Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anak Teruna Makcik Rahimah

Rate this book
Pertemuan pertama mereka sungguh ‘indah’, dihiasi dengan corak dan perisa kopi.

Sejak itu, Ain Zahra sentiasa dihantui ‘kopi’ walau ke mana dia pergi. Lebih teruk lagi selang seminggu, pasti dia akan bertemu dengan Encik Kopi.

Dia pening kepala.

SAKEENA mencoret kisah Ain Zahra yang berdepan dengan kebetulan demi kebetulan dalam perjalanannya bertemu dengan Anak Teruna Makcik Rahimah dengan bahasa yang santai dan mengusik hati.

Paperback

First published March 1, 2013

2 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Sakeena

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (17%)
4 stars
41 (32%)
3 stars
47 (36%)
2 stars
14 (10%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
December 23, 2018
Buat pembelian pukal selamat tinggal js n buku ni termasuk dalam box.kalau x memang i tak beli kalau tengok pada cover tu.hehe..mula2 tengok tu ingatkan citer hantu seram.tajuk pun macam main2 gitu.rupanya background kerja di hospital..

Cuba juga dilayan tapi end up belek2 untuk tau perkembangan plot sahaja.lambatnya duk main tarik tali heroin ni.nampak macam tak matured plak.hubungan kekeluargaan yang kuat n xdela langau2 atau watak jahat.cuma berkisar perkembangam cerita Waseem n Ain Zahra ni. Cuma tu la mungkin kurang serasi dengan saya rasa mengantuknyaaaa nak habiskan buku ni
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
May 9, 2013
3.5 *

Garapan dua watak hero dan heroin yang berlainan karektor dan kerjaya. Ain Zahra yang sentiasa sibuk dengan segala perkakasan hospital. Manakala Arm Waseem pula sentiasa kalut di Unit Trauma. Pertemuan pertama yang menjadi konflik antara mereka rupanya ada petanda lain.

En Kopi yang kerek yang layak digelar pakcik di mata Cik Tool Bag. Setiap kali bertemu pasti ada saja isu yang akan dijadikan bahan untuk pergaduhan mereka. En Kopi yang dah taraf pakcik tu pun bukan reti nak beralah dengan budak muda macam Cik Tool Bag tu. Dia pula yang lebih-lebih mengalah perangai budak tak cukup umur. Pelbagai ugutan yang dibuat demi untuk menghapuskan rasa bersalah budak. muda tu yang buat baju putih labuh dia bercorak cantik tu.

Hidup Ain Zahra makin haru selepas ikatan pertunangan yang terikat di Tanah Suci. Dia seperti terpukau untuk terima pinangan Makcik Rahimah. Tertekan juga Ain sebab dia tak tahu pun dia bertunang dengan siapa. Seluruh keluarga seperti berahsia dengan dia.

Perkahwinan yang terikat tanpa rasa itu meninggalkan kesan yang sungguh tertekan pada Ain sebab dia ada sesuatu yang dia rasa takut untuk menerimanya sehingga dia tidak pernah untuk buka hati menerima lelaki yang telah menerima akad kabul ke atas dirinya.

Adakah bahagia akan menunggu mereka di hujung sana? Sesiapa nak tahu sila beli ye buku ni.:P

Komentar KakChik:

Senyummmmmmmm....serius asyik sengih-senyum-gelak jer sepanjang ulit karya ni. Serius rasa happy & enjoy sepanjang bersama En Kopi dan Cik Tool Bag. Segala gelagat, gurau senda dan rajuk manja mereka tu buat KakChik tak sabar nak tahu apa penamatnya.

Penulis telah menggabungkan semua watak dengan begitu santai sekali sehingga kita tak rasa antara mereka ra terpinggir. Olahan plot dan bahasa yang mudah juga salah satu pemangkin karya ni menarik hati KakChik. Tambahan lagi dengan konflik yang minima tanpa meleret-leret.

