Kerana kecewa kekasih hati berkahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat perjanjian tanpa berjumpa terlebih dahulu dengan bakal suami. Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya. Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur. Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?
“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!” – ZAFIA
“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.” – AEZWAN
Bila menyebut tentang novel daripada penulis ini, saya kira tidak perlu diulas lebih. Untuk pembaca yang mengharapkan sebuah karya yang betul-betul menyengat, novel Kata Tak Rindu ini saya kira belum mencapai tahap itu.
Tapi...
Novel Kata Tak Rindu ini saya kira lebih tersusun berbanding novel yang pernah saya baca hasil tulisan penulis. Walaupun saya kira ada beberapa bab tertentu yang tidak perlu pun diwujudkan kerana membuatkan rasa lelah membaca, tapi ini usaha penulis. Apa-apa pun karya ini masih boleh dihadam jika anda dalam keadaan 'tenang'.
Pertama-tama, aku ni bukanlah kaki buku jauh sekali kaki novel. Tapi, jujur aku tak pernah baca buku seteruk ni. Ambil masa sebulan untuk habiskan bacaan. Dalam tempoh itu, berkali-kali batin aku terseksa untuk teruskan bacaan dan beberapa orang jadi mangsa punching bag aku melepaskan geram. Aku cuba untuk tidak menghukum menilai sehingga habis menelaah satu buku ni. Jadi dengan sangat terpaksa aku habiskan jua.
Aku tak bermaksud pun untuk buat serangan peribadi kepada so call novelis ni dan terkejut bila tahu ini karya ke-6 penulis. Ada juga terfikir, mungkinkah aku patut telaah tiga lagi karya beliau untuk mengenal lebih dalam bentuk penulisannya? tapi dengan pengalaman buku ni dengan yakin aku akan katakan tidak.
Cik Dhuha sayang, cik sebenarnya tersangatlah banyak idea hinggakan buku ini hampir termuntah dengan plot-plot antiklimaks yang mematikan cerita. Fokuskan kepada 4-5 plot penting dan cuba kembangkan. Bukannya sumbat semua permasalahan dan terlupa untuk fokus kepada nuansa romansa pada watak utama.
Semua watak tiada lansung nilai 'common sense' dalam merespon sesuatu situasi. Pemeran utama yang lembik dan hampir tidak berguna, sentiasa perlukan pertolongan orang lain untuk bangkit. Jalan cerita meleret-leret dan sangat tidak realistik. Lawak-lawak yang sangat hambar bagi aku yang sepatutnya mudah terhibur ni. Penggunaan kata yang terlalu berhati-hati, takut menggunakan istilah-istilah baru atau dalam bahasa kasarnya bahasa kelas rendah.
Bagi aku, buku kali ini bukan karya tapi hanya naskah yang dipenuhi dengan tulisan kata. Sudah terlalu banyak komen negatif yang aku coretkan di sini. Akhir kalam, teruskan menulis dan buktikan aku salah.
sebuah novel yg bagi saya x menarik sungguh .. i don’t know why .. rasanya pernah baca other naskhah dr novelis ni .. xde la bosan sgt .. but this novel .. sorry to say .. membosankan ..
novel ni antara kesemua novel siti nur dhuha yg plg sy suka. ada kelainan di novel ni. jln cerita yg lebih menarik. sy cuba mencari kelebihan novel ni dr karya beliau yg lain. ternyata ada kelebihan tersendiri. wlupun bgitu bnyk dugaan dan cabaran. :)
My second time baca semula novel ni. First time dulu baca dalam keadaan santai jadi mungkin saya tak dapat tangkap plot-plotnya.
Cuma kali kedua baca saya rasa plotnya terlalu banyak untuk disumbatkan ke dalam satu naskah novel. Saya agak tension kerana perlu hadam banyak sangat plot😂
Bermula dengan Zafia dan Aezwan kahwin secara paksa rela sebab dah terjebak dalam agensi mencari jodoh. Zafia awalnya daftarkan diri dekat agensi tu sebab terlalu kecewa dan nak balas dendam pada kekasihnya Shahril yang kahwin dengan musuhnya sejak dari sekolah. Bila dah kahwin dengan Aezwan, Zafia masih teringatkan Shahril dan termakan pujuk rayu Shahril untuk kembali pada dia. Bila Zafia dah termakan pujuk rayu, waktu tu semua dah terlambat bila Aezwan terasa hati dan kecewa bila isterinya pilih lelaki lain berbanding dirinya.Aezwan terus bawa diri ke luar negara ikut ibunya.
Dalam masa yang sama kebenaran terbongkar apabila Shahril mengaku semua tu muslihat dia je untuk pancing Zafia sebelum Shahril meninggal dunia. Zafia akhirnya sedar yang dia dah kecewakan suaminya yang tulus ikhlas sayangkan dia tapi semua dah terlambat bila dia tak dapat kejar flight Aezwan. Zafia koma dan mengalami depression sebab tak boleh terima kenyataan yang Aezwan dah tinggalkan dia. Tak lama lepastu dia buta.
Waktu dalam hospital Zafia dirawat oleh seorang doktor yang bernama Shahril juga. Mereka jadi kawan rapat dan Shahril simpan perasaan pada Zafia. Shahril banyak tolong Zafia waktu Zafia bagitahu nak cari suaminya di luar negara. Shahril juga banyak tanggung kehidupan Zafia. Zafia mengandung dan lahirkan anak Aezwan tapi dibunuh oleh Syania, wanita yang menaruh cinta pada Aezwan. Lepas anak dia mati kena langgar, Aezwan muncul semula dalam hidup Zafia. Shahril berpakat dengan Syania nak hancurkan rumahtangga mereka demi kepentingan masing-masing. Shahril mengaku anak yang dikandung Zafia tu anak dia sedangkan Shahril tahu tu anak Aezwan.
