk menikmatinya. Dan, mungkin kerana ini cerpen terakhir dalam 3 Hati membuat alignment fokus hamba sedikit lari (alasanlah sangat!).

Tetapi hamba menyukai heroinnya iaitu si comel Fatin Amirah (Nini) yang menyukai aktiviti hiking dan wall-climbing lalu akhirnya membawa dia mencuba sky-diving setelah berpisah dengan Faizal, kekasihnya yang apa-pun-tak-boleh. *Lelaki inconsiderate yang berfikir dia boleh menguasi anda adalah expired stock yang perlu dilupuskan segera dari kabinet hati. Keracunan makanan boleh membawa maut, tahu.*

Hamba juga menyukai Nini kerana dia adalah seorang gadis yang berani untuk memulakan langkah pertama dengan lelaki yang dia sukai. Ini mungkin kerana dia punya rakan-rakan sweet seperti Palop dan Sara yang akan menjadi tilamnya jika pun dia rebah ditolak. :)

“Mungkin aku bukanlah memilih sangat tentang lelaki, tetapi aku tahu bila perlu aku menolak mereka dan bila perlu menyimpan mereka.” – Nini.

Nurul Syahida
~ Tulisan NSK tidak pernah mengecewakan meski hamba memilih cerpen Liza Nur sebagai cerpen kegemaran hamba dalam buku ini. Sesuatu yang berbeza dari sebelumnya – NSK selalu berjaya mencipta itu dalam setiap buku tulisannya. Dengan NSK, kita tidak boleh meneka situasi apa dan bagaimana ceriteranya akan bermula-berjalan-berakhir tetapi percayalah dengan falsafah-falsafahnya, pengetahuan amnya serta karektor NSK sendiri yang hamba fikir terserlah dalam penulisannya, setiap buku NSK adalah worth-buying. :)

Cerpen NSK kali ini mengisahkan tentang Wulan, si gadis pendiam yang berkenalan lalu bersahabat dengan seorang peguam alias relationship freelancer, Neal. Neal yang kemudian telah merobek persahabatan mereka dan perasaan Wulan. Bijak! Oh, hamba mengharap setiap perempuan akan setenang dan sebijak Wulan dalam mengendalikan lelaki pematah hati seperti Neal. Tidak perlu drama aksi atau airmata di khalyak ramai, Wulan berjaya memusnakah Neal dalam senyap dan setelah dia memutuskan untuk memaafkan dan move on, Wulan sebenarnya telah memusnahkan Neal secara total.

Neal dengan manuskripnya mengingatkan hamba kepada Barney Stinson dengan The Playbooknya dan ya, mereka berdua adalah lelaki teruk yang hamba tidak boleh hendak benci. Huhu. ;)

Liza Nur
~ Hamba jatuh cinta dengan cerpen Liza Nur. Okey, ayat sebenar hamba adalah hamba jatuh cinta pada Noah, si hero. Oh, hamba perlu mengisis perasaan mudah suka kepada lelaki yang berambut rare. Mak mesti tak suka. Hahaha. :P

Seperti Biarkan Ia Pergi, Liza Nur berjaya menciptakan perasaan sedih yang berkesan apabila membaca cerpennya ini. Hamba menjadi sangat sedih, sangat mengerti dengan dilema yang menimpa Lea mahupun Noah. Seperti Lea, sesiapa pun akan berpatah hati dengan sangat teruk jika pengantin lelaki yang ditunggu tidak muncul tiba di hari pernikahan. Seperti Noah, sesiapa pun akan makan hati jika terperangkap dalam keadaan serba salah yang memaksanya melepaskan si gadis idaman.

Sukanya hamba pada Lea yang lembut tapi kuat. Kagumnya hamba pada Noah yang ambil berat, tidak penting diri dan manis (tanpa terlebih bergula). Hehe. ;P

“Setidak-tidaknya, kalau nak hilangkan butang, pastikan baju tu beli dari butik ni ya.” – Lea.


p.s Untuk Liza Nur, tunaikanlah hasrat Razif untuk menjadi hero. Novel Melayu masa kini sememangnya memerlukan seorang hero yang realistik, rasional dan rare sepertinya. Serius! ;P

Oh ya, terima kasih untuk NSK kerana memperkenalkan hamba dengan lagu On The Street Where You Live dan memberitahu bahawa Nat King Cole (love!) pernah menyanyikannya. :))
April 21, 2026
3 kisah percintaan, 3 watak utama perempuan, 3 penamat berbeza. Masing masing pernah bertemu dalam kereta api, sewaktu Lea melarikan diri dari majlis perkahwinan dengan berpakaian pengantin.