Kerjaya Ain Zahra ni menarik untuk diketengahkan sebab tak pernah pula KakChik tahu segala perkakasan hospital tu memerlukan seorang jurutera pun. Sebenarnya tak pernah terfikir pun yang segala perkakas penting tu mesti diservis sebegitu rupa. Ingatkan hanya juruteknik biasa je yang handle. ...KakChik nak kena guna pakcik google ni untuk tahu lebih lanjut tentang kerjaya mencabar ni.

Serius suka karektor Dr Waseem yang sungguh sweet dan romantik walaupun rasa macam nak ketuk jer kepala budak Ain yang sengal tak mahu terima suami yang punya la baik tak hengat tu. Tapi KakCik memang tak boleh nak terima la kelakuan budak Ain ni yang boleh pi tampar suami dia tu, walaupun cuma satu part je tetap rasa macam tak boleh terima. Tak suka tau.

Serius tak rugi beli buku ni.

Buat Cik Penulis yang manis, moga cepat sembuh ye sebab KakChik tunggu kisah Pia di blog tu dibukukan pula.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
December 11, 2018
Maka jadilah saya golongan minoriti dalam menilai buku ini. 10 bab pertama tidak disangkalkan menarik walaupun gaya bahasa yang digunakan membuatkan saya tertanya, iya ke si Ain ni golongan profesional. Tak pernah lagi saya jumpa Jurutera yang macam Ain. Ingatkan pelajar praktikum.

Masuk ke pertengahan cerita, saya dah mula bosan. Ada banyak ayat yang dituturkan oleh Ain, berbelit macam diterjemah dari bahasa asing. Ada jenaka yang tak kesampaian. Sikap Ain juga menambahkan rasa bosan. Akhirnya saya selak-selak gitu aje, baca yang mana menarik, sehinggalah cerita tamat.

Boleh tahan tebal juga buku ni. Kalau saya yang edit, mau tinggal separuh aje rasanya. Ya, saya tak punya idea untuk menulis tapi idea mengkritik tu bercambah. Banyak sangat yang nak dikongsi oleh penulis. Tapi penyampaian tu tak berapa menarik.

Semoga editor Jemari Seni boleh tingkatkan lagi usaha.
75 reviews6 followers
May 3, 2013
serius bc buku ni mmg buat aku mcm tak siuman. senyum smpi telinga, ketawa tak henti-henti. mmg sakit perut. boleh release tension!!!

sebenarnya kisah yg ingin dipaparkan olh penulis adalah kisah biasa saja. tak ada yg menarik sangat. pertemuan yg secara tak sengaja- pelanggaran antara ain zahra dan amr waseem menyebabkan adegan-adegan yg 'melucukan' terjadi selepas itu. Dan kejadian ini seakan 'nadi' yg menggerakkan cerita ini seterusnya hinggalah mereka diijabkabulkan.

Ain yg masih tenggelam dlm duka kerana kehilangan tunang dlm kemalangan jalan raya masih lagi mengunci pintu hatinya pada Doktor Waseem untuk menerima dia dalam kehidupannya. Dia terlalu bimbang akan terluka lagi dengan satu lagi 'Kehilangan' hingga sanggup terus berpura dengan perasaannya.

Namun dia 'kehilangan' doktor waseem ketika bertugas dikemboja dalam misi kemanusiaannya. disitulah kasih ain pada suaminya diuji dan benar kata orang, saat mahu menguji sayang, renunglah dimasa dia tiada disisi. tanya pada hati... :)

apapun tahniah pada penulis yg bijak mengolah kata hingga membuatkan saya tertarik untuk membaca hingga ke titik akhir.

Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 12, 2013
Lepas je beli kat POP semalam..terus bukak then dalam masa 12 jam..dapat habiskan baca novel ni..wehoooo..so kalo da dapat habiskan x sampai satu hari..faham2 je la kan..

Okay..kisahnya bermula bila Ain Zahra yang terlanggar seorang Doktor Amr Waseem kat satu hospital tempat dia bekerja..masa tu Doktor tu tgh pegang secawan kopi..so apa lagi..tumpah la kan..dan bermulanya perkenalan diorang...Sejak dari haritu..setiap seminggu mesti diorang ditakdirkan bertemu. Si Ain panggil si Waseem Encik Kopi..n then Waseem panggil Ain Cik Tool Bag..masa ni mereka x tau lagi nama masing2 sampai la satu masa mereka di masukkan dalam satu kumpulan masa camping.

