Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.
Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.
~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~
Antara cerpen yang saya teringat-ingat: Ada Apa dengan Kita Memetik Rindu di Pantai Iztuzu Menanti di Rumah Kesyukuran Sebiru Langit Kita Tamadun Cinta Testimonial untuk Nina
30 penulis 30 cerita bertemakan Rumah Cinta. Pembacaan yang menenangkan jiwa. Laras bahasa yang indah. Melangkah masuk ke Rumah Cinta hingga ke muka surat terakhir dan membawa keluar berbagai rasa. Ada kisah suka dan duka.
Cerpen dengan pelbagai tema bukan bertumpu kepada cinta semata.
Kebanyakannya aku suka. Namun ada juga yang menurutku biasa-biasa saja.
Antara cerpen yang menjadi kesukaan: 1. Ada Apa dengan Kita 2. Bukan Laila Majnun 3. Hikayat Hati Arjuna 4. Ikhlas dan Cinta 5. Surat-surat Untuk Juita
Terima kasih MW kerana menghimpunkan penulis-penulis JS di dalam naskhah ini buat peminat seperti aku melepas rindu.
1. 30 Hari Dengan Dia - Yumi Hyra 2. Doktor Romantik, Wan Shauqeen - Bidayatul H. 3. Hikayat Hati Arjuna - Awra Jauhara 4. Menanti di Rumah Kesyukuran - Rhea 5. Rumah Hujung Lorong - Nurfizkkmi 6. Rumah, Rumah - Ainulfarihah 7. Teluki Ungu - Hiznawa
Nak ucapkan terima kasih kepada editor buku ni Noor Suraya sebab sudi pilih cerpen-cerpen yang manis, lawak, pain dan berpengajaran ni 🤭
30 cerpen oleh 30 penulis, semua cerita yang berbeza jadi yang mana Top 5 saya?;
1. Testimonial untuk Nina 2. Cucu-cucu Tok We Ahmad 3. Aisyah dan Muhammad 4. Teluki Ungu 5. 30 Hari dengan Dia
Dan ada lagi nak letak ni tapi macam terlalu banyak jadi Top 5 je lah hehe 🤭 Cerpen Manes ni bukan sahaja fokus pada kemanisan, malah kepada kekecewaan, kehilangan orang tersayang, kesetiaan seseorang dan kehidupan yang harus berterusan walaupun banyak rintangan hidup kita harus hadapi.
Ada beberapa cerpen yang turut memberi kesedaran dalam diri juga which is good. Pengajaran yang baik juga turut disertai dalam koleksi cerpen buku ini.
˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀
OMG! Best giler cerpen ni! Payah gak nak habiskan 30 cerpen tapi gigih juga nak habiskan sebab semua cerpen best2 🥰
Baca buku ni dah macam rollercoaster, kejap happy, kejap sedih, kejap keliru. Betul-betul rollercoaster ni HAHAHAHAHA Thank you kepada semua penulis dalam cerpen ni! Sungguh saya nikmati setiap satu cerpen kalian 🥰
Kalau nak baca review setiap satu cerpen buku ni, boleh tengok kat Highlights ‘rumah cinta 🤍’ ye hehe 🤭
Overall, I love this cerpen! 30 penulis dengan pelbagai personaliti, karya, kisah dan latar belakang. Betul-betul menghiburkan baca buku ni 🤍 Recommend to semua orang!
Ok, tajuk dia mmg agak cringe, however I can’t deny that it is the most relatable words to us 🥹🤝..
Rating- 4/5 ⭐️ Simple, santai and light, diverse of genre which I couldn’t get easily bored.. and the most important thing, it help me to bukak mata what is meaning of “rumah cinta” by different perspectives.. cuz it’s subjective thing so everyone has their own definitions and there’s no right or wrong of it 🙂
My fav cerpenss in this book : 1. 30 hari dengan dia (arranged marriage by nenek2 can be successful too tauu) 2. Ikhlas dan cinta (interesting plot about skizofrenia patient with her delusional husband.. sedih nyahh 🤧) 3. Kamu yang manis (fav quote: “sebab klise itu kehidupan” - I truly need these words 😭👍🏻) 4. Memetik ringu di pantai iztuzu (adore how a grandchild determine nak lunaskan impian neneknya.. such a warmhearted story) 5. Testimonial untuk nina (sumpah kelakar gila baca karenah masing2 and dlm testimonial tu siap ada note : “anak makcik baik orangnya. Datanglah rumah” HAHAHAHAHAHAHHAHAHA)
Truly recommend to anyone who like light-intimate stories. So GO buy it and SELAMAT MEMBACA!!