LEA ~ LIZA NUR ☆☆☆☆

Takdir menemukan Lea kembali dengan cinta pertama zaman kanak-kanak, setelah dikecewakan Imran yang melarikan diri semasa hari perkahwinan mereka.

Noah yang merupakan abang Riana yang juga mengahwini tunang Lea, terjatuh cinta dengan Lea semasa pertemuan pertama mereka di rumah sewa yang dikongsi bersama Razif dan Imran.

Setelah dua kali Lea melarikan diri semasa hari perkahwinan, akhirnya pada perkahwinan ketiga barulah dia dapat mengahwini Noah yang terlambat sampai akibat kerosakan kereta lalu menumpang motor orang.

Jodoh cinta monyet pada zaman kanak-kanak bertaut kembali, Noah tidak mengingati nama cinta pertama sehingga ternampak gambar lama lalu cuba menghalang perkahwinan Imran dan Lea.

Pada masa yang sama, Lea dibantu kawan baiknya, Huda bersama bakal adik iparnya jurugambar dan ayah Lea sendiri. Melarikan diri semasa hari perkahwinan buat kali kedua, tetapi kali ini meninggalkan Imran pula.

Noah dan Lea bertemu di stesen LRT tetapi terpisah gara-gara Noah tidak mendengar panggilan Lea dan sudah termasuk dalam gerabak LRT. Biarpun sakit hati dengan watak Riana dan Imran, akhirnya Riana berubah selepas dimarahi dan dinasihatkan Razif.

Pengorbanan dan perasaan bersalah Noah terhadap janjinya dengan arwah ibubapanya, menyebabkan dia cuba melupakan Lea gara-gara Riana mengugut mahu membunuh diri jika Noah memilih Lea.

Razif sememangnya sahabat baik ketika susah dan senang, sentiasa menasihati dan menegur cuma satu masalahnya kuat makan, sampaikan sanggup mencuri makanan di bilik tidur Noah selama ini. Sudahlah perut ke depan macam emak buyung. Sayangnya tiada jodoh untuk dirinya dalam cerita ini.

WULAN ~ NURUL SYAHIDA ☆☆☆☆☆

Cerita terakhir yang dibaca dalam naskhah ini adalah yang paling menarik sekali, beberapa kali saya tersenyum lebar dan ketawa tatkala membaca babak Nael menjadi mangsa penganiayaan Wulan dan Henry.

Segalanya terbongkar saat Wulan diminta ketua atasan, James untuk menyunting manuskrip Nael si peguam buaya darat yang membuatkan dirinya menyedari dijadikan mangsa uji kaji projek selama ini.

Demi membalas dendam di atas penganiayaan Nael terhadap dirinya, dia bertemu bekas kawan baik Nael, Henry yang dikhianati Nael yang merampas tunangnya.

Mereka bekerjasama dengan baik sepanjang membalas dendam, seperti mencuri komputer riba, menukar tangki minyak kereta dengan diesel, merosakkan setiap pertemuan Nael dengan perempuan, menjahanamkan blackberry kesayangan dan lain-lain.

Padan dengan muka Nael di saat dirinya menyedari sudah terjatuh cinta dengan Wulan, semuanya sudah terlambat kerana di saat itu Wulan telah pun menerima tawaran bekerja Henry di Sabah. Malah menukar nombor telefon baharu di sana juga, demi memulakan kehidupan baharu.

Selain watak Nael si buaya darat, Johan a.k.a. Joy juga watak yang membuatkan saya menyampah sangat sangat di atas layanan pada Wulan. Suka hati mengelar Wulan dengan gelaran ' Woolys ' dan memberikan banyak kerjanya tidak disiapkan, asyik balik lebih awal dan selalu meminta cuti.

Dua kali Joy dikenakan dengan Wulan, saat pertama kali dia naik angin memarahi Joy yang tidak berpuas hati dirinya mendapat kerja dari James dan kali kedua semasa dia berhenti kerja dalam tempoh 24 jam.

Apatah lagi Wulan mendapat tawaran bekerja dari syarikat terkenal yang Joy pernah mendengarnya, sebelum itu Adrian sudah berhenti bekerja kerana mendapat tawaran lebuh baik. Itu satu keputusan yang tepat buat Wulan berhenti bekerja di situ, biarpun belum lama bekerja sebagai penyunting rencana pengarang.

