Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.
Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.
Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.
Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.
Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.
Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.
Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.
Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.
Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?
“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”
"you had my heart inside your hand, then why did you let it go" m/s 785
Aku suka bahagikan novel ni kepada 3 bahagian:
I. Kisah cinta berbelas tahun Tengku Qalif + Liyana. Bersatu kemudian berbulan madu. Tragedi menimpa bila mereka kemalangan di Dubai. Lyana meninggal membawa bersama zuriat yang masih dalam kandungan. TgQ koma sebulan dan bila sedar dia betul2 'koma' dalam menjalani kehidupan. TgQ tinggalkan segalanya termasuk Tuhan.
Munculnya watak Nina. Jatuh cinta hanya kerana sebuah diari tebal berkulit coklat. Dia tertawan dengan cinta TgQ yang terlalu agung. Bermulalah perjalanan Nina menawan hati TgQ.
II. Perjuangan Nina untuk menawan cinta TgQ bermula bila dia menawarkan diri untuk menjadi isteri TgQ. Munculnya watak Amri dan Shauqi. Watak Amri lebih diberi penekanan pada bahagian ini. Bertitik tolak dari perasaan cemburu, akhirnya TgQ yakin dia memang menyintai Nina. TgQ akhirnya pasrah dengan takdir yang telah dituliskan untuknya. Bahagia dengan Nina walaupun x pernah 'melupakan' arwah Liyana.
TgQ hilang di lautan bila pelantar minyaknya diserang lanun di perairan Myanmar. Kebetulan Nina menyaksikan secara 'live' peristiwa serangan tersebut. Trauma dengan kejadian itu, Nina hampir jadi seperti TgQ suatu masa dulu, yang berbeza dia tidak pernah lupakan Tuhannya.
III. Selepas lebih 3 tahun..... Nina teruskan hidupnya bersama anaknya Maira dan kenangan TgQ. Muncul Shauqi menagih kasih. Kerana sayangkan Maira, Nina cuba menerima Shauqi dalam hidupnya.
Sehari sebelum Nina ke Pejabat Agama untuk memohon fasakh, TgQ pulang ke Malaysia. Pulang sebagai Harn, tiada ingatan untuk sesiapa kecuali keluarga angkatnya di Myanmar. Nina berjuang sekali lagi untuk memenangi hati TgQ. Namun, dia mengalah di pertengahan bila Mira hampir lemas di kolam bawah jagaan TgQ.
Sekali lagi, nota tebal berkulit coklat jadi 'ironman'. Berkat dorongan keluarga dan Amri, TgQ mula belajar menerima Nina sebagai isteri dan Maira sebagai anak kandungnya.
Yg aku suka tentang PCBS:
i. Kenangan cinta TgQ + Diyana diceritakan secukup rasa n masa. Langsung x overshadow kisah TgQ + Nina. ii. Babak penolakan TgQ terhadap Nina digambarkan kejam dalam bentuk humor. Ketawa dalam geram. iii. Keangauan Nina juga mampu buat aku geleng kepala. Memang meroyan tahap gaban si Nina ni. iv. Kejelesan TgQ teramatlah sweet...... v. Amri...... vi. Kesinambungan watak Nina dalam Bahagian I, II, III dijaga sebaiknya oleh pengarang. Pengarang x terlalu excited memplotkan watak Nina. Thats good sebab Nina tetap Nina walau apa pun situasinya.
Yg aku kurang gemar:
i) Bahagian III. (For me) agak tergesa-gesa. Mungkin sedikit penambahan babak penerimaan TgQ terhadap Nina dan Maira mampu lebih menyentuh rasa.
ii) Aku juga lebih suka jika zuriat dalam kandungan Nina dijadikan alasan kukuh (di samping adegan mimpi) untuk meneruskan hidup.
iii) Pengakuan TgQ terhadap hakikat Maira adalah anak kandungnya juga perlu dilebihkan.
