Jump to ratings and reviews
Rate this book

Diari Seorang Diplomat: Hikmah yang Tersirat

Rate this book
Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di perantauan khasnya di negara yang telah diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Nyawa bagaikan sudah tiada nilai. Pun demikian, apabila bergelar pewgawai diplomat, semua itu perlu dihadapi. Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. Diari Seorang Diplomat : HIKMAH YANG TERSIRAT . Menyentuh hati, menjentik emosi... menginsafkan.

193 pages, Mass Market Paperback

First published January 1, 2013

3 people are currently reading
69 people want to read

About the author

Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (40%)
4 stars
31 (46%)
3 stars
8 (11%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
March 16, 2013
Alhamdulillah...itu yang terucap selepas membaca naskhah ini. Karya dari blog arwah penulis, http://nafastari.blogspot.com yang diusaha untuk dibukukan oleh isteri arwah, Mawarnafastari. Sebenarnya KakChik terjumpa blog arwah melalui blogwalking awal tahun 2012. Buka aje blog Nafastari terus terbaca bahawasa penulis blog tersebut sudah meninggal tanggal 1 Mac 2011. Secara automatik KakChik jadi curious nak tahu sebab kematian. Jadi terus KakChik ke blog Mawar.

Sesungguhnya mati itu pasti.

Melalui penulisan arwah yang melakar pengalamannya sepanjang berada di tanah Islamabad yang penuh dengan dugaan disebabkan pergolakan di negara tersebut. Bagaimana mereka ke sana ketika Embun baru berumur 44 hari. Cabaran yang bukan sedikit untuk menempuhi kehidupan di tanah asing yang sentiasa diancam serangan bom dan fahaman politik dan agama yang agak sukar untuk kita fahami walaupun Pakistan itu sebuah negara Republik Islam.

Bersyukur kerana negara kita sudah maju ke depan dari segi pembangunan pendidikan untuk rakyat jika dibandingkan negara tersebut di mana 50 peratus rakyatnya buta huruf.

Pada KakChik naskhah ini membuka mata hati untuk terus bersyukur dan sujud pada Pencipta. Penulis meluahkan rasa hati dengan tegas melalui penulisannya.

'Apakah kerinduan saya pada Malaysia membuatkan segalanya tidak indah di sini?' - Halaman: 141 . Bersyukurlah kita dianugerahi tanah yang aman damai.

' Sesungguhnya kesukaran hidup mampu membuat manusia menjadi tamak malah menjati jahat.' - Halaman: 170.

' Saya percaya mereka tidak faham pun apa itu Islam yang sebenarnya tetapi sangat fanatik pada ajaran yang telah disalahfahami itu.' - Halaman: 185.

Moga penghasilan naskhah yang diusahakan oleh isteri arwah memberi ganjaran pada penulis di alam sana.

Tersentuh hati apabila membaca pesanan penulis untuk anakanda keduanya, Kekwa.

Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
Read
November 2, 2013
Subhanallah tabarakallah.

Menelusuri catatan kehidupan penulis dan keluarga di bumi Pakistan banyak memberi ilmu dan membuka mata tentang amalan beragama dan sosio budaya masyarakat di sana.

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri." Pepatah Melayu ini benar dirasai oleh penulis lantaran keadaan di Pakistan berbeza dengan di Malaysia.

Pada ketika beliau ditugaskan ke sana, tragedi pengeboman masih rancak berlaku saban hari. Sungguh pun tinggal sementara di hotel mewah dengan kawalan ketat seperti kubu oleh pihak tentera tetapi perasaan tidak selesa memaksa mereka mencari sebuah rumah sewa yang selesa untuk diduduki oleh keluarga kecil mereka.

Sedikit demi sedikit bumi Pakistan dikenali dan dimesrai. Bermula catatan beliau mengenai bakal tuan rumah yang tidak bertolak-ansur, jiran yang pemarah, mengenali budaya masyarakat tempatan dengan menghadiri majlis perkahwinan, bersiar-siar dan seribu satu macam lagi.

Catatan penulis mengenai Muslim di Pakistan membuka mata saya bahawa sangat buruk akibat apabila begitu taksub dengan sesuatu yang dipegang sebagai adat dan budaya, guru mahupun apabila menganggap apa yang dilakukan adalah betul semata sedangkan jelas sekali ia bertentangan dengan moral ataupun menghina kesucian Islam.

