Jump to ratings and reviews
Rate this book

Roman Baiduri

Rate this book
ROMAN BAIDURI - Orked V.

Melepaskan bukanlah tanda kelemahan, tetapi sebuah pencarian untuk menemukan kekuatan yang baru.

Menjadi seorang ULFA tidak mudah; bapanya didiagnos depresi kerana perniagaan gagal, ibu harus bekerja menjadi pembantu rumah untuk menafkahi keluarga. Abang sulung Ulfa hanya beban, tidak mampu membantu, sering meminjam wang secara tidak sah dan menyulitkan ibu mereka. Adik bongsu, Irwan, lumpuh akibat kecelakaan.

Ulfa tetap tegar bekerja di bawah ketua editor cerewet Encik Hilmi. Namun, tuduhan plagiat dari keyboard warrior bernama 10-years-of-solitude membuatnya terduduk dan memikirkan untuk melarikan diri dari beban kerja dan keluarganya.

“Okey, kau akan ikut aku.” - ENCIK HILMI

“Huh?! Ikut Encik Hilmi? Balik rumah?” - ULFA

“Bukanlah. Kau dah kenapa? Simpan imaginasi kau tu diam-diam. Bukan semua lelaki macam dalam imaginasi kau tu.” - ENCIK HILMI

Di sebalik keperibadian tegas Encik Hilmi, dia paranoid untuk mengungkapkan perasaannya kerana trauma masa lalu. Kehadiran dua pekerja baru, Idlan dan Danial, mengganggu kenyamanan Encik Hilmi. Danial sering ceria dan dekat dengan Ulfa, sementara Idlan tampak akrab dengannya.

“Kak Ulfa, sebenarnya... saya suka dengan akak,” - DANIEL

“Kawan semata-mata? Awak tak pernah anggap saya lebih daripada tu?” - IDLAN

Konflik baru menggoyahkan prinsip hidup mereka berempat. Dalam menghadapi kesibukan karier dan keluarga, mereka berusaha menyeimbangkan kedua-duanya tanpa mengorbankan hal penting. Perkara-perkara kecil yang tak terduga menyentuh hati mereka - membahagiakan, menghangatkan, menguji dan menyakitkan.

575 pages, Paperback

First published June 1, 2023

8 people want to read

About the author

Orked V.

5 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (25%)
4 stars
4 (33%)
3 stars
4 (33%)
2 stars
1 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
June 24, 2023
Bila Kak Sarah Marissa kata buku ni best giler & Kak Ezza Mysara kata dia jatuh cinta dengan olahan penulis ni yang mahal dan matang, yup... saya teruslah terpengaruh.

Dan saya tak menyesal sama sekali.

Damn you, Helmi 😌 Act of service dia 👍
Tak tahu berapa kali aku jerit baca sampai blushing pipi-pipi. Dia buat semua yang dia rasa perlu secara diam atau terang demi Ulfa, tapi aku plak yang rasa dilindungi. Ehhhh, biarlah aku nak over sorang-sorang. 😆

"Kalau aku beruang, kau apa? - Hilmi

" Saya? Saya... hanya seorang Ulfa." - Ulfa

"Kau tu Garfield." - Hilmi

"Garfield? Si kucing gemuk tu ke?" - Ulfa

"Kau obsess dengan makanan, suka kopi, malas, manipulatif..." - Hilmi

Seorang Beruang Psiko dan seorang Garfield. Elok sangat. 😆

Banyak lagi scene yang menyentuh hati bukan sahaja antara dua watak ni tapi antara ahli keluarga Baiduri Media juga. Tentang penulis dan penerbit buku.

