Seluas manapun samudera Alam Melayu, nescaya ia tidak mampu membataskan rasa dendam, kehendak percintaan dan cita-cita agung Atma dan teman-teman. Baik melanun di laut luas, atau menjadi askar upahan Sultan menentang bangsa penjajah di daratan, tiga perkara inilah yang menjadi azimat mereka menghadapi hari muka.
1640 Masihi. Tahun penentuan. Baik buat Johor dan Acheh. Baik buat Belanda dan Portugis. Di Kota Melaka, takdir empat kerajaan besar ini bakal diikat Tuhan Yang Maha Esa.
Antara bahtera Mendam Berahi dan berahi terpendam di dalam jiwa. Antara kehendak peribadi dan kebajikan anak bangsa, jalan manakah yang bakal Atma dan teman-temannya pilih?
Apa yang pasti, tidak kira Naga Laut, Hantu Air, Manusia Kerbau setinggi langit hatta raksasa agung Si Pauh Janggi, tiada apa yang mampu melunturkan kemahuan Atma dan teman-teman untuk membentuk takdir dengan tangan sendiri
Karya ini ditulis untuk mendefinisikan semula maksud 'lanun', agar ia lebih selari dengan sejarah dan tidak berkiblatkan naratif Hollywood semata-mata. Di dalam karya ini pembaca akan dibawa mengenal konsep seperti 'letters of Marque' (yang saya terjemahkan sebagai 'lanun bersurat'), lanun tak bertuan dan pelbagai lagi.
Karya ini juga ditulis untuk menjelaskan kepada pembaca bagaimana istilah 'lanun' itu sendiri diguna pakai oleh penjajah untuk memberikan imej buruk kepada pelaut Alam Melayu.
Meskipun karya ini tetap sebuah fiksyen, dan ditulis dengan lesen kreatif agar lebih menarik dan mudah difahami, saya harap ia mampu menambah dinamik cara kita melihat sejarah.
Mencari Mendam Berahi mengisahkan perjuangan antara cinta, dendam dan cita-cita. Atma, seorang anak muda yang kehilangan keluarganya apabila kampung mereka diserang Portugis. Dia menyimpan dendam dan cita-cita untuk menghapuskan Portugis dari bumi Melaka.
Atma mempelajari banyak selok-belok tentang pelayaran melalui Nakhoda Malim. Dia kemudiannya membentuk kumpulannya sendiri dan belayar di atas kapal Sahmura.
Atma, Ryujin, Maya, Dang Anum, Pak Tigor, Teng, Mang dan Bayu berlayar dengan Sahmura untuk melanun serta mengumpulkan maklumat tentang perkara yang berlaku di Kota Melaka dan kawasan sekitarnya.
Ada kisah lucu dalam kembara mereka, ada juga ketegangan yang melanda. Kawan-kawan baru dan lama yang sedia membantu. Tidak dilupakan khianat yang hampir memusnahkan segala usaha.
Novel setebal 538 muka surat ini mempunyai kesinambungan cerita yang menagihkan. Bila dah mula membacanya, agak sukar mencari tempat untuk berhenti. Ceritanya bergerak pantas dan saya pun rasa seperti turut serta mengembara ke tempat-tempat yang disinggahi mereka.
Kisah ini berjaya membuatkan emosi saya turun naik. Baru rasa nak lega, tiba-tiba muncul halangan yang tidak dijangka. Biasanya halangan itu muncul bersama "Eka Wijaya".
Satu perkara yang dapat diteladani dengan kemunculan watak jahat Eka Wijaya. Perancangan manusia tidak pernah lengkap, ada perkara yang kita lupa pertimbangkan. Allah SWT sajalah perancang yang sempurna. (*bukan Eka seorang saja yang jahat, tapi dia macam yang paling menonjol.)
Cerita ini juga memaparkan pentingnya kesetiaan & kepercayaan. Tanpa kedua-duanya, mungkin perhubungan akan putus di tengah jalan. Lihatlah persahabatan Atma dan ahli Sahmura, walau ada perselisihan faham, perbezaan pendapat tapi berjaya diselesaikan dengan baik.
Kemunculan makhluk purbakala, perjanjian yang menuntut pengorbanan & penyeksaan tidak henti antara plot-plot ngeri.
Novel fiksyen berunsurkan sejarah, mistik, perjuangan, persahabatan & pengembaraan. Bakal dihidangkan dengan kisah cinta bersulam duka, dendam membara, kehidupan penuh pancaroba dan alam mistik yang mengerikan.
Terdapat juga beberapa bahagian yang meruntun jiwa. Surat Melati kepada Atma, ya...surat itu amat mengesankan. Watak Atma ni kan, kadang boleh disukai, kadang boleh bikin geram dengan tindakannya.
Secara keseluruhan, jalan cerita kemas. Boleh nampak bagaimana plot cerita ini berkembang. Naratif yang tidak bosan, dialog bersahaja dan pengakhiran yang baik.
Atma seorang lanun Melayu, nahkoda kapal Sahmura yang sering merentas lautan demi pelbagai tujuan. Namun dia bukanlah sekadar lanun biasa. Jiwanya punya pelbagai persoalan tentang dendam, cinta dan cita-cita hingga kadangkala dia sesat dalam pelbagai persoalan itu. Di kala lanun-lanun lain bersedia berkhidmat kepada siapa sahaja yang sanggup memberi upah, namun Atma tetap dengan pendiriannya tidak akan berkompromi dengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu.
Sebuah naskah yang bermula dengan agak perlahan namun bertambah rentaknya seiring perjalanan cerita. Sebuah naskah yang penuh dengan pelbagai emosi. Sedih, gembira, dendam, keikhlasan dan sebagainya diadunkan dengan sangat cantik di dalam naskah ini.
Dan tentunya naskah ini dipenuhi dengan pelbagai aksi. Ada aksi yang mampu mengundang tawa namun ada juga aksi yang mampu memberikan rasa nyeri di hati. Sememangnya semua aksi-aksi di dalam cerita ini digarap dengan teliti dan menarik.
SH suka dengan pengunaan ayat dialog di dalam naskah ini. Kena dengan garis masa yang diceritakan. Namun tidaklah terlalu puitis hingga sukar untuk difahami. Cukup sekadar menyampaikan rasa di zaman itu. Memang SH rasa seolah-olah dibawa mengembara ke zaman silam semasa membaca.
Dan SH suka bagaimana Atma ditegur secara kasar oleh Keramat Bidor untuk menyedarkannya. Kadangkala itu diperlukan andai bahasa lembut sudah tidak mempan dek hati. Sesekali ditampar dengan kata-kata itu mungkin mampu menerbitkan sebuah keinsafan. Cuma terpulang pada kita untuk menerima teguran sebegitu atau terus mengeraskan hati tidak mahu berubah.
Dan SH juga suka dengan elemen kekeluargaan dan persahabatan yang menjadi tulang belakang dalam cerita ini. Walaupun ada pergaduhan, ada perselisihan namun segalanya cuba dirungkaikan dengan kasih sayang.