Aezwan yang termakan dengan kata- kata dusta Shahril, terus ceraikan Zafia. Zafia yang masih dalam keadaan buta terus bawa diri ke China sebab kecewa dengan Shahril dan sedih diceraikan oleh suami yang sangat dinantikannya. Dekat China dia dapat melihat semula sebab ada orang dermakan mata untuk dia. Lepas setahun dia pun pulang ke Malaysia, tapi dia berubah penampilan menjadi seksi dan freehair🥲 dia jumpa Shahril tapi Shahril tak bersedia nak jumpa dia sebab Shahril dah buta. Rupanya Shahril dermakan kedua-dua matanya untuk Zafia. Ni tak logik sebab secara realitinya pendermaan organ adalah P&C.
Zafia jadi pengarah syarikat under company Shahril. Aezwan nak merebut semula hati bekas isteri dia jadi dia buat macam-macam cara untuk rebut semula Zafia. Waktu Shahril pergi Korea untuk buat pembedahan mata, Aezwan guna cara kotor untuk lingkupkan company Shahril yang Zafia uruskan. Demi selamatkan company Shahril, Zafia terpaksa minta bantuan kewangan dari Aezwan yang jutawan. Aezwan kenakan syarat supaya kahwin dengan dia. Jadi mereka pun berkahwin.
Bila Shahril balik, dia tak tahu yang Zafia dah kawin lain sedangkan dia suruh Zafia tunggu dia pulang supaya mereka boleh berkahwin. Shahril dah lama nantikan saat tu untuk memperisterikan Zafia. Disebabkan Aezwan main kotor, Zafia terpaksa berpura-pura belum kahwin tapi akhirnya pekahwinan dia terbongkar. Zafia bawa lari Aezwan ke tempat lain bila Shahril cuba nak bunuh Aezwan akibat dendam.
Lama kelamaan Shahril insaf dan sedar bahwa Zafia memang cintakan Aezwan. Jadi Shahril lupakan hasrat untuk rampas Zafia dari Aezwan dan mula terima hakikat. Cuma Syania masih berdendam. Tapi akhirnya Syania bertaubat bila dia ditangkap polis.
Zafia dan Aezwan hidup bahagia, Shahril pula dah terima hakikat dan anggap Zafia sebagai sahabat terbaiknya.
Sy dh cuba bertahan baca sehingga suku buku..tp hati sy tetap komen "apa kebendanya buku ni!"...ini bkn novel siti nur dhuha yg pertama sy baca ttpi sy xtau knp novel yg ini jadi sebegini...bosan (sorry komen ikhlas)
I usually do not read and rant, but this novel made me want to. Author sort of had a good idea tentang premis am cerita ini. Tetapi, plot development, characters development, back story, simply said, just the whole flow of the story revolving Aezwan and Zafia was just poorly written! Honestly, I could not even finish the book.
Plot is too rushed, characters are poorly developed, dan paling penting, masalah silam kedua watak utama ni dimuntahkan macam itu sahaja dalam 2-3 muka surat. Haih... macam nak letak ikan baru dalam akuarium, kenalah letak slow-slow, step-by-step. Tak boleh pakai campak je.
Tak logik, sebab masalah silam kedua watak utama ni, i.e. Aezwan dengan Datin Norbaiyah and Zafia dengan Shahril (yang ni I could not care less), sebenarnya agak complicated. Bayangkan kedudukan Aezwan; di mana you have been jilted by your own mother for money, duped by the love of his life also because of money, and semuanya macam diceritakan dekat a total stranger that you dislike, i.e. Zafia, dalam satu page. Perbuatan yang agak kontra dengan karakter Aezwan ni diwajarkan after that dengan ayat author, which I paraphrased from the novel, "Entah kenapa, aku terasa senang dengan perempuan ini."... Plot yang sangat dipaksa nampaknya.
And come on, baru first day kahwin dah mengaku cintakan isteri? Tak ada langsung babak-babak yang boleh wujudkan percintaan dalam tempoh masa diorang berjumpa kali pertama sampai kahwin (trust me, it's not that long a time because kahwin paksa(?) kan). Kalau mengaku attracted, I would still understand. Cinta itu kompleks dan mendalam, dan patut dikembangkan dalam cerita ini sebegitu. Janganlah abuse the storyline sebegini rupa Cik Dhuha sayang...
They said readers would be rofl by the first 5 chapters. Saya dah sampai chapter 28 dan sejujurnya, tak kelakar. Scene2 memalukan ada, tetapi bukan sampai gelak tergolek-golek atas katil. And I stopped reading entirely because the main heroine tidur dengan nasi(?) dalam mulut. I was speechless. Ini bukan 'comot', tapi disgusting. Apabila husband dia tegur, heroine boleh marah sebab the husband nak 'change' dia (like whaaaa---). Jujur, tolonglah berubah. Saya boleh tolerate watak heroine yang rude macam dalam My Love From The Star, tetapi bukan heroine ini.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat budak hingusan macam saya yang terlalu kecewa dengan buku ini. Diharapkan, pembaca lain tidak terlalu terkesan dengan kekecewaan saya. One man's trash is another man's treasure.