Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mudah Musafir

Rate this book
Hidup umpama menaiki kereta api. Banyak stesen persinggahan. Lain padang lain pemandangan dan lebih luas pemandangan. Ada sahaja cerita yang boleh menjadi teladan atau sempadan. Pemandangan indah kadangkala sudah cukup untuk mekar jiwa dan jati diri.

Perjalanan hidup atau bermusafir tidak terkira ribuan batunya. Semuanya bermula dengan langkah pertama seperti melangkahnya Ibnu Battuta lalu terhasil kisah perjalanannya yang tidak jemu dibaca dan melangkahnya Paulo Coelho sehingga beliau merungut mengembara itu umpama rutin tetapi menjadi latar karya buku beliau.

Mudah Musafir rampai anekdot perjalanan hidup penulis dalam berlainan fasa kehidupan dan tempat dia bermusafir bersama keluarga. Dalam kisah yang mudah, tetap ada ibrah untuk dipetik sambil singgah sebentar di Seoul, Kadikoy dan Otaru.

220 pages, Paperback

First published January 1, 2023

8 people want to read

About the author

Irni Fazrita Farid

11 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (33%)
4 stars
5 (33%)
3 stars
4 (26%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books53 followers
June 9, 2023
Buku-buku kembara bukanlah genre utama dalam carta pembacaan saya. Namun kebelakangan ini saya menyukai beberapa penulis buku bertemakan kembara/musafir, dan kini tambah dalam senarai, penulis ini, Puan Irni Fazrita Farid.

Mudah Musafir menyajikan catatan yang ringkas dalam bentuk penyampaian ceritanya, tetapi padat dengan nilainya.

Memang benar, cerita tentang kembara ada kalanya enak disajikan dalam bentuk yang ringkas, tidak menambah-nambah perisa dan terus ke inti penceritaan. Namanya pun Mudah Musafir sebagaimana mudahnya penulis dan keluarganya bermusafir ke sana sini, dan mudah pula gaya penceritaannya.

Sejak awal penceritaan, buku ini mengembalikan saya kepada teratak keluarga - di sinilah cerita patut bermula. Buku ini bukan sahaja mencatat kembara penulis dengan suami, anak-anak serta bondanya, tetapi juga menemukan 'musafir' dalam setiap urusan harian dan perkara-perkara yang berkait dengannya. Cerita Paan, Waja dan Opal mengingatkan saya dengan Umar. Bagaimana saya rajin mencatat tentang Umar di FB saya, tapi sekadar catatan.

Membaca buku ini, terasa manisnya perjalanan musafir bersama-sama orang yang tersayang. Setiap cerita mengandungi hikmah yang bukan sedikit.

Dan tentunya cerita-cerita yang menarik ini disajikan dalam bentuk penerbitan yang kemas dan cantik. Syabas penulisnya, yang menulis dengan baik, dan memilih penerbit yang tepat. :)
Profile Image for Norsa'adah Ahmad.
Author 15 books21 followers
June 17, 2023
"Mengembara melalui pembacaan boleh mencapai sepuluh ribu langkah merentas benua tanpa berkeringat dan sakit urat. Harga pun sebenarnya jauh lebih murah daripada aktiviti melancong."

Ya, setuju benar. Langsung terimbau perjalanan ke Tokyo dan Osaka serta singgah di Nara Jepun. Sampai lenguh kaki melangkah umpamanya kalau boleh otot kaki itu menjerit, memang sudah jerit mogok. :D

Buku travelog ini mengumpulkan catatan pendek atau anekdot travel penulis ke pelbagai destinasi seluruh dunia. Ada tempat-tempat yang pernah juga saya sampai seperti Saigon dan Hong Kong.

Sesekali dialog antara penulis dengan Belahan Jiwa, Paan, Waja dan Opal mencuit hati dan mengundang senyum sendiri.

Terselit juga hikmah musafir yang dinukilkan oleh penulis. Membawa pembaca merenung kembali tujuan dalam satu perjalanan musafir mahupun perjalanan hidup sebagai seorang insan.

