Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tafsir At-Tibyan #10

Tafsir al-Tibyan: Surah al-Fatihah

Rate this book
Buku ini merupakan karya sulung tafsir al-Quran oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang hadir dengan persembahan dan penyusunan semasa agar lebih mudah difahami oleh para pembaca. Tafsir al-Tibyan: Surah al-Fatihah disusun sebagai muqaddimah ke arah penerbitan kesemua 30 juzu’ Tafsir al-Tibyan yang sedang dalam proses penyusunan, penyuntingan, dan insya-Allah akan diterbitkan apabila tiba masa yang sesuai.

Pengarang menjelaskan bahawa Surah al-Fatihah ini menyatakan semua perkara asas meliputi Islam, iman, dan ihsan. Sekiranya kita memahami enam rukun iman, ada dua perkara yang menjadi asas kepada kesemua rukun, iaitu beriman kepada Allah dan beriman kepada Hari Akhirat.

Seterusnya, Tuan Guru juga menegaskan dua asas kehidupan manusia yang saling berkait rapat iaitu asas tauhid kepada Allah SWT dan konsep pengabdian diri (‘ubudiyyah). Kemuncak surah ini, pengarang menekankan pentingnya peranan hidayah dalam kehidupan yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Karya tafsir ini akan berada sebaris dengan kitab tafsir Nusantara yang lain seperti Tafsir Turjuman al-Mustafid oleh Almarhum Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri, Tafsir Nur al-Ihsan oleh Almarhum Tuan Haji Muhammad Said bin Umar, dan karya agung Almarhum Buya Hamka iaitu Tafsir al-Azhar. Mudah-mudahan, Allah SWT memberkati karya tafsir sulung ini dan mengizinkan edisi lengkap nanti berjaya dihasilkan secara sempurna untuk manfaat seluruh masyarakat.

80 pages, Paperback

First published May 1, 2023

7 people want to read

About the author

Abdul Hadi Awang

69 books88 followers
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.

Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969–1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974–1975.

Di samping itu, Ayah Chik juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983. Beliau istiqamah mengajar di Masjid Rusila, Marang dan telah mengkhatamkan pengajian Tafsir al-Quran sebanyak dua kali dalam tempoh 40 tahun, bermula dari tahun 1976 sehingga kini.

Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (100%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Husna Bokhari.
12 reviews5 followers
June 18, 2023
Sebuah buku yang nipis (51m/s) tapi sangat padat dengan ilmu. Can be read in single sitting but with full focus.

Di saat saban hari kita sudah mengulangi ummul kitab ini sekurang2nya 17 kali, buku ini adalah permulaan yang bagus untuk mengembalikan khusyu ketika pembacaan dalam solat dengan mendalami disebalik makna dan tafsiran untuk setiap kalimahnya.

Menarik juga apabila membaca usaha pelbagai pihak dalam menjayakan projek pembukuan Tafsir Al-Tibyan ini. Moga allah memberi ganjaran yang setimpal atas usaha kalian.

Tahukah anda, TG Haji Abd Hadi Awang telahpun memasuki pusingan ketiga dalam mensyarah Kuliah Tafsir di Masjid Rusila, Terengganu yang berjalan sejak tahun 1976!
Pusingan pertama: 1976-1996
Pusingan kedua: 1996-2016
Pusingan ketiga: 2016-kini

#2023ReadingChallenge
Profile Image for ' Syamil.
236 reviews6 followers
December 1, 2024
Alhamdulillah selesai talaqqi secara ulangan atas talian dengan Tok Guru. Hikmah terkepung banjir. Semoga Allah merahmati Tok Guru dan merahmati bangsa Melayu.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.