Dalam dunia yang mana pantun menjadi realiti, hidup Adwa dirasakan tidak lagi bererti. Bertahun yang lalu, ibunya, Teja Ratna telah menghilangkan diri sebelum berlangsungnya perlawanan terakhir Liga Laga Pujangga, gelanggang bersabung pantun. Bermula dari situ, keluarganya dikeji dan dicaci, memaksa Adwa untuk melupakan cita-citanya untuk menjadi anak seni.
Namun, kematian seorang sahabat memaksa Adwa mengikuti pengajian di Akademi Seni Atma Rais Awang (AKSARA), sebuah institut kesenian ternama yang juga alma mater ibunya untuk mencari kebenaran.
Di AKSARA, kata adalah senjata. Dan kemampuan Adwa untuk meluncurkan seni kata pantun akan teruji sebelum dia peroleh jawapan kepada semua persoalan.
Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;
Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.
Osman Deen adalah salah seorang penulis kontemporari yang muncul dengan suara yang unik dan idea yang kreatif dan tak konvensional, terutamanya dalam genre fiksyen spekulatif dan fantasi yang berlatarbelakangkan budaya Melayu.
Keistimewaan penulisannya bagi aku terletak pada keupayaannya menyulam fantasi berasaskan mitos tempatan - terutama yang berkaitan dengan keindahan bahasa dan seni kata Melay - dengan dilema eksistensial dan isu - isu sosial moden. Dia tak sekadar mahir bercerita, tapi juga mencipta world - building yang terperinci di mana undang - undang fizikal dipengaruhi oleh kuasa abstrak seperti puisi dan pantun. Antara karya dia yang memberi kesan terhadap pengalaman pembacaan aku termasuklah Pada Masa Yang Terhenti, yang turut menunjukkan minat Osman terhadap manipulasi masa dan realiti.
Novel ini membawa kita ke dalam sebuah realiti alternatif di mana pantun bukan lagi sekadar warisan budaya, tapi telah dimaterialisasikan menjadi kuasa fizikal dan senjata intelektual yang sah. Ia mengisahkan tentang Adwa, seorang pemuda yang hidupnya terasa kosong dan keluarganya dicemuh masyarakat setelah ibunya, Teja Ratna, seorang pemantun terkemuka, hilang secara misteri sejurus sebelum perlawanan akhir Liga Laga Pujangga — gelanggang pertarungan pantun berprestij yang menentukan maruah dan kekuasaan. Kematian seorang sahabat karib kemudian mendorong Adwa untuk kembali ke laluan seni yang pernah dia tinggalkan. Dia mendaftar di Akademi Seni Atma Rais Awang (AKSARA), alma mater ibunya, bukan sekadar untuk menuntut ilmu, tapi untuk menyelongkar kebenaran di sebalik kehilangan Teja Ratna. Di AKSARA, Adwa terpaksa menguasai seni pantun yang boleh menjelmakan bayangan visual dan kesan fizikal melalui pembayang dan maksudnya, menguji kemampuannya di arena yang dikuasai oleh dogma dan politik seni, demi mendapatkan jawapan kepada semua persoalan yang menghantuinya.
Adwa, adalah cerminan kepada manusia yang terbeban oleh warisan dan penghakiman masyarakat. Perjalanan Adwa adalah satu bentuk perjuangan eksistensial yang diselindung dalam genre fantasi, di mana kata adalah senjata dan mencari kebenaran memerlukan pengorbanan yang lebih besar daripada sekadar kekuatan fizikal. Gaya bahasa Osman Deen dalam novel ini cukup kontekstual dan metaforikal, di mana setiap dialog yang mengandungi pantun memiliki dua lapisan makna: maksud literal naratif dan kesan 'sihir'nya dalam dunia fiksyen itu. Ini menghasilkan satu keindahan linguistik yang halus, mempamerkan ketinggian sastera Melayu klasik dalam kerangka kontemporari yang segar.
Aku cukup teruja.
Ini sebuah percubaan sastera yang berani untuk mengangkat maruah warisan Melayu - iaitu pantun - ke pentas sastera abad ke-21, memberikannya nafas baru sebagai satu bentuk seni tempur yang sarat falsafah.
Osman Deen berjaya mencipta genre yang boleh kita panggil 'fantasi budaya' yang amat unik, sebaris dengan usaha Murakami yang mengangkat budaya Jepun dalam naratif surrealnya.
Cuma ada 1, penerangan yang terlalu terperinci dan panjang lebar mengenai mekanik 'sihir pantun' ini, walaupun perlu, sebenarnya mengganggu kelancaran emosi dan momentum plot, dan menyebabkan aku terpaksa berhenti untuk mencerna konsep, berbeza dengan aliran naratif yang lebih lancar seperti yang dinikmati dalam Pada Masa Yang Terhentu. Pun begitu, ini cuma kritikan kecil yang tak menjejaskan intipati novel ni sebagai sebuah karya yang inovatif dan sangat penting untuk landskap sastera fiksyen Melayu moden.
📝Kehilangan Teja Ratna, ibu Adwa ketika perlawanan akhir Laga Pujangga meninggalkan kesan buruk pada kehidupan Adwa dan atuk. Pengorbanan Dewi yang ingin membantunya mencari kebenaran buat Adwa akhirnya tekad menyambung pelajaran di Akademi Seni Atma Rais Awang, sebuah institut kesenian utama.
"𝐇𝐚𝐦𝐛𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐡𝐮𝐭, 𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭."
𝐊𝐮𝐫𝐚𝐭𝐨𝐫, 𝐈𝐤𝐬𝐢𝐫, 𝐀𝐫𝐦𝐚, 𝐀𝐊𝐒𝐀𝐑𝐀.
