Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Panji Semirang

Rate this book
Hikayat Panji Semirang mengisahkan perihal ketabahan seorang puteri raja (Puteri Raden Galuh Cendera Kirana) yang tidak mendapat perhatian bapanya. Dia bertekad meninggalkan istana. Sepanjang pengembaraannya, dia menyamar sebagai seorang lelaki. Dia menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat bertemu semula dengan keluarganya.

140 pages, Paperback

First published January 1, 2004

2 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Hamsiah Abd. Hamid

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (33%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
3 (50%)
2 stars
1 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
March 10, 2018
Mungkin alam nusantara dahulu kala tidak terlepas daripada dunia patriarki. Seperti jalan cerita hikayat yang lain, Hikayat Panji Semirang ini juga mengetengahkan watak lelaki yang gagah, tampan, hebat bersilat tetapi bernafsu kuat. Barangkali menjadi adat anak-anak raja dahulu kala mengumpul isteri daripada tuan-tuan puteri sebanyak yang mungkin setelah kerajaan mereka ditakluk. Ini adalah lambang kekuasaan masyarakat zaman dahulu. Dan perkara ini agak mengganggu jiwa saya ketika membaca hikayat ini.

Kononnya Raden Inu Kertapati sanggup bekelana mengembara mencari kekasih hati tunangannya Galuh Cendera Kirana yang melarikan diri merajuk dengan ayahandanya. Dalam pengembaraaan tersebut, Raden Inu melalui beberapa buah negeri dan menakluknya, juga mengahwini setiap puteri negeri yang ditakluk.

Galuh Cendera Kirana pula melarikan diri ke hutan belantara setelah merajuk dengan ayahandanya yang melebihkan ibu tiri serta adik tirinya. Di hutan belantara itu dia menyamar sebagai seorang lelaki memakai gelaran Panji Semirang Asmarantaka dan membuka kota di sana. Rakyatnya terdiri daripada rakyat negeri lain yang dirampas ketika melalui kotanya. Ini juga adalah hal yang menarik, penyamaran sebagai lelaki kerana ingin menunjukkan kekuasaan, Panji Semirang selepas itu dikenali ramai sebagai seorang pahlawan yang hebat dan mempunyai tingkah laku sopan seperti perempuan.

Tetapi saya lebih tertarik dengan watak Biku Gandasari, ibu saudara kepada Galuh Cendera. Diceritakan Biku Gandasari ini memilih jalan yang lain daripada tuan puteri-tuan puteri ketika itu dengan bertapa di Gunung Wilis. Adat kebiasaan anak perempuan diraja zaman dahulu adalah duduk berhias diri menanti lelaki datang meminang, tetapi tidak bagi Biku Gandasari. Dia memilih untuk melengkapkan diri dengan segala ilmu baik ilmu mempertahankan diri juga ilmu hikmat dan ajaib. Di Gunung Wilis itu dia membina singgahsananya sendiri bersama beberapa orang dayang dan pengasuh. Ramai 'ajar-ajar' yakni orang yang bertapa datang menuntut ilmu dengan Biku Gandasari.

Keseluruhannya hikayat ini adalah gambaran kasar budaya kehidupan masyarakat nusantara terdahulu yang ditambah dengan segala perasa dan didendangkan daripada generasi ke generasi, buat tatapan dan pengajaran.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.