Mereka ni x la mcm anjing dan kucing..cuma nampak diantara mereka x ada keserasian..macam x boleh nak ckp baik2 la..x de la gaduh2 mcm sesetengah watak dalam novel kan.

Lepas tu, abg si Ain ni nak sponsor satu keluarga pergi umrah..(wah..untungnya dpt abg mcm Ain..hehe)..dan...pada masa ni la.....Ain bertemu dengan makcik Rahimah. Ni pun berlaku masa Ain duk tolong Makcik tu yg terjatuh..then ter'Berkenan' la si Makcik Rahimah ni DGN Ain..dan terus dia usulkan nak jadikan Ain menantu dia..lepas tu ter'Bertunang' la Ain kat Makkah tu jugak dgn anak Makcik Rahimah ni yang Ain x kenal pun sapa...

So seperti biasa..x lari dari cerita novel lain..kawin paksa..arrangement married:)..

Yang pastinya korang dpat agak sape la anak teruna Makcik Rahimah ni..dan tentunya ialah..si Encik Kopi tu..hehe

Dalam terpaksa, tanpa rasa cinta Ain pun terima jugak si Waseem sbg suami dia.. dan Ain mmg x dpt terima Waseem sbg suami yg sebenar-benarnya......

Selepas beberapa bulan..Waseem pulak meluahkan perasaan yg dia sukakan Ain..tp Ain still x dpt terima..I like Waseem..sbb dia x memaksa..dan sanggup tunggu Ain..dia cakap Ain memang anugerah dari Allah untuknya..ayat yang paling best Waseem ckp kat Ain>>

"Im good at seducing. Abang bersyukur sebab dapat Ain..Let me in?"
"Masuk mana?"
"Your heart."

Lepas Ain mula belajar menerima Waseem..Waseem pula kena ke Kemboja menjadi sukarelawan kalau x silap..
Masa ni la konflik berlaku.....

"I miss You"
"Me too." Aku cakap dalam sedu-sedan.
"Mesti Ain nampak muka abang je kan sepanjang abang tak ada n?"
Aku angguk.
"See...I've told you. Tu baru seminggu kalau setahun ke sepuluh tahun?"
"Aaaa..tak mau."
"Sayang abang la ni?"
Aku tunduk sambil renung kaki aku sendiri.
"Sayang tak?"
Diam lagi.
"Tak pe, tak sayang abang nak balik Kemboja."
"Sayang!" Tiba-tiba je keluar dari mulut.

Yang pasti cerita ni sangat comel..suka cara Waseem treat Ain.. x pernah nak marah2 la..majuk2 manja je dgn Ain..Hehe..


"A great marriage is not when the 'perfect couple' comes together. It is when an imperfect couple learns to enjoy their differences."

Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
August 17, 2019
Ceritanya okay walaupun sedikit meleret.. Suka je Sha baca.. Paling suka bila penulis gambarkan betapa akrabnya Ain dan keluarganya.. Hubungan adik beradik yang boleh bergurau senda.. Hubungan mertua menantu, besan dan besan yang juga akrab memang bestlah.. orang ketiga pun muncul kejap je.. Tak mengganggu jalan cerita pun.. Cuma bahagian hubungan suami isteri antara Ain dan Waseem tulah agak kurang best pada Sha.. Sikap Ain yang melampau sikitlah pada Sha sebagai seorang isteri tu amat tak sesuai.. Yang lain-lain itu okay je.. Bacaan santai dihujung minggu..
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
October 18, 2022
Agak kurang berkenan sebab lebih banyak scene watak lain. Lepastu benci aku cara layanan Ain dekat Waseem. Boleh tak bila dh jadik bini jangan nak rude sangat dekat husband even ko tak suka pun laki ko tu. Annoying.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
June 9, 2013
3.5*