---
buku ni vibe macam Harry Potter, Alchemist and the school for good and evil but make it nusantara in modern era, sebab time setting zaman sekarang guna lawan pantun melayu untuk seru magis keluar dengan beberapa hukum yang perlu dipatuhi✨
plot building, concept and premise cerita ni menarik dari misteri kehilangan teja, tentang dewi yang cuba merungkai kebenaran sehingga perjalanan Adwa bersama kawan-kawan di dalam AKSARA namun begituuuu cerita ni bergerak sangat lambat hence for face-pace reader or if youre in reading slump might find hard to graps the story development. i love the detailing of every scenes! ada certain part tu memang epic gila cara diorang seru pantun semua, the tension tu i dah terbayang hunger games vibe😍 cara penulis lure readers about the mystery and whos the real villain buat kita berteka teki sampai akhir. kind of predictable memang tak boleh percaya sesape lah HAHA suka jugakk the friendship dalam ni🥹
bahasa yang penulis guna especially how they santuni the pantun cantik sangatt buat i adore dengan keindahan bahasa melayu🥹 i harap ada continuation for this story cause towards the ending, entiti Kurator tak meninggalkan impak yang besar pada jalan cerita since the ending buat i rasa macam lahh-rupanyaaa nohh nggak puasss kenapa sangat rushing kitonyo ni baran tau😭
apapon its still a fun read! sebuah karya yang unik🫶🏻 issa recommended✊🏻
Kehilangan Teja sebelum perlawanan terakhir Liga Laga Pujangga memberi kesan kepada keluarganya. Mereka dicerca dan dihina. Adwa, anaknya pula hilang kepercayaan diri dan mula melupakan cita-citanya untuk menjadi anak seni. Namun, kematian sahabatnya Dewi, memaksa Adwa mencari kembali dirinya yang hilang.
Konsep yang sangat menarik untuk SH yang memang sukakan pantun. Pantun yang digunakan dalam naskah ini pula sangat menarik. Bukan sekadar pantun dua kerat ala kadar yang sering digunakan anak muda sebagai 'pickup line'. Pantun yang digunakan memang tepat, padat dan berisi.
Kewujudan Dewi walaupun hanya seketika cukup untuk mewarnai hidup Adwa yang kelam sejak kehilangan Teja. Rasanya tanpa Teja, Adwa sukar untuk bangun dari ketepurukannya sendiri. Dan itulah hakikat kehidupan. Kadangkala kita memerlukan orang lain untuk menjadi sokongan kita di kala rebah dilanda badai ujian.
Dan geram dengan masyarakat dalam naskah ini. Yang 'bersalahnya' Teja, namun ahli keluarga yang lain pula menjadi sasaran mereka untuk meluahkan kemarahan.
Bapa si Adwa ni pun satu. Memang tak ambil kisah langsung perihal anaknya. Ingatkan bapa Adwa ni dah meninggal rupanya masih hidup. Tetapi serupa dah tak ada. Nasib baiklah ada Atok yang sudi menjaga Adwa.
jumped into this book sebab ramai cakap it’s giving Harry Potter vibes and can’t deny, it is, but with a local twist. and oh God, i swear this author’s mind is pure genius!!! you have my full respect for this one 🙇🏻♀️
the world building, the plot movements, the AKSARA system, the magic infused with different pantun, the action scenes?!! weh, sumpah syok gila baca buku ni. the mystery elements pun rasa macam baca novel detective, sebab THE DETAILS. IN. MAKING. THE. HINTS. ARE. SUPERB.
and the way the author made every character feel suspicious, successfully making me doubt every single one of them until the very end 🤯 the moment i started suspecting someone, the author would throw in a tiny twist, and BOOM GUE TERTIPU. senang betul kena gula gula T___T
but it feels like such a waste of a good climax, sebab the story’s momentum was so good, tapi Kurator kena tangkap macam tu je? tak puas!!! and the ending??? “untuk Kurator.” OKAY SIR I DON’T CARE I NEED A CONTINUATION NOW 🤨🫵🏻
all in all, it was a great read!! if you love fantasy, a Potterhead, and enjoy unraveling mysteries, you should definitely grab this book 🙌🏻
Kehilangan secara misteri ibu Adwa (Teja Ratna) ketika Laga Pujangga, memberi kesan yang buruk kepada Adwa dan atuknya, mental dan fizikal. Adwa dicop sebagai anak pengkhianat. Satu-satunya pengubat kepada kedukaan Adwa adalah rakan baiknya, Dewi.
Dewi mempercayai kehilangan Teja bukan satu kebetulan. Kelebihan Dewi belajar di AKSARA memberi peluang kepada Dewi menyiasat punca bagi pihak Adwa yang berputus asa. Namun, penyiasatan Dewi menarik perhatian musuh sehingga meragut nyawa. Penghuni AKSARA tidak boleh dipercayai.
Kerana amarah Adwa melanjutkan pelajaran ke AKSARA untuk mencari punca kematian Dewi. Ketika di AKSARA, Adwa menemui sahabat-sahabat yang baik yang turut membantu Adwa.
Vibe buku ni ala-ala harry potter.. AKSARA ibarat Hogwarts, dimana-mana magik boleh berlaku hanya dengan lafaz pantun... setiap pembayang dan maksud pantun memberi kesan kepada pemantun secara realiti walaupun kesannya hanya sementara.. jadi pemantu perlu berhati-hati apabila apabila melafazkan pantun. Terutama ketika berada di dalam kawasan AKSARA.
Aku cuba juga kononnya menyelesaikan misteri-misteri siapa kumpulan kurator tu.. Siapa dalang perosak rancangan Adwa dan rakan kelabnya. Tapi ternyata salah. Menarik buku ni kalau korang suka cerita genre fantasi-mystery buku ini recomended.
Mungkin sebab aku baca buku ni waktu aku dalam fasa reading slump, jadi judgement aku agak haywire sedikit.
Aku suka dengan konsep cerita dia. Persis harry pottah versi nusantara. Tapi bagi aku cerita ni jadi lagi umphhh kalau scene action tu lagi menarik. Dan tambah lagi bila guna pantun untuk fight, kadang2 aku macam blank sekejap kenapa outcome pantun tu macam tu??? (but obviously ni it’s a me problem).
Pastu aku macam berharap story organisasi jajat (aku lupa nama sebenar) tu lebih menonjol??? Bila aku baca buku ni aku rasa macam organisasi tu macam tak menambah apa2 perisa sangat pun…….
Terasa seperti berada dalam alam fantasi pantun. Penceritaan yang mendebarkan. Adwa mengalami kehilangan demi kehilangan sehingga terasa buntu dan tenggelam dalam dunia yang sedih. Kasih atuk yang membantu Adwa untuk bangkit mencari kebenaran.
Indah pantun yang menjadi daya penarik cerita. Teringat juga pada Harry Potter.
Sebuah cerita fantasi yang brilliant. Tidak terfikir, pantun menjadi realiti. Ternyata penulis memang bijak dalam pengolahan ceritanya. Dan pantun-pantun di dalam novel ini juga segar dan 'berisi'.
Saya suka semua tentang cerita ini. Ceritanya, elemen emosinya, suspennya - sungguh berteka-teki sejak awal hingga akhir. Plot twist yang best.
"Kenapa perlu hidup untuk aku, yang bernyawa tapi hatinya mati?"