KARMA - setiap kejadian pasti berulang walau dalam suasana yang berbeza. cuma karma dalam naskah ini berkait rapat dengan kesetian.
kehilangan, siapa yang mampu untuk menafsir perasaan. rasa kecewa yg bermukim dalam jiwa bagaikan ditusuk selumbar berbisa. apatah lagi yang pergi itu adalah kekasih hati pujaan jiwa. Lara ini terus diratapi tengku qalif (TQ) yang kehilangan isteri tercinta Liyana. Bagai tiada pengganti, rasa dirinya turut dibawa pergi.
Pertemuan pertama yang menambar hati. Walau sekasar manapun bahasa yang terlontar, debaran didada tidak dapat menepis perasaan asing yang bertandang. Lalu, Imanina datang dengan cadangan yang bisa menjerut dirinya kelembah nestapa. namun dia nekad, walau terpaksa berdepan dengan taufan dan badai, cinta dan rasa kasih TQ pasti menjadi miliknya.
dan, perasaan yang lahir itu anugerah yang esa. tiada siapa yang dapat menidakkan. Lalu, tenggelamlah mereka dalam lautan asmara. namun, tiada siapa menyangka, ada sesuatu yang sedang membadai. saat kasih ini diuji, adakah setia itu terus tersemat?
resensi saya - saya suka! kali ini karya acik ada kelainan dari naskahnya yang terdahulu. bukan lagi lontaran asmara yang penuh asyik tapi banyak meloretkan tentang realiti hubungan. apapun, tahniah pada penulis.
p/s - tetiba jer fikiran melayang jauh mengingati kapal bunga melati 5 yg diserang lanun disomalia..huhuhu :)
hoyeh..hoyeh... tamat sudah kisah NINA & TENGKU QALIF...
hurmmm... mencari ayat untuk dikarangkan amat lah susah... jadi cam ne nak review kalau susah nak buat ayat... ahhahaa...
kisah Imanina & tengku Qalif... kisah bermula bila nina jatuh hati dgn TQ tanpa sengaja... hahahah... TQ yg baru kehilangan isteri.. dan dlm keadaan yg sangat mengecewakan... siapa x kuciwa kalau insan tersayang pergi meninggalkan kita selamanya... itulah yg terjadi kpd TQ.. setelah kehilangn isteri dlm sebuah kemalangan sewaktu bulan madu mereka.. ohhmaii... bulan madu kot... haishh... sedih nya...
TQ hidup dlm dunianya sendiri... meratapi pemergian insan tersayang... sampai la satu hari dimana nina berkunjung ke rumah TQ untuk majlis tahlil arwah lyana... dan disini lah bermula kisah mereka...
pertemuan secara tidak sengaja... mencetuskan pelbagai perstiwa... imanina jatuh cinta pd TQ... ohh noo... sapa yg x jatuh hati kalau muka handsome gile... walaupun tuan badan dah separuh gile.. hahahahh...
jodoh mmg milik mereka.. berkahwin, tapi bukan mudah nina utk nina meraih cinta TQ... tapi berkat kesabaran cinta berbalas... baru nak measa bahagi... dugaan datang melanda.. terpisah mereka kerana tragedi... 4 tahun kelihangan TQ... sukup mengukur sejauh mana cinta dan kesabaran nina...
kepulangan TQ memang dinanti2 tapi malang sekali kerana TQ hilang ingatan... tiada satu pun ingatannya kepada nina... malah ingatannya hilang sama sekali... family pun dia x ingat..
hurmmm... apa yg pasti dugaan dtg untuk mematangkan kita... kalau nak tahu kisah mereka kena la baca buku nie...
tahniah untuk Acik Lana... untuk buku ke3 dgn KN... gud luck acik untuk novel akan datang...
alhamdulilah..karya yg masih boleh dipuji.satu kelainan dimana keinginan seorang isteri menakluk hati beku si suami dengan pelbagai cara. cumanya ralat si plot2 terakhir...kenapa penulis tidak kembali momen tengku qalif seperti asalnya. disini..seolah bkn tg qalif yg bersama nina akhirnya..krn ingatan yg tidak dikembalikan sebaliknya dia harus bermula dengan karekter yg baru utk memujuk isterinya kembali.