Ain Zahra (Ain) dan Arm Waseem (Waseem) bertemu bila Ain terlanggar Waseem yang baru lepas membeli kopi di vending machine. Habis bertompok baju Waseem dengan kopi. Ain fikir dengan meminta maaf, segalanya selesai di situ. Rupanya tidak. Waseem yang digelar Encik Kopi oleh Ain ni bagaikan mengekori Ain ke mana sahaja sampai ahli keluarga Ain syak yang Ain sudah angau dengan Encik Kopi ni. Lebih-lebih lagi bila Ain tertangkap dengan Alongnya bila dia 'terpaksa' mencuci kemeja dan kot Waseem yang bertompok dengan kopi.

Hubungan mereka berdua memang tak pernah aman. Ada saja yang akan diperdebatkan walaupun isu kecil. Masing-masing dah dewasa tapi masih keanak-anakan. Haish. Cik Toolbag dan Encik Kopi. Memang padan sangatlah tu.

Hidup Ain semakin tertekan bila dia terikat dengan ikatan pertunangan di tanah suci. Paling tak disangka, rupanya Encik Tunangnya adalah Waseem! Haish. Memang bencana bagi Ain. Waseem masih dengan sikap 'kerek'nya yang tak surut dan Ain pula dengan kedegilannya. Macam manalah nak duduk serumah ni? Hehe.

Tapi segalanya berubah bila mereka berkahwin. Waseem tiba-tiba jadi seorang sangat manis. Hehe. Buat kita rasa nak tersenyum je setiap kali datang angin nakal dia mengusik Ain. Cuma Ain sajalah yang susah nak menerima Waseem sebagai suaminya. Rupanya masih dihantui kenangan silamnya. Ain takut untuk menerima Waseem kerana bimbang akan kehilangan sekiranya dia mula menyayangi Waseem. Haila, Ain..Ain..

Komen saya: Berjaya juga saya habiskan pembacaan walaupun ramai kawan-kawan yang beri maklumbalas negatif untuk kisah ini. Tapi
saya tetap nak baca sebab saya dah pernah mengikuti hampir 90% kisah Ain dan Waseem ni di blog penulis dulu. Bagi saya, kisahnya santai dengan konflik minima (yang memang selera saya) walaupun towards the end saya rasa macam ada sedikit persamaan dengan aA + bB. Tapi itu mungkin perasaan saya je agaknya. :) Apa pun, tahniah buat penulis untuk garapan pertama yang manis ni. Moga cepat sembuh untuk terus berkarya. :)
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
April 17, 2013
Novel ini memang okey. Cuma yang membuatkan saya rasa kurang senang sikit ialah, bila ada unsur unsur cara gaya dari novel Hlovate. Sehinggakan, berkerut dahi bila ada situasi yang seakan akan sama dengan novel Hlovate sebelum ini. Ehem, ke saya je yang 'rasa' macam tu?

Bukti? Ehem maaf tak dapat kepilkan bersama. Novel Hlovate di rumah.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 24, 2018
akak sebenar ada konflik dalaman sedikit sepanjang pembacaan novel ni. bergaduh-gaduh kat dalam otak ha. hehe... half of my mind sangat suka dengan isi kandungan novel ini but another half asyik deny banyak benda. camno nih?

akui banyak topik best yang disampaikan. sangat. but main idea dah semacam meleret sangat. ain, asyik digambarkan banyak kali geli dengan waseem. your husband beb, sangat tak sopan geli dengan suami sendiri. orang tu bukan buat apa pun, just being romantic. lepas suami pi misi keamanan baru nak kata cinta? oklah, nama pun novel, kan. tapi jangan lupa, novel mampu beri impak pada pembaca.