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Berbekalkan dendam, cinta & cita-cita yang berbeza-beza, Atma & rakan-rakan lanunnya mengembara mencari hikmat purba; Keramat Kuala Bidor, Si Gadis Gharib & Pauh Janggi untuk kepentingan peribadi masing masing.
Cita-cita Atma untuk memerdekakan tanah air dikongsi bersama rakan-rakannya dengan mencari Mendam Berahi, kapal tua yg pernah menjadi kekuatan bangsa Melayu satu ketika dahulu.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Emosi kita baca buku ni sebijik macam naik kapal. Sat sat seronok tengok sunset, sat sat suspens kena redah ribut laut 🥵🤚🏻— 📈📉📈📉
✨TERSUSUN✨ Kalau ada one-word kita boleh bagi untuk plot buku ni ialah tersusun. Pengenalan watak, tempat persinggahan pengembaraan, world building, backstory disusun baik buat kita tak pening & takrasa tebal pun. Info world building tu cam smooth je time baca, tak awkward langsung, tu susah nak berhenti tu – 𝙖 𝙥𝙖𝙜𝙚 𝙩𝙪𝙧𝙣𝙚𝙧 𝙞𝙣𝙙𝙚𝙚𝙙! 👍🏻
📜 — 𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼, 𝘾𝙄𝙏𝘼-𝘾𝙄𝙏𝘼 & 𝘿𝙀𝙉𝘿𝘼𝙈
3 benda ni terlihat jelas dari setiap watak membuatkan watak dalam ni sangat manusiawi - morally grey character I would say, but … aren’t we all? Kerana dendam, upbringing kita berbeza. Kerana cinta, usaha sehari-hari kita juga berbeza. Cita-cita, kita adore macam mana semua watak dalam ni ada cita-cita dari hati diorang sendiri, tak dipengaruhi orang lain. Suami isteri yang berkesedudukan mempertahankan cinta yang sama pun belum tentu ada cita-cita yang sama sebab cita-cita tu dari hati masing masing. Bila 3 benda tadi tu jelas, mudah kita nak faham the reason, the decision making, the upbringing && character growth itself. Progressive character is what make this book very good 😭☝🏻
As always, Ilham terkenal dengan gaya penulisan yg bagus & yep Ilham berjaya kekalkan title tu. Buku ni ada ayat yang puitis, deep-meaning & paling penting, reflection & falsafah kehidupan yang buat kita *𝘵𝘦𝘳𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨* 👁️👄👁️ Plus point kalini, dialog karakter memang 𝘬𝘭𝘢𝘴𝘪𝘬, 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭 ‘𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱’ 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘣𝘢𝘥 𝘬𝘦-16. Rasa macam sama-sama hidup zaman wayang hitam putih gitu 🎬
Takeaway kita paling utama dari buku ni mungkin ‘𝙖𝙥𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙘𝙞𝙩𝙖-𝙘𝙞𝙩𝙖’. Tiap kali Atma ditanyakan soalan “𝚖𝚊𝚑𝚞 𝚊𝚙𝚊 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚑𝚒𝚍𝚞𝚙”, kita pun tertanya-tanya pada diri sendiri. Cita-cita kita ada untuk esok sahaja ke, atau untuk 10 tahun akan datang? Yang ditetapkan mak ayah atau yang ditetapkan standard masyarakat? Do take your time dalam mencari keinginan diri sendiri, cukuplah kita tahu yang pentingnya kenal diri & tetapkan cita-cita kerana tanpa cita-cita, tindakan sehari-hari kita sentiasa datang dari hati yang berbolak-balik dan tak tetap pendirian. Jadi, teruskan mencari 💖✨
Overall, buku ni bittersweet? Sedih tapi realisitik but oh, that’s life isnt it? 🥲
Fiksyen tentang lanun alam Melayu dalam usaha mereka membebaskan tanah air daripada jajahan luar. Membaca buku pertama penulis, Cinta Terbelah di Laut Merah yang saya kira seimbang elemen sastera dan popnya membuat saya meletak harapan yang tinggi untuk karya ini. Penulisannya baik. Tak dinafikan saudara Ilham memang seorang penulis berbakat.
Nama-nama yang sangat kena dengan watak, memberi nuansa Nusantara yang pekat. Atma, Melati, Bayu, Engku Manis. Plotnya jelas. Kita segera faham tentang misi dan motivasi watak-watak yang ada. Seperkara lagi yang saya suka - watak-watak perempuannya tidak lembik.
Walaupun ceritanya panjang (tak silap, novel ini ada lebih 100,000 p.p.), tapi babnya pendek-pendek. Jadi tak rasa bersalah untuk berhenti rehat di antara sela bab-bab ini dan boleh sambung semula di mana kita tinggalkan.
Ada pengaruh One Piece dan Pirates of the Carribean, mungkin. Tak semena-mena terbayang wajah Ryujin seiras Roronoa Zoro yang kacak. Saya juga membaca bab akhir bertemankan OST PotC, khususnya The Kraken. Ia memberi lebih rasa kelanunan itu. Cubalah.
Fantasi nusantara adalah genre popular masa kini. Saya syorkan peminat fantasi nusantara untuk membaca karya ini. Alang-alang buat koleksi, boleh juga cari sekali Naskah Terakhir Laura Isabell tulisan Anna Lee dan Bagaikan Puteri (RAM), juga dalam kategori yang sama.
Syabas buat penulis. Semoga terus mencabar diri menghasilkan karya-karya yang menarik.
⭐ ISI KANDUNGAN Mencari Mendam Berahi ialah sebuah perjalanan mencari sebuah bahtera hebat yang menjadi lambang kemegahan bangsa Tanah Melayu. Namun begitu, mencari bahtera ini bukanlah matlamat utama dalam pelayaran Atma dan rakan-rakan lanunnya. Kerap kali mereka terpaksa menangguhkan hasrat ini disebabkan peristiwa-peristiwa lain yang perlu diutamakan. Buku ini berkisarkan perjuangan, percintaan dua insan, persahabatan, kekeluargaan, kesetiaan dan pengorbanan.
⏳ YA/TIDAK Jika anda peminat buku fiksyen fantasi seperti siri Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid, siri Takdir karya Hilal Asyraf atau mungkin novel Ketupat Cinta karya Faisal Tehrani, mungkin anda boleh cuba baca buku karya Ilham Mazalan ini. Ini kali pertama Dija baca karya daripada Ilham Mazalan dan pastinya Dija teringin baca karya-karya beliau yang lain pula. 👍🏻👍🏻
Jangan terlampau serius bila baca buku genre fantasi, nanti anda tak berjaya menikmatinya. Santai-santai sudah! Bayangkan macam tengah layan filem Pirates of the Caribbean. Mesti syok!
*Kalau boleh, disertakan juga nota kaki untuk dialog yang menggunakan bahasa asing agar mudah difahami.
👤 KARAKTER Berbanding watak utamanya, Atma, Dija lebih memilih watak dan perwatakan yang dibawa oleh Dang Anum. Dang Anum lebih teratur dalam mengatur strategi dan bijak dalam tindakan. Walaupun kadang-kadang, Dang Anum atau Nunu agak kebudakan, tetapi dia mampu berfikir dengan waras pada waktu gentir.
