CINTA NUR NAQIAH... Seorang gadis biasa, periang dan tandus akan kasih sayang keluarga. Hanya pada teman-teman, Izue dan Alan menjadi tempat dia meluahkan rasa. Teman yang turut sama berkongsi minat yang sama iaitu, muzik. Hinggalah pada satu hari seperti mana yang telah takdir tetapkan, matanya dan mata Ariq bertemu.
MUHAMAD NASHRIQ... Seorang lelaki matang dan kacak bergaya, pegun saat pertama kali melihatkan seorang gadis cantik memetik gitar dengan lantunan suara nan merdu. Melihatkan gaya bersahaja, dia memilih Naqiah untuk menyiasat siapakah ‘Lof’ yang diminatinya tanpa dia sedar, minat dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.
“Sementara Naqi tak buat apa. Kerja sikit dengan abang sebab abang yakin, Naqi ada skill mengorat kaum sendiri...” ~ Muhamad Nashriq
“I’m not a lesbian!” ~ Cinta Nur Naqiah
Hingga akhirnya, Naqi nekad berdikari bila keluarga sendiri tidak memerlukannya lagi. Dalam melakukan kerja Ariq, hatinya belot bila sudah pandai mencintai lelaki itu. Dia tidak meminta tapi tak mampu dia larang hingga akhirnya, Ariq sedari, bukan Lof yang dia cinta tapi Naqi. Tak sanggup melukakan banyak hati yang disayangi lantas Naqi nekad berlalu pergi.
“I will hide and you can keep on tracking me but please… do not hope…” ~ Cinta Nur Naqiah
“…satu hari, tidur malam Ariq serta jaga siang Ariq hanya ditemani dia. Anak-anak Ariq hanya akan lahir dari perut dia dan anak-anak dia hanya akan dibinti dan binkan Muhamad Nashriq...” ~ Muhamad Nashriq
Cinta...biar saja ada, kisah hati antara Cinta Nur Naqiah dan Muhamad Nashriq dalam mencari erti cinta di sebalik kasih dan reda orang tua untuk mereka harungi perjalanan mencari rahmat Tuhan. Pada Naqi, cinta bukanlah segalanya namun kasih ibulah yang terutama dan pada Ariq pula Naqi adalah lagu pelengkap melodinya. Adakah hati mereka bakal bersatu dalam mencantumkan lirik dan lagu? Mungkinkah melodi hidup Ariq indah bila dilengkapi dengan lagu Naqi atau pun kisah mereka menjadi sebuah kisah yang perit dengan melodi yang sumbang dan lirik yang pincang?
sebak giler baca cerita ni..cerita tentang anak yang diabaikan oleh ibunya sendiri..lepas tu lebihkan kakak daripada adiknya..
Cinta Nur Naqiah (Naqi) yang sudah biasa hidup berdikari dari kecil..x seperti kakaknya yang sentiasa diamanjakan keluarga terutamanya ibunya... Naqi sampai terfikir dia ni adalah anak angkat tp check kat sijil lahir memang dia anak kandung..dia pelik kenapa ibunya x suka kat dia..sampai suka membandingkan dia dgn kakaknya..
sampai satu masa dia ingin hidup berdikari dan keluar dari rumah..dan ibunya tidak menghalang..lagi menghalau adalah..sedih sgt rasa..
dia bekerja dgn Ariq. Ariq upah dia utk mencari orang yang disukai bernama Lof..dalam mereka berurusan macam ada bunga2 cinta yang hadir..tp Naqi elakkan rasa cinta itu sbb Ariq menyukai Lof. Tapi dalam tidak sedar, sebenarnya Ariq mula tertarik dgn Naqi..Naqi makin kecewa bila dapat tahu Lof itu sebenarnya kakaknya Cinta Nur Nadia.. Naqi merasakan Kak Diah amat bertuah bila ada lelaki seperti Ariq mencintainya.
Tapi, sebenrnya Ariq memang dah sedar akan cintanya terhadap Naqi. Bila Ariq melafazkan..Naqi mengelak..dia x nak mengecewakan anak kesayangan ibunya..dia merasakan jika dia terima Ariq, ibunya akan makin membenci..