Laga Pujangga, sebuah novel bergenre misteri/fantasi, mengisahkan dunia yang mana kata mampu menjadi senjata. Kehilangan Teja Ratna, ibu kepada Adwa, menjadikan hidupnya tidak keruan apabila mula dipandang enteng oleh masyarakat setelah ibunya menghilang. Oleh itu, sahabatnya bernama Dewi berazam untuk menyingkap misteri kehilangan Teja Ratna demi Adwa tetapi menemui jalan buntu. Kini, Adwa cuba meneruskan misi Dewi dengan menyertai AKSARA bagi membongkar misteri di balik kehilangan ibunya.
Novel ini bertemakan peminggiran yang dialami sendiri oleh Adwa. Sebagai anak yang tidak bersalah, dirinya menjadi mangsa stigma negatif masyarakat hingga memberi trauma kepadanya yang menjadi nihilis akan kewujudan dirinya. Walaupun begitu, dinamiknya bersama Dewi sedikit sebanyak menghidupkan watak Adwa supaya tidak terlalu satu dimensi sahaja serta mempunyai perkembangan watak yang menginspirasikan. Binaan dunianya kemas di mana sepanjang plot bergerak ianya dijelaskan dengan teratur. Namun sistem magis yang diterapkan terasa tidak diterokai dengan lebih mendalam. Walaupun misteri di balik kehilangan Teja Ratna dikendali dengan baik, tetapi secara peribadinya pada babak klimaks novel ini tidak membuktikan reputasi sebenar antagonisnya sepertimana yang telah diacah sepanjang penceritaan. Mungkin dengan penamatnya diakhiri dengan siku plot yang membuka keberangkalian baharu, novel ini hanyalah asas bagi sebuah plot lebih besar yang akan dikembangkan lagi kelak.
Secara keseluruhannya, novel ini untuk peminat fantasi yang inginkan sebuah karya mengetengahkan seni kebudayaan nusantara di mana seni pantun menjadi fokus utama. Walaupun ada sedikit kekurangan, penulis harus diberi pujian kerana memartabatkan seni kebudayaan tempatan dengan pembawaan yang segar. Semoga penulis akan sentiasa meneroka premis yang unik serta menarik bagi merancakkan lagi kualiti karya fiksyen Malaysia.
Sebaris ayat yang akan dilaungkan sebelum Laga Pantun membuka tirai dan juga merupakan dialog kegemaran aku sebab perasaan teruja mencanak naik jikalau adegan berbalas pantun bermula.
Buku ini sememangnya seakan membawa tema Harry Potter. Jikalau disiri itu para pelajar sangat gemar akan permainan Qudditch tetapi di Askara, Laga Pantun merupakan pertempuran kegemaran mereka. Bayangkan tiap kali rangkap pantun terkeluar di mulut peserta akan ada seperti bayangan hologram muncul menjadikan setiap rangkap menjelma jadi nyata. - Dibuku ini pembaca akan dibawa bagaimana penderitaan remaja lelaki bernama Adwa yg terpaksa memikul beban disebabkan dari kesalahan ibunya sendiri iaitu Teja. Dia tekad tidak akan lagi menyertai Laga Pantun dan tidak sesekali akan menjejakkan kaki ke AKSARA. Namun, disebabkan Dewi iaitu sahabat karibnya, Adwa nekad untuk “membedah” rahsia yg ada di dalam akademik itu.
Disitulah Adwa baru tahu akan kewujudan dua benda penting yg melibatkan ibunya Teja dan rakannya Dewi iaitu Batu Iksir dan sekumpulan orang bertopeng yg digelar Kurator. Jikalau disiri Harry Potter, Kurator ini boleh diibaratkan seperti Death Eater. - Ini merupakan buku pertama yg aku baca dari penulis ini tetapi tidak perlu mengambil masa yg lama untuk aku “selesa” dgn cara penulisan beliau kerana penulis sangat bijak selitkan babak “killing point” yg sememangnya dapat menarik perhatian aku utk terus membelek karya ini sehingga helaian terakhir. - Pergerakan plot juga bagi aku kemas dan paling aku suka apabila aku terasa seperti dibawa sekali bersama untuk menyelusuri perjalanan Adwa dan rakan-rakannya mencari klu untuk merungkai teka teki yg diberikan oleh Dewi. Aku siap buat nota dalam phone ya, tetapi tekaan aku tetap salah sbb semua karakter sememangnya boleh jadi “main culprit” 🙂↕️ - Tetapi apabila buku ini hendak melabuh tirai. Aku macam, lah segitu aja. Seringkas itu aja watak antagonis hendak mengaku kalah. Tapi tidak, penulis jatuhkan bom atom di saat akhir dan menyebabkan aku tercengang beberapa ketika. - Buat pertama kalinya aku sangat menyokong jikalau ada buku kedua. Aku masih tidak berasa puas untuk melihat Adwa berentap di pentas Laga Pantun. Sungguh watak Adwa ini bagi aku sangat berkarisma. Boleh terasa energy “main character” yang diceritakan. - Sesiapa yg masih ragu-ragu untuk membeli buku ini, nasihat aku silalah cuba baca. Jalan cerita semakin menarik bagi aku apabila Adwa mulai melangkah masuk ke AKSARA. Kalau dulu aku idamkan Hogwarts itu wujud tapi sekarang aku idamkan AKSARA ini pula yg jadi nyata. - Apa pun, karya yang sangat aku kagumi dari Encik Penulis. Sememangnya bukan buku terakhir yang aku akan baca dari hasil nukilan beliau.
Laga Pujangga by Osman Deen follows Adwa, whose mother, Teja, a highly respected poet, mysteriously disappeared and was accused of theft during a national tournament. Years later, Adwa’s best friend, Dewi, investigates Teja’s disappearance through her writings but tragically dies after enrolling in AKSARA, the same school Teja once attended. Motivated by these events, Adwa decides to enter AKSARA to uncover the truth behind both Teja’s disappearance and Dewi’s death.
What I like about the book:
- The writing. The words are beautifully arranged. I wish I could write that well, too! 😻 - The way the author brings us back to one of our traditions—pantun (a Malay oral poetic form)—and glorifies it is so admirable and cool. When I saw people describe the book as "It's like Harry Potter, but they're in the world of pantun," I felt like the book was calling to me. I'm not a fan of Harry Potter—I just know the basics and that I belong to Slytherin—but I must say that using pantun in battles and banter seems much classier (ah, maybe I'm biased!). - I love how the words uttered in their pantun come to life. For example, if the word "lightning" appears, then lightning will be projected exactly as imagined just seconds later. This is also why they are not allowed to recite pantun or stories out loud in the library. They have a "DO NOT READ" sign on top of the reception desk 🤭 - The characters serve their purpose well. So far, not a single character feels misplaced, and I love that!