Sejurus tamat pembacaan, saya pula terus memasang impian musafir ke negara yang disebutkan penulis. Misalnya, Turki. Apatah lagi beliau memetik beberapa perenggan tulisan Elif Shafak yang pernah juga saya baca karyanya.

Tahniah atas penerbitan buku ini.
Profile Image for Wan Norjihan Abdullah.
Author 2 books10 followers
July 7, 2023
Berdasarkan tajuk, saya membuat andaian bahawa buku ini pasti penuh dengan panduan dan tips teknikal.

Rancangannya, saya akan baca sedikit sedikit dalam masa senggang. Tapi, bila dah baca, tak sabar nak habiskan 😆. Gaya penulisan yang santai tetapi berinformasi.

Rupanya saya tersilap. Buku ini, izinkan saya pinjam blurp New York Times …. ‘Fun, entertaining and witty.’

Irni, I love it and your sense of humour aligned with my wavelength 😁.

Irni, you are a true accountant 😆.

She truly applied the concept of double entry. She read, and she wrote. She experienced and she shared.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
June 10, 2023
Bacaan yang santai dan menghiburkan, Mudah Musafir merupakan karya solo pertama Irni Fazrita. Hasil karyanya sebelum ini terbit dalam antologi, selain empat buah karya terjemahan.

Anekdot ini mengambil makna musafir yang luas, seluas kehidupan itu sendiri seperti yang digambarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kisah yang dimasukkan tidak terhad kepada kembara ke negara asing, walaupun kembara ke Turki, London, Jepun dan Korea tetap mengisi sebahagian besar buku.

Di sinilah kelainan Mudah Musafir kepada pembaca, kerana secara tidak langsung akan berasa lebih dekat dengan pengarang, yang boleh dikatakan sentiasa memilih jalan hidup yang tenang-tenang saja, tidak emosi dan memudahkan keadaan semua pihak.

Banyak tip kembara yang dapat disenaraikan di sebalik kisah yang dikongsi, apatah lagi jika kita tidak biasa mengembara dengan anak-anak yang masih kecil. Pengarang mengembara dengan anak-anak sejak mereka masih bayi lagi – baru 10 bulan anaknya sudah tiba ke Mekah! Dan seperti Ibnu Battutah, satu demi satu negara kemudiannya menjadi sasaran kembara sekeluarga, walaupun Ibn Battutah mungkin tidak membawa isteri dan anak-anak bersama.

Antara tip yang berguna ialah cara untuk menyediakan itinerari, memilih waktu ketika tiket dan hotel murah, belajar bahasa tempatan, pilihan destinasi lawatan dan banyak lagi.

Selain itu, kelebihan penulis ini ialah gaya bahasanya yang unik. Dengan tempo yang berselang-seli antara klausa pendek-pendek dan renungan yang lebih panjang, wujud alun penceritaan yang tersendiri dan khusus seorang Irni Fazrita. Tergambar juga pengarangnya seorang yang suka berseloroh dan kritis, tetapi sentiasa berlapik dan kreatif dalam menyampaikan mesej.

Di akhir pembacaan timbul pertanyaan dalam diri, kenapa sesetengah orang mampu mengembara dengan anak-anak dengan begitu yakin dan santai? Sebahagian kecil jawapan mungkin berada pada pengalaman keluarga.

Penulis anekdot ini telah sampai ke kota London mengembara dengan keluarganya pada usia belasan tahun. Boleh jadi pengalaman itu menyuntik semangat untuk terus menjadikan kembara sebagai suatu gaya hidup.

Satu lagi jawapannya ada pada kata 'mudah' - apabila menghadapi sesuatu dalam kembara dengan hati yang reda, semua yang susah menjadi mudah. Inilah yang diamalkan oleh penulis yang jelas selalu bersikap 'kepala dingin' dalam apa-apa juga situasi yang dihadapi.

Tepat sekali kata 'Mudah' itu menjadi sebahagian daripada tajuk karya tentang Musafir ini!
Profile Image for Nor Kamariah.
21 reviews6 followers
July 21, 2023
Buku ini dipilih untuk dibaca bersempena hari pertama dalam tahun hijrah 1445. Sambil lagu Maal Hijrah klasik tahun 80an terngiang-ngiang di telinga, helaian buku ini diselak satu persatu.