Jadi Naqi nekad menjauhkan diri bila dia disalahkan...sanggup bekerja di kilang surat khabar untuk menampung hidup...tapi nasib baik Ariq ni bijak..memang rancangan brilliant utk memerangkap Naqi berkahwin dgn dia..dan rahsia kenapa ibunya membenci terbongkar selepas itu..memang x sangka la sebab alasan tersebut buat seorang ibu membenci anak sendiri..memang x patut..
tapi apa2 pun..cerita ni memang bestttt...x rugi buat simpanan..
Perasaan ketika membaca novel ni sama ketika membaca Tiba-tiba Dia Ada. Entah... Feeling tu tak sampai. Salah satu faktor utama ialah penggunaan POV 1.
Sedih bila Naqi betul-betul terasa dengan sikap keluarganya. Sikap pilih kasih dimana kakak dilebihkan dalam semua segi. Sehinggakan terpaksa mengorbankan orang yang Naqi sayang demi meraih kasih sayang ibunya.
Ingin hidup berdikari kerana berasa tidak diperlukan dalam rumah sendiri. Ada part memang aku skip, mostly aku baca lompat-lompat je sebab nak cepat habis. Ada part yang sangat meleret-leret. Part bila Ariq mengaku perasaan cintanya pada Naqi, bukan pada Nadiah. Dan betapa degilnya Naqi tak mahu menerima lamaran cinta Ariq.
Selepas beberapa bulan di mana Naqi masih dengan prasangka bahawa Ariq yang akan berkahwin dengan Nadiah. Selepas dimarahi ayahnya baru lah rasa nak balik rumah sendiri.
Aku kurang gemar bila dalam dialog menggunakan ayat-ayat penuh dengan bunga-bunga sastera. Boleh buat lirik lagu. Hehe... Aku suka storyline cuma itu je lah beberapa part yang kurang digemari.
cinta dalam hati, meluap rasa sepanjang pembacaan karya dari puan penulis tersohor Rehan.Makhtar ini. permainan emosi dari puan penulis ini tak pernah mengecewakan.
cinta nur naqiah. anak yang sentiasa terpalit salah. tak pernah ada yang betul pada pandangan mata ibu dan ayahnya. entah kenapa. tapi naqi tak peduli. dia tetap hormat walau dalam hatinya sangat parah terluka. sering dibandingkan dengan diah pun sangat merabak hatinya.
kesukaannya dengan muzik dan kelebihannya bersama gitar menemukannya dengan ariq. ariq yang mahu gunakan kelebihan naqi dalam memikat untuk memikat hati gadis pujaannya. naqi menerima tawaran kerja dari ariq itu.
tapi entah kenapa, hatinya turut sama bekerja. ariq juga, tak pernah culas beri perhatian yang sangat berlebihan buat naqi. pendek kisah, cinta... ada antara mereka.
dan, itulah juga pencetus segala bencana buat cinta nur naqiah. dia dianggap toksik oleh ibu sendiri.
huh... memang tarik nafas panjang bila baca penderaan jiwa yang naqi perlu hadap. sebak, sedih, adakala rasa nak marah pada seorang ibu yang tak peduli dengan anak. dan tambah bila tahu penyebab kenapa naqi dibenci oleh ibu sendiri...
ariq juga. perasaan cinta dia sangat kuat. sangat hingga naqi lebih rela lari dari terpaksa hadap kebencian keluarga dek kerana cinta ariq.
payah hendak dikata bila hati menjadi diktator. segala perasaan yang beraja, itulah yang menguasai diri. adakala mampu menjadi sangat kejam walaupun pada insan yang sepatutnya disayang.
cinta... biar saja ada. usah pernah cuba dihalau. cuma perlu belajar mengawal.
[Buku 27 | 2022] Personal rating, 5/5🌟 Tarik nafas, hembus. Curi masa rehat kejap nak review sbb taknak hilang feel review hahahahaha. Malam semalam, habis baca terus tidur dengan mata bengkak. Hari ini datang kerja dengan mata sembab. HAHAHA
Speechless dengan setiap air mata yang mengalir untuk cerita ni. Nukilan RM kali ni lebih padat ceritanya which is good sebab saya boleh fokus.
Ya Allah, semua perasaan timbul bila baca kisah Ariq dan Naqi ni 😭😭 saya hanya mampu guna emoji untuk wakilkan emosi saya sepanjang pembacaan.