Antologi Cerpen Rumah Cinta yang indah dan manis seperti nama penerbitan novel ini iaitu Manes Wordworks. Seperti biasa, Manes Wordworks dan Jemari Seni tidak pernah menghampakan hati dengan ceritera yang dibawanya serta lenggok bahasanya yang kemas, mewarnai setiap kisah yang dinukilkan dalam novel ini. Sepanjang pembacaan, ada kalanya saya tersengih - sengih macam kerang busuk, ada waktunya saya menangis hiba dan selebihnya saya geli hati dengan karakter - karakter yang dipaparkan. Dan lagi satu, saya suka betul nama - nama watak dalam setiap cerpen dalam antologi ni. Nama diorang sungguh unik, dan yang paling dekat namanya di hati saya, yakni watak “Qaff Amir” di cerpen yang ke-10 bertajuk Gadis Tanpa Rumah oleh Siti Kamilah 💘
Berikut merupakan Top 10 pilihan saya:
1. Aisyah dan Muhammad, Ruby Hazri 2. Baitul Amma, Ijazati Habib 3. Bukan Laila Majnun, Ika Madera 4. Hikayat Hati Arjuna, Awra Jauhara (TOP FAVVVV!!) 5. Ikhlas dan Cinta, Broleecomel 6. Memetik Rindu di Pantai Iztuzu, Aishah Madadiy 7. Menanti di Rumah Kesyukuran, Rhea 8. Pertanyaan yang Melompat dari Kepala, AttOkz Dikulgai 9. Sebiru Langit Kita, Ain Sabrina 10. Tamadun Cinta, Nashmin 11. Testimonial untuk Nina, Safirah Salim
Kalau hendak mencari ruang unguk menenangkan jiwa yang lara dek hiruk-pikuk dunia nyata, boleh nikmati pembacaan naskhah ini dengan secawan kopi dan ruang duduk yang nyaman.
Di mana ruang membaca ini? Di mana-mana sahaja yang tenang buat anda. Kita buat dia, bukan dia yang buat kita.
1. Baitul Amna 2. Hikayat Hati Arjuna 3. Ikhlas dan Cinta 4. Kamu yang Manis! 5. Pada Suatu Malam 6. Sebiru Langit Kita 7. TeSa Haus 8. Zulfa! Oh, Zulfa!
1. 30 Hari dengan Dia - Yumi Hyra: 3/5 Misi menyelamatkan kucing memudahkan kepada pertembungan jodoh yang dirancang. 30 hari tempoh diberi tapi.....
2. Ada Apa dengan Kita - Misa Faizal: 3.5/5 Perancangan sesuatu si ayah yang tak disangka membuka kisah baru untuk si anak. Gaya penulisan tak terlalu straightforward, ada lekuk indah berbunga dengan alur klise yang sedap tapi saya terganggu dengan pengulangan "eh" yang agak jelas.
3. Aisyah dan Muhammad - Ruby Hazri: 3/5 Ada perangai Aisyah yang saya kurang berkenan. Izzati yang tengah semput bagitau, penyarah minta jumpa lepas habis kelas. Selamba betul Aisyah balas tak ada mood 😭. Marah punya pasal, orang lain kena tempias.
Cerita ada potensi tapi tak diberitahu subjek apa, projek apa jadi saya agak lost apa benda yang diorang tengah buat selain tak nak kasi jambatan runtuh.
4. Baitul Amna - Ijazati Habib: 4/5 Berdamai dengan insan-insan yang terpalit sama namun mereka tidaklah berdosa kerana yang telah melakukan kesalahannya adalah susuk insan yang bernama bapa.
5. Bukan Laila Majnun - Ika Madera: 3.5/5 Jalan cerita yang sedikit lain dari kebiasaan: talian 1800-sayang. Seseorang yang telah hilang tempat berpaut tak akan selamanya hanyut dengan adanya kasih sayang dan ihsan sesama manusia.
6. Cinta Lima - Fairuz Zainal: 4/5 Kisah Zaim yang merindui kolam di rumah lamanya. Si papa yang mahu menurut permintaan tok abah. Kehangatan dan kerinduan yang ditinggalkan dari rumah ke rumah. Melakonli.
7. Cucu-cucu Tok We Ahmad - Mimrayamim: 4/5 Keluarga yang kaya dengan kasih sayang dan panduan.
Kisah yang saya juga merasainya. Dalam keluarga besar, mesti ada sepupu yang akan jadi pengikat silaturahim. Kalau ada family gathering dan hari raya, mesti dialah yang akan jadi penggerak utama dan mengetuai ucapan dalam majlis.
Tertarik dengan ucapan Dolah, "Biasanya apabila tonggak keluarga sudah tiada, keluarga yang ditinggal bawa haluan masing-masing. (...) Kita banyak memori dan kenangan kat rumah ni. Rumah yang terima kita, cucu-cucu We, masa kita perlukan tempat berlindung."
