Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mimpi Tak Pernah Lupa

Rate this book
Apabila Hana bermimpi, dia menjelma menjadi watak nyata dalam hidup Khairul. Khairul juga serupa. Kenapa begitu? Kenapa sekarang?

Setelah kenangan sebagai suami isteri di bumi Jepun sembilan tahun dahulu, telah mereka lepaskan.

Hana sangka, dia telah melupakan segala-galanya tentang Khairul.

Khairul yakin, dia pasrah melepaskan Hana.

Sehinggalah mereka bertemu kembali.

Ego, kesal, rajuk ... lemas dalam rahsia-rahsia yang menjeluak. Mereka berlagak dewasa, berpura-pura melupakan masa silam.

Tetapi mimpi tidak pernah lupa … saat semua yang lain sudah melepaskan.

Setiap hari, manusia bermimpi empat kali; bercakap tidak kurang 7,000 patah kata; meminta maaf sebanyak lapan kali.

Bagaimana jika maaf tak terungkap, dek ruang bercakap dirampas?

Bagaimana jika Tuhan mengaturkan tiga pertemuan, dalam tiga peristiwa mimpi berbeza untuk memperbetulkan keadaan?

Apakah mimpi dapat membuatkan dua insan kembali ingat akan hal-hal yang cuba mereka lepaskan?

371 pages, Paperback

Published June 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Fakhrull Halim

12 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (45%)
4 stars
37 (39%)
3 stars
8 (8%)
2 stars
4 (4%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
832 reviews241 followers
November 2, 2024
I have to commend this. Mimpi Tak Pernah Lupa is really, really good. Ni first time I baca hasil karya Fakhrull Halim, and surely wouldn't be the last. Good writing, beautifully constructed plot, nice characters, and the book is full of heart and wit. The magical realism aspect is brilliant and fresh. I genuinely had an enjoyable time reading this. Part epilog tu huhu sebak weh baca, but it brings such a nice touch.

I suka penulisan author. Gaya bahasa dia best je. Previously I commented on an author's inconsistent writing/language style that bothered me, and Fakhrull Halim delivered it exactly the way I like it.

I tolak 1 mark from the rating because the political issues used are unoriginal. I suka je baca part Majid tu and how that integrates with Hana's work as a journalist. Tapi part Rahman, and the rest of the political parties debacle tu macam... whats the point of this side story again? Could've included less politics too, and add more on Ryu's illustration career. Rasa macam author cover surface je pasal kerja Ryu ni when in my opinion, that's the most interesting part.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books79 followers
June 17, 2023
3.6 bintang.

Pernah tak kita duduk diam dan berfikir tentang perjalanan hidup kita ini barangkali hasil daripada doa-doa panjang dan harapan ibu kita? Pernah terfikir, kalaulah bukan doa-doa dan ihsan kebaikan ibu kita, kita mungkin bukan kita pada hari ini?

Ini kesimpulan selepas membaca novel ini. Segala yang tak masuk akal boleh jadi tak mustahil dengan kuasa doa seorang ibu - orang yang paling menyayangi kita. Bukan saja-saja penulis masukkan doa panjang Natrah itu.

Dan teringat kata-kata emakku, doa-doanya panjang semua untuk anak-anak sampaikan dia tak tahu nak doa apa untuk diri dia sendiri.

Begitulah ibu...
Profile Image for Izz.
421 reviews9 followers
September 24, 2023
Best. Mengalir air mata ni part sedih.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews44 followers
June 17, 2023
Mula2 aku tertarik dengan cover novel ni. Serius lawaaaaaa gilaa. Dahla warna purple. Dan yang keduanya, aku jatuh hati dengan penulisan encik penulis dlm Terang Bulan. Itu membuatkan aku tanpa berfikir panjang utk memiliki naskah ini
.

Jalan ceritanya aku boleh katakan, ianya kisah cliche. Kai dan Yoi diuji drpd kecik pabila ayahnya meninggal dan ibunya menghidap kanser. Mereka tak dapat nak hidup spt anak2 lain, yg bebas bermain. Masing2 memikul tanggungjawab yg besar
.

Demi cita2 Kai, Yoi menyuruhnya utk menerima tawaran program perantisan Komiko di Jepun setelah kematian ibu mereka. Kerana itu minat dan kelebihan Kai
.

Jepun- permulaan kisah Kai dan Hana. Hanya perkenalan yg singkat mereka ambil keputusan utk bernikah, disaat usia Kai baru 19thn dan Hana 23 thn. Tanpa restu ayah Hana, Dato Husni. Keadaan bertambah sulit pabila, Kai didiagnos menghidap kanser otak dan dia hanya ada 5 bulan utk hidup
.

Pilihan yg diberi oleh Dato Husni sangat berat. Tinggalkan Hana, dan dia akan kembali menerima Hana atau teruskan hubungan dgn Hana, dan pabila Kai meninggal Hana akan keseorangan. Dan pastinya, Kai memilih kebahagiaan Hana
.

Yang menjadi naskah ini istemewa adalah ketika pertembungan sesuatu kisah. Di mana salah seorang drpd Kai atau Hana mengalami mimpi, yg seorang lagi mengalami di alam nyata. Dan begitula sebaliknya. Cuma watak yg muncul dlm 'kisah' itu sedikit berbeza. Contohnya yg muncul, Kai dalam keadaan orang tua. Atau Hana yg menjadi makcik Bunga yg menjaja. Setiap mimpi, ada watak masing2 yg berbeza dr alam sebenar
.