ada heroin tegar yang takkan berputus asa ada hero ego yang sekeras gunung batu ada pencinta-pencinta yang setia ada kahwin paksa ;) tapi kali ni hanya heronya yang terpaksa sampai 7 kali akad baru lepas. ada amnesia ada suntikan thriller kesimpulan :tak perlu memori untuk jatuh cinta pada orang yang sama. pengakhirannya adalah permulaan sebuah cinta yang jauh lebih baik. Unexpected.
Novel tulisan Acik Lana x perlu disangkal lagi. PCBS merupakan sebuah karya yg membuatkan air mata menitis. Benarlah... kesetiaan antara Qalif-Liyana dan Imanina-Qalif merupakan kesetiaan yg xterduga. Congratz buat Acik Lana! Kisah yg sungguh menarik dan tragis.
Not bad. Mungkin trademark penulis, kebanyakkan karyanya santai, sweet, romantik, sedih dan happy ending. Jalan cerita yang agak biasa tapi ada kelainan sedikit pada pengakhirannya.
Novel ni diterbitkan pada tahun 2013. Ngam-ngam 10 tahun berlalu baru saya berkesempatan nak baca novel ni. Ini pun saya beli preloved novel kat Instagram masa PKP dua tahun lepas (2021). Tapi jalan ceritanya masih relevan ya walaupun masa ni diorang berhubung guna mesej dan diari. Tak guna whatsapp lagi.
Kebetulan baru je lepas baca novel yang heronya sanggup tunggu isteri yang ditimpa amnesia selama 4 tahun. Tapi at least isteri tu ada je depan mata walaupun tak boleh nak ada kat sisi. Dalam novel ni pulak, si isteri sanggup tunggu suami yang hilang tanpa khabar berita. Yang mana semua orang anggap si suami ni dah jadi arwah. Tapi si isteri tak percaya selagi tak nampak bukti depan mata. Perghhh, tabik hormat la kat Imanina ni. Setia sungguh walaupun hampir nak give up dah kat hujung tu. Namun jodoh mereka masih panjang.
Terima kasih Acik Lana, dah tulis novel setebal 823 muka surat. Maka, memang ada banyak 'typo'lah. Dan lepas noktah, mula dengan huruf kecil. Tapi masih boleh diterima menurut saya (ikut tone suara Ibu Hetty Koes Endang)!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Walaupun ramai tak suka ending dia sebab Tengku Qalif tak dapat ingatan dia balik, tapi aku suka. Biarlah dalam hati Qalif kini ada Nina saja. Liyana biarkan terkubur dalam ingatan yang dah ditelan laut itu.