Beberapa contoh sudah memadai bagi kita memahami perkara ini. Biarpun mereka melihat sendiri isteri penulis memakai tudung dan menjaga aurat, soalan yang sama sering ditanya oleh orang di Pakistan. "Adakah kamu Muslim?." Apabila ditanya oleh penulis mengapa menyoal begitu sedangkan isterinya memakai tudung dan menutup rambut. Lelaki Pakistan itu menjawab kerana pakaian yang dipakai tidak menunjukkan pakaian Muslim. "Ini baru pakaian Muslim (sambil menunjuk bajunya shalwar kamiz)."

Kedua, berlaku kematian melibatkan dua beradik lelaki yang dituduh mencuri. Tanpa siasatan dan tanpa saksi sekumpulan orang memukul dengan kayu sehingga dua beradik ini mati dan digantung dikhalayak ramai dengan keadaan kaki di atas dan kepala di bawah. Kejam. Di sana pembunuh untuk kes sebegini menganggap mereka hero. Pihak polis yang berada di tempat kejadian juga tidak berbuat apa-apa. Sama seperti orang ramai melihat sahaja peristiwa itu. Dikatakan salah seorang dariapada adik-beradik itu adalah hafiz al-Quran. Tambah lagi mereka berdua biasa bermain di padang di kampung tersebut. Namun apabila dituduh mencuri, hukuman terus dibuat tanpa merujuk kepada sesiapa.

Dua sifat yang mendatangkan keburukan iaitu jahil dan taksub. Allahuakbar.

Ketiga, saya sangat sedih apabila muslim di sana mengaku dirinya orang Islam tetapi meneguk arak seperti orang yang begitu kehausan. Entah bagaimana fahaman mereka. Allahu Allah.

Penulis seorang yang sangat berpegang kepada tawakkal kepada Allah. Melalui kisah yang ditulis menggambarkan beliau seorang yang teguh keyakinan kepada Allah. Semoga Allah merahmatinya.

Kematian itu pasti. Ianya sangat dekat dan boleh berlaku di mana-mana. Penulis pergi tanpa melihat anak-anaknya membesar apatah lagi melihat hasil nukilannya dibukukan. Namun warkah yang ditulis untuk anakanda kedua itu sangat menyentuh hati. Ia bukan sekadar ungkapan kasih sayang seorang ayah, ia kini menjadi wasiat buat anak-anaknya.

Semoga Allah memberkatinya serta isterinya yang solehah dan moga anak-anaknya membesar menjadi anak yang solehah. Ameen
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
January 1, 2014
Alhamdulillah. Penulisan yang diisi banyak maklumat tentang Pakistan yang pastinya tidak tertulis dalam buku-buku lain mengenai negara ini.
Sangat ironi dan menginsafkan bila mana membaca tulisan ini dalam keadaan kita menyedari bahawa penulisnya telah meninggal dunia.
Hakikat kehidupan, tidak semua yang kita hajatkan bakal tercapai. Justeru, dalam setiap tindakan, seharusnya kita ingat bahawa kita bakal kembali kepadaNya. Ingatan buat siri sendiri.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
January 3, 2020
Pertamanya salam takziah buat keluarga muda penulis ini. Ini merupakan buah tangan terakhir dari arwah sebelum beliau meninggal dunia di bumi Malaysia. Dari nota sisi penerbit, beliau tidak sempat pun untuk melihat buku ini diterbitkan. Al-Fatihah..

Tiada siapa tahu bagaimana pengakhiran kita semua bukan? Selalunya, di tempat & masa yang tidak pernah kita jangka. Sememangnya kita semua tetap milik-Nya. Kita cuma perlu sentiasa bersedia.

Sepanjang penulis bertugas sebagai pegawai diplomat di negara bergolak Pakistan sana, Alhamdulillah diri beliau dan keluarga sentiasa di dalam perlindungan-Nya. Walaupun dengan segala tragedi pengeboman berani mati di Islamabad, Kashmir, Lahore antaranya yang berlaku hampir sepanjang masa, beliau tetap berjaya mengharunginya lebih dari setahun lamanya sepanjang berkhidmat disana. Ajalnya tiba ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Terengganu, sejurus pulang untuk berkursus di Malaysia dari Islamabad sana.