Pada mulanya saya berasa aneh kerana buku ini tidak ditulis dalam satu jalur masa yang biasa. Tidak ada tanda-tanda penulis 'flashback' dan kembali ke jalur masa yang asal. Rupa-rupanya keseluruhan buku ini adalah imbauan kenangan penulis tanpa syarat menurut urutan masa. Ia melompat dari tahun belakang terus ke hadapan, kemudian ke tengah dan tiba-tiba ke belakang kembali. Lama-kelamaan saya sudah tidak kisah tentang hal itu dan tidak lagi memaksa otak untuk cuba mengecam ini pada waktu yang mana ya! Saya sudah boleh menghayati cebisan kisah yang ingin dikongsi. Itu lah keunikan buku ini bagi saya!

Saya juga seorang yang suka bermusafir. Cuma akhir-akhir ini saya banyak bermusafir solo dek tuntutan tugasan ke luar negara. Pengalaman penulis dapat mengembara bersama Belahan Jiwa, Paan, Waja dan Opal, mencubit rasa cemburu kerana tidak dapat merasai pengalaman yang sama. Tapi hal ini juga menjadi penguat rasa untuk berusaha mengalami musafir bersama keluarga pada hari mendatang! InsyaAllah.

Walaupun saya banyak bermusafir, hampir kesemua destinasi penulis (kecuali ke tanah suci) tidak pernah saya jejaki. Ironinya penulis juga tidak menulis tentang destinasi yang pernah saya jejaki. Barangkali ianya satu panggilan untuk saya turut berkongsi rasa menulis tentang daerah-daerah asing yang pernah saya lewati. InsyaAllah.

Terima kasih penulis kerana berkongsi sebuah kisah hidup yang sedap dibaca 🥰

Profile Image for Bidasari.
305 reviews
October 7, 2025
Hidup kita ialah perjalanan permusafiran yang berterusan bermula dari saat kita lahir hingga kita menghembuskan nafas terakhir.

Buku travelog permusafiran bertemakan keretapi + pengalaman hidup penulis bersama suami dan anak-anak melalui 50 cerita pendek yang nyaman dibaca sambil minum teh o atau kopi o panas di kala hujan.

Membaca pengalaman penulis dan keluarga menunaikan Haji dan Umrah, mengembara merentasi negara Turki, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong dan United Kingdom membuatkan pembaca terbuai sama dengan keindahan pemandangan, keenakan makanan, kesejukan salji, ketenangan air laut membiru, dsb.

Ia juga membangkitkan rasa hendak jalan-jalan cari makan dalam diri😅.

Pengalaman asam garam rumah tangga, bersama mengharungi kehilangan dan isu kesihatan, membesarkan anak-anak, memberi ruang dan nasihat kepada anak-anak di dalam memilih kerjaya dan dalam menjalani kehidupan boleh memberi tauladan kepada pembaca.

Buku yang disertai dengan lakaran bangunan dan pemandangan serta quotes di setiap permulaan cerita membuatkan buku ini manis sekali.
Ada beberapa puisi yang menyerikan buku yang bikin hati galau mahu packing bag dan terus naik keretapi pergi bermusafir😅.

A very sweet and soothing read.
Profile Image for Naz Banu.
36 reviews
March 8, 2024
Buku ini saya pinjam dari Perpustakaan Negara.
Buku yang sangat menarik dan sangat berbeza dengan kebanyakan orang suka bermusafir.
Pada masa kini, jika dilihat ramai kenalan kenalan bermusafir akan kemaskini media sosial mereka dengan gambar gambar yang sungguh cantik. Saya suka melihat media sosial mereka yang penuh dengan gambar gambar bermusafir, tambahan pula bermusafir bersama travel agensi. Mudah sangat.

Namun demikian selepas membaca buku ini, pandangan saya berubah dan saya dapat pengetahuan dan pengajaran yang indah serta ilmu setiap kali saya bermusafir, saya juga mendapat ilham dan fasa perjalanan saya cukup memberi inspirasi kepada diri saya.

Tulisan yang baik dan menarik.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.