Masa awal2, 😳😨😑🙄😡🤬 Dekat tengah, 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 Dekat peleraian 😭😭🤧🥺☹️🦋🤍🦋🤍🦋😭😭 Dekat ending 😭😭😭😭 (menangis terharu) 🤍🤍🦋🌟🌟🌟
Tak dapat bayang berada di tempat Naqi sehingga dianggap ‘begitu’ oleh ibu kandung sendiri. Saya tak nafi memang masih wujud kepercayaan syirik macam tu dalam kalangan umat islam sekarang.
Dan Naqi.. you’re such a strong girl.
Kemudian hadirnya Nashriq.. this man 😭😭🦋🦋 thank you Ariq sebab hadir dalam hidup Naqi. Ya Allah sweet gila, sanggup berkorban apa je untuk Naqi. Aaaaa!!
Tak dapat Firman Ebrahim, dapat Muhammad Nashriq pun okay. 😭😭
Teringin sangat nak special chapter untuk cerita ni HAHAHA nak tengok lagi scene bergula Ariq dan Naqi.
Apa pun, tak tahulah kenapa saya menangis teruk baca cerita ni. Mungkin orang lain rasa biasa je hahaha tp buku ni dah masuk antara antara my fav list 🤍🤍
Berbaloi beli preloved dengan harga dua kali ganda dari harga asal sebab rasa berbaloi sangat sangat.
Ada part rasa slow sikit.. tapi bila masuk part naqi lepaskan apa yang terpendam sekian lama mmg buat😭😭😭😭tak tertahan-tahan sampai terpaksa stop dulu sekejap sebelum teruskan pembacaan. Sedih bila tidak dipedulikan oleh keluarga sendiri.
Mungkin dah lama tak baca buku RM 😭 tu yang bila start baca balik kali ni sedih dia macam zu kena dera je tau.
Zu nangis ke baca ni? Ya. Sejujurnya ya. Bila conflict pasal family ni zu memang senang sangat tersentuh hati. Kuatnya seorang Naqi ni 😞 Tak sangka seorang yang pendiam, sopan, matang sebenarnya bebanan yang dia tanggung tu tak pernah dek sangka orang.
Pada awalnya Ariq yang dianggap cahaya sinar yang hadir dalam diri Naqi, tapi mampu ke cahaya itu terus bersinar jikalau ianya milik orang lain? Yang lebih bagus dan lebih sesuai bersama Ariq?
ada ketika terasa sebak menghentam dada bila terbaca bab yang ada kena mengena dengan diri sindiri. memang pedih bila disisihkan keluarga. cinta nur naqiah atau naqi seorang gadis yang begitu kuat semangat bila mengambil keputusan untuk hidup sendiri walaupun kedua ibu bapanya orang berada. kerana minatnya dengan muzik menemukannya dengan nashriq atau ariq yang seterusnya memberikannya tugasan untuk memikat hati seorang gadis. dalam pada menjalankan tugasnya secara tak sedar naqi sebenarnya jatuh hati pada ariq yang begitu mengambil berat tentang dirinya dengan alasan kebajikan majikan kepada pekerja. setelah dapat tahu gadis yang disiasat untuk ariq adalah sebenarnya kakaknya sendiri iaitu cinta nur nadiah, naqi sedih. ariq dalam pada masa yang sama mendapati yang dirinya sebenar lebih tertarik sehingga jatuh hati pada naqi. akhirnya... biasalah.. naqi yang pada mula beranggapan kakaknya nadiah yang akan disatukan dengan ariq rupanya berkahwin dengan alan iaitu sahabat baiknya dan dia yang terpaksa pulang ke rumah ibu bapanya rupanya bertemu jodoh juga dengan ariq, jejaki yang amat dicinta dalam diam..
hehe... happily ever after. tapi adakalanya itupun yang kita perlukan dalam pembacaan, sesuatu yang dapat menenangkan jiwa dan tersenyum pada akhirnya..
Kesian gila kat Naqi sebab dari kecil dia tersisih dari ibu sendiri. Kurang kasih syg dan sering dibeza-bezakan dgn Kak Diah. Bila baca letakkan diri anda dlm diri Naqi confirm kesian kat diri sendiri yang ketandusan kasih sayang. Haha! Naqi seorg wanita yg sgt2 tabah dan penyabar. Mahu mengorbankan berbagai2 utk kebahagiaan org lain sedangkan hati sendiri menderita. Terlalu fikirkan perasaan org lain. Dia terlalu naif.