nak tolak jodoh jauh, memang manusia takkan mampu. terima dan sesuaikan dengan diri selagi tidak memudaratkan. kasih sayang kalau utamanya Yang Maha Pencipta, InsyaAllah takkan ada masalah untuk selainnya. dalam diri, pupuk untuk minimakan rasa benci, jauhkan rasa suka menghukum manusia. aman kan hidup nanti?
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
May 10, 2013
alhamdulillah... berjaya menghabiskan dlm masa 1 hari...
tamat buku at 3.00am...
sangat suka dgn buku nie.. ATMR...
en.kopi & cik tool bag... sweet... gaduh2 manja.. hahahah..
setiap manusia diciptakan berpasang2an... sama ada cepat atau lambat pasangan kita pasti muncul bila tiba waktunya... dan bila waktu itu tiba kita sendiri tak tahu adakah dia pasangan kita... begitu juga dgn en.kopi & cik tool bag... pertemuan yg tidak disangka2... insiden yg tidak terduga.. bermula dgn perlanggaran yg berkaitan dgn KOPI...
tapi kalau dah jodoh tak kemana... begitulah mereka...
gaduh2 manja... sukar menerima pasangan adalah lumrah dlm kehidupan... realiti kehidupan... bila ada depan mata tak dihiraukan... bila dah kehilangan baru nak menghargai... itulah yg terjadi pada cik tool bag... kehilangan en.kopi menyedarkannya bahawa en.kopi adalah cinta hati...
sambil baca buku nie dengar lagu firman kehilangan... mmg kena la... hehehhehe....
tapi jodoh mereka mmg kuat.. en.kopi kembali untuk menunaikan janji pada insan yg ditinggalkan...

tahniah untuk sakeena... kerana berjaya menghasilkan sebuah cerita yg santai dan banyak pengajaran... gud luck to your next novel...

untuk kawan2 semua yg belum baca buku nie.. sila la baca... sangat seronok membaca buku nie...

selamat membaca..
membaca dgn hati.. menilai dgn akal...
Profile Image for Hidayah Arifin.
23 reviews1 follower
March 6, 2014
ok la untuk bacaan ringan dan santai, ada mesej yang nak disampaikan dan ada diselitkan pengisian kerohanian yang mudah untuk difahami. Cuma yang saya kurang senang-penggunaan bahasa yang agak kasar seperti bang*ng dan perlakuan yang agak kasar bagi seorang isteri terhadap suami, serta ada plot yang tak berapa logik seperti pemergian Ain ke Kemboja bersama Pejan dan tindakan Ain semasa Waseem pulang dari Kemboja. Terlalu banyak adegan intim suami isteri, tidak sesuai untuk bacaan remaja yang masih bersekolah.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
May 28, 2013
Love it
Enjoy it
Share it with my fb friends
Now share it with my GR friends.

One thing for sure, I LOVE DOCTOR AMR WASEEM.

*melting amat weh!*

Kalau dah tertulis nama insan tersebut di lohmafuz,pasti si dia yang akan menjadi pasangan kita. Cuma yang membezakannya samada cepat atau lambat sahaja.
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
December 24, 2022
Lepas baca kepala pusing sebab terlebih sukatan gula 🤭
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Oda.
14 reviews3 followers
April 7, 2013
Mula-mula tu rasa macam malas nak menulis review tapi bila tengok tak ada orang yang review lagi gatal tangan nak menulis review, huhu. Buku ni agak menarik, saya habiskan dalam masa sehari je, haha (nampak sangat tak ada keje lain). Kisah Ain dan Waseem yang sangat comel.

Kisah kahwin sebab terpaksa, memang biasa kita dengar dan macam trend novel kita sekarang pulak. Tapi Sakeena lebih focus kepada percintaan selepas kahwin tu. Cerita ni keseluruhannya memang menarik, kalau tak saya tak habiskan dalam sehari tapi ada beberapa perkara yang tak berapa saya gemar. Salah satunya dengan Ain tu, lamanya nak bukak hati untuk Waseem, penat kami pembaca ni tunggu.