Berbalik kepada ulasan buku ini, tanggapan awal saya silap sebenarnya. Saya jangkakan buku ini berkisarkan kisah suka-duka penulis sepanjang berkhidmat sebagai seorang pegawai diplomat di negara asing sana. Sama konsepnya seperti buku kisah profesion popular yang lain seperti siri buku Diagnosis (doktor), Aku Menyelam Untuk Hidup (juruselam komersial) serta Cikgu Kampung (guru). Namun bukan itu yang dinukilkan oleh beliau rupanya. Buku ini lebih kepada catatan peribadi, pandangan, pengalaman serta tidak kurang juga boleh dikatakan berupa catatan travelog penulis sepanjang bertugas disana.

Banyak ilmu berkaitan Pakistan yang boleh kita perolehi dari buku ini. Banyak juga tanggapan awal kita akan terjawab di dalam buku ini. Kerana apa yang anda boleh perhatikan dari warganegara mereka yang banyak mencari rezeki disini, sememangnya sikap mereka itu banyak berakar umbinya dari sana. Yang baik, mahupun seperti yang ramai sudah sedia maklum, yang kurang baik.

Ianya sesuatu yang membuka minda apabila kita menelusuri kisah luar dalam bangsa lain daripada sudut kaca mata yang berbeza. Sama seperti kisah bangsa kita yang banyak ditulis dan dibukukan oleh orang luar sejak dari zaman sebelum kemerdekaan lagi. Mana yang baik kita kekalkan, mana yang kurang kita cuba elokkan. Dengan cara itu kita sebagai sebuah bangsa boleh berkembang dan maju ke depan. Dalam konteks yang dibenarkan agama tentunya.

Usai selesai buku ini tiada apa yang lebih saya harapkan. Hanya doa yang baik-baik sahaja untuk saudara seagama kita ini disana. Mengharapkan ekonomi mereka akan terus tumbuh dengan sihatnya, kerajaan mereka dapat memperbaiki kerja mereka supaya pendidikan dan pelbagai keperluan asas yang lain dapat dinikmati semua rakyatnya, Islam yang benar dapat diamalkan disana.

Kerana Pakistan ini sama seperti Indonesia secara umumnya, negara yang mempunyai ramai umat Islamnya. Membesarnya mereka senegara, bertambah baiklah Islam sedunia. Kita doakan mereka ke arah itu. Amin..
Profile Image for Ilham Shukry.
12 reviews2 followers
February 4, 2014
travelog sebuah perjalanan dan kehidupan arwah penulis sebagai seorang PTD di Pakistan. penulisan dia amat ringkas namun ia cukup untuk menggambarkan Pakistan dan juga isi kandungannya. aku turut merasa kesusahan rakyat negara itu namun pada masa yang sama aku merasakan aku sangat bertuah berada di bumi Malaysia. Aku terpanggil untuk mencari buku ini setelah mendengar kisahnya dari seorang rakanku yang merupakan seorang PTD. semoga beliau dicucuri rahmat... amin.
Profile Image for Fai.
30 reviews
January 31, 2023
Simple tau. Tapi sangatlah menarik. Cukup info penting yang arwah penulis sampaikan tentang tempat-tempat menarik dan peristiwa istimewa di Islamabad terutamanya. Sangat terkesan dengan bait-bait yang arwah ingatkan tentang kematian. Setiap isi ada ilmu, ada info. Semoga menjadi panduan untuk semua.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
April 23, 2022
April 2022: Diari Seorang Diplomat: Hikmah yang Tersirat

Buku ini adalah himpunan catatan seorang pegawai diplomat muda, yang ditugaskan ke Pakistan pada 2009, bersama isteri dan anak sulung. Pemerhatian ke atas adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama yang dicatat sangat jujur memandangkan beliau menetap di sana dan bukan sekadar bercuti. Penulisan ringkas pada setiap bab menceritakan sisi Pakistan yang jarang dilaporkan media. Media pada waktu itu, lebih banyak melaporkan berita pengeboman (berani mati) dan krisis pergolakan politik di negara itu.