Superb! Besttt.. Lama dah tak fefeeling puas hati macam ni kalau dah habiskan pembacaan. This is my second attempt reading AL's storyline and sangat la gembira. Bought this book for quite some time already and menyesal for delaying so much to read this. Imanina ~ she's such an admirable woman. Look how strong she is in trying to win her husband's love? I wonder if I can be like her. Chewaahhh. I dont want to talk anything pasal Qalif. Sebab character Imanina has totally wins my heart. This is really the first time aku jatuh cinta dengan watak heroin not the hero. Padahal Tengku Qalif tuuuu bapak romantik dalam cerita ni. Haha. Back to Imanina ~ she's being so persistent just to fight for her love. Sangat mengharukan bila there's a part yg dia cakap macam ni ".....have you ever tried sleeping with a broken heart?" Ouchhh touching sungguh! There's another one ~ "you build me up then you leave me dead" pehhh ayat2 ni banyak dalam buku cerita orang putih but I cant help but loving the line so much!!! Its really a kick off for me. Hahaha. Emosi sungguh masa baca line tuhhh. I LOVE YOU A LOT BUT YOU'RE SO FAR AWAY ~ ewahhh esok2 boleh tiru ayat ni bila gaduh dengan pakwe. Bwahahahaa. Silly me. Okay, thanks Acik Lana for this lovely experience. Suka gila cerita ni. Okay I am quite a noob these days about our local entertainment but is there any chance that this PCBS to be put on screen? Drama? Telemovie or a film maybe? Sobs. Best kutttt. Okay thats all. Tataaaaa
Imanina (Nina) jatuh cinta pada Tengku Qalif (TQ) bila dia baca diari TQ tentang cintanya pada arwah isterinya. Nina tabah menerima sikap kasar TQ sehingga akhirnya TQ jatuh cinta juga pada dirinya. Tapi bahagia hanya sementara. TQ di serang semasa bertugas di rig dan di humvan ke laut. Selama empat tahun Nina sabar menunggu. Bila dia hampir mengaku kalah kerana mahu membahagiakan anaknya, Humaira, TQ muncul kembali. Tetapi dia telah hilang ingatan dan dia menolak kehadiran Nina sekali lagi. Nina masih mahu meraih cinta hatinya, namun bila nyawa anaknya hampir hilang dan kehadiran anak itu ditolak oleh TQ, Nina bersedia untuk berundur. TQ mula membuka ruang di hatinya untuk menerima Nina dan anaknya bila orang-orang di sekeliling asyik menyebut tentang pengorbanan yang telah Nina lalui untuk setia menunggunya. Mereka akhirnya cuba untuk mulakan hidup baru kembali. Nina kerana cintanya yang sedia ada untuk TQ dan TQ yang sudah mula merasakan bibit-bibit cinta dalam hatinya untuk isterinya. Akhirnya Nina akan dapat cinta tulus suaminya tanpa dibandingkan dengan cinta TQ pada arwah Liyana. Start afresh.
Wow.. buku ni aku baca time bulan Ramadhan. Bising juga suami aku tgk aku dok kelek novel. Tapi Alhamdulilah, semuanya ku balance accordingly. Nina & Tengku Qaif.. Sungguh mulanya aku bengang dengan Tengku Qaif tapi Nina ni pun tak pandai nak give up which is worth her patience. Betul juga patah tumbuh hilang berganti. Slowly, dia terima jugak Nina dan baru nak mula bahagia, hilang pulak si Qalif. Untuk buku yang tebal, ia really mencabar aku yg membacany hingga pagi 1 syawal.
Ya Allahhhh... terlalu best. cair dengan watak Tengku Qalif. dah la nama heroin sama. huhu... bangga jap. neway, sejak saya baca buku Acik Lana, mmg dah fall in love dgn gaya penulisan dia. lepas ni nak cari AKYT yg tak tau bila nak terbit tu. hehe