What I don't like about the book: - Some parts feel draggy and repetitive, to the point that certain chapters seem like fillers. It's a shame because this happens when the book’s pacing is just right, which affects my momentum to keep reading.
So betul lah jangan pernah percaya cikgu kaunseling? Jk hahahah. Sumpah besttt. Nak masuk dunia Aksara lagi. Nak tau bertapa besarnya Kurator ni sampai boleh ada helikopter 😂. Nak tau lagi bertapanya magical nye sekolah dekat Aksara. Nak tau banyak benda lah. Please nak buku ke 2.
Apabila pantun digabungkan dengan fantasi seperti dalam Laga Pujangga, hasilnya sangat memberangsangkan!
Jalan cerita sedap dan bahasa yang indah, memang terpaut untuk terus membacanya sehingga tamat. Pantun yang dikarang memang lahir dari pengalaman penulis sebagai pemantun dari universiti atau mungkin lebih awal dari itu, benar-benar mengangkat pantun Melayu yang indah dalam novel ini ke aras yang lebih tinggi.
Suasana akademi seni yang ditonjolkan sangat menakjubkan. Dengan sentuhan magis, penulis berjaya membuatkan saya terpukau.
Buku ni aku pinjam, pulang sekejap sebab tuannya belum baca lagi, kemudian aku pinjam balik.
Sebuah premis yg menarik. Ya, ada semangat Harry Potter, sebab ada elemen magik dan mengambil tempat di sekolah, wataknya pelajar-pelajar. Uniknya berkisar tentang penggunaan pantun Melayu yang ada kapasiti kuasa setiap kali dituturkan.
Premis, dialog dan cara penyampaian, kukira buku ni sesuai untuk awal remaja. 3/4 bahagian awal buku ni aku rasa seperti bacaan ringan saja. Suku terakhir baru rasa ada saspen dan plot mula nampak.
Begitu bersahaja, buku ini buat saya terpaut. Terasa bergema bila pantun pembuka ini dibaca. Mengembalikan nostalgia rancangan berbalas pantun tapi versi yang dinaik taraf.
Dalam cerita ni, kau tak puas hati dengan aku?...buka gelangang...laga pantun
AKSARA adalah sebuah akedami seni. Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sini, berpeluang mendalami aliran seni yang pelbagai seperti bidang teater, tarian juga penulisan.
Laga Pujangga tidak salah jika saya katakan sebuah karya yang cukup bijak memanfaatkan keindahan dan kesenian pantun, digabungkan dengan pengaruh arma yang membawa kesan magis dalam setiap kata pantun yang dilafazkan.
Laga Pujangga mengisahkan hidup Adwa yang bertukar kelam bila ibunya Teja Ratna menghilangkan diri. Teja Ratna merupakan salah seorang alumni AKSARA. Peristiwa yang terjadi ketika perlawanan terakhir Liga Laga Pujangga itu menyebabkan Adwa dihujani caci dan maki. Turut menyebabkan Adwa trauma dan memilih memencilkan diri dari dunia luar.
Mujur ada Dewi, dia tidak pernah putus asa. Sering melawat Adwa, bercerita tentang perkembangan semasa dan tidak berhenti memberikan kata-kata semangat buat Adwa. Bila keadaan mula bertambah baik, Dewi menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di AKSARA.
Sesuatu terjadi dan meragut nyawa Dewi. Kehilangan itu, buatkan Adwa nekad. Dia ingin mencari kebenaran tentang kematian Dewi dan rahsia disebaliknya.
Persahabatan dan kesetiaan, bahasa yang sedap, pantun-pantun yang indah begitu memikat hati saya. Jalan ceritanya, pada saya bergerak pantas, sebab susah nak cari tempat untuk berhenti. Isu buli yang diketengahkan, konsep Laga Pantun, penyiasatan tentang petunjuk yang ditinggalkan dalam novel-novel Teja, semua ini mengukuhkan jalan ceritanya.
Cuma penamat novel ini, adakah itu petunjuk bahawa akan ada sambungan?
"Untuk Kurator."
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku jeke yg minat (indera and cikgu mualim )dalam cite ni cuz they sound attractive and manipulation sebab amik role villains overall very good aku suka watak dewi sanggup berkorban demi kawan dia adwa good relationship make the book even more better i like it 🤗 the aura vibe harry potter ada ver pantun sangat menarik walaupun take 3year for slow development main characters bangkit forerti makna. but aku ending is like u gantung baju without full stop(.) aku harap author buat buku 2 (harap lah).
SUCH AN AMAZING AMAZING AMAAAAZINGGGGG BOOK. rahman and suzy are definitely my favourites. cant wait to read the continuation to this book (kalau ada, hopefully ada.)
Aku suka buku ni sebab pada setiap masa ada je persoalan yang bermain, ada je benda nak dikejar, dan juga lari dari yang mengejar.. Time is ticking. Tapi kuasa Arma tak boleh dibandingkan dengan magic dalam wizarding world. Kata dan Arma ada limitasinya dalam dunia ni. Tapi semua boleh belajar, termasuklah Muggle.
Novel LAGA PUJANGGA. Bilangan Halaman : 448 Halaman. Mula Dibaca : 27 Disember 2024. Tamat Dibaca : 9 Januari 2025.
Sekilas dari tajuk, jangkaan awal aku untuk novel ini adalah tema utamanya berkenaan pertandingan sayembara pantun tetapi elemen pantun cuma disulam dalam misteri dan konspirasi yang besar.
Aku mulakan dengan dua objek yang menjadi tunjang utama kepada seluruh penceritaan Laga Pujangga iaitu Arma dan Iksir. Arma atau nama penuhnya, Artifak Maulihayat digambarkan sebagai objek yang ditempa dari Kristal Maulihayat ribuan tahun lalu. Arma ini bereaksi dengan ungkapan yang indah seperti seni pantun.
Mungkin dengan sajak, syair dan gurindam pun boleh kerana pertandingan Laga Pujangga yang turut memanfaatkan Arma menghimpunkan seniman dari pelbagai cabang. Pada zaman moden, Arma mula dikomersialkan untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.
Jenis Arma pula berbeza-beza bergantung kepada kepadatan Kristal Maulihayat yang terkandung. Makin padat Kristal itu, makin tinggi harga yang perlu dibayar. Arma kategori rendah datang dalam bentuk duit syiling, pen atau mungkin juga dijual dalam bentuk lain. Dalam semesta novel Laga Pujangga, ada disebutkan beberapa fasiliti yang menyimpan Arma Asli di mana kesannya tidak sama dengan Arma biasa, salah satunya ialah Akademi Seni Atma Rais Awang (AKSARA) yang menjadi pentas segala konflik yang berlaku dalam novel ini.