"Ketakutan dan kebimbangan sudah tidak lagi perlu difikirkan jika ingin hidup seperti orang normal di negara yang bergolak seperti ini. Hidup dalam ketakutan bagaikan tidak hidup. Kelangsungan hidup memerlukan sedikit keberanian yang bijak."ms88

Pemerhatian penulis terutamanya berkaitan ibadah di negara yang majoritinya muslim dan mengamalkan mazhab Hanafi dalam bab Cerita Masjid Qariah E7 menambah ilmu baharu bagi saya. Begitu cara menyembelih lembu untuk korban (bab Hari Raya Korban di Pakistan). Pandangan rakyat di sana tentang muslim dari Malaysia turut mencuit hati saya seperti diceritakan dalam bab Adakah Kami Kelihatan Seperti Bukan Muslim?

Perbezaan taraf sosial boleh dikatakan masih menebal dilihat dalam bab Surat untuk Puan Saghir Hussain. Saya turut terkesan mengenangkan pihak pengantin perempuan tidak menerima ucapan tahniah seperti diceritakan dalam bab Perkahwinan ala Pakistan. Mereka juga sangat berbangga dengan pakaian kebangsaan mereka, yang dipanggil syarwal kamiz (Pakaian di Pakistan).

Dan banyak lagi dikongsi melalui buku ini dan merupakan ilmu baru untuk saya. Namun, bab yang terakhir, Jalan Pulang, paling menyentuh perasaan saya.
Profile Image for Hakimah  Saidi.
50 reviews2 followers
July 26, 2014
Alhamdulillah done read this book. Subhanallah banyak pengajaran yang saya dapat bila baca buku ni. It tells us about typical masyarakat dekat negara yang bergolak dan bagaimana penulis survive kat sana. MasyaAllah saya kagum dengan kewibawaan arwah. Saya jadi more interested baca buku ni bila tahu yang penulisnya dah kembali ke rahmatullah. Arwah ni seorang penulis blog rupanya, isteri arwah bukukan entri yang arwah dah postkan sepanjang arwah sebagai seorang diplomat. Then saya try cari blog arwah, menarik! saya pun jadi one of the followers isteri arwah sebab kagum dengan ketabahan isteri arwah bila arwah dah tiada. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Profile Image for Hasa.
19 reviews4 followers
November 5, 2016
Indeed, a very good book.
Suasana hidup dan budaya di Pakistan diceritakan dengan sangat baik, membuatkan kita memahami gaya hidup mereka di sana.
Not a very long story for each chapters and it will keep you turning the pages.
6 reviews
July 18, 2020
Setelah beberapa tahun membaca kisah diblog akhirnya baru berpeluang membaca buku .kisah pengalaman hidup diluar negara.Walaupun penulis sudah meningal dunia harap buku beliau sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
Profile Image for Azlinawati.
6 reviews
September 17, 2013
Sangat menarik dan membuatkan kita seolah-olah turut sama berada di bumi Pakistan. Takziah buat keluarga penulis. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan kaum muslimin yang diredhai Allah swt.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
May 7, 2020
Lebih kurang macam travelog. Menarik dpt tau keadaan di pakistan
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
January 22, 2022
Kagum dengan semangat isterinya membuatkan saya mencari buku ini. Ternyata Puan Mawar adalah wanita yang benar-benar kuat dan tabah orangnya.

Kehilangan suami pada usia yang sangat muda.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
July 23, 2015
Jauh berjalan luas pandangan...pergi pula ke Pakistan, tempat yang pasti tidak akan menjadi pilihan untuk kita pergi bercuti apatah lagi untuk bermustautin bersama-sama keluarga. Pakistan yang kita kenali sebagai sebuah negara berdebu yang penuh pergolakan, sering berlaku pengeboman dan penuh dengan kisah pertumpahan darah. Usaha penulis berkongsi pengalaman bertugas dan tinggal di Pakistan amat menarik. Sesungguhnya ia menjadi pengalaman hidup yang mahal harganya buat penulis dan keluarga. Hati menjadi sayu membaca buku ini apabila mengenangkan penulisnya sudah meninggal dunia sebelum sempat melihat karyanya dibukukan. Semoga karya arwah menjadi amal kebajikan buat beliau di alam sana. Al-Fatihah buat arwah.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.