The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati. Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?
Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika
Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim
Penat, lelah, letih. Semua ada! Buku yang paling lama ambil masa untuk dihabiskan dalam tahun 2013. Haishhhhhh.
Antara buku yang teruja untuk dibaca sebenarnya sebab KChik suka sangat dengan penulisan penulis ini. Karya beliau sebelum ni memang kena dengan selera KChik. Tambah lagi ada unsur-unsur thriller gitu.
Tapi entah kenapa kisah Syafika Nordin (Cika) dan Nadim Ammar Aaziz (Nadim) ini susah sangat KChik nak hadam. Walaupun pertemuan pertama tu penulis cuba untuk menjadi ia sebagai satu pemangkin kepada perjalanan plot yang seterusnya.
Kisah yang masih klise sebab Puan Bahyah yang terlalu memaksa Cika berkahwin sehingga sanggup memaksa Cika memenuhi blind date yang diatur. Sikap Puan Bahyah ni memang nampak ekstrem pada mata KChik. Walaupun Puan Bahyah ni cikgu tapi tahap kekolotan dia tu memang tinggi la kot.
Cika pula sebab terlalu trauma dengan kisah pahit zaman sekolah. Dia sanggup tak berhubungan dengan semua lelaki kecuali rapat dengan babah dan abangnya, Ubek. Dia ada kisah pahit yang dipendam sendiri tanpa diketahui keluarganya. Raizana, kawan baik Cika sejak zaman sekolah ni la yang menjadi punca kenapa Cika mengalami zaman pahit tu. Tapi sebab masa tu masih anak remaja, dia tak ada kekuatan untuk mengakui bahawa surat cinta untuk Idham Haariz tu dia yang punya.
Pertemuan demi pertemuan antara Cika dan Nadim yang penuh dengan peristiwa yang luar alam. Sikap Nadim yang suka memprovok dan Cika yang mudah naik angin, memang selalu melatari perkelahian mereka. Nadim ni walaupun muda berbanding dengan Cika tapi sikap dan kematangan dia lebih terserlah. Tapi dia juga ada kisah luka yang dipendam.
Memang sedikit kecewa sebab lambatnya KChik nak rasa teruja bila baca karya ALLD ni. Dah nak bab-bab terakhir baru rasa teruja nak baca. Kadang-kala KChik rasa gambaran yang penulis garapkan terlalu ekstrem untuk sesuatu peristiwa seperti pertengkaran Cika-Emillia dalam tandas Jumbo Jeep tu sampai berguling dan basah lencun. Entah la, tak dapat nak bayangkan bila minda dah dikuasai hasutan syaitan, kan.
Ada juga terselit kisah Kojee-Anabella dan Nenek Puteh dari karya penulis yang diterbitkan sebelum ni.
Tapi ALLD tak mematahkan semangat KChik untuk dapatkan karya penulis sebab KChik tahu aura thriller memang best kalau Mazni Aznita yang tulis.
Dah lama buku ni terbiar dalam almari.. Bila dah pegang, payah pulak nak lepas.. Semakin lama baca, semakin nak tau kesudahan ceritanya.. Dekat-dekat nak habis, meleleh jugak la airmata.. ahaha...
sweet couple..walaupun Cika lebih tua dari Nadim tp still nmpak Nadim tu lebih matang dari Cika.. Cika pulak perangai yg agk kebudakan walaupun dah umur 28tahun...mereka mcm saling melengkapi...
sape yg rindukan Kojie & Bella mereka ada kat dlm cerita ni..hehe..nenek Telangkai pun ada...
Novel cinta romantik bukan thriller. Alaaaa... *muka tak puas hati* Sebenarnya rindu nak baca karya thriller daripada penulis ini.
Seperti yang aku bilang tadi, ini kisah romantik. Kisah cinta yang santai dan senang hadam. Buat para pembaca novel cinta Melayu pasti akan suka dengan yang ini, cuma mungkin bila sudah terbiasa dengan garapan novel penulis, aku jadi lebih demanding atau mungkin juga novel ini dibaca dalam keadaan aku yang uzur, maka ia juga mempengaruhi mood membacaku.
Apa yang aku suka:- 1. Perhubungan antara isi keluarga. Suka dengan gaya Cika dan abangnya. Begitu juga dengan Nadim-Zakri. Orang yang paling dekat dengan kita pastinya keluarga kan? Dan itu menjadikan aku senang sekali. 2. Isunya -- mangsa buli. Tak pernah alami situasi seperti ini, dan kalau ada tolonglah pantau. Kasihan mereka! Tetiba teringat filem Buli. 3. Cika -- karakter yang tak mudah mengalah. Dari si ugly duck jadi swan. Sweet! Tapi traumanya pada kejadian bulinya buat dia ‘buta’ akan rasa hatinya. 4. Watak Nadim -- cool. Tak habis belajar lepas tu patah hati sebab kekasih meninggal, jadi mana istimewanya? Mungkin kerana dia punya tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi sikap diktator ayahnya. Oh! Aku tau, aku suka dia sebab dia pandai main piano hahaha 5. Watak-watak pembantu yang menggerakkan cerita. Aku suka adanya Zakri dan Ubek. Buat cerita ni funny! Tuan Aaziz tu walaupun menjengkelkan aku, tapi auranya buat aku sabar meneliti tiap halaman untuk tahu kenapa dia begitu mengawal susun atur hidup Nadim.
Dan, yang aku tak gemar sangat:- 1. Sikap ibunya yang seorang cikgu itu -- Pn Bahyah. Adoiii... ada lagi ya ibu-ibu yang sebegini? Mungkin ya, seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anak gadisnya tapi urusan jodoh biarlah Allah yang uruskan. 2. Adegan tarik tali Cika-Nadim. Masa Nadim dah cakap, ‘ya’... jangan tangguh-tangguh lagi. Memanglah faktor usia memainkan peranan, tapi kalau si muda itu pilihan jantung hati, jangan dilepaskan! *wink* 3. Idham -- ni nak habaq mai sikit na. Hang kalau suka kat marka tu, ce buat perangai senonoh sikit. Haihh...
Keseluruhannya, masih tak dapat menandingi perasaan jatuh cinta pada Kojie-Anabella. Eh? Mereka ada tau dalam novel ni. Tapi ya, sebagai peminat MA, karyanya ini tidaklah mengecewakan. Masih berbaloi untuk dihadam, apatah lagi dengan adegan yang ada masanya tak disangka-sangka. Apakah tu? Ha, sila-sila baca sendiri :D
Suka dengan cerita ni..walaupun Nadim lebih muda dari Cika, tapi disebabkan Nadim lebih matang dan Cika yang macam kebudak-budakan sikit, jadi perbezaan umur tu taklah nampak sangat..
Dan saya suka dengan kebetulan/takdir mereka yang asyik terjumpa dan terserempak tu..tengok tajuk novel pun dah boleh agak sekerap mana mereka TERjumpa..seolah-olah, di mana ada Cika, di situ ada Nadim dan sebaliknya..
Mungkin bagi orang lain, novel ni biasa2 je tapi bagi saya novel ni best..novel "cinta" kak mazni aznita yang paling saya suka..pernah baca Sayangku Casper dan Lelaki Itu Untukku tapi ALLD ni paling best kot among these 3..(note: "cinta" yang dimaksudkan adalah cinta dan kekeluargaan semata tanpa melibatkan babak aksi, fantasi, supernatural, spy dan sebagainya macam venom suria, kasihku arina dan spy hati dari Chantilly..)