Arma biasa apabila dibacakan pantun, ia akan bereaksi dengan mengeluarkan bayang-bayang yang memvisualkan pantun yang dibaca. Jika sesuatu kawasan itu menyimpan Arma Asli, objek-objek di sekeliling akan bertindak balas bergantung dengan rangkap pantun yang dibacakan. Pemantun yang lebih mahir pula mampu menyeru haiwan lagenda seperti burung geroda dan jentayu.
Konsep ini ala-ala anime Fullmetal Alchemist dan filem Doctor Strange di mana realiti boleh diubah buat sementara. Walau bagaimanapun, Arma tertakluk dengan tiga hukum asas iaitu ;
1. Yang insan, takkan terkesan. 2. Yang tukar, kembali ke akar. 3. Yang tutup, kekal litup.
Iksir adalah artifak ciptaan ahli alkimia yang tidak dibatasi dengan tiga hukum Arma tadi. Sudah pasti, tujuan penciptaan dan pemilikannya bukan membawa tujuan yang murni. Walaupun keupayaan Iksir melangkaui Arma tetapi ia 'memakan' penggunanya secara perlahan-lahan. Iksir bukan saja memukau kewarasan tetapi turut memperkuatkan sifat negatif dalam diri penggunanya.
AKSARA pula adalah fasiliti pendidikan yang bertujuan melahirkan seniman berkualiti. Penulis menggambarkan konsep AKSARA dengan kemas seperti falsafah pakaian seragamnya yang berwarna lembut, sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan diinspirasikan dari busana Melayu Cekak Musang.
Setiap pelajar akan menerima sebuah pin elektronik pelbagai fungsi, sebagai pengimbas kehadiran, pendaftaran ahli perpustakaan dan merekodkan markah Laga Pantun. Jumlah markah ini boleh ditebus dengan kelengkapan pembelajaran. Laga Pantun ada peraturannya, yang mencabar ada seninya, jika nak terima cabaran pun ada ungkapannya, begitu juga jika nak menutup gelanggang.
Jika tiada pemenang dapat ditentukan selepas selesai set jual beli pantun, akan diadakan satu sesi 'penentuan khas' yang jarang dapat disaksikan. Kira jadi hari bersejarah dalam AKSARA jika berlaku sesi ini. Bagaimana penentuan ini berlangsung? Kalian kena baca sendiri.
AKSARA turut memiliki motto khas yang bukan saja dilaungkan oleh para pelajar ketika perhimpunan tetapi perlu terus disemat sebagai pewaris seniman.
'Asa, Jasa, Karsa!'
Membawa maksud harapan, menabur bakti dan terdorong menghasilkan karya.
Perjalanan novel ini tidak dinafikan agak lambat kerana penulis terlalu kerap bermain-main dengan emosi watak utama iaitu Ahmad Adwa dan terlalu banyak bahasa kiasan untuk menggambarkan emosi dan situasi. Elemen misteri dan teka-teki memang memuaskan hingga pembaca pun turut serta dalam merungkai konspirasi dan memecahkan kod yang ditinggalkan oleh Dewi.
Pertama kali aku dengar terma Caesar dan Atbash dalam teknik merungkai kod di mana penulis turut mengajar pembaca bagaimana cara membaca kod tersebut berdasarkan teknik yang disebutkan tadi. Memandangkan ini sebuah novel fiksyen, teknik pemecahan kod tidak susah tetapi di alam realiti, mungkin tidak semudah itu badan-badan perisikan bekerja memantau keselamatan negara.
Adegan pertarungan pantun kurang kreativiti. Corak serangan yang lebih kurang serupa, sekadar membina pertahanan asas dan mengekang lawan. Tapi kita hargai saja usaha penulis, bukan mudah mahu membina rangkap pantun yang penuh seni. Kalau suruh aku, satu rangkap pun belum tentu aku mampu ungkap dengan rima dan suku kata yang sepadan.
Pada mulanya aku fikir Adwa akan merungkai persoalan yang menyesakkan kehidupannya melalui cara menyertai pertandingan Laga Pujangga tetapi aku silap. Adwa baru Tahun Satu di AKSARA, jauh dari layak untuk bertanding, sedangkan ramai lagi senior yang lebih handal, malah ada yang 'menyimpan kuku'. Sebab itulah aku lebih suka meletakkan novel ini di bawah genre misteri / konspirasi. Sebahagian besar plot berkenaan memecahkan klu demi klu.
Klu yang ditinggalkan oleh Teja Ratna berupa beberapa set pantun yang disorokkan di dalam novel Matrikula Aritmetik tulisannya sendiri sebagai satira kepada AKSARA yang penuh dengan sisi kelam. Kemudiannya dirungkai oleh Dewi dan dia meninggalkan pula klu untuk dirungkai Adwa melalui tulisan di dalam diari.
Ironinya, Dewi saling tidak tumpah seperti Teja Ratna yang begitu disanjungnya. Kedua-duanya menempah risiko besar apabila melibatkan diri dengan Iksir dan mereka sama-sama membina siri kod yang perlu dipecahkan semata-mata untuk menyorokkan Iksir. Cuma aku tidak pasti sama ada Teja menyimpan siri petunjuknya itu untuk dirungkai khusus oleh Adwa atau sekadar menyembunyikan dalam novel tulisannya, menanti siapakah yang bakal merungkaikannya.
Selepas tema teka-teki, daya tarikan sampingan buat Laga Pujangga aku letakkan kepada organisasi misteri Kurator. Dari awal aku cuba meneka siapakah ahli-ahli Kurator yang menyarung topeng bermotifkan haiwan. Memandangkan ahli Kurator agak ramai sedangkan novel ini tidak dipenuhi dengan lambakan watak, maka tidak susah untuk meneka identiti sebenar mereka.
Lagipun, penulis ada meninggalkan petunjuk mengenai identiti ahli Kurator sepanjang perjalanan novel.
Plot twist di penghujung novel ini menarik. Bangau sengaja meletakkan kambing hitam demi menutup rahsia Kurator dari bocor atau supaya ideologi Kurator terus hidup memandangkan ketua mereka, Tempua berjaya diberkas pihak polis. Patutlah mereka senang benar tewas di tangan pelajar Tahun Dua. Beberapa kejadian kecil yang berlaku sepanjang novel dapat aku kaitkan dengan bahagian penamat seperti babak samseng sekolah dibawa ke pejabat pentadbiran.