Nampaknya cerita ini tidak akan membosankan saya jika membaca berulang kali di masa hadapan, InsyaAllah.. Dari jalan cerita ini mengajar pembaca untuk menyedari tipu helah dan kelicikan lelaki penipu penuh muslihat, demi mendapatkan perempuan yang mereka sasarkan.

NINI ~ ZARA AMANI ☆☆☆

Setelah dikecewakan DUA kali dalam percintaan, pada akhirnya kisah percintaan KETIGA akan menjadi yang TERAKHIR buat dirinya kerana Achik melamar Nini sebagai suri hatinya.

Pada mulanya saya sangkakan penamat Nini tidak menggembirakan sama seperti Lea, rupa-rupanya babak pertemuan Nini dengan Lea bersama anak perempuannya, Lily juga di mana Achik muncul untuk melamar dirinya sebelum bertolak ke Dubai atas urusan kerja.

Faizal lelaki yang baik biarpun bukannya jahat, tetapi seolah-olah mahu mengongkong dan melarang Nini terutamanya ketika dia melakukan kegiatan luar(outdoor)seperti mendaki, berkhemah dan sebagainya. Jadi percintaan selama 5 tahun berakhir dengan Nini memutuskan perhubungan mereka.

Afiq adalah lelaki kedua yang dicadangkan emak Nini, pandai mengambil hati emaknya tetapi perangai Afiq yang berdendam dengan kaum wanita dan perasan mahu menajdi kasanova membuatkan Nini meluat lalu hubungan tidak ke mana.

Lelaki terakhir, Achik si tinggi lampai dan tampan mempunyai pakej lengkap serba serbi ini diperkenalkan kawan rapatnya. Mana sangka hubungan yang masih hijau dan baru mengenali, kononnya untuk melupakan Faizal pada mulanya sekali membuatkan Nini terjatuh cinta secara serius.

Cuma dia tidak berani memulakan dan meluahkan perasaan, dikhuatiri terjadi sama macam kisahnya dengan Afiq. Disebabkan 3 bulan Achik mendiamkan diri dan tidak menghubungi Nini selepas kembali dari bertugas di Sabah, membuatkan Nini memikirkan kemungkinan dia bertepuk sebelah tangan sahaja.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Edziani Nabila.
109 reviews8 followers
May 17, 2026
3 Hati  menghimpunkan 3 novel pendek daripada 3 penulis berbeza, 3 kisah cinta daripada 3 wanita.

1. Karya Liza Nur
Lea ditinggalkan Imran pada hari pernikahan. Dengan baju nikah, dia cari Imran sampai ke rumah sewa dan bertemu Noah (abang kepada Riana, perempuan pilihan Imran) Ironinya, Lea anggap diri macam rumput sebab Imran melabelnya sebagai rumput, dipijak pun tetap tumbuh.
Noah rasa bersalah dengan apa yang berlaku dan tanpa disangka, Lea adalah rakan yang diminati sewaktu zaman kanak-kanak. Noah berusaha untuk menghulurkan salam perkenalan dan mengubati luka Lea.

Keseluruhannya, cerita ni sedikit emotional dan puitis sebab scene babak baju pengantin dan 7 tahun perhubungan terputus begitu saja. Ambil untuk sembuh itu realistik hingga Huda, business partner Lea terpaksa campur tangan minta Lea move on.

2. Nurul Syahida
Wulan, editor buku yang sibuk dengan dunianya sendiri. Wulan berkenalan dengan Nael, peguam kacak tapi player.

Nael tak tahu Wulan yang sunting manuskrip dia tentang “cara jadi buaya darat”. Bila baca manuskrip tu, Wulan sedar dia cuma bahan eksperimen. Wulan tekad untuk balas dendam dengan bantuan Henry, ex-BFF Nael.

Suka perwatakan Wulan yang tak ambil masa lama untuk bangkit dari dipermainkan dan gunakan segala kelebihannya untuk "torture" hidup si Nael.

3. Zara Amani
Fatin Amira atau Nini dah 2 kali patah hati. Dia si gadis yang sukakan aktiviti outdoor.
Dalam fasa nak move on dan menyibukkan diri dengan aktiviti hiking, sky diving, Nini  dikenalkan dengan Achik oleh kawan-kawan. Circle Nini semua approve andai Nini berpasangan dengan Achik. Tapi sanggup ke Nini untuk cuba menjalinkan percintaan buat kali ke-3? Cerita ni banyak input tentang aktiviti outdoor yang diselitkan dalam dialog antara Nini dan kawan-kawannya.