Kisah perigi cari timba, timba jatuh cinta kat perigi, dah bahagia, hilang ingatan, jatuh cinta sekali lagi kat perigi. . Tengku Qalif(TQ) bercinta dengan Liyana selama belasan tahun. TQ begitu cintakan Liyana, cinta pertamanya dan banyak menulis kenangan indah TQ dan liyana di dalam sebuah diari. Liyana meninggal dalam kemalangan semasa honeymoon, sebulan lebih lepas dorg ni kahwin. . TQ tak dapat terima qada’ dan qadar, mengasingkan diri dari dunia luar dan jadi panas baran. . Imanina, anak kpd secretary ayah TQ tanpa sengaja mendengar TQ menyanyi di dalam bilik sambil menangis semasa menghadiri tahlil arwah Liyana. . Dari mula lagi TQ benci sangat kat nina ni, bahasa bukan main kasar tapi actually comel je😁. Nina ni pulak jenis selamba dan muka tembok. . Tgh gaduh, TQ terjatuh atas kaca, Nina tlg hantar TQ ke hospital. Haa masa tu la, dalam kalut2 ‘diary’ TQ tercampak ke dalam beg Nina. Nina sebab geram dengan TQ, baca diary tu sebab kononnya nak ceroboh privacy TQ yg ego tu. Tapi lepas baca diary tu, Nina rasa TQ ni seorang yg sangat penyayang dan romantik, berbeza dgn TQ yg skrg. . Dah jatuh cinta, Nina offerkan diri untuk jadi isteri TQ lepas ibu Nina suggest kat mama TQ untuk bukakan hati TQ kat org lain. . Ok, part ni tak suka sangat kat Nina sebab perangainya yg terover tak tahu malu macam perigi cari timba .Err yg seriously buat malu kaum perempuan babe. TQ pulak maki hamun Nina ni mcm2. At last terima ‘pinangan’ Nina selepas Nina cabar TQ untuk tidak jatuh cinta dengannya. . Lepas kawen, dtg la 2 org lelaki yg sukakan Nina. Kawan baik TQ sendiri, Amri dan fashion designer Shauqi(lupa mention Nina ni fashion designer jugak). Part ni best. Comel sangat2 part TQ jealous kat 2 lelaki ni. . Last2 TQ mengaku yg dia dah jatuh cinta kat Nina. Bahagia la sekejap sampai TQ kene serang dgn lanun masa bertugas(TQ ni engineer). Time Nina skype dgn TQ dan nak btau yg dia pregnant, Nina nampak ‘live’ TQ kene serang. Tq kene tembak dan dihumban ke dalam laut. . Lepas dpt berita kehilangan TQ, skrg jadi karma, Nina tak ubah mcm TQ masa liyana meninggal. . 4 years later masa nak tuntut fasakh sebab nak mulakan hidup baru dgn shauqi, TQ dihantar balik ke Malaysia dr Myanmar slps dicam oleh Malaysian yg ke sana. . TQ hilang ingatan langsung dan berubah menjadi org yg lain. Mula2 dingin pastu fall in love balik ngn Nina. . Ramai complaint kenapa ingatan TQ tak pulih? I on the other hand suka sebab TQ dah erase perasaan dia kat Liyana(sebab before ni annoying, time dgn Nina time tu jugak nak ingat kat Liyana). Dlm hilang ingatan tu, TQ jatuh cinta sekali lagi dgn Nina sebagai TQ yg baru. Sy puas hati sebab rasa cinta tu mcm hak milik mutlak Nina skrg tanpa dikongsi dengan Liyana, sebab sblm ni rasa mcm Nina ni tgh bermadu dgn Liyana walhal Liyana dah meninggal.
Rasanya ada mix feeling juga tentang buku ni... yang saya suka Nina bertabah hati dengan perangai annoying Qalif, scenario selepas Qalif sedar hatinya dah tergolek ke pangkuan Nina. Sweet rasanya moments lovey dovey mereka. Lepas tu saat saat terakhir sebelum pemergian Qalif ke rig di Myanmar, debaran Nina yang pada masa tu macam dah terasa something bad is about to happen, Qalif pakai baju satu suit putih, dia patah balik sebab tertinggal handphone, terasa juga debarannya. Malam tragedi tu, thrilling juga dan rasanya penulis sangat creative mencipta moments macam ni, unik. Yang kurang berkenan, Qalif punya ego melantun masa fashion show final project Nina, punyalah dia berlagak dengan Qi padahal dia baru saja sedar Nina terlalu precious untuk dilepaskan. Cinta yang berputik di hati Qalif terhadap Nina, adakah betul didorong rasa senangnya dengan sika positif bersahaja dan nekad Nina atau berpunca dari ego dan tamaknya tak mahu Nina disambar Shauqi atau Amri. Nina ni kira very sentimental la berdasarkan sebab mengapa dia begitu nekad mahu memaksa cinta dari Qalif. Kiranya 3.5 untuk saya
Jalan cerita yang menarik.. Lama bebenor nak habiskan sebab ketika pregnant aku ada penyakit malas membaca novel !! Tu yang lazma sgt nak habis ..