Ariq seorg lelaki yg cukup setia. Bodoh sebab terlambat sedar yg dia sebenarnya cintakan Naqi. Seorg lelaki yg tutur katanya manis sekali. Tidak pernah Ariq berputus asa dlm mengejar cinta Naqi.
To Rehan Makhtar tahniah. Novel ni mampu membuka mata saya bahawa org yg hidup senang tak semestinya kaya dgn kasih sayang. :D :D :D Keep it up
Perasaan bila baca novel ni, sebak. Sesungguhnya, Naqi seorang anak gadis yang tabah, kuat dan cekal. Yang mendahulukan kasih ibunya berbanding cinta lelaki lain. Dan puncak cerita bila Ariq meluahkan rasa cinta dia pada Naqi di dalam kedua orang tua mereka. Phew! Berlinang air mata ni hah.
Tahniah, Rehan. Awak penulis yang menulis dengan hati dan semua cerita awak realistik. Mesej yang awak selitkan, selalu tepat kena ke hati saya.
Teruskan berkarya sebab saya akan terus membaca semua tulisan awak. :)
Sedih gila dengan layanan mak Naqi terhadap Naqi tapi ada sebabnya. Tapi Naqi sangat optimis hadapi segalanya. Dia sanggup berkorban untuk bahagia seorang ibu.
Ariq pulak sweet dengan cara sendiri pada saya. Lembut layan Naqi. Bila Naqi sambung belajat ke luar negara tu best.
Naqiah, luaran ceria tapi siapa tahu apa didalam. Di mata ibu & ayahnya tak pernah betul. Sering dibandingkan dengan kakaknya, Nadiah. Apa tindakan Naqi? Masih sayang & hormat kepada orang tuanya.
Muzik lah yang menjadi sumber ketenangan Naqi. Dan muzik jugalah yang menemukan mereka. Love at the first sight untuk Naqi. Tapi Ariq hadir hanya untuk gadis lain & Naqi hanya menjadi orang tengah. Sanggup berkorban demi yang tersayang, Naqi bantu. Tapi, Ariq pula gagalkan.
Berjayakah Naqi tolak jual beli cinta Ariq? Lagi ditolak lagi kuat ditarik Ariq. Dapatkah Naqi kasih sayang dari keluarganya? Siapa gadis pilihan Ariq? ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Hembus nafas jap😮💨 Sedih geram happy all. Bila tau reason ibu dia tu! BERANGIN! How dia boleh fikir gitu?! Kesian kat Naqi. Still senyum walaupon kehadiran dia tak dipandang keluarga. Aduh meh peluk Naqi 😩
Ariq! GERAM TAU! Tau tak comel? Dia punya fall harder kat Naqi tu NAK ADA KAT TEMPAT NAQI 🙈 Sabar menunggu. Sekali dah dapat WAH. Dia bagi warning terus. Malu tau baca HAHAHAH.
Heart attack kuasa ben 10! It's pain sebab related with family. Tapi depends on orang, macam Ad nangis sikit. But enjoyable. Baca jangan tachodt. Tachodt dengan Ariq takpe eh. happy reading! 🧸
4.5 stars! Sedih.. cerita pasal Cinta Nur Naqiah yang tak dapat langsung kasih sayang keluarga dia, selalu disisihkan, disalahkan, dimarah, lagi-lagi mama dia. Lepas tu muncul Ariq, yang buat kerja gila. Memang rasa gila. Klau ya pun nak dekati Naqi ni, agak-agak lar pilih cara tu. Yang part tu rasa macam tak faham sekejap, tak da cara lain ka?? Apa benda lar Ariq ni. Tapi okay lar, dia ja yang sayang Naqi seadanya.
Awal cerita sangatlah menyesakkan dada..kisah Naqi yang disisihkan oleh keluarga sendiri..cinta yang ikhlas dan suci datang tanpa dirancang antara Naqi dan Ariq..walaupn pelbagai halangan its a happy ending for everyone!!..tak dpt bayangkn mcm mn gambar yg Ariq abadikan saat pertemuan pertama mereka...so sweetttttt...
Cinta boleh buat org gila dan novel yang tak tebal ni mampu buat aku appreciate diri aku dan hubungan aku dan suami ku. Ariq & Naqi buat aku travel to a beautiful jpurney in life. This is another novel of Rehan Makhtar yg aku kena simpan dalam koleksi. sekali lagi aku terpukau dgn penulisan indahnya. Beautiful...