Lagi satu, terlampau banyak sangat bahagian-bahagian romantik dan angau terlebih dalam novel ni. Saya akui saya biasanya suka dengan perkara-perkara comel dan romantik dalam novel tapi bila dah terlampau banyak sangat rasa macam melampau la pulak. Tapi nak buat macam mana those sweets scene memang required dalam novel ni, ye la nak cairkan si Ain tu. Overall cerita yang menarik, tak rugi baca walaupun jalan cerita dia klise.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
June 14, 2013
a simple book filled with simple words yet humorous n entertaining… no antagonist character.
Its a story of Ain's struggle to learn to let go of the past n try to love again. Waseem, a guy who loves her n patiently wait for her to realize that she does indeed love him.
I like the bond between siblings in this story and also like the kemboja mission as it is a subtle touch as a tiny bit of reminder to us that dalam happy2 kita, masih ada yg menderita...
All in all... I'm ok with this book…
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 1, 2016
santai saja kisahnya, tiada konflik yang berat2.

permulaan cerita memang teruja membacanya, adakala tertawa lucu dengan gelagat ain.

tapi, momentum itu seakan2 hilang selepas ain berkahwin, n makin serabut dengan keegoaan ain yang kadang kala tak bertempat.

apapun, still enjoy reading!
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
May 29, 2013
yang sebenarnya tak habis bacapun tapi tak tahu mengapa saya tak boleh nak habiskan buku ini.
154 reviews2 followers
July 2, 2018
Okay je cerita ni, lulus jugak laa, cerita simple bole baca laju2 - i.e tak banyak part yang membuatkan pembaca (aku) jadi "huh? apakebendenye nih!" (although more often than not those remarks were made using more colorful language) etc.

Well, maybe cara penulis menerangkan dan menyelesaikan konflik heroin agak cuai, pasal (yea, nitpicking time...):

* Hero tak tau cerita sepenuhnya tentang kegagalan pertunangan heroin sebelumnya? C'mon, Along tu bff kut, pastu Ayuni (bff heroin yang diabaikan terus lepas masing2 kawin...) pun agak mesra ngan hero, takkan berbulan2 selepas akad dan selepas masing2 mengaku kat bff masing2 yang hubungan diaorang hambar takde sesuatu yang dilakukan nak tolong selamatkan hubungan kawan rapat dan adik diaorang?

* Heroin yang punya mak-bapak dan adik-beradik 'prihatin' dibiar bertahun2 melayan rasa (sedih? bersalah?) & dalam tempoh bertunang kenapa hero takde ambik inisiatif nak rapatkan hubungan, build up trust & friendship - takde laa jadi drama melalut2 lepas kawin

* Hero dikatakan lemas dalam tasik dibawak arus? 2 masalah - a) budak yang diselamatkan tak kena tarik arus, buleh berenang suka-suki b) dalam tasik takde arus, biasanya orang tak hanyut, so...

Apapun aku suka cara penulis bercerita - tak minat hlovate, pernah baca Anthem aje (tak best pun, IMHO) jadi takde opinion samada Sakeena copypasta penulis 'hebat' tu - walaupun ada part2 terpaksa brek kejap nak pastikan sapa-yang-kata-apa, heh. Kenapa dah tak publish cerita lain?
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
March 18, 2023
Jalan cerita ok. Tak banyak konflik sangat.

Saya suka sangat watak Waseem ni, baik, kelakar, pandai ambik hati semua orang. Ain pulak, dia sangat tegas, cuma waktu awal2 diorang baru kahwin tu macam geram jugak dengan Ain ni kenapa beku sangat taknak terima Waseem padahal orang tu memang baik sangat2 dah. Lepas tahu kisah, baru faham kenapa Ain macam tu.

Watak2 sampingan pun sangatlah membantu plot2 berjalan. Semua lah. Tak tahu nak benci siapa sebab rasanya semua baik.

