Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Real Stingarden

Rate this book
Ini kisah sebuah kampung setinggan di pinggir kota metropolitan yang telah lama dirongrong arus pembangunan. Warga tuanya mungkin sudah lama renta atau sudah lama mati, tetapi kisah-kisah mereka sering menjadi kenang-kenangan di jiwa; seterusnya tertumpah di meja tulis menjadi sebuah buku best yang diberi judul The Real Stingarden.

Ironinya, warga kampung setinggan berbau hamis ini adalah mereka yang memberikan sebahagian bau harum (seperti bau pasangan bercinta yang mahu keluar bertemu janji buat kali pertama) kepada Kuala Lumpur. Tanpa mereka, kita ini entah siapa-siapa, dan kota ini entah apa-apa.

Sekerat cerita daripada buku ini adalah sebuah memoir penulis dari 1978 sehingga ke 1984; sekerat lagi adalah cerita yang ditokok tambah supaya sedap dibaca.

STINGARDEN pernah terbit pada 2009. Dan THE REAL STINGARDEN pula lahir pada 2023 dengan cerita yang baharu dan dengan nafas yang lebih segar-bugar.

92 pages, Paperback

Published January 1, 2023

4 people want to read

About the author

Sinaganaga

17 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (16%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
3 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
June 6, 2023
Stingarden. Setinggan. Di'mulia'kan dengan perkataan garden, yakni taman. Maka jadilah stingarden.

Perkataan ini sangat popular satu ketika dahulu. Dan saya pernah ke beberapa kawasan setinggan di Kuala Lumpur sewaktu kecil. Lorong-lorong sempit, rumah yang terbina caca-marba, pili paip di tengah padang berselirat dengan getah paip; dan kenangan iti menjadi penyebab saya akhirnya mengambil buku ini dari meja penulis Sinaganaga.

Saya mempunyai perasaan yang bercampur aduk dengan penulisan beliau. Ayatnya banyak yang cantik. Terselit juga beberapa perkataan yang jarang/tak pernah didengar. Tersusun cerita dan mudah faham.

Kisah nya tentang perkampungan setinggan di Segambut. Manusia-manusia yang wujud dan ragam penduduk, serta suasana kampung menjadi intipati buku ini. Semuanya ditulis dari pandangan seorang aku, yakni penulis sendiri.

Seperti catatan pada blurb buku, isinya adalah benar dan bercampur sedikit rekaan.

Tak banyak cerita yang ada dalam buku setebal 92 muka surat ini. Tahu-tahu, sudah ke helaian terakhir. Saya fikir, bahagian memperkalkan watak-watak yang terlalu ramai, menjadikan sebahagian isi buku ini menjadi tak bermakna.

Kalau mahi tahu bagaimana Kuala Lumpur pada tahun-tahun lewat 70-an dan awal 80-an, bacalah buku ini..

#sharulmembaca
#malaysiamembaca
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
September 25, 2025
Suatu bacaan ringan, tetapi juga rakaman yang perlu terhadap petempatan di ibu kota yang kini sudah hampir tiada.
Profile Image for Kemat.
9 reviews
July 5, 2023
Fakta tetapi kelakar. Ini baru buku 'healing'.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
August 8, 2023
Sudah baca sehingga ke halaman 40, baru bertemu SATU dan baru perasan prolog bukan main panjang. Prolog bercerita latar belakang Stingarden (kemudian dikenali sebagai Segambut) yang lengkap dari aspek geografinya, bentuk rupa ruangnya, orang-orangnya, budaya dan cerita-cerita rutinnya berlatarkan tahun 70-8o-an.

Kemudian bermula pada halaman 41, kisah penulis dengan keluarganya yang tidaklah begitu lengkap tapi agak details terutama bab mendirikan rumah haram, menggali perigi, buat jamban, beli TV dan situasi didatangi DBKL.

Banyak juga situasi yang jika dibaca dari konteks zaman kini, macam tak logik tapi itulah yang berlaku pada zaman itu.

Ikut kepuasan membaca sebenarnya sudah sirna dek panjangnya prolog. :p

Tapi begitulah memori disimpan.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.