Ianya sebuah naskah yg menarik. Aku rekomenkn korang utk baca
.

Pasti korang nak tau bagaimana pengakhiran kisah Kai-Hana kan. Soooo cepat2 beli dan baca yaaaa.

So korang boleh relate kan kisah Kai-Hana dgn maksud di sebalik tajuk 'Mimpi tak pernah lupa'.
Profile Image for Mslvoe.
2,371 reviews255 followers
January 22, 2024
Daebak!

Asal semua buku prolog ni best². Love giler kisah² begini. Element time travel ni memang kesukaan F.

Thank you penulis 🩷💙
Profile Image for Wan rohani harun.
182 reviews7 followers
August 11, 2023
Highly recommended. I think I’ve read the another book from this author - Terang Bulan. But this book? It’s wayyy better. I cried, I laughed and I smiled. I love the main characters, but I adore Alin and her mother. In a way, I think of Alin similar to me- a spinster, difficult to smile… so sad to read the part where she lost her mother. Go and read this book. I completed this book in a day. That’s how good this book is.
Profile Image for Syahira (syhra_azhm).
184 reviews22 followers
June 7, 2023
“𝘔𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢, 𝘪𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯, 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨.”

Did I buy this book blindly because of the cover? Yes!
Did I enjoy the story? Yes, sangat addicting!
Did I make the right choice by picking up this book? OF COURSE😭❤️‍🩹!!!

Buku ini, saya dapat tahu seminggu sebelum ke PBAKL🥹 Rasa tertarik dengan cover buku, macam ada something promising. And yes, memang sangkaan saya sikit pun tak meleset. Ceritanya sangat menarik & unik. Ada sedikit sebanyak mengingatkan saya cerita Your Name & buku You’ve Reached Sam. Sudahla dua-dua tu memang favourite saya, bila baca buku ni boleh pulak teringat dua-dua cerita tu. Takdelah sama pun, sekadar terimbas kenangan dalam dua cerita tu.

Pada saya, buku ini ditulis dengan baik. Sangat puitis dan romantis. Ada beberapa scene yang agak senang diteka tapi bagusnya, penulis cover balik dgn elemen unik lain yang berkaitan dengan mimpi. Mimpi itself is unique. Everyone dream something when they sleep. So, I love it when the author make use of dream and turn it into a beautiful story.

Sepanjang saya baca buku ni, awal-awal tu tercari-cari mana part sedihnya sebab awal cerita tu ada kejadian yang sedih tapi mata saya tak berair😂rasa macam uish toughnya hati. Sekali dah sampai part belakang, haaa berjurai air mata😭padan muka! Pandai betul penulis buat cerita. Arghhhh hati dari rasa 💔 awal cerita, terus ❤️‍🩹 baik semula. Sebak rasa di dada ni🥹 Memang sangat rekomen untuk korang baca buku ni👍🏻💯
Profile Image for jumpzeera.
35 reviews5 followers
July 18, 2023
Garapan cerita yang indah.
'Rasa' yang membekas di hati 😭
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews69 followers
Read
February 27, 2024
Sinopsis ringkas:
Hana dan Khairul, dua jiwa yang berpaut semasa mereka sama-sama berada di bumi Jepun. Namun, sesuatu telah terjadi yang menyebabkan mereka terpaksa terpisah. 9 tahun kemudian takdir menemukan mereka semula. Hana masih marah, Khairul masih menyimpan rasa rindu. Dalam masa yang sama, Hana dan Khairul mendapati diri mereka menjelma dalam kehidupan nyata masing-masing saat mereka bermimpi. Dapatkah mereka membetulkan semula keadaan dan meleraikan segala salah faham?

Review:
Aku memang dah jatuh cinta dengan penulisan Fakhrull Halim lepas aku baca novelnya yang bertajuk Terang Bulan. Penulis memang hebat menulis cerita yang penuh dengan emosi.

Pada pendapat aku, plot yang disusun cukup baik dan disimpul rapi sampai hujung. Cuma sedikit mengganggu aku sub-plot dunia politik yang dimasukkan. Penerangan terlalu melebih sampai aku bosan dan skip saja perenggan yang berkaitan.

Tapi overall, buku ni masih enjoy nak baca.

Watak/pairing kegemaran aku dah tentu Hasrul dan Alin. Walaupun diorang bukan watak utama tapi setiap kemunculan diorang bagi impak. Aku suka!

Trope second chance romance ni memang salah satu trope kegemaran aku dan aku rasa penulis memang berjaya bawa emosi rindu dan longing antara Hana dan Khairul.

Long story short, aku 100% rekomen buku ni. 😬 By this point penulis dah masuk dalam list auto-buy aku.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
122 reviews56 followers
June 9, 2023
Berawalan dengan pertemuan semula Khai dan Hana mengeruak semula rahsia lama. Di saat dua jasad terpisah, mereka sebenarnya saling hidup dalam mimpi satu sama lain.

Membaca naskhah ini, aku hampir terlupa yang buku ini ditulis seorang penulis lelaki. Gaya bahasanya, lenggoknya, pemilihan diksinya, adakalanya membuat kita larut dalam emosi wataknya.

Melalui watak-wataknya kita dibawa masuk ke dunia pelukis komik, kewartawanan dan politik. Naskhah ini turut mengangkat tema kekeluargaan. Hubungan anak-ibu, adik-abang.

Jika dibanding dengan buku penulis sebelum ini, pace buku ini tidaklah terlalu laju. Tetapi agak mind blowing bagi aku. Bijak penulis susun plot, dan bagi peleraian yang baik. Jika ditanya, apakah genrenya, mungkin misteri dengan unsur fantasi (?).

Paling menyentuh hati, adalah bahagian ending. Tumpah juga air mata aku. Benarlah, doa seorang ibu tiada hijab.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for meenie.
470 reviews5 followers
February 8, 2026
not a typical-romance book yang u guys pernah baca.

awalnya, saya kira hana dan kai hanyalah sebuah kisah cinta monyet. bercinta pada usia yang muda, berpisah, hana move on and ada anak dan selepas 9 tahun mereka bertemu semula. adanya rayyan, anak kepada hana membuatkan kai merasakan tiada lagi peluang untuk dia mendekati hana walaupun dia setia menunggu hana dari dulu lagi. ok dari blurb ni mesti korg rasa macam ala kesiannya kai :/ JANGAN EH!

saya paling benci orang yg act macam kai. kenapa? once kita dah ada partner or suami/isteri, semua rahsia wajib dikongsi bersama. apa guna partner kalau kau tak boleh sehidup semati? kongsi semuanya bersama. saya rasa marah sangat bila kai memilih untuk bersetuju meninggalkan hana dan merahsiakan keadaan kesihatan dia. alasannya oh kesian hana. muda lagi. nanti kena jaga aku time sakit. aku tak nak dia jadi janda sorang. bullshit. time kau kawin, kau tak fikir pun semua tu. bila dah sakit baru fikir? ah - nak cakap tak matured lagi, kata 19 tahun dah dimatangkan oleh keadaan?

tapi tulah kalau cakap oh straight yo the point jelah ha takdelah cerita kalini. ada fantasy sikit. dihubungkan melalui medium mimpi. tahap kesahihan itu saya tak pasti. maybe ada yg pernah melaluinya juga. wallahualam.

apa yg saya kurang berpuas hati ialah penggunaan nama yang berbeza. banyak sangat. contoh - khairul tu kai. ok ni boleh detect. kai tu sebenarnya ryu. ok dah pening. yoi tu hasrul? dan lain lagi. tapi still acceptable.

enjoyable. ok.
penulis still buat cerita out of box. suka.
Profile Image for Eyd1410.
840 reviews23 followers
November 12, 2023
Mimpi Tak Pernah Lupa. Cerita yang banyak buat kita berfikir. Doa ibu itulah yang membuatkan nasib kita bakal berubah. Doa ibu tidak pernah terhalang. Banyak ujian yang dilalui oleh Khairul dan ada juga yang bagi saya tidak masuk akal tetapi bila saya membaca doa sang ibu di pengakhirannya, baru saya faham kenapa perjalanan hidup Khairul sedemikian rupa.

Khairul dan Yoi dua beradik yang sangat rapat. Kerana masa depan yang lebih cerah, Yoi mahu Khai pergi ke Jepun untuk merealisasikan cita²nya. Walau Yoi itu baru berusia belasan tahun, namun pemikirannya jauh lebih matang. Perasaan sedih itu pasti ada tetapi Yoi mampu menutupnya seerat mungkin.

Pertemuan Khairul dan Hana akhirnya membuahkan rasa cinta dan akhirnya mereka memilih untuk berkahwin walau umur Khairul terlalu muda pada masa itu. Musibah yang melanda Khairul membuatkan dia terpaksa pergi dan sanggup membiarkan Hana terus membencinya.

Setelah 9 tahun mereka dipertemukan kembali, rasa cinta itu tidak pernah padam walau Hana beribu kali mengatakan benci. Disinilah bermulanya satu keajaiban di antara Khairul, Hana dan Yoi. Khairul dan Hana dipertemukan di dalam mimpi walau hakikatnya salah seorang tidak bermimpi. Semuanya bermula dari satu lukisan yang dilukis oleh Hana semasa di Jepun dahulu. Apa keajaiban itu? Of course kena baca. Memang menarik dan ada yang tidak masuk akal tetapi siapa kita untuk mempertikaikan jika ianya adalah aturan dari Allah itu sendiri?

Penulis menulis dengan sangat baik. Bukan sahaja tentang doa ibu, keajaiban tetapi ada juga diselitkan tentang politik. Cuma kurangnya disini bila saya tidak berasa sangat feel di antara Khairul dan juga Hana. Tidak tahu mengapa. Apapun saya tetap recommend cerita ini salah satu cerita yang bagus untuk dibaca👍
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
333 reviews15 followers
October 18, 2023
Petition utk Fakhrull Halim keluarkan buku baru setiap kli PBAKL!!!

Conflict cerita ni biasa je tapi garapan dia yang buatkan aku boleh habiskan baca in one seating. Sedih tapi bestt😭❤️

Hubungan dgn adik beradik kena jaga. Bila mak ayah dah takde, adik beradik je la penghubung kita. Doa ibu ni tersangat la penting ya. Asbab hidup senang dunia akhirat. Sebak baca doa mak Kai. Terpikir "dah berapa banyak kali la agaknya doa mak, ayah aku selamatkan aku dalam hidup ni?"
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
278 reviews55 followers
November 30, 2023
Haram lupa nak reviu dekat goodreads hahahahha. Boleh pi dekat booktok aku @iikmalreads untuk full review (kitonyo malas nak tulis review baru sebab dah lama sangat so mood 📉📉

Cuma nak cakap orang yg suka dengan buku magical realism macam japan lit, korang akan suka jugak buku ni
Profile Image for caa.
87 reviews
September 10, 2026
another 5⭐️ reading from Fakhrull Halim 😭👏🏻 how i missed reading his book so much. selepas Terang Bulan, memang saya dah minat sungguh dengan karya beliau. bila dapat baca Mimpi Tak Pernah Lupa ni pula, makin tak puas rasanya. nak lagi! sukanya weh 😭

entah kenapa, walaupun buku ni saya dah baca agak lama, cerita dia masih melekat dekat saya more than it probably should. ada sesuatu pada penulisan Fakhrull Halim yang buat saya rasa terpaut dengan cerita yang dibawakan. bukan semata-mata sebab plotnya menarik, tapi ada something pada cara beliau bercerita yang buat saya rasa macam susah nak lepaskan cerita ni selepas habis membaca.

saya suka sangat dengan idea yang dibawa dalam buku ni. cerita tentang alam mimpi dan kehidupan sebenar, kemudian bagaimana kedua-duanya saling bersilang antara satu sama lain. konsepnya bagi saya unik dan buat saya terfikir juga... macam mana kalau kita diberi peluang untuk membetulkan sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup kita? kalau ada satu perkara yang kita boleh ubah, adakah kita akan memilih untuk mengubahnya?

dari awal lagi saya memang dah melekat dengan cerita ni. momentum dia pun bagi saya just nice; tak terlalu perlahan, tak terlalu laju. santai, tapi masih ada sesuatu yang membuatkan saya nak terus membaca. saya suka bila sebuah cerita boleh buat saya rasa tenang membaca, tetapi dalam masa yang sama masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku.

dan melalui buku ni beri saya macam-macam rasa. antara bahagian yang paling saya suka ialah kisah Kai dan Yoi selepas kehilangan ibu bapa mereka. dua beradik ni terpaksa memikul tanggungjawab dan mendewasakan diri lebih awal daripada usia mereka. tengok bagaimana mereka membesar dalam keadaan begitu, saling bergantung dan cuba meneruskan hidup... sumpah pilu dan sebak weh 😭

saya juga suka bagaimana kisah mereka bukan sekadar tentang hubungan adik-beradik, tetapi tentang pengorbanan, kehilangan dan pilihan yang terpaksa dibuat apabila hidup tak memberikan banyak pilihan. mungkin sebab tu hubungan Kai dan Yoi antara perkara yang paling saya ingat daripada buku ni.

cuma kalau nak cakap pasal satu watak yang saya tak berapa berkenan perangainya… Kai lah tu huhu bakpe la takmo kasitahu wife tuuuu. antara suami isteri mana boleh berahsia 😞 tak baik tau. tapi dalam masa yang sama, saya faham kenapa dia berada dalam keadaan yang serba salah, lebih-lebih lagi dengan situasi yang melibatkan keluarga Hana. lagipun ketika itu dia masih muda, dan banyak keputusan yang dibuatnya datang daripada keadaan yang sangat berat. jadi walaupun geram, saya masih boleh memahami kenapa dia bertindak begitu.

OH! another thing i loved—side story pasal Yoi dengan Alin!! HEY I LOVE THESE TWO 🙂‍↕️🫰🏻 dynamic mereka tu memang kena sangat. saya suka jenis hubungan yang straightforward macam ni. tak payah kona sana sini, tak payah nak buat saya tertanya-tanya sampai pening kepala. tak macam Kai... kona sana sini nak pi mana tah sampai nuh, sekali kona dia sampai Jepun. heh!

cuma ada satu bahagian yang saya rasa kurang melekat dengan saya, iaitu political issues yang dibawa dalam cerita ni. awal-awal tu saya masih rasa menarik dan seronok nak baca, tetapi semakin lama, saya mula rasa macam bahagian tersebut sedikit mengganggu momentum cerita utama. ada masa saya sampai skim sahaja bahagian tertentu sebab rasa macam ia lebih kepada filler berbanding sesuatu yang benar-benar saya perlukan untuk menikmati cerita.

mungkin juga ada beberapa fakta dalam bahagian politik yang saya rasa macam kurang tepat, or maybe i could be wrong sebab saya sendiri bukanlah orang yang arif sangat tentang perkara tersebut. so saya tak nak claim lebih-lebih. walaupun itu antara bahagian yang kurang melekat dengan saya, saya tetap enjoy membaca buku ni secara keseluruhan.

akhir kata, saya harap Fakhrull Halim akan kembali menulis dan menghasilkan karya baharu suatu hari nanti 🙏🏻 moga ada rezeki untuk beliau terus berkarya. saya setia menunggu tau! hihi 😙💘
Profile Image for Hamidah Effendi.
712 reviews12 followers
June 10, 2026
Romance dalam buku ini mengingatkan aku kepada drama Sehangat Asmara lakonan Adi Putra dan Rita Rudaini. Perkahwinan tidak direstui, ditinggalkan suami, dan mempunyai anak. Bekas suami pula baru mengetahui kewujudan anak tersebut.

Plotnya hampir sama, tetapi vibe dan perjalanan ceritanya berbeza.

Cerita dimulakan dengan Yoi, adik Kai, yang memberitahu dia nampak dua malaikat. Selepas itu, plot terus beralih kepada dunia kewartawanan apabila seorang wartawan bertemu dengan pelukis komik terkenal. Namun, dia terkejut apabila mengetahui lelaki itu ialah bekas suaminya yang pernah meninggalkannya secara tiba-tiba di Jepun.

Kenapa bekas suaminya bertindak begitu? Apa kaitan mimpi yang dialami, dunia politik, dan kemunculan malaikat tersebut? Semua persoalan ini membuatkan pembaca terus tertarik dan ingin meneruskan pembacaan.

Best, penuh misteri dan bermain dengan emosi.

Watak Hasrul pula sangat tegas dalam membuat keputusan. Kalau dia tiada, rasanya abang dia memang takkan ke mana-mana. Kelakar bila semua orang sudah tahu siapa bakal isteri Hasrul — si singa garang itu. NGAUM! 😅🤣🤣

Aku memang enjoy membaca buku ini. Gabungan slice of life dan misteri yang berjaya membuatkan aku terus mengikuti ceritanya hingga ke penghujung.
Profile Image for sn_fiq.
175 reviews11 followers
July 14, 2024
Buku ni bukan untuk aku.

1. Banyak perkataan bahasa Inggeris dan Jepun digunakan, padahal ada perkataan Melayu untuknya. Lepas perkataan Inggeris/Jepun tu, penulis letak perkataan Melayunya dalam kurungan. Tak pasti mengapa. Motif guna perkataan English dan Jepun dalam novel Melayu?
2. Ada emoji dalam ayat. Kenapa ada emoji? Ini novel, bukan mesej Whatsapp?
3. Monolog dalaman tiada tulis "fikirnya" atau "ujarnya dalam hati." Sebagai seorang pembaca yang tidak rajin, aku nak terus tau itu fikiran siapa, aku tidak mahu baca semula perenggan tu beberapa kali untuk tau siapa yang sedang bermonolog.
4. Penggunaan perkataan *imut". Ini Bahasa Melayu ke? Comel tu tak cukup comel untuk digunakan?
5. "Tawa Ryu kecut. " Boleh sesiapa terangkan macam mana ketawa boleh mengecut?
6. "Saya cik, bukan puan." terlalu banyak ulang. Jengkel!
7. Banyak ayat diulang-ulang yang tidak perlu.
8. Mengguling mata.???????????
9. Kejap letak nama Hasrul, kejap Yoi. Cuba pilih salah satu je??
10. POV bertukar dalam muka surat yang sama, memeningkan.

Plot dan idea cerita sebenarnya menarik tapi cara idea dibentangkan perlu banyak diperbaiki.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
258 reviews7 followers
January 12, 2024
Kisah cinta Hana dan Khairul tersimpul oleh mimpi-mimpi yang mereka alami. Namun, bagaimana ianya terjadi? Penerokaan cerita dan mimpi mereka dalam novel ini merupakan suatu kisah yang penuh tragedi. Namun adakah mimpi akan membuatkan cinta mereka kembali bertaut?

Latar tempat - Hokkaido Jepun dan Ampang Ulu Klang digambarkan dengan terperinci. Sangat vibes. Latar dunia kewartawanan dan politik yang membalut kemas jalan cerita ini digarap dengan baik sekali. Aku yang baca pun rasa penat ya dengan tugas wartawan yang adakalanya tidak menentu sebegitu.

Cerita ini begitu unik dengan meletakkan elemen mimpi dalam perungkaian banyak hal. Begitu luar jangkaan dan best sangat bila dibaca. Plot cerita juga mantap susunannya. Persoalan-persoalan yang muncul, terjawab sepanjang pembacaan.

Apabila di sebut kisah penuh tragedi, ternyata banyak sekali babak-babak memilukan. Benar-benar meruntun emosi pembaca pada beberapa babak, sampai menangis. 😢 Bagi aku, penutup kisah Mimpi Tak Pernah Lupa sangat power dan impactful. 😍🤩✨🌟❤️
Profile Image for chaptersofnaz.
22 reviews4 followers
September 14, 2026
9 tahun rahsia tertanam. Semua yang dipendam tidak diluah. Sakit menimpa di diamkan demi kesejahteraan ratu yang pernah bertakhta dihatinya. Biarlah Hana membenci, kerana Kai berpendapat perasaan amarah itu yang layak dia genggam sehingga hujung penamat cerita mereka.

Ini kisah Kai dan Hana, dua jiwa belajar untuk pandang ke hadapan apabila kehidupan semakin ditelan waktu.
Rindu yang semakin membekas tetapı Kal tetap abalkan, kerana dia berfikir ini adalah adalah benda terbaik dia lakukan utk isteri tercinta.

Tetapi, Hana yang masih pegun dan statik berdiri di tempat sama asyik berfikir. Apa salah dia? jahat ke dia? apa kurangnya dia? sehinggakan Kai mengambil langkah drastik utk jauh meninggalkan dirinya tanpa sebarang berita selama 9 tahun.

Dua insan semakin terulit dengan rindu. Berbuat tak tahu bukan sebab tidak ingin, bukan juga kerana ego tetapi bila takdir berkata belum lagi, lantas itu kesemua jawapan masih terkunci kemas.

Anehnya, semakin mereka menyangkal. Semakin pula realiti menarik mereka bersama sehinggakan dibawa ke alam mimpi.

Maka terbukalah segala teka teki. Di sebalik utuh Kai rupanya menyimpan 1001 kesakitan. Dalam diam dia menangisi cinta yang terpaksa dia lepaskan. Esakkan yang disembunyikan terlalu sakit sehingga Hana tidak punya kekuatan melalui penderitaan Kai.

Walaupun jejaka itu berada di titik terendah dalam
hidupnya, semua yang dia lakukan utk seorang. Demi Hana. Mana mungkin dia bisa mengkhianati cinta ikhlas mereka. Tetapi disebabkan desakkan melampau Kai berat hati melepaskan.

Plot buku ini mampat dgn isi, konflik dan leraian yang disatukan dengan baik. Tidak perlu huralan panjang berjela tapi masih mampu membuatkan saya sebak apabila penulis biiak bermain dan kata-kata.

Emosi Hana dan Kai terasa sangat berat sepanjang pembacaan saya. Salah faham yang mereka lalui, Kai yang sentiasa mengunci mulut dan Hana yang masih trauma dgn kisah lalunya. Betul-betul mengoncangkan jiwa bila menelaah kisah mereka ini.

Bertapa Kai rindukan kebahagiaan, walaupun di alam mimpi dia menyangka semua itu dongeng mainan tidur. Tetapi biarlah, kalau dengan cara ini sahaja dia dapat kemanisan utk bersatu dgn cinta hatinya, relakan dia terus terulit di alam sebegini.

Asalkan rasa sakit yang dia lalui di dunia nyata sedikit
sebanyak dapat mengurangkan deritanya.

Kerana apa yang dia lalui semasa tidur ini adalah impian yang dia dahagakan sejak dari dulu lagi, disebabkan itu Kai lorekkan segala momen indah itu di atas lukisan kerana mimpi itu yang dia tidak pernah akan lupa sampai bila-bila.

Tahniah kepada penulis utk nashkah yang mengajar saya erti rasa bersyukur yang sebenar. Setiap orang ada mahunya tetapi kadangkala ada yang berusaha lebih untuk mengecapi perkara sekecil yang kita tidak pernah nampak.

Profile Image for lunabksw.
92 reviews1 follower
June 23, 2023
Bagi saya,novel ni best,kena dengan citarasa walaupun saya bukan jenis yang gemar sangat novel bergenre fantasi ni.Dia quite menarik bila benda yang pernah kita reka jadi hidup di dunia lain atau boleh saya katakan dengan lebih tepat dunia mimpi.Semuanya jadi macam real since dia affect kejadian di dunia nyata.Semua watak nampaknya ada character development,usia mematangkan kita bukan.Dan saya jugak dengan second couple novel ni,diorang cute dan romantik dengan cara tersendiri,tak perlu ayat-ayat manis ni.

Eh terskip watak utama pulak💀😂
Khairul dan Hana.
Boleh nampak yang diorang masih sayang antara satu sama lain.Cuma keadaan nampak macam memustahilkan mereka bersatu kembali.
Masing-masing berkira" akan keputusan mereka.Hm kira macam diorang main tarik tali,cuma nak tunggu siapa yang menang dulu.Agak tertarik dengan skop kerja wartawan yang digambarkan dalam novel tersebut.Macam tu sekali rupanya kerja mereka.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
186 reviews2 followers
July 30, 2023
Novel cinta yang cliche tetapi tak bosan. Mungkin kerana ada unsur magis. Ujiannya juga cliche, seorang bapa kaya yang tak suka suami anaknya. Tapi tetap tak bosan. Mungkin kerana dalam cerita ni penulis memberikan harapan yang benar dan baik. semua orang boleh berubah jadi lebih baik.

Suka baca bagaimana penulis menyentuh isu pengorbanan seorang anak terhadap ibunya. Dan kasih sayang antara adik beradik. Tak sangka baca buku cinta ni banyak menangis dari tersenyum meleret hati berbunga2. Haha.

Gaya tulisan, bahasa dan susunan plot sangat best. Suka baca ayat2nya. Walaupun ada juga sedikit bahagian yang tak berapa berkenan. Mungkin sebab menampakkan sisi watak yang tidak bersangka baik pada Tuhan. Atau saya terlalu keras. Entah lah. Haha.

Tahniah pada tulisan. Buku yang sangat bagus dan saya sangat rekemenkan pada semua orang. Lebih2 lagi buku ini sentuh perihal kekeluargaan selain hubungan cinta suami isteri.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
232 reviews25 followers
April 24, 2024
My thoughts?


1. Buku ni best. Ada elemen paranormal sikit. Dream walker. Kau boleh travel through time in your dream? Woww.


2. Hana dan Khairul ni kisah percintaan antara dua darjat. Hana anak somebody dan Khairul nobody. Ayah Hana tak restu dan something happened pastu Khairul vanished into thin air dari hidup Hana.


3. Lepas bertahun-tahun berlalu diorang jumpa balik. Si Khairul ni dah jadi successful comic artist kan Jepun. Dia cuba nak masuk balik dalam life Hana lepas dia tahu diorang ada anak masa berpisah tu. Tapi Hana of course la tak boleh terima.


4. Aku bengang dengan Khairul sebab sampai ke sudah dia tak nak bagitau apa yang sebenarnya terjadi dekat Hana. WTF bro?!!


5.  Disebabkan Hana ni journalist, jadi subplot cerita ni berkait dengan politicians, skandal dan konspirasi politik which is menarik bagi aku. 


6. The ending was good! Lepas Hana tau semuanya dan dia propose Khairul balik? You slayy girl.
Profile Image for Husna Musa.
67 reviews
June 24, 2023
4.4 stars.

Sudah lama benar aku tak membaca novel Bahasa Melayu. Jadi bacaan kali ini boleh dikatakan sedikit istimewa.

Alhamdulillah, tidak mengecewakan.

Bagi seorang yang sudah lama tidak berpeluang membaca buku (baca: novel) sehingga tamat, surprisingly, aku dapat tamatkan bacaan dengan agak pantas. Jalinan cerita yang menarik buat aku tak sabar-sabar untuk habiskan bacaan.

Walaupun kisah yang diangkat agak cliché, olahannya tak keterlaluan untuk aku katakan sangat menarik. Terutamanya di bahagian kedua novel ini. Tiba-tiba pembacaan menjadi laju, dek kerana tak mampu lagi menunggu jawapan yang merungkai segala misteri.

Membaca naskhah ini membuat aku terasa seperti sedang membaca manga, versi novel. Menarik.

Kudos buat penulis, kerana berjaya menggarap kisah unik ini dengan baik sekali.
Profile Image for Zully Azizan.
333 reviews8 followers
January 1, 2024
Dia punya pusing pusing.
Aku rasa nak give baca lagi lagi part Rahman dan Majid. But aku berjaya abiskan sebab perasaan nak tau aku tu besar.

Aku suka soalan Kai. 'Hana. Aku patut terus kejar kau, atau aku patut berhenti?'

Aku tertanya2 juga, cane Kai boleh sehat. Yessszaaaa!!! Penutup yang tak perlu aku reka. Terjawab!

TERANG BULAN masih menjadi fav aku.
Profile Image for Far.Zana25.
145 reviews1 follower
July 3, 2026
˖ ݁𖥔┆30 𐙚 4/5 ⭐┆𖥔 ݁˖

* ᴍɪᴍᴘɪ ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ʟᴜᴘᴀ -

ʙᴏʟᴇʜ ᴅɪᴋᴀᴛᴇɢᴏʀɪᴋᴀɴ sᴇʙᴀɢᴀɪ ɢᴇɴʀᴇ sᴄɪ-ғɪ / ᴘsʏᴄʜᴏʟᴏɢɪᴄᴀʟ ғɪᴄᴛɪᴏɴ (sᴇʙᴀɢᴀɪ ᴛᴇᴘᴀᴛɴʏᴀ ᴛʀᴏᴘᴇ *ᴘʀᴇᴄᴏɢɴɪᴛɪᴠᴇ ᴅʀᴇᴀᴍs* ᴀᴛᴀᴜ *ᴅᴇᴊᴀ ᴠᴜ*) sᴇʙᴀʙ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ 2 ɪɴsᴀɴ ʏɢ ʙᴏʟᴇʜ ʙᴇʀᴛᴇᴍᴜ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴍɪᴍᴘɪ ᴅᴀɴ ᴍɪᴍᴘɪ ᴛᴜ sᴇʙɪᴊɪ ᴊᴀᴅɪ ɪʀʟ. ᴀʟᴀʜ, ɪʙᴀʀᴀᴛ ᴅɪʀɪ ᴋɪᴛᴀ ʏɢ ʀᴀsᴀ ᴍᴄᴍ 'ᴇʜ ᴀǫ ʀᴀsᴀ ᴅᴀʜ ᴘᴇʀɴᴀʜ ʟᴀʜ ʟᴀʟᴜɪ ᴍᴏᴍᴇɴ ɴɪ'. ʜᴀᴀ ʙᴇɢɪᴛᴜ..

๑ ᴘᴇʀsᴏɴᴀʟ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ๑

ᴄᴇʀɪᴛᴀ sᴇᴅɪʜ ᴋᴀᴡ² ʙᴜᴋᴜ ɴɪ. ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛᴇʀᴛɪᴘᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴄᴏᴠᴇʀ ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴄᴀɴᴛɪᴋ ɢɪʟᴇʀ ᴛᴜ! ᴀɴʏᴡᴀʏs ᴜɴɪᴋ sᴇʙᴀʙ ᴘᴇɴᴜʟɪs ʙᴀᴡᴀᴋ ʟᴀᴛᴀʀ ʙᴇʟᴀᴋᴀɴɢ ᴊᴇᴘᴜɴ ɢɪᴛᴜ~ ᴄᴜᴍᴀ ᴛᴀᴋᴅᴇʟᴀʜ ᴅɪᴀʟᴏɢ ᴛᴜ ᴅᴀʟᴀᴍ ʙᴀʜᴀsᴀ ᴊᴇᴘᴜɴ sᴀɴɢᴀᴛ. ᴀᴅᴀ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴊᴇ ᴘᴇʀᴋᴀᴛᴀᴀɴ ᴊᴇᴘᴜɴ ʏᴀɴɢ ᴅɪɢᴜɴᴀᴋᴀɴ.

ᴏʜ ᴅᴀɴ ɴɪ ʙᴜᴋᴜ ᴋᴇ-2 ʏɢ ᴀǫ ʙᴀᴄᴀ ᴡᴀᴛᴀᴋ ᴅɪᴀ ᴋᴇʀᴊᴀ ᴀs ᴡᴀʀᴛᴀᴡᴀɴ ᴏʀ ᴅɪ ᴀʟᴀᴍ ᴍᴇᴅɪᴀ. ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴊᴜɢᴀᴋ sɪsɪ ɢᴇʟᴀᴘ ʏɢ ᴀǫ ᴛᴀʜᴜ ᴀɴᴅ ᴍᴀᴋᴇ sᴇɴsᴇ ʙᴇɴᴅᴀ ᴛᴜ ᴍᴇsᴛɪ ʙᴇʀʟᴀᴋᴜ ɪʀʟ.

ʜᴍᴍ ᴜᴛᴋ ᴊᴀʟᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴛᴜ ɴᴏᴛ ʙᴀᴅ ʙᴏʟᴇʜ ᴘʀᴇᴅɪᴄᴛ ᴄᴜᴍᴀ ᴘᴀʀᴛ ᴍɪᴍᴘɪ ᴛᴜ ᴊᴇʟᴀʜ ʏɢ ᴀǫ ᴛᴀᴋ ʙᴏʟᴇʜ ᴘʀᴇᴅɪᴄᴛ sᴇʙᴀʙ ᴀᴛ ғɪʀsᴛ sᴜsᴀʜ ɴᴋ ғʜᴍ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ sᴇʙᴇɴᴀʀɴʏᴀ ʙᴇʀʟᴀᴋᴜ ᴘsᴛᴜ sʟᴏᴡʟʏ ᴍᴜʟᴀ ᴜᴛᴋ ғʜᴍ.

ᴏᴠᴇʀᴀʟʟ ʙᴇsᴛ! ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ ᴘᴇɴᴜʟɪs ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴀʀʏᴀ ʏɢ ɪɴᴅᴀʜ ɪɴɪ~

#ᴍɪᴍᴘɪᴛᴀᴋᴘᴇʀɴᴀʜʟᴜᴘᴀ #ғᴀᴋʜʀᴜʟʟʜᴀʟɪᴍ #ᴘʀᴏʟᴏɢᴍᴇᴅɪᴀ #ғᴀʀᴢʀᴇᴀᴅs #ʙᴏᴏᴋʀᴇᴠɪᴇᴡ
Profile Image for Hafeji A.D.
323 reviews1 follower
December 4, 2024
Satu lagi buku yang menjadi mangsa sidai aku.

Aku beli buku ni kerana aku cukup suka akan satu lagi karya penulis Terang Bulan. Tenyata buku ini tidak menghampakan aku.

Jalan cerita menarik, pelik (aku suka cerita pelik2) buat aku rasa ingin tahu apa yang akan jadi di penghujung cerita.

Apapun, jika penulis ada buah tangan baru pasti akan aku dapatkan lagi.
Profile Image for Pajilaaa.
5 reviews1 follower
June 10, 2023
Review Mimpi Tak Pernah Lupa

Haa daripada tajuk pun memang takkan dapat melupakanlah cerita yang unik ini.

Kenapa Novel ini menarik? 🫣
- perwatakan wataknya membangun dari satu plot ke satu plot
- banyak pengajaran berkaitan hidup lebih-lebih lagi pengorbanan dalam kekeluargaan.
-watak Yoi dan Kai menyentap emosi. kenapa? adik beradik yang saling melengkapi antara satu sama lain, menyayangi sesama sendiri dan yang penting hormat.
- dalam novel ni, pengorbanannya ada positif dan negatif. Negatif itu berlaku apabila kita menganggap kita buat yang terbaik untuk orang tu tapi sebenarnya membuat orang tu lebih derita adalah macam watak Datuk Husni.

Penjelasan :
- Tema : Fakhrull kata hari tu bertemakan Fantasy Romance. Ingatkan "Typical Fantasy Romance" tapi rupa-rupanya bukan 🥲 cerita disalut dengan baik sampaikan emosi turun naik. ingatkan tiada air mata mengalir. tumpah juga air mata 😤 ni salah Fakhrull hahaha

- Plot cerita : bebel sikit

1. jalan cerita lancar. takda yang memeningkan pun. memang plot cantik.

2. pertama kali baca novel yang berkaitan mimpi yang mana satu watak masuk ke alam mimpi tapi mimpi itu ialah dunia realiti bg watak lagi satu. yang ni serius menarik gila !! bayangkan benda tu berlaku dalam alam realiti. selepas itu, kau termasuk dalam alam realiti itu sebagai jelmaan mimpi.

3. aku suka yang mana cerita ni bukan sepenuhnya fokus kepada watak utama semata-mata berkaitan kisah cinta mereka tapi ada kisah lain yang saling berkaitan iaitu KISAH POLITIK. bayangkan Fantasy Romance tiba-tiba ada Skandal Politik tapi berkait dgn watak-wataknya. jadi, plot demi plot tu tersusun dengan baik.

4. cuma, cerita pasal politik itu bagi aku agak tergantung sebab nak tahu apa jadi dengan si Rahman tu. kenapa Rahman takut dengan Husni selepas tahu Hana tu anak Husni.

Secara keseluruhannya, aku suka jalan ceritanya sebab bukan hanya kisah cinta semata-mata tapi ada isu politik yang diketengahkan. Tapi isu politik itu tiadalah berat pun bahkan menyebabkan jalan cerita semakin menarik. Apa lagi BELILAHHH NOVEL NI .

Penilaian : Mestilah ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Displaying 1 - 30 of 48 reviews