-----
Mesej utama yang saya dapat berdasarkan 3 kisah cinta yang sarat konflik ni - Lelaki red flag itu real! Para penulis macam bagi checklist lelaki yang patut dielak seperti Imran, Nael dan Faizal hahahah
18 reviews
November 30, 2019
Setiap kisah punya keunikan tersendiri. Bacala dengan hati pasti tak rugi
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
January 12, 2015
3 cerita yang berbeza tapi sama. Nice.
Pertama. Lea Maisara dan Noah Aidil bertemu di saat Lea di tinggalkan di hari pernikahannya dengan rakan serumah Noah, Imran. Rupa-rupanya Imran telah jatuh cinta dengan Riana, adik Noah, dan berhasrat untuk menikahi Riana di hari berikutnya. Noah rasa simpati. tetapi dia tertarik pada perwatakkan Lea. Dia mula mendekati Lea dan akhirnya mula mencintai Lea. Lea juga menyukai Noah tetapi dia terkejut bila dapat tahu Riana adalah adik Noah. Noah mula menjauhkan diri kerana diugut Riana. Imran muncul kembali setelah bercerai dengan Riana. Dia melamar Lea. Ayah Lea mendesak Lea supaya menerima lamaran Imran. Lea tersepit. Dia tidak mahu memalukan orang tuanya sekali lagi. Tetapi berita yang di bawa oleh Razif, mengubah segalanya. Lea pergi sekali lagi di hari pernikahannya untuk mencari cinta hatinya. Rupa-rupanya mereka pernah mengenali semasa kecil dan itu adalah cinta pertama mereka.
Kedua. Wulan Nazrin dan Hasnul (Neal) adalah dua watak yang sangat berbeza. Wulan sangat pendiam dan pemalu. Neal pula seorang peguam yang berjaya serta bergaya. Dia suka bertukar ganti teman wanita. Satu persahabatan terjalin antara mereka. Wulan mula rasa senang dengan diri Neal tetapi dia amat kecewa bila dapat tahu bahawa Neal telah mempermainkan dirinya. Wulan mula melakar pelan dengan Henry untuk balas dendam. Bila Neal mula berubah, Wulan hentikan berbalas dendam. Akhirnya, Wulan bersedia untuk memulakan hidup baru di Sabah. Bila Wulan telah tiada, barulah Neal sedar akan cintanya terhadap Wulan. Tetapi dia sudah terlambat.
Ketiga. Fatin (Nini) suka pada aktiviti lasak dan dia telah dua kali kecewa dalam percintaan. Bila dia dikenalkan dengan Achik, Nini rasa serasi. Tetapi dia rasa takut untuk berterus-terang kerana takut kecewa. Achik juga begitu. Tetapi akhirnya, Achik melamar Nini setelah Nini berterus-terang tentang perasaannya kepada Achik.
Profile Image for Theplain.
101 reviews25 followers
May 20, 2024
10 tahun kemudian baru nak tulis review. Hahaha

Okay aku biased sikit ya. Yela Liza Nur & Zara Amani dah popular so kat sini biar aku up kan penulis Nurul Syahida.

Cerita Wulan is like a decent version of My Super Ex-Girlfriend. Well technically dia tak pernah declare as gf Nell pun.

Perempuan pendiam membosankan dgn kerja membosankan suddenly jumpa dgn a lawyer yg ada byk tarikan. Dan lawyer tu tertarik dgn kau because of sth.

Kalau kau rs ini another cerita kayak drama Korea yg akan berakhir dgn they married and live happily ever after, well spoiler no marriage happen but there is happily ever after.

Profile Image for Aney Orenjes.
18 reviews3 followers
June 28, 2015
this novel was a present from my practical student.
satu cerita yang menarik. watak-watak dia pun hidup. bahasa takde bunga-bunga sangat. i loike.


highly recommended.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
October 14, 2016

pinjam dekat kawan je , itupun sebab nak baca cerita by Nurul Syahida , jadinya cerita yg aku berkenan pn semestinya cerita si Wulan itu hehehe ..sory terbias sedikit di situ :)
Profile Image for Maryam Bellyna Syamsudin.
9 reviews
October 15, 2019
3 cerita dalam satu novel...Ada kekuatan tersendiri...banyak info menarik yang sebelum ni kita tak tahu, dapat sedikit ilmu untuk kita pelajari...memang terbaik...
Displaying 1 - 12 of 12 reviews