📝 PLOT Cerita dimulakan dengan baik melalui pengenalan watak Atma dan Melati. Seterusnya, pengembaraan Atma dan rakan-rakan lanunnya. Setiap peristiwa dapat difahami dengan mudah melalui bab-bab yang telah dibahagikan mengikut peristiwa besar/pelabuhan yang mereka singgah. Plot klimaks pun sangat menarik hinggakan tak sabar nak tahu kesinambungannya. Pengakhiran cerita pun sangatlah mendamaikan. ❤
Behold, this is my new favorite fiction malay book.
Firstly, I love reading something that is packed with non-stop action, filled with different morals and different principles between characters, that plays with my emotions so much that I have to take a break from time to time, and that leaves my heart empty after finishing the book.
Mencari Mendam Berahi has it all.
Atma and his pirate friends embarked on a legendary adventure to free Malacca from Portuguese colonization. Most of the action took place at sea as Atma sailed through the Strait of Malacca in his glorious ship Sahmura, and boy oh boy did I feel like I was on the ship for the entire reading session as the experience was immersive.
Not gonna lie, I felt like I was the one who robbed the Dutch and Portuguese ships, went to the greatest war with Atma and his friends, and marveled at all the monsters mentioned in the book (there's a giant buffalo, a sea dragon, a gallant crab, and a princess!). I really can't say anything negative about the adventure aspect. Just magnificent.
The character development and the conflict between them were on par with the adventure aspect. Perfect. All of the characters' unfortunate pasts made them who they are today. Atma's revenge to defeat the Portuguese army because his family was brutally killed when he was a child, the problems and issues of their friends, everything has its cause.
Last but not least. The classic and poetic malay language; the main reason why I love this book so much. You see, language plays an important role in conveying deep messages, but when combined with beautiful language, the meaning also becomes beautiful.
I thank the author for creating this masterpiece. The effort to gather the ancient history of Peninsular Malaysia, the effort to create such memorable characters, the language and so on.
I am now a fan of Ilham and will definitely buy all his works.
Trigger warnings ⚠️ : Domestic abuse (sexual assault), violence and gore
1. Plot sangat menarik dan tersusun. 2. Watak semua diolah dan dikembang dengan baik. Walaupun wataknya kucing. 3. Susunan ayat dan dialog sedap dibaca. 4. Plot twist best, ada yang dapat dijangka, yang tak terjangka tu, kena berhenti kejap pembacaan untuk hadam sebab "mengejutkan, mindblowing & unexpected" sangat. 5. Penceritaan kisah cinta yang tidak keterlaluan (tapi memberi kesan), dan sesuai dgn zaman. 6. Plot perang dan lawan-lawan mendebarkan dan diterangkan dengan baik. 7. Ada peta dan surat! Sebab suka dua2 ni. 8. Dalam bercerita, banyak juga unsur nasihat dan "points to ponder" yang diselitkan. Juga ada nilai kasih sayang antara saudara, teman-taman, sifat setiakawan, kesetiaan dan lain-lain.
Baca 4 hari je, dah habis. Salah satu buku fantasi/historikal terbaik pernah dibaca.
Looking forward to read more books from this author.
Cerita best giler!!! Pirates ver melayu lama Enjoy sangat baca naskah ni,banyak kisah mitos atau lagenda yang dimasukkan.Kisah ini memfokuskan perjuangan anak muda bersama rakan-rakannya berusaha membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman Portugis.
Suka dengan latar kisah lanun di Tanah Melayu. Lain daripada lain. Kejutan demi kejutan juga menjadikan cerita yang bergerak agak perlahan ini jadi lebih mengujakan. Cuma ada beberapa ketika, aku rasakan yang ceritanya bagai tidak tahu arah tuju. Banyak sangat perkara ingin dimasukkan.
Ada beberapa yg I tambah dalam review ni - (4.5 bintang)
"Jiwa inilah pandu arah kita, Bayu." — Mencari Mendam Berahi oleh Ilham Mazalan
☑️ Fantasi fiksyen sejarah ☑️ Pengembaraan lanun ☑️ Sumpahan, hikmat dan makhluk purba ☑️ Perebutan kuasa empat kerajaan besar ☑️ Tentang kemerdekaan dan persahabatan ______
Andai kamu ada dendam, cinta, dan cita-cita, yang mana harus dilunas dahulu?
Itulah keadaan Atma. Kecelaruan. Lanun melayu punya jiwa berselirat. Ada matlamat namun masih samar. Seperti kita yang masih terawang mencari makna hidup — Begitulah Atma. Diselubungi dendam dek kerna keluarga dibunuh Portugis, dikasih oleh cinta Melati dan anak-anak kapal, penuh dgn cita-cita untuk bebas merdeka. Kita 2x5 rupanya, Atma.
Namun ada apa dgn Mendam Berahi dan Gadis Gharib? Yang digeruni ramai. Itu matlamat Atma. Buat pembebasan sumpahan, buat perang besar mendatang (saja teaser lebih sikit boo 👀) Jgn ckp pasal aksi sbb aksinya juga intens.
Disebabkan buku ini penulisannya indah, buat kita jadi auto puitis pula. This is so not me! 😆 *okay sambung* ______
Apa yg kita masih tidak boleh move on: EVERYTHING.
Kita suka dgn pengakhiran Melati yang digarap dgn baik. Tetap dgn pendirian. Seorang wanita kampung yg berjaya pecah kepompong stereotaip. Pemangkin (catalyst) kpd Atma dan kesangsian Atma selama 12 tahun itu dibalas dgn adil. Setimpal dgn apa yang Atma tunjukkan.
Dan buku ini bkn saja gah drpd segi aksi — jalan ceritanya juga mengangkat martabat wanita. Trust me, you will be surprise with all the female characters. Every one of them deserve the recognition. Especially Dang Anum.
Dan yang paling kita suka, interaksi antara karakter. Semua menghiburkan. Yg baik, yg jahat. Semua sama. Terlalu manusia. Semua ada back story sendiri. Ada part kita sedih, blushing, heart-touching, rasa dikhianati. Eh semua lah. ______
Tetapi sejujurnya, pace pada permulaan tu agak slow. Bila dh sampai 200++ m/s baru nmpk tujuannya kemana. Dan kita mengharapkan lebih pada part Mendam Berahi itu sendiri. Sebab tajuknya dah khusus mengatakan 'Mencari Mendam Berahi'. Tetapi kita tak berapa nampak the highlight of that 'thing'. Kalau ada pun, pertempuran akhir dgn Eka Wijaya tu, kapal itu masih tidak tunjuk taringnya sangat. Apa pun, karya yg indah. Penuh dgn pengajaran. Dan jaga-jaga, ada part yg triggered juga.
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Jangan sampai ada sekelumit cinta terhadap dunia dalam hatiku." - Atma
Sebuah karya fiksyen fantasi berunsurkan sejarah yang membawa kita menyelusuri hidup seorang lanun Alam Melayu bernama Atma yang mahu membebaskan tanah air daripada jajahan Portugis. Berlayarlah Sahmura dengan ketua nakhoda, Atma, bersama anak kapalnya mencari Mendam Berahi, sebuah bahtera yang dikatakan lambang keberanian dan semangat bangsa Melayu. Bukan mudah perjalanan mereka, seringkali berdepan dengan halangan terutama daripada Eka Wijaya.
Buku ini tebal maka panjang ceritanya, namun tiada satu detik pun yang aku rasakan ceritanya lewah malah tempo penceritaan yang agak laju memberi keseronokan ketika membaca. Setiap peristiwa dalam pengembaraan Sahmura dibahagikan dalam bab yang merujuk kepada tempat/pelabuhan yang mereka singgah. Ini menjadikan susunan cerita sangat teratur dan mudah difahami. Selain itu, setiap satu watak dalam buku ini mempunyai kedalaman watak mereka sendiri dan aku suka apabila penulis tidak hanya mengutamakan watak utama dan menjadikan watak sampingan turut sama penting dalam menyumbang impak positif bagi keseluruhan cerita. Sungguh kasih aku kepada semua watak terutama Dang Anum dan Maya 💛
Dendam, cinta, dan cita-cita dimiliki oleh semua watak dan ini banyak mempengaruhi dalam tindakan mereka. Buku ini banyak memberi pesan mengenai kehidupan, juga kebebasan yang amat didambakan. Betapa sukarnya untuk membuat keputusan dan mengekalkan prinsip sendiri setiap masa.
Buku pertama daripada Ilham Mazalan yang dibaca dan harus diakui yang aku cukup suka dengan bahasa penulisannya yang cukup puitis, juga laras bahasa yang digunakan amat sesuai dengan latar cerita yang membuatkan aku dapat merasai suasana pada abad itu. Seronok membacanya! Plot klimaks juga sangat menarik dan the last battle, fuh, berkobar-kobar semangat aku membayangkan! 🤩
Tahniah penulis kerana menghasilkan sebuah karya yang membawa erti kecintaan kepada tanah air dan perjuangan bangsa, juga pembelajaran mengenai kehidupan dan hubungan sesama manusia. Akan ku baca karya anda yang lain 🤗
🌟: 4.7/5
Terima kasih Fiksyen Mahakarya untuk pemberian naskhah ini 🫶🏻
setting: zaman penjajahan Portugis - kejatuhan Melaka
summary: Kisah pengembaraa Atma, kapten kapal Sahmura dan rakan2 lanun dalam mencari bahtera Mendam Berahi yang menjadi lambang kekuatan bangsa Melayu.
Tetapi dalam diam Atma ingin mencari si gadis Gharib yang menurut hikayat mempunyai kuasa menghancurkan tentera manusia. Atma simpan dendam dan cita2 untuk menghapuskan Portugis dari bumi Melaka.
Banyak peristiwa suka dan duka yang berlaku sepanjang pengembaraan mereka itu..
my thoughts?
1. Buku ni best gilaaa. Automatik dah jadi buku melayu fantasi favourite aku untuk tahun 2023.
2. Walaupun tebal tapi fast paced. Gaya penulisan penulis buat aku rasa macam termasuk sekali kat dalam tu belayar kat satu2 tempat on every chapter.
3. Paling aku teruja sebab banyak makhluk pelik. Aku paling suka naga laut walaupun dia on the bad side 😆 Labah2 setan aku paling benci sebab dia paling jahat pastu dan buruk! Aku ni pulak arachnophobia.
4. There's so many good messages! Aku suka unsur sarkastik yang penulis masukkan. Scene yang Eka Wijaya baru lepas solat tapi terus seru setan. Aku macam speechless kejap 😂
5. The last battle was epic! Scene bila kapal2 lanun muncul belakang kapal belanda dan Johor nak join berperang tu aku pulak yang berkobar2 😂
6. Overall, I love this book so much! Tolonglah baca. Tak boleh nak story lebih2 nanti spoiler 😆
"Tidak ada kehendak tanpa perjuangan, dan sebesar-besar perjuangan ialah apa yang paling dekat dengan hati sendiri. Andai menyantuni yang di sekeliling sudah gagal, usah difikirkan nasib cita-cita yang lebih besar!" - Keramat Kuala Bidor.
▪️▪️▪️
Kerana dendam, cinta dan cita-cita, Atma dan rakan-rakan lanunnya berlayar bersama Sahmura, mengembara mencari Keramat Kuala Bidor, Si Gadis Gharib dan Pauh Janggi untuk kepentingan masing-masing. Di samping memerdekakan tanah air dari penjajah, mereka juga mencari Mendam Berahi — sebuah kapal tua yang pernah menjadi lambang kekuatan bangsa Melayu suatu masa dahulu.
▪️▪️▪️
Sebuah novel fiksyen sejarah yang penuh dengan mesej tentang cintakan tanah air serta sarat dengan elemen persahabatan dan kekeluargaan. Ia juga berunsur perjuangan yang menaikkan semangat ketika membacanya.
Kisah cinta Atma dan Melati yang terhidang juga bersulam suka dan duka serta dendam. Watak Atma, boleh disukai dan boleh juga menerbitkan geram.
@ilhammazalan juga terkenal sebagai penulis yang sentiasa indah gaya bahasanya. Sedap dibaca, sampai ke hati. Plot ceritanya juga tersusun. Menarik sekali, apabila penulis juga menyuntik unsur mistik di dalam pengembaraan Atma dan sahabat-sahabatnya. Kemunculan makhluk purbakala yang terikat perjanjian serta cara teguran Keramat Kuala Bidor terhadap Atma antara babak yang meninggalkan kesan.
▪️▪️▪️
"Jangan kau jatuh cinta. Cukup kau mencintai. Jangan sesekali kau jatuh. Dunia terlalu sulit hendak diurus apabila kau terperosok ke tanah." - Atma.
I- I'm in love. Terlalu indah setiap bait kata jika hendak diulas. Terpegun, terkaku membaca tiap patah perkataan. Moga yang baik sahaja untuk saudara Ilham. Saya titipkan doa di penghujung helaian penamat moga Ilham sentiasa diilhamkan untuk terus berkarya. Jagalah anugerah Allah ini sebaiknya & terus melangkah kehadapan bersama karya baru yang sudah pasti wajib saya miliki.
Mencari Mendam Berahi mengisahkan seorang pemuda bernama Atma; juga seorang lanun di Alam Melayu yang bercita-cita untuk membebaskan anak bangsa dan tanah air daripada belenggu penjajahan Portugis. Dibawanya Sahmura berlayar bersama-sama anak kapalnya bagi mencari makhluk-makhluk legenda dan ghali Mendam Berahi sebagai persediaan untuk berhadapan dengan Portugis. Namun, kelana Atma dan teman-temannya tidak mudah. Satu-persatu halangan menimpa dalam kembara mereka melunaskan dendam, memperjuangkan cinta, dan melaksanakan cita-cita mereka.
Susunan cerita sangat teratur dan tempo penceritaan buku ini laju. Mudah saya imaginasikan perjalanan cerita dan boleh dikatakan tiada bahagian yang saya rasa bosan pun.
Bukan buku Ilham lah kalau tidak kita puji bahasa penulisannya yang cantik dan indah. Untuk Mencari Mendam Berahi ini, penulisannya bukan sekadar puitis tetapi laras bahasanya juga sesuai dengan latar masa cerita ini. Setiap kali membaca, mesti terasa seperti berada pada zaman dan suasana Alam Melayu abad ke-16.
Mungkin sebab itu juga lah saya dapat menghayati pembacaan dengan sebaik-baiknya, sampai menitik lah air mata bila baca bab-bab tertentu. Sehinggakan ada masa-masanya terpaksa berhenti membaca, tutup buku sekejap sebab rasa sesak betul dengan perasaan terutamanya kisah Atma dengan Melati *tarik nafas*
Setiap watak dalam buku ini punya dendam, cinta dan cita-cita mereka sendiri. Tiga perkara ini sering menimbulkan konflik dalaman dan banyak mempengaruhi tindak-tanduk watak-watak tersebut. Suka saya melihat penulis tidak hanya fokus pada Atma sahaja tetapi turut menjadikan kisah watak-watak sampingan sebagai elemen penting yang memberi impak kepada keseluruhan cerita.
Watak yang paling saya suka pula ialah Dang Anum (My girl Nunu yang bijak, berhati tulus 💕). Bagi saya, watak Dang Anum atau Nunu inilah watak yang paling tetap pendirian, paling "bebas" dan "merdeka". Tindakan dan keputusan yang dia lakukan, semua atas kehendak sendiri.
Buku ini sarat dengan pesanan tentang hidup. Secara peribadinya, paling saya terkesan apabila beberapa watak berulangkali menanyakan soalan kepada Atma tentang apa sebenarnya yang dia mahukan dalam hidup. Secara tak langsung, pertanyaan "Apa yang kau mahu sebenarnya, Atma" itu turut saya ajukan pada atma saya sendiri (dan kata-kata ini bermain-main dalam fikiran saya berhari-hari lamanya 😅)
Pada hemat saya, "Mencari Mendam Berahi" ialah kembara mencari keinginan sebenar yang terpendam dalam hati, tentang apa yang watak-watak dalam cerita ini inginkan dalam hidup mereka. Buku ini juga tentang kemerdekaan dan kebebasan; bukan saja kemerdekaan tanah air tetapi juga kebebasan diri, bebas dalam memilih dan menentukan hala tuju hidup.
Kesimpulannya, Mencari Mendam Berahi bukan sekadar novel fantasi/fiksyen sejarah yang berkisarkan ghairah pengembaraan mencari harta karun dan kisah legenda, tetapi juga buku yang baik untuk kita belajar dan berfikir tentang diri sendiri, kehidupan dan hubungan sesama manusia. Boleh dikatakan, ini karya Ilham Mazalan yang paling saya suka, paling sampai rasa-nya dan mungkin inilah karyanya yang terbaik (setakat ini). Terima kasih kerana menulis dan teruskan menulis, Ilham!
Fiksyen sejarah yang tak bosan. Memang tak menyesal baca. Dengan bahasa² melayu yang berbunga². Cuma, kenapa lar Melati tu buat keputusan macam tu. Kesian tau si Atma.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Genre : Fiksyen Sejarah Fantasi Latar Masa : masa Perang Tiga Segi / Perang 100 tahun Johor - Portugis - Acheh Watak : berlaku pembangunan perwatakan setiap watak yang ada. Gaya bahasa : bukan Ilham Mazalan lah kalau ayat tak cantik, tak sedap, tak menarik. Emosi : naik turun emosi waktu baca. mohon kuatkan hati ketika membaca 😤 Plot : binaan plot dari permulaan sehingga peleraian memang mantap. Rating : ∞ ⭐️ 😆
Kisah perjalanan dan perjuangan lanun untuk menyempurnakan dendam, cinta dan cita-cita. Hey, ini kisah lanun bukan sebarang lanun. bukan lanun perompak yang ingin meningkatkan kekayaan sendiri tapi lanun yang ada maruah diri untuk membebaskan tanah air yang tercinta, memperjuangkan cinta kepada kekasih dan adik beradik, anak dan isteri serta rakyat yang menanggung perit akibat penjarahan mereka yang mengaku mempunyai tamadun yang hebat.
Apa yang menarik dalam novel ini :
1. Dendam, Cinta dan Cita-Cita. 3 perkataan berjaya disampaikan dalam binaan plot yang disusun dengan baik sangat. setiap watak ada 3 perkataan tu. menarikkan? Baik, ceritanya, watak utama iaitu Atma telah kehilangan keluarga apabila berlaku serangan Portugis ke atas Johor menyebabkan dia berdendam dengan bangsa penjarah ni dan dalam masa yang sama dia menyulam kasih dengan Melati , tapi, cinta kepada Melati tidak memadamkan Cinta kepada Tanah Air, Dendam kepada Bangsa Penjarah tak guna dan Cita-cita membebaskan tanah air daripada cengkaman si Kulit Putih. Atma menjadi orang laut yang turut terlibat dalam aktiviti pelanunan. Tapi lanun yang bermaruah. seriuslah? yaa sebab harta yang dia rompak daripada bangsa penjajah itu dia kembalikan kepada rakyat semula. pengembaraannya bersama rakan-rakan lanun ini yang menarik. setiap mereka ada Dendam, Cinta dan Cita-cita. mereka melengkapi antara satu sama lain dalam misi mencari Mendam Berahi.
2. Mendam Berahi : sebuah kapal laut yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu. aku suka ayat kenapa Portugis ingin mencari Mendam Berahi : "Nilai Mendam Berahi ada pada namanya. Pada kapal itu terpendam berahi dan semangat membuak-buak dalam diri orang Melayu. Semangat, cinta dan rasa bangga terhadap bangsa sendiri. Andai orang Melayu berjaya mencari kapal itu, nescaya seluruh anak bangsanya yang berseteru akan kembali bersatu. Mendam Berahi sebuah lambang perjuangan. Portugis amat takut perlambangan ini kembali dimiliki oleh orang Melayu". kenapa nak Atma dan rakan-rakannya cari Mendam Berahi kebanggaan Melaka ni? dalam kapal itu ada harta yang banyak, Geliga Jawa untuk batalkan sumpahan dan ingin merampas Melaka dari genggaman Portugis
3. Sumpahan - kerana Cinta, Maya dan Ryujin Iznagi telah disumpah oleh Mak ayah Maya yang mana mereka tidak boleh memijak tanah yang sama. apabila seorang di darat maka seorang lagi perlu di laut. Dendam terhadap sumpahan tersebut yang turut menyebabkan anak mereka mati menjadikan Cita-cita mereka mencari Mendam Berahi untuk mendapatkan hikmat Geliga Jawa yang boleh membatalkan sumpahan mereka.
4. Si Gadis Gharib - haa ni menarik juga. seorang wanita bunian yang jatuh cinta kepada manusia namun sayang lelaki yang dicintainya terlibat dalam perang sehinggakan terkorban. kerana Dendam akan kematian kekasihnya maka marahlah si Gadis ini dan telah memporakperandakan keadaan dengan terjun ke dalam gunung berapi yang menyebabkan kawasan musnah - merujuk kepada tenggelamnya pentas sunda dan sambungannya ... - sila beli buku dan baca. bukan saja Si Gadis Gharib tetapi ada Naga Air, Si Pauh Janggi, Keramat Kuala Bidor, Lusi, Labah-labah setan haa menjadikan jalan cerita semakin rancak 🙌🏻
5. Ekspedisi pelayaran dalam cerita ni aku rasa hidup sebab boleh bayangkan dan boleh rasai. Gembira, sedih, sakit, ketawa, dendam memang terasa. Bayangkan kisah sejarah peristiwa Perang 100 tahun itu memang fakta tapi aku macam terpaku dan terkaku macam mana penulis boleh garap jalan cerita tu dengan baik dengan fiksyen yang wowww. bahkan kisah Pentas Sunda tenggelam pun ada (tapi penulis tak tulislah, pembaca kena cakna) TUNGGU APA LAGI? Kami dah baca , anda bila pula? Pergi beliii jangan buang masa . duit anda tidak akan terbazir sebab jalan cerita memang berbaloiiii !!! Good Job Ilham 🙌🏻
Awal bacaan buku ini dapat aku rasakan bahawa buku ini bersifat malar segar kerana tidak terikat dengan trend penulisan semasa, ayat-ayat pula diatur kemas seolah-olah buku ini adalah satu penceritaan oleh si penglipur lara. Habis sahaja buku ini dibaca, habis sahaja lara telah dilipurkan maka inilah dia beberapa kesukaan dan kepahitan yang aku rasa dalam buku ini.
1. Karakter-karakter dengan personaliti membina
Aku suka bagaimana penulis mengajak pembaca untuk mengenali watak utama di beberapa bab pertama. Hal ini sebenarnya penting untuk kita kenali bagaimana orangnya yang bakal kita ikuti perjalanannya nanti, kenali tunjang perjuangannya, mengagak-agak misteri dalam kehidupannya, barulah ia menjadi sebuah sosok yang menarik untuk kita ketahui fikiran dan apa bakal tindakkannya.
Setelah itu barulah penulis berganjak memperkenalkan orang-orang penting, sahabat-sahabat dan seteru kepada watak utama kepada pembaca, untuk pembaca lebih peka dalam menabur empati.
2. Fiksyen sejarah dan cara penulisannya
Satu lagi hal yang aku kagumi adalah bagaimana cerita ini ditulis bersesuaian dengan zamannya (1640 masihi). Ayat yang digunakan terasa begitu kemas, perkataan yang dipilih terasa begitu teliti, tidak tergesa-gesa dan cukup untuk membangkitkan rasa ingin tahu.
Peristiwa lucu juga disampaikan begitu bersahaja, terlalu bersahaja sampai lawaknya mengena di hati, juga ada peristiwa yang mendebarkan dan menyesakkan seiring masa yang berlalu.
Adakalahnya juga air mata menitis kerana membaca tentang babak pertolongan yang dihulurkan meski orang yang menghulur itu kekurangan dari segala hal.
3. Konflik dalaman dan konflik keadaan
Apabila dua ini bertembung maka terjadilah dua hati untuk si watak utama. Pembaca pula akan ikut berpeluh memandang watak utama yang terjerat antara keputusan yang mustahak, siapa yang akan dia pilih dan kenapa dia memilih itu adalah soalan-soalan yang akan membuak di hati pembaca. Aku pula suka bagaimana fleksibel nya watak dalam cerita ini kerana aku seorang yang berpegang teguh dengan 'every rejection is your direction'. Apabila satu hal sudah jelas-jelas tidak endahkan kita, jangan dihiraukan lagi kerana itu bukan lagi kepentingan kita saat itu.
Satu karya yang baik untuk kita belajar perihalnya manusia, dalam keadaan yang begitu menjerat apabila segala keputusan melibatkan segenap isi daging dan maruah kita, memberikan kita persoalan-persoalan kehidupan tentang wajarkah apa yang kita inginkan itu dikejar?
Akhir kata, jika ada cerita dan buku yang sesuai digandingkan dengan buku ini adalah Six of Crow (Leigh Bardugo) dan cerita awam Robin Hood. Buku ini adalah berkenaan lanun yang tetap hidup bermaruah meski dengan cara yang salah (because the sultan need someone to get their hand dirt to do the dirty work), perjuangan antara dendam, cinta dan cita-cita. Pergolakan hati dan perasaan dan keadaan yang mengimpit menjadikan buku ini bacaan yang menarik untuk ditekuni halaman demi halaman.
"Selagi ada dendam pada mata kita, nescaya cahaya kebenaran tidak mampu masuk ke dalam kepala. Nescaya seluruh alam hanya mampu memperlihatkan derita."
Mencari Mendam Berahi, sebuah novel bergenre fiksyen sejarah/fantasi, mengisahkan sekumpulan lanun yang diketuai Atma atau dikenali sebagai Serigala Hitam di seantero samudera Alam Melayu, dalam merangka sebuah misi membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah dengan mencari susuk-susuk legenda yang boleh memberi kelebihan kepada mereka. Sepanjang usaha mereka mempersiapkan armada, terselit kisah-kisah melunas dendam, menjalin cinta dan mengejar cita-cita yang mendebarkan serta dihiasi pahit dan manis.
Novel ini bermula dengan kisah silam Atma dan kekasihnya, Melati juga diselitkan kisah legenda Gadis Gharib bagi memberi gambaran awal kepada pembaca berkenaan binaan dunia dalam novel ini yang sarat didiami makhluk legenda. Kemudian plot berkembang dengan baik sekitar kembara Atma dan rakan seperjuangan dalam merangka penentangan mereka. Walaupun novel ini tebal, tempo penceritaannya terasa laju kerana susunan plot utama dan plot sampingan disulam kemas hampir tiada unsur lewah. Selain Atma, penulis juga berjaya menjadikan setiap satu watak sampingannya mempunyai kedalaman watak serta memberi impak kepada peribadi Atma atau keseluruhan plot. Kekurangan ketara yang boleh mencacatkan cerita boleh dikatakan tiada, cuma masalah editorial kecil sahaja yang sedikit mengganggu. Tambahan pula, novel ini mempunyai laras bahasa yang mengekalkan gaya pertuturan orang terdahulu menjadikan pembaca dapat merasai suasana Alam Melayu pada abad ke-16. Antara perihal yang disentuh ialah ketidakadilan sosial terhadap golongan wanita dan bahana dendam yang boleh membinasakan manusia.
Secara keseluruhannya, Mencari Mendam Berahi bukanlah sekadar novel mengenai pengembaraan memerdekakan tanah air. Sepertimana novel debutnya, novel ini juga mengenai hubungan sesama manusia yang sarat pesanan dan falsafah kehidupan. Percubaan pertama penulis untuk menghasilkan sebuah karya fantasi berteraskan sejarah wajar dipuji dan boleh dikira berjaya serta mempunyai potensi menjadi karya terbaik ditulis olehnya.
Percubaan kedua saya untuk baca penulisan dari penulis ini dan it worth!!! Penulis masih mengekalkan political issue dengan selingan adventure, sedikit rencah romance dan kekeluargaan but this book much more better conpare to CTLDM.
Bahasa penulisan penulis memang kegemaran saya. Ditambah dengan elemen sejarah yang digarap dengan satu kisah yang membuai rasa. Atma, seorang kekasih, nakhoda kapal lanun Sahmura dan dalam masa yang sama seotang anak muda yang bercita-cita tinggi ingin membebaskan Melaka dari jajahan Portugis dan menggagalkan usaha Belanda untuk mendapatkan Melaka. Bersama-sama Dang Anum, Maya, Rujin Izanagi, adik beradik Bugis dan Pak Tigor, mereka menongkah lautan demi mencapai cita-cita.
Halangan demi halangan dirempuhi dalam usaha mencari Mendam Berahi untuk merungkai sumpahan yang membelenggu Maya dan Ryujin yang mana mereka terpaksa berhadapan dengan keramat-keramat sakti. Selamat berkenalan dengan Naga Sakti dan Pauh Janggi🐉🦀
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisahnya seperti cerita Pirates of Caribbean tapi berlatar belakangkan kisah zaman penjajahan negara asing di Tanah Melayu. Hero yang tidak didendang, sejarah yang tidak tertulis.
Jalan cerita dgn plot yang bagus. Tapi rasanya perlu ada 'trigger warning' sebab ada babak yang berkaitan dgn penderaan, penderaan seksual, pencederaan diri sendiri, darah dan sebagainya dan yg paling terkejut bab sula tu...seram baca.
ONE OF MY BEST AND FAV READ OF 2024!! best sangat2 i loveeeee especially atma, dang anum, and bayuuuu! Sukaaa sangat2 cara author tulis seronok and i feel like me myself are in the book. Saya recommend sangat sangatttt
Tepukan gemuruh utk penulis yang buat kisah lanun , penjajh, sejarah, alam graib dan percintaan .
Memng bestt . Plot twist dia agak mengejutkn like scene tu biasa je tapi macam mana dia buat bnda tu jadi gempak , that amazing 🤩
Tapi tu laa dr buku karga pertama penulis lagi rasa rasa macam spoil sikit adalah maksud perkataan . Cth ayaht dlm portugis . Dan saya sebagai pembaca kena berteka teki . Tak baik tau penulis at least letak kat bawa maksud ayat tu . So saya boleh baca dan faham apa yg nak penjajah tu sampai kan . Even takdelah sampai last page tapi tak syok la kalau baca x faham kan ?
Overall best je . Dr awal sampai akhir . Tapi buku ni jugak ada bahagian yang mengerikn . Macam mana penulis tunjukkn aksi tersebut dlm perkataan yang menjadikn scene tu hidup ? ! Like that laa .
Semua nya cukup rasa . Melati dgn atma ni nama yang unik dan klasik . Saya sukaaa .
Buku ketiga berjaya habis baca karya Ilham. Yang ni paling tebal dan besttt. Haha.
Genre aksi yang sangat memuaskan. Tak berhenti babak aksi. Habis yang ni, masuk pengembaraan baru, habis pengembaraan tu terpaksa berdepan pengembaraan yang lain pula. Dan matlamat pengembaraan hanyalah satu, membebaskan kota Melaka. Dan pembaca takkan dapat jangka apa yng akan berlaku seterus dan seterusnya. Dengan adanya plot twist dan sebagainya.
Dari segi emosi, penulis berjaya menarik minat dan bermain dengan emosi. Ada rasa geram, marah, benci, sedih dan cinta yang pastinya. Cinta kepada keluarga, sahabat, kekasih dan Tuhan turut dipamerkannya. Dalam 3x juga saya nangis baca buku ni. Haha.
Dari segi watak dan perwatakan, semuanya terbaik. Walaupun nampak perkembangan watak Nunu terlalu cepat berkembang tapi tetap menarik hati pembaca. Lebih2 lagi dia seorang perempuan. Huhu. Adakah heroin dalam cerita ini ialah Nunu walaupun dia bukan kekasih hero? Huhu. Suka macam mana penulis ketengahkan isu wanita. Kadang perempuan tempatnya hanya di rumah. Tapi merekalah yang tetap akan membantu laki2. Tanpa mereka, laki2 akan hilang arah dan pedoman juga. Haha
Rasanya cukup sampai sini kot. Yang pasti buku ni sangat berlainan daripada dua buah buku penulis (tengok genre la. Haha) dan antara temanya takkan lepas dari buatkan diri kita mencari diri sendiri.
Btw, baca buku ni ikut pelabuhan by pelabuhan. Lebih syok dan menarik. Dan kalau ada lukisan terokol, istinggar menarik juga. Satu lagi, jong, dan kapal2 kecil yang orang Melayu guna. Mungkin kos kot. Ni pun dah kira murah dengan adanya lukisan dan buku pula tebal gini.
Akhir skali, tahniah dan terima kasih kepada penulis. Moga terus maju jaya. Saya akan sentiasa menunggu karya2 penulis.
Ternyata bukan sekadar sebuah 'tajuk' buku. Malah rupanya membawa 1001 makna yang sangat luas. Baik untuk cerita itu sendiri, dan juga baik untuk pembaca yang mungkin mencari secebis petunjuk hidup dari bahan bacaannya.
1. Bagi saya, penulis berjaya sampaikan emosi watak-watak dalam novel ini kepada pembaca, terutamanya Atma. Kita tak perlukan watak utama yang terlalu sempurna. Watak Atma cukup sederhana. Atma yang keliru. Atma yang buntu. Atma yang mahu mencintai dan dicintai. Atma yang ghairah bercita-cita, dan Atma yang mencari jawapan.
Atma..adalah cerminan diri kita. Kita adalah Atma.
2. Buku ini berkisar tentang lanun, pelayaran, cara hidup mereka dan banyak lagi. Kalau sebelum ini mungkin kita dimomokkan lanun jahat, merompak, dll. Percayalah, buku sedikit sebanyak akan ubah persepsi kita tentang lanun. Suatukala, mungkin tak tercatat dalam sejarah akan nama-nama mereka yang bermati-matian menjaga hak dan maruah bangsa dan tanah air kita. Demi kita, anak bangsa yang selesa pada hari ini.
3. Ikhlas saya kata, Mencari Mendam Berahi adalah buku yang wajar dibaca sempena Bulan Kemerdekaan tak lama lagi. Semoga nilai-nilai patriotisme, dan nilai-nilai murni yang lain sedikit sebanyak dapat menyemai semangat cinta kepada tanah air dan memperkukuh jati diri kita.
4. Gaya bahasa yang lebih ringan. Better. I have to say this. Better than CTDLM. Fuh, syukur saya tak terasa langsung pembacaan terganggu. Andai kata berbunga-bunga seperti tempoh hari, habislah saya!
5. Fav scene saya: -Sri Derhaka dan Dermawan Muar. -Ucapan Perang Atma
Andai boleh baca seperti kali pertama, saya akan baca lagi. Saya berharap semoga ada banyak lagi karya kreatif tentang ilmu pelayaran dan lautan yang sangat sinonim dengan bangsa Melayu.
Kisah Atma yang sangat bercita2 untuk membebaskan Melaka dari cengkaman Portugis. Atma meninggalkan kekasihnya bernama Melati dan belayar bersama kapalnya yg di beli di Terengganu bernama Sahmura
Dia menjadi nahkoda dan mempunyai beberapa org teman bernama Dang Anum , Pak Tigor, Maya, Ryujin dan pngkut baru bernama Kasumang dan Karateng..
Pelbagai senario berlaku dan banyak babak agak mengerikan.. terutama bila atma membunuh Julio Perera, membunuh Tengku Zahir dan Eka Wijaya (Melayu berhati Portugis)
Ending dia bagi aku tak mencukupi sebab tu aku kurg 0.5🌟
4.5🌟 📚 Mencari Mendam Berahi (539 m/s) ✍️ Ilham Mazalan
✨ Jika dilihat hanya daripada tajuk, sebahagian mungkin mengagak, ini kisah pencarian Mendam Berahi semata, sebuah kapal yang digeruni musuh pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun, ia sebenarnya bercerita lebih daripada itu. Ternyata, ia bukan sahaja tentang misi pencarian sebuah kapal agung, namun ia juga membawa kita kepada perjuangan anak bangsa dan pencarian erti cita-cita yang sejati. ✨Semua anak kapal Sahmura mempunyai keinginan tersendiri. Geliga Jawa, Keramat Kuala Bidor, Sang Gadis Gharib dan semestinya Mendam Berahi, tetapi dengan taat setia pada nakhoda dan misi mereka membebaskan tanah air, mengeratkan lagi ikatan satu sama lain walaupun ada juga tercetus perbalahan yang menggugat hubungan.
✨Watak Atma dalam buku ini nyata membuat saya sedikit gamam, sanggup mengetepikan cinta peribadi demi nasib anak bangsa. Satu pilihan yang sulit dan tak semua mampu menanggung. Hakikatnya, mereka yang digelar lanun itu, juga mengorbankan sesuatu yang besar dan mahal harganya, selain perlu melaksanakan pertimbangan yang tenang dan waras setiap kali memutuskan sesuatu.
Antara yang membekas pada ingatan adalah babak Bayu dengan Tengku Baiduri. Menusuk sekali sindiran Tengku Baiduri tika itu. Antara kebijaksanaan dan cinta, yang mana satukah yang kita utamakan jika dihimpit situasi mengenaskan? Jika hanya diberi 2 pilihan iaitu kasih sayang pada wanita, atau kejantanan di tubuh, yang mana satu kau akan pilih? Jawapannya pastilah hanya empu badan saja yang tahu.
✨Dendam kepada penjajah yang tamak haloba, cinta pada sang kekasih dan cita-cita anak-anak kapal Sahmura menjadikan novel ini terisi dengan banyak babak aksi dan babak yang menggoncang perasaan. Ditambah pula ia berlatarkan zaman perang, zaman yang penuh pengkhianatan dan tipu daya. Kita akan terbawa sekali dalam kesyahduan cinta antara Melati dan Sukma selain tak senang duduk dengan perjuangan Sahmura yang penuh debar. Mereka hanya orang-orang kecil, tetapi jasa mereka jelas begitu besar. Lanun sering digambarkan ingkar dan kejam dalam sekian banyak kisah, tetapi saya kira, Mencari Mendam Berahi telah berjaya mengubah perspektif berat sebelah seperti itu melalui kisah Sahmura dan anak-anak kapalnya.
🌟Berbaloi novel tebal ini dibaca kerana selain menggamit sejarah peperangan Johor-Belanda-Melaka, ia turut menceritakan makhluk purbakala dan menyentuh sikap masyarakat yang sanggup menggadai maruah demi tunduk kepada kepuasan peribadi. Bahasanya juga sesuai sekali dengan latar zaman yang diketengahkan dan sudah semestinya penulisan Ilham yang tersusun, membuat saya semakin suka dengan naskhah ini. Jika ditanya bagaimana bentuk penulisan kegemaran saya, mungkin saya akan kata, buku ini antara jawapannya.
“Sesungguhnya kita manusia, dan kita telah luka kerana beribu-ribu perkara. Andai sesebuah perjuangan dialas rasa dendam, nescaya ribuan sebab lukanya manusia itulah yang akan menjadi titik perpecahan."
Pengembaraan Atma (MC) dan kawan-kawan dalam melindungi tanah air daripada kerakusan penjajah Portugis dan Eka Wijaya, di samping mencari sebuah kapal lagenda, Kapal Mendam Berahi. Patriotik sikit lah, terutamanya Atma.
Setting tempat di kawasan Kepulauan Melayu (Melaka, Johor, Acheh, Riau etc) dan penulis ada masukkan nama tokoh/senjata/tempat yang mmg wujud walaupun novel ini hanyalah fiksyen. You really did your research, sir.
Byk backstory dan plot kecil yang diceritakan dalam MMB n bagi aku tidak canggung utk kumpulkan dalam satu naskah yang sama. Atma ada cerita tersendiri bersama Melati, Dang Anum, Bayu, Maya, Ryujin, adik beradik Bugis, Lusi, Pak Tigor dan para lanun yang lain, in which bagi aku, walaupun banyakkk tapi tiada lewah. Their bond = susah, senang, sama-sama 🥹❤️🙌🏻
Takde plot hole dan rasa gap antara bab walaupun banyak konflik yang berlaku dalam MMB. Banyak dan berat. So, ni buku first yg aku kena tabbing.
Apa yg aku boleh katakan ialah novel ini mengetengahkan mesej: Perang - Memerangi diri sendiri daripada dendam, serta memilih antara kemahuan atau keperluan yang harus dibayar dengan darah ataupun maruah. Kita kena tahu siapa diri kita; kekuatan kita , kelemahan dan kehendak kita, barulah kita tahu apa yg kita nak. Itu yg aku boleh simpulkan.
Vibe: Masa baca buku, boleh imagine Filem KRU Hikayat Merong Mahawangsa + Pirate of Carribean. Bahasa yang digunakan mcm dialog cerita Pendekar Bujang Lapok (bukan klasik melayu kuno yang kena google makna 🙌🏻).
So far, personally, antara ketiga-tiga buku IM, MMB is the best so far. Dari segi plot, penceritaan watak utama, watak sampingan, character development. Aksi masa bertarung pun boleh tahan jugak (ada unsur gore sikit 🤏🏻) Benda pasal perang, takde nya musuh husnul khotimah, kan? Hahah
Semua cukup, takde lebih, takde kurang. Perfect. Btw, I took a week to finish this (baca time malam je sempat). Tahniah utk IM 🙌🏻.