Nina Wanita yang cekal dan berani giler !! Ada tak wanita di luar sana nak kawen dengan orang yang "ala2" tak siuman .. Klu aku huuu sorry sgt. Cinta Qalif terhadap arwah liyana amatlah tinggi . Jadi nina berusaha tinggi untuk menraih cinta dari Qalif ..
Qalif Pemuda kacak di pandangan Nina walaupun wajahnya ketika itu agak huruhara . Keegoannya yang tinggi , menyebabkan dia memandang rendah pada nina . Tapi akhirnya di jatuh cinta pada nina .
Tapi selepas masing2 menyulam cinta, qalif di rompak dan di humban ke laut oleh lanun ketika bertugas di pelantar. Kejadian itu terjadi di hadapan mata nina ketika mereka berskype ..jasad qalif tidak di temui dan nina putus harapan dan menjadi seperti qalif pada kali pertama mereka bertemu.
Selepas 4thn , qalif kembali tetapi dalam keadaan hilang ingatan , sekali lagi nina berusaha untuk mengembalikan ingatan qalif . Akhirnya mereka hidup bahagia ..
mcm biase...novel Acik Lana memang superb2 belaka(kecuali ABM n MJATS aku krg suke)
Tengku Qalif...seorg lelaki yg tidak boleh menerima takdir yg ditetapkan...hidupnya terus mengenang arwah...sehinggalah dia dilamar Nina...dia menerima lamaran Nina krn sebuah cabaran...pd awal perkahwinan dia dan Imanina...dia melayan Nina tak ubah seperti Nina tu makhluk perosak...krn besarnya cintanya kpd arwah isterinya...dia tidak mahu membuka pintu hatinya kpd Nina...namun...akhirnya dia jatuh cinta buat kali kedua kpd si isteri...kebahagiaan mula dirasai Tengku Qalif...sehinggalah rasa bahagia itu hilang apabila dia menjd seorg lelaki yg bernama Harn...
Imanina...seorg perempuan yg tak kenal erti putus asa...dia terus memikat dan memikat hati si suami...sehinggalah dia berjaya menawan hati tersebut...hatinya bahagia...dan bertambah bahagia dgn kemunculan insan baru di dlm perutnya...sehinggalah bermulanya pd satu mlm yg menghancurkan kebahagiaan yg dirasai...niat ingin menunjukkan surprise...bertukar dgn berita kematian...kebahagiaan yg dirasai hilang sekelip mata...
Acik Lana..tak rugi beli novels penulis ni..karya dia mmg mantap dan sentap plus sendu. Jln cerita ni sedih..kalau ada happy moments cuma 5 min je in between pages and last few pages. Imanina deserved to be loved..sangat setia dalam menanti..and you might drool over the man in this novel to be the alpha male in ur life..cos dia juga sangat romantik dan juga setia selepas kematian isteri pertama walaupun agak lemah dalam keteguhan iman kerana tidak redha atas kematiaan isteri pertama..last baru kecapi bahagia..hilang dilautanlah pula..lepas jumpa hilang ingatan...nasib baik happy ending. Tapi the feelings that stayed behind after reading is too bothersome..sangat menginsafkan..treasure every moments u have before it was taken cos u never know if u will have a second or third chances i ur life to right what is wrong.
Novel pertama Acik Lana yang aku baca. Biasa dah dengar nama AL. Tapi takut nak try novel-novel tulisan beliau sebab... entah? Tapi ternyata novel PCBS tak menghampakan! Walaupun 800ms, aku boleh baca dan enjoy every plot written. Bukan senang nak maintain momentum mood membaca macam tu. Aku suka endingnya yang tiba-tiba muncul konflik. Biasanya bila dah bahagia, akan happily ever after gitu. Tapi cerita ni... memang lain daripada yang lain! Cuma... hati sedikit ralat bila TQ menjadi TQ yang baru. TQ yang romantis dan memