Terpaksa berkahwin dengan abang ipar sendiri selepas kematian kakaknya? Sangat klise. Namun Rose akur.
Terpaksa berhadapan dengan Lady Miranda yang mahu menjadi madunya? Sangat klise. Tapi Rose bersabar.
Hilang sebahagian memori manisnya sejak zaman remaja? Ini tak klise. Rose sangat marah hingga menjadikan dirinya seorang yang tak berperasaan dan berhati batu.
Semua tragedi yang berlaku dalam hidupnya—kematian Dahlia, kelahiran Azalea yang kelainan upaya, kehilangan Keir—adalah permainan hasad The Varangians yang mahu menggunakannya sebagai dragon slayer berjiwa hasad yang akan menghapuskan keturunan Drakonian.
Sebagai double agent—pegawai polis risikan dan ejen Penumbra—mampukah Rose menyelesaikan semua dilema tanpa mengorbankan nyawa sendiri?
"Damn you, Keir Galahad. I'm gonna hate you to the moon and back!"
“It’s really an irony for a dragon king to fall for his slayer. Don’t mock me, Rose. You’ll be surprised how far I’m willing to go just to protect you.”
"Damn you, Keir Galahad. I'm gonna hate you to the moon and back!"
“It’s really an irony for a dragon king to fall for his slayer. Don’t mock me, Rose. You’ll be surprised how far I’m willing to go just to protect you.” . .
Okay, pertama sekali, aku tertarik nak baca buku ni disebabkan blurbnya. hahaha. part yang terpaksa kahwin dengan abang ipar sendiri selepas kematian kakaknya. Ganti tikar kan istilahnya? haaa..lama dah tak baca cerita sebegini. .
Tapi kan, ni buku fantasi ya. hahaha. Ada yang jadi manusia yang boleh bertukar kepada dragon. Dan ada juga yang jadi dragon slayer. .
Jujurnya, penulis ni ialah antara penulis, yang aku boleh hadam buku fantasinya. Kalau tak, memang tak mampu la nak baca. .
Kisahnya, Rose, sebagai seorang ejen risikan, perlu melindungi seorang VIP, Keir. Rupanya VIP tersebut ialah bekas abang iparnya. Dan tak lama kemudian, dia kena kahwin pulak dengan Keir. .
Memang menyampah la Rose sebab dia masih ingat apa yang terjadi kepada kakaknya, Dahlia. .
Dan lepas kahwin, satu persatu rahsia mula terbongkar. Siapakah sebenarnya Keir dan Rose? .
Dan yang paling aku suka ialah, sebenarnya dah lama Rose merindui seseorang yang jauh. Padahal dia sentiasa dekat. .
Overall, aku suka buku ni. Cumanyaaa, dinasihatkan untuk baca Asasin dan juga Hevin & Hell terlebih dahulu, walaupun part cameo tu sikit je sebenarnya. Aku yang dah baca dulu-dulu pun, jenuh mengerah memori nak ingat semula scene-scene tersebut. .
p/s: untuk yang sukakan cerita fantasi yang mudah difahami, bolehlah baca.