Waseem ni kelakar please. Penat la berdekah dekat ayat2 yang keluar dari mulut dia lol.
102 reviews
September 11, 2019
Bagi admin, novel ini jalan ceritanya tidaklah terlalu padat. Sangat ringkas tapi kadang-kadang admin tersenyum jugaklah bila baca. Sebab ada lucunya. Novel ini agak tebal tapi admin tidak mengambik masa terlalu lama utk menghabiskannya sebab ia membuat admin terus dan terus membacanya. So, admin suggest you all try la baca novel ni & you all boleh dapatkan novel ini di https://www.e-sentral.com/ :))
Profile Image for Shida Saad.
12 reviews
November 20, 2018
Kisah lama membuatkan Ain lebih suka menjarakkan diri dari suaminya. tapi si suami pulak manja habis.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
July 20, 2013
Pada suatu hari Ain Zahra tertumpah kopi pada baju Doktor Amr Waseem. Sejak dari itu mereka sering saja ketemu dan bertegang urat. Ain semakin tidak selesa bila dapat tahu Waseem rakan sekolah Alongnya. Ain tidak sangka pula akan ditunangkan dengan Waseem semasa dia melakukan umrah. Mereka reda akan ketentuannya. Lalu mereka mendirikan rumah tangga. Namun hati Ain belum dapat menerima Waseem kerana dia takut peristiwa lama berulang lagi. Suatu ketika dia hampir kehilangan Waseem, barulah Ain perasaan akan rasa sayang itu wujud. Yang indahnya Waseem tidak pernah mendesak atau rasa penat untuk menunggu hati Ain terbuka untuknya kerana dia benar-benar percaya akan janji Allah. Semenjak itu, mereka berusaha untuk membina sebuah keluarga yang berlandaskan iman dan takwa.
Terima kasih untuk cerita yang indah ini. Ia menjadi suatu pengajaran untuk semua.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
May 4, 2016
Ain Zahra & Waseem

Ain: Waseem tu, mungkin ada kebaikan yang tersirat, hadir dia dalam hidup aku, mungkin ada hikmah tersembunyi..

Waseem: "Ain.. Hawa abang."

"Tak ada satu benda pon kat dunia ni yang kebetulan, Ain. It's fate, and everything happens for a reason."

"Kadang-kadang Allah berikan hujan, tapi selepas hujan Allah beri kita pelangi, yang mana dua-dua ada rahmat tersendiri, dan kita hamba-Nya, kena bersyukur."

Ada terselit kisah puasa ngan raya.. =))
Profile Image for Az3an.
172 reviews4 followers
October 31, 2013
Permulaan cerita yang agak menarik tapi di pertengahan cerita agak tipikal dan penulis sangat terpengaruh dengan novel Hlovate. Even penggunaan perkataan 'tarapapa' (everyone knows tu 'trade mark' Hlovate) pun digunapakai dalam novel ni. Bagi saya novel ni not so pure & idea banyak dicilok dari novel2 lain except for bidang kerja pada watak utama si jurutera wanita.
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
September 2, 2013
the first place aku beli novel ni sebab akak kat gerai jemari seni dok promote beria. well, tahap empati aku ni tinggi so ak pon beli. kalau ikotkan hati rasa cerita ni bukan taste aku pon.. cerita cinta biasa. gaduh-kawen-cinta. tapi not bad la. bagi tiga bintang!
Profile Image for Emma.
20 reviews
May 15, 2013
Membaca buku yg super sweet ni mcm membaca tulisan hlovate, ye la kisah dr n engineer... Mungkinkah sakeena itu hlovate? Ini hanya andaian saya... Best kan klu ada lelaki seperti waseem dan bukan suma arrange marriage tu xbest.... Anyway biku yg sgt beat tuk dibaca
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 28, 2014
Beli krn dpt feedback yg bagus dr pembaca2 novel dan YA…citer ni bagus dan menarik!!!
Citer santai yg bermesej!!! Ada pengisian yg dikongsikan! Itu buat citer ni menarik dgn sendirinya!!!
ATMR mmg harus dimiliki dan membacanya tdk merugikan malah ada Ilmu yg didapat didlmnya!!!
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
January 1, 2016
the 1st book I finished for the start of 2016. cerita sweet Ain & Wassem. Coffee & Tool Bag. kisah genre yg organisasi panggil chic novel but I like cuma Ain realisation tu macam slow rabak. tapi it's fine reading a fun book to sum the year. nice one, Sakeena
Displaying 1 - 30 of 40 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.