Siapa Gelam? Aku sangkakan salah seorang guru AKSARA tetapi tidak didedahkan. Benarkan Teja Ratna dihapuskan Kurator? Aku tidak rasa semudah itu.
Kesan yang diterima Adwa selepas Teja Ratna menghilangkan diri tidak jauh berbeza dengan apa yang selalu terjadi dalam realiti zaman moden ini. Ada manusia yang sebenarnya menyimpan hasad dengan kemasyhuran yang dimiliki orang lain dan sentiasa menunggu keadaan yang sesuai untuk menjatuhkan insan tersebut padahal insan itu tiada kena mengena dengan mereka yang menjatuhkannya.
Tak dapat orangnya, dapat berhasad dengan ahli keluarganya pun jadi. Masyarakat yang rapuh pegangan agama seperti ini bukan peduli dengan kerosakan yang menimpa akibat penyakit hasad, malah lebih teruk sampai tahap memusnahkan kehidupan bahagia orang lain. Bukan semua orang tumpang gembira melihat kita bahagia. Mendoakan kebaikan jauh sekali, malah didengki pula.
Terlalu banyak persoalan yang belum terjawab. Aku tidak pasti penulis sengaja membiarkan status novel ini sebagai penamat terbuka atau penulis merancang membina semesta yang lebih luas. Andai ada sambungan, jika penulisannya bagus dan konsisten, aku akan sokong 💪.
Ini kali pertama aku baca buku yang menjadikan pantun as a medium to cast magic. Beg terlalu berat nak bawa masuk asrama? Pantun. Nak serang musuh kau dengan kristal yang terbentuk daripada titisan hujan? Pantun. Nak tangkap penjenayah dengan menjadikan langsir dewan seperti tangan gergasi? Pantun.
Think about Harry Potter & the philosopher stone but make it local & nusantara. Watak utama anak yatim & ada kawan yang berani dan pandai. Special school. Dark organisation. Etc.
Tapi tak semua benda kau boleh guna pantun. Ada 3 syarat. Nak tahu? Kena baca sendiri 🤭
Aku suka buku ni. Walaupun 1/3 awal buku sedikit slow but the rest 2/3 penuh dengan tanda tanya, suspend, misteri & plost twist. Dark organisation dalam novel ni bagi aku tak memberi impak sangat but maybe on next book? Kau memang tak boleh percaya sorang pon watak dalam buku ni.
Pada awalnya aku rate rendah tapi bila terus membaca sampai penghujung BAM! 5 ⭐!
"Hamba bertandang, membuku gelanggang"
[agaknya kalau aku dalam dunia ni, memang aku guna "dua tiga kucing berlari" sebagai pembayang pantun aku sampai habis sekolah 🤣]
Aku tahu aku minoriti sebab yang lain semua bagi bintang banyak.
Cover buku ni cantik, sinopsis pun menarik. Namun gaya penceritaannya agak kurang menarik walaupun ideanya ada ala-ala Hogwarts tapi versi Melayu kan. Tapi takde sangat scene cikgu mengajar. Yang ada asyik budak-budak bergaduh je. Hari pertama masuk dah gaduh. Korang ni memang masuk sekolah nak gaduh je ke?
Plot bergerak dengan sangat lambat dan banyak scene-scene yang tak perlu. Tunggu klimaks pun tak kunjung tiba, kalau ada pun tak rasa macam kemuncak cerita. Takde elemen terkejut sangat. Contohnya pasal ada sorang ahli kurator yang tak disangka-disangka tu mengejutkan la tapi itu bukan klimaks.
Dialog ada banyak yang tak perlu. Banyak juga pengulangan yang describe pasal bibir, rambut, mata (yang tak perlu dan asyik ulang-ulang). Dia macam tiba-tiba je describe pasal rambut orang tu, tapi takde masuk pun dalam konteks situasi tu.
Mungkin kalau aku Young Adult aku akan suka buku ni. Semoga penulis sentiasa improve performance and keep writing.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebagai PotterHead, aku rasa buku ni dah nak macam Harry Potter punya vibes. Tapi ke arah kesenian Melayu, iaitu pantun.
Bila dibacakan pantun tu, pantun tu jadi hidup. Tapi, walaupun begitu, tetap ada Hukum-Hukum dia yang kena patuhi.
Bagi aku sedikit meleret tapi 20% di akhir cerita, dia dah mula naik semangat nak baca. Tapi, bila baca pantun yang tgh berlawan tu, tak sah kalau tak baca kuat-kuat. Baru ada feel tu.
Ada puzzle teaser. Aku cuba nak selesaikan puzzle yang ada. Tapi tak dapat dik. Kecewa dik. Terus je baca. Geram ye.
Pastu part Indera tu. Aku lah. Hah?! Itu je?! Hah?!
Ketika membaca cerita ini, minda saya berputar kepada beberapa cerita filem yang pernah ditonton. Jika Harry Potter mengisahkan satu akademi sihir, Laga Pujangga mengisahkan sebuah akademi pengkarya. Pengkarya yang terdiri daripada golongan teater muzikal (persembahan), silat, penulisan kreatif dan beberapa cabang seni yang lain. Akademi dalam Laga Pujangga dikenali sebagai AKSARA. Akronim kepada Akademi Seni Atma Rais Awang. Satu ciptaan nama yang kreatif dan bermakna. Bukan semberono dinukilkan kecuali memberi impak kepada cerita dan terkait judulnya. Manakan tidak, 'aksara' itu sendiri terjemahannya adalah lambang dalam sistem tulisan bagi membentuk perkataan. Tidak terhad kepada aksara Rumi, Jawi atau karakter daripada bahasa Cina atau bahasa lain di dunia.
Akademi sihir Harry Potter dengan sihirnya, AKSARA dengan pantunnya. Babak pendaftaran pelajar AKSARA memperlihat bagasi terbang ke tempat yang diarahkan melalui dua rangkap pantun.
Beg empunya, tahun pertama, Mampirlah dikau, ke Balai Utama.
Cerita ini juga memiliki unsur thriller penyiasatan. Kehilangan Teja Ratna, ibu kepada watak utama, Adwa memulai konflik penceritaan. Teja sebagai selebriti atau pujangga utama negara menghilangkan diri sebelum Laga Pujangga (sayembara pantun peringkat tertinggi), bermula. Dia juga dituduh mencuri khazanah negara, sebutir permata berkuasa dikenali sebagai Iksir.