Kisah ni bukan semata cinta dua jiwa tapi cinta antara keluarga, anak dengan mak, anak dengan ayah, kakak dengan adik, abang dengan adik dan persahabatan juga. Buku ni penuh cerita fasal kasih sayang. Yang tersirat dan tersurat. Jangan menilai seseorang sampailah kita betul-betul mengenali orang itu. Belajarlah menghargai perasaan orang yang berada di sekeliling kita. Baik atau buruk. 😉

Kalau boleh tak mau kisah Roman Baiduri ni berakhir...
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 8, 2023
Aku dapatkan Roman Baiduri disebabkan blurbnya yang meyakinkan aku. Aku teruja untuk menelusuri kisah Ulfa, seorang anak perempuan yang merasakan terpaksa menggalas tanggungjawab lebih berat setelah beberapa insiden berlaku keatas ahli keluarganya.

Bapanya didiagnos depresi kerana tidak dapat bertahan dalam perniagaannya, manakala abang sulungnya ditonjolkan sebagai seorang yang tidak engage dengan ahli keluarga manakala adik bongsunya pula terpaksa menanggung kesukaran dalam pergerakan, akibat darah mudanya.

Selain mengetengahkan apa yang terpaksa digalas oleh Ulfa, penulis turut mengelilingi watak Ulfa dengan watak-watak lain yang hidup dan punya cerita tersendiri dan aku kira ini yang juga menjadi gambaran disebalik tajuk Roman Baiduri.

Menyelusuri kisah Ulfa yang bertahan dengan kerjayanya dan majikannya Hilmi, seorang yang punya trauma tersendiri, membuatkan pembaca dapat memahami kenapa Ulfa perlu bertahan dalam keterpaksaan, membuatkan dirinya banyak memendam dan membuat assumption tersendiri terhadap keluarganya.

Sebenarnya, aku suka dengan tema dan konflik yang diketengahkan penulis, cumanya kali ni, aku kira garapan penulis kurang kemas dan konflik tersebut hanya disentuh secara surface menyebabkan aku sukar untuk merasakan apa yang sepatutnya aku rasa. Dari bab awal sehingga bab pertengahan, ada scenes yang pada aku draggy dan membuatkan aku tertanya-tanya, kemana sebenarnya hala tuju penulis ini. Beberapa peristiwa yang diwujudkan juga tidak menambah nilai kepada cerita.

Sudahnya klimaks dan penamatnya berlaku terlalu pantas. Namun aku tak dapat menafikan bahawa watak Ulfa yang diapit dengan watak dan perwatakan lain yang mampu menceriakan jalan cerita ini ini ada mesejnya tersendiri.
Profile Image for Eisya.
188 reviews4 followers
March 27, 2024
Saya suka dengan tema cerita roman baiduri.. ada cerita tentang kekeluargaan dan cerita suasana tempat kerja (bos yang tegas).

Tak tau la first bila keluar je frasa beruang psiko terus teringat novel penulis ezza (amaran angsa) dalam naskah rumah tanpa luka. Bila bos digelarkan beruang psiko dan dikatakan seperti grizzly bear teringat plak cerita grizzly and the lemmings, comel dan kelakar..😂😂 jauh nau merewang imaginasi kita…

Tapi ada benda yang buat kita tertanya tanya.. sebenarnya kakak ipar ulfa tu sakit apa?. Fairuz pula apa cerita. Kan fairuz sukakan daniel.. daniel sukakan ulfa.

Yang lain tak ada apa yang nk komen sebab sama je dengan review yang lain.
Profile Image for iris.
3 reviews
May 3, 2024
cerita dia tak lambat, tak cepat. santai tapi kadang memenatkan. tak banyak sangat dialog. i could say this book more to kekeluargaan. romance dalam buku ni, akhir-akhir. tapi bila dah masuk part romance tu, YA ALLAH MENGGELUPOR KITA!!!

to me, this book is not really a lightweight punya jalan cerita tapi nak kata berat pun tak jugak. dia macam balance gitu. saya suka how the flow was going well. dari benci ke cintah, dari office ke cameron highlands HEHEHEHEHE SAYA SUKA SANGAT!!
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.