8. Dini dan Diari - Ika4May: 4/5 Pendek tapi bermakna. Mak Su yang menunaikan janji arwah suami, berkorban demi sayang. Boleh rasa vibe kampung/pulau masa Mak Su jemput Dini guna kancil merah dan round kawasan, teringat zaman saya kecik dulu. Dengan gulai ikan kering terselit sekali memang rasa tercampak 15 tahun kebelakang.
Pesanan yang paling saya suka: memori semasa kecik ada yang tersalah erti dan tak sepenuhnya kita faham sehinggalah menginjak dewasa.
Dalam 30 cerpen, yang ni paling melekat dalam hati. Suasana yang penulis gambarkan sangat serasi dengan saya 💕.
9. Doktor Romantik, Wan Shauqeen - Bidayatul. H: 3.5/5 Santai dan comelll.
10. Gadis Tanpa Rumah - Siti Kamilah: 3.5/5 Mesej yang disampaikan ringkas tapi ada keperluannya. Kisah sang anak yang tiada rumah dan haid poverty. Saya tak berapa nampak perkaitan dari scene ke satu scene walaupun ada epigraf, melainkan cerita zaman kecik antara Indah-Amani-Qaff (yang juga samar-samar) tapi tetap menarik cerita yang dikongsikan.
11. Hikayat Hati Arjuna - Awra Jauhara: 4/5 Kaya dengan kesasteraan Melayu; hikayat cinta pada suatu masa dahulu. Suka gaya penulisan.
12. Ibu yang Berdoa - Kamalia: 3.5/5 Menarikkk. Saya sangat jarang baca genre saifai. Sesekali layan apa salahnya.
13. Ikhlas dan Cinta - Broleecomel: 3/5 Jalan cerita boleh diagak tapi masih emotionable.
Dia ikhlas. Sungguh ikhlas mencintai Cinta seadanya.
14. Kamu yang Manis - Akyelrahim: 3/5 Oh... cerita El Jasmin yang mahu jadi penulis dengan selingan ilmu berkebun daripada Alim.
15. Ku-Pi-Ha-Na - Shirod Shukri: 3/5 Bermula dengan mencari kerja di kedai kopi, diakhiri dengan kisah percintaan.
16. Memetik Rindu di Pantai Iztuzu - Aishah Madadiy: 3/5 Penulisan yang puitis. Kisah cinta yang tak kesampaian dibatas dengan jarak dan waktu antara opah Yasmin dan Mehmet Kerem. Jadi, Yasmin mengejar peninggalan kenangan di Türkiye sehinggalah membawa dia berjumpa Arslan.
Yasmin tertinggal buah delima sampai 2x clumsy, tak terasa spontan. Dan ada soalan yang berlegar dalam kepala tapi tak apaaa, saya nak pendamkan je.
17. Menanti di Rumah Kesyukuran - Rhea: 4/5 *Basah mata. Rintihan kehilangan anak dari sudut pandangan seorang lelaki.
18. Pada Suatu Malam - Zinnita: 3/5 Ingatkan thriller tapi tak pun. Pertemuan instantly clicked antara Aya-Ariz bersama si bulus yang comel.
Hehe, I also named my cats jenis kopi. Kita geng.
19. Pertanyaan yang Melompat dari Kepala - AttOkz Dikulgai: 4/5 Kisah mahligai impian yang tidak kesampaian. Pada mulanya otak saya bercelaru sebab tak berapa jelas latar masa. Zaman dulu atau zaman moden? Pening lalat kejap tapi dekat nak habis baru faham.
20. Rumah Hujung Lorong - Nurfizkkmi: 3.5/5 Suka dengan perangai abang-abang Arora. Comel dan mesra.
21. Ruang Nyaman - Asunnaraa: 3.5/5 Kasih ibu selalunya akan jadi tempat istimewa buat sang anak.
22. Rumah, rumah - Ainulfarihah: 4/5 Pasangan suami isteri yang meneroka alam dengan selingan healing rumah yang serumahnya. Kepoh jugak Hirzi ni, suka menyakat isteri.
23. Sebiru Langit Kita - Ain Sabrina: 4/5 Sebiru juga hati saya yang membacanya. Sebak.
24. Semanis Espresso - Syasyaja: 3/5 Kisah Nayla dan Nadeem yang pertemuannya di kedai kopi sehingga membibitkan bunga-bunga cinta.
25. Surat-surat untuk Juita - Pingu Toha: 4/5 Dalam mengutus cinta antara dua hati, ada tiga jiwa yang merintih dalam pengharapan. Saya suka ia disampaikan dalam sepoi-sepoi bahasa. Di penghujung cerita, sempat lagi penulis hadirkan susuk di laman rumah agam. Meremang sesaat dua.
26. Tamadun Cinta - Nashmin: 4/5 Pernah penyarah saya mengutarakan soalan tentang Islam dan budaya, tapi boleh pulak dah saya ingat-ingat lupa 🥲. Dengan cerpen ini, serasa memperhangatkan semula ilmu yang telah saya pelajari dulu.
27. Teluki Ungu - Hiznawa: 3.5/5 Sekali lagi rasa sebak mencucuk tangkai hati.
Genre melodrama memang mainan penulis. Nasib baik, saya tak sempat 'lemas' sebab pendek je.
28. TeSa Haus - Deia: 3/5 "Biar mereka yang datang dengan hati yang lara, pulang dengan hati penuh rasa cinta."
Kehadiran Erza yang melagukan kata-kata Anna. Melantukannya dengan irama petikan guitar.
29. Testimonial untuk Nina - Safirah Salim: 3.5/5 Gigih Azim siap bagi testimonial khas sekali dengan tiga set tandangan. Itu dia, bukti yang diperakui kaum keluarga. Bukan main-main dah.
30 definisi rumah cinta! Berbeza dan unik setiap satunya, namun semuanya... memaknakan rumah cinta.
Antologi cerpen yang sangat menarik dan sedap untuk dibaca. Sepanjang membaca, I juga dapat lihat keindahan gaya penulisan yang berbeza. Dan I suka semua penulisan dalam antologi ini.
My top 5 favourites would be:
⌂ Hikayat Hati Arjuna ⌂ Ikhlas dan Cinta ⌂ Kamu yang Manis! ⌂ Ku-Pi-Ha-Na ⌂ Rumah, rumah
Honorable mention (because 5 is not enough!)
⌂ Doktor Romantik, Wan Shauqeen ⌂ Zulfa! Oh, Zulfa!
But honestly?? I enjoyed reading every single story in the book. Terima kasih Manes, atas antologi cerpen yang manis ini.
Antologi 30 cerpen yang bertemakan Rumah Cinta ini tidak hanya mengisahkan tentang kisah cinta terhadap pasangan sahaja, tetapi turut dimuatkan dengan kisah cinta terhadap warisan, keluarga serta kasih ibu terhadap anak seperti dalam cerita Ibu Yang Berdoa dan Sebiru Langit Kita. Dalam kumpulan cerpen yang kebanyakannya manis-manis, terselit juga beberapa cerita yang mengundang sayu dan sedih apabila seorang manusia itu diuji dengan kehilangan. Cuma, saya secara peribadi, agak jemu bila asyik jumpa unsur yang sama dalam sebahagian cerita. Dalam 30 cerpen yang tersedia, ini senarai cerpen yang saya sangat syorkan untuk dibaca, olahan cerita dan mesej yang dibawa, menjadikan cerpen-cerpen ini berjaya memikat hati saya ;)
1. Baitul Amna 2. Tamadun Cinta 3. Bukan Laila Majnun 4. Cucu-cucu Tok We Ahmad 5. Ibu Yang Berdoa 6. Ikhlas dan Cinta 7. Memetik Rindu di Pantai Iztuzu 8. Menanti di Rumah Kesyukuran 9. Rumah Hujung Lorong 10. Sebiru Langit Kita 11. Surat-surat untuk Juita
Ya aku setuju dengan Cikgu Suraya, Rumah Cinta ini adalah himpunan cerita yang manis-manis dan menyentuh hati; serta tempat cerita-cerita duka berlabuh.
Setiap cerita pasti meninggalkan suatu rasa dihatiku ini, seolah-olah aku adalah watak dalam cerita itu dan berjaya menyentuh hati dan perasaanku.
Paling suka dengan cerpen Hikayat Hati Arjuna (Awra Jauhara) dan Surat-surat untuk Juita (Pingu Toha). Paling relate dengan cerpen Rumah, Rumah (Ainulfarihah).
Banyak lagi sebenarnya cerpen yang menarik. Tapi cerpen-cerpen yang mengangkat cinta, kasih sayang pengorbanan seorang ibu seperti Ruang Nyaman (Asunnara) dan Sebiru Langit Kita (Ain Sabrina) paling dekat dengan hati sebab DEFINISI RUMAH CINTA BAGI SAYA ADALAH IBU SAYA SENDIRI. Wanita yang pernah meminjamkan saya rahimnya selama sembilan bulan sebelum saya dilahirkan sempurna di atas muka bumi ini.
3.5 bintang. Pemilihan cerpen ada yang mengecewakan saya sebagai pembaca. Mungkin saya mengharapkan jalan cerita yang lebih mencabar emosinya. Watak yang lebih bervariasi. Bukan sekadar pemilik kafe, peminat buku tegar dan kopi semata. Ada beberapa cerpen yang membawa tema yang sama. Sebagai pembaca, ibarat menikmati kepingan kek keju buat kali kedua. Bagi saya, cukup sekali dan saya mahu merasa kepingan kek yang lain pula.