Kehilangan yang tiba-tiba, pertuduhan berat yang memalit maruah keluarga. Memberi tekanan kepada si anak yang tiada sesiapa selain datuknya. Ayah, si pencipta silap mata juga hilang tak berjejak. Mengejar nama di dunia, meninggalkan si anak tanpa rasa tanggungjawab.
Adwa dibentuk perwatakannya sebagai seorang yang kurang percaya diri. Mudah lemah dengan hentaman luar. Tetapi, dipasangkan dia dengan seorang sahabat sejati bernama Dewi. Dewi mempertaruh nyawa menyiasat kisah kehilangan Teja Ratna bagi membangunkan semula jiwa Adwa. Berada di dalam AKSARA yang mendedahkan dia kepada manusia durjana.
Adwa bangkit dengan kematian Dewi. Meneruskan apa yang terhenti.
Semakin menghampiri penghujung cerita, semakin keterdesakan meneruskan baca itu berkuasa. Memaksa untuk menyelak dan mencari apakah yang berlaku kepada Adwa. Siapakah pembelot dan siapakah yang sebenarnya jujur dan boleh dipercaya.
Mengharapkan agar Teja Ratna muncul dan mendakap Adwa, ia sia-sia. Mengharap Iksir menjadi 'sahabat' Adwa, membalas kejahatan dengan kuasanya, ia mimpi yang tak kunjung tiba. Iksir tidak bersatu dengan Adwa. Iksir hanyalah batu magis milik negara. Bukan 'watak' yang mampu memutar plot cerita. Ia hanya Iksir yang bermain di bibir watak-wataknya sahaja.
Yang memegang Iksir juga kecundang, walau dalam cerita berkata bahawa Iksir melanggar hukum arma. Ia lebih berkuasa daripada arma.
Cerita ini penyudahnya, digantung dengan kemunculan watak antagonis yang masih tidak terdedah identitinya di mata watak-watak protagonis. Mungkin penulis bercadang mewujudkan sambungan.
Apapun, cerita ini menarik untuk dibaca dengan debar dan keterujaan. Hanya pengakhirannya sahaja yang akan membezakan rasa yang dialami oleh setiap orang. Pada saya, ia masih belum selesai. Ia berhutang tentang ayah Adwa. Latar belakang datuknya. Tentang pusara Teja Ratna. Malah, tentang Del dan Cikgu Labai. Mungkin, beberapa watak lain yang kemunculan mereka dalam kisah Dewi, Teja Ratna dan Adwa sangat penting tetapi latar diri mereka terkesamping.
This entire review has been hidden because of spoilers.
2024 : 14 📖 Laga Pujangga ✍️ Osman Deen 📚 Jiwa 📝 439
📘 SINOPSIS: Menceritakan seorang budak lelaki Adwa yang dibelenggu oleh kesalahan ibunya Ratna . Disini setiap pembayang pantun menjadi nyata. Dengan Batu Arma mereka dapat menzahirkan pantun atau apa-apa pujangga ke dunia nyata namun terdapat hukum yang patut diketahui. Insan tidak terkesan, yang tertutup kekal litup dan satu lagi aku lupa. Di Aksara pula, Kata adalah senjata.
📙 REVIEW WATAK Sejujurnya aku cakap. Dia tidak terlalu menerangkan latar belakang kebanyakan watak dalam buku ini. Buku ini memang straight to the point. Dia hanya menerangkan perkara yang berkaitan dengan isu sahaja. Bagi aku that's quite okay. But i was hoping you could show me a lot about Mulan. Aku lupa nama betul ke tak. Sebab it's too suspicious. Kau tak terlalu terangkan persahabatan dia dengan Adwa. Setakat bagi yang dorang get along masa baru jumpa. Tiba-tiba dia join Adwa dalam merungkai rahsia ibu dia di Aksara. Don't you think suspicious? Tapi tulah she's a good person. Yeah tapi itu je yang lack. Yang lain ok lagi.
PLOT. I love the plot so much. I could sleep in peace. Sangat bagus cara penulis ni menerangkan perlawanan Laga Pantun dia orang. Serious aku rasa macam nak try je lawan Laga Pantun. Memang senang nak faham dan plot juga amat tersusun . Tidak terlalu berat untuk faham. This is one of the best book I have ever read. Walaupun kedengaran atau kelihatan seperti novel sejarah yang menerapkan budaya melayu tetapi sebenarnya timeline dia sebenarnya pada dunia yang sekarang. Cuma itulah mungkin pantun dan bahasa pelajar seni bahasa yang membuatkan dia lebih kepada historic genre.
PLOT TWIST. INI ADALAH PLOT TWIST YANG PALING TWIST AKU PERNAH BACA. Mengalahkan plot twist Empayar 2 or i still thought Empayar 2 is the best plot twist. Kau tak sangka pun dia jahat. Dia macam buah pelaga yang tersorok dalam nasi minyak yang lazat. Aku memang tak sangka dan sedikit marah kepada @zaisyie sebab pergi bagitahu spoiler without asking me for spoiler.
OPINION AKU MEMANG RECOMMEND dekat korang. Buku ni ada vibe Harry Potter sikit but much better because it's Melayu and not British our penjajah. Aku suka konsep yang dibawa penulis. Aku mengharapkan lebih buku historic 😭😭
Aku dah baca buku ni 4 bulan yang lepas, tapi masih teringat ingat. Hahaha. Sampai aku abadikan nama Indera dengan Teja dalam projek tahun akhir aku tau. Nasib aku tak masukkan nama Cikgu Malim ke Kila atau Wulan. Hahah
Ok, serius. Pertama kali aku baca buku ni, aku merasa agak pesimis, macam aku boleh agak cerita dia ya. Hahah. Tapi tanggapan aku salah. Pada aku, plot utama nya bermula bila mana Dewi mula masuk ke AKSARA, bertemu Kila, Rahman dan mulanya Adwa aka watak utama cerita ini ke AKSARA. Kenapa Adwa masuk ke AKSARA? Haa tu kena baca sendiri.
Kenapa aku kata tanggapan aku salah? Aku sangkakan plotnya akan mendatar dan pudar. Tapi ia berjaya buat emosi aku naik turun dan berdebar ya. Aku jadi tertanya tanya dan berteka teki tentang siapakah dalang sebenar. Dia ada ala ala permainan pun ada. Tambahan dengan klu yang diberi tu. Secara jujurnya, aku kagum dengan idea dan buah fikiran penulis yang memasukkan elemen elemen yang berkaitan dengan penyiasatan dan pencarian kebenaran tu. Pengkhianatan, klu misteri... wah aku sendiri tak terfikir macam tu.
Dari segi aliran dan bahasa, aku rasa agak jelas dan mudah difahami. Tambahan, aku memang peminat sastera Melayu. Jadi aku sangat kagum dan tertarik dengan wahana pantun yang menjadi fokus dan unsur utama cerita ini. Hebat betul penulis mengaitkan setiap pantun dalam setiap situasi dalam cerita ini. Tambah lagi, waktu bergaduh. Fuh, bayangkan, nak gaduh, bertumbuk pun kena pantun dulu. Dah macam cerita Harry Potter, cakap je terus keluar kuasa. Hahaha.
Akhir sekali, bahagian yang paling aku suka adalah bahagian akhir bab ini. Hahah. Habis berpeluh ya tangan aku menyelak setiap muka surat sambil berkata "Tolonglah Indera, aku percayakan kau, jangan mengkhianati kepercayaan aku" HAHAH (jangan judge aku bercakap dengan buku HAHAHA)
Aku harap aku tak beri banyak sangat spoiler di sini. Hahah. Terima kasih kepada penulis, Encik Osman Deen kerana telah menghasilkan suatu karya yang mengesankan jiwa nurani saya. Dengan ini saya memberi 5 bintang penuh ! *emoji bintang
Jika ada sumur di ladang, Boleh lah saya menumpang mandi, Kija Osman Deen umurnya panjang, Tolong lah sambung buku ni lagi.
Buku penulisan Osman Deen terbitan jiwa mengisahkan tentang dunia jual beli pantun. Penulisan yang fresh tak pernah lagi baca buku lain yang buat macam nih. Dia macam dalam Harry Potter tapi guna pantun. Ada banyak benda yang menarik dalam buku nih.
Good point: Penulisan dia senang faham untuk orang yang nk start balik baca buku, buku nih tak berat sangat nk hadam bagi saya lah dia straight forward. World building dia sangat menarik especially bahagian power system, penerangan power system dia walaupun tk mendalam tapi senang paham dan nampak perkembagan. Character development straight forward dia macam memang confirm yang dia akan jadi macam tuh so yah. Straight forward Love how the concept of pantun would affect the real world, love how the author describes the situation after the pantun has been read.
Not such a good point / harapan: Peneceritaan kawan perempuan dia saya rasa boleh cut and masuk dalam flashback ja sebab dia tk menggangu jalan cerita pun kalau takda. Cerita dia awal awal tuh perlahan sikit part yang kawan perempuan dia. Need to focus more on the explanation of the school system, for example what subject did their pick, how their school system works even though it was explained but it is too little for me at least. Would love to see how other forms of art would take effect if being read, for example like syair.
Overall buku nih seronok, I would recommend everyone to read it. Jangan sebab tengok dia pantun rasa macam buku satera tak yer. Buku nih light ja tk berat sangat tak menguji kesabaran sangat kecuali part awal. Apa pun sumpah harap dapat sambung buku nih nk baca sambungan.
Itu perdebatan yang bersarang di minda aku sepanjang aku baca novel Laga Pujangga ni. Yang aku perasan, rata-rata pembaca minat dengan karya Osman Deen berkonsep ala fantasi ini.
Sayangnya sentimen aku sedikit berbeza. Aku kagum dengan konsep yang diketengahkan. Pantun yang menjadi nyata, suatu konsep yang lain dari yang lain. Amat imaginatif! Tapi...setelah selesai membaca, aku kira cerita ini secara keseluruhan tidak begitu sebati dengan citarasa aku.
Premisnya menarik sebenarnya. Adwa diulit kekecewaan apabila ibunya menghilangkan diri semasa perlawanan Liga Laga Pujangga. Ditambah pula kematian sahabatnya sehingga memaksa Adwa untuk menuntut di institut seni bernama AKSARA. Di sana, Adwa ingin mencari jawapan!
Permulaan buku ini membuatkan aku terpikat dengan potensi plot. Kehilangan ibu Adwa dan personaliti Adwa agak menarik. Malangnya, bila plot masuk ke bahagian Adwa menuntut di AKSARA, aku mula rasa perjalanan cerita agak mendatar.
Pada awalnya, konsep berlawan pantun, diulit dengan elemen fantasi, membuatkan aku terhibur dan kagum. Namun, aku rasa seperti adegan sebegitu banyak diulang. Ditambah pula dengan dialog-dialog yang terasa seperti perbualan kosong. Itu hanya pendapat aku.
Persoalan tentang kematian sahabat Adwa dikekalkan sepanjang cerita. Cumanya aku gagal menikmati pembacaan dari babak ke babak kerana aku tidak rasa seperti ada naik turun kejadian. Aku akui, adegan berbeza, tetapi "flavournya" terasa sama.
Pujian aku bersandar pada konsep cerita dan pantun-pantun yang diolah. Memang puitis. Ada juga beberapa adegan aksi yang aku rasa menarik.
Rugi betul baca cerita ni lambat. Haih. Macam biasalah, terletak je dekat rak buku tu.
Laga Pujangga ni berkenaan kisah Adwa, yang rapuh jiwanya akibat kehilangan ibunya sebelum bermula pertandingan akhir Liga Laga Pujangga. Betapa dasyatnya keluarga dia dikeji dan dipanggil pengkhianat kerana tindakan melulu mak dia, Teja Ratna. Bertahun Adwa hidup dalam keadaan trauma. Namun kematian Dewi yang meninggal di Akademi Seni Atma Rais Awang (AKSARA), membuatkan Adwa bangkit kembali dan cuba berhadapan dengan trauma yang selama ini membelenggu hidupnya.
Secara peribadi, saya rasa naskhah ni sangat menarik, sebab jalan cerita dia, sebab bahasa, dan sebab pantun. Tema utama, pantun. Selaku wakil pantun sekolah, saya teruja sungguh baca buku ni. Tak sangka dengan pantun, ia boleh jadi satu senjata yang ampuh. Tak perlukan tenaga, hanya berlawan kata yang santun.
Cuma pendapat saya, saya lebih suka pembayang pantun yang lebih ke arah alam semulajadi. Tapi itu pendapat saya lah. Kudos to Osman sebab banyak pantun yang dikarang dalam novel ni. Saya sangat-sangat menghargainya.
Macam Kak Su komen pada awal novel, ramai yang akan teringin nak mendaftar ke AKSARA. Dan saya lah salah seorang tu. Dan mungkin saya lah orang pertama yang akan daftar jadi ahli LAPAN. Hahah
Tapi agak-agak, akan ada sambungan kah kisah ni? Seperti ada urusan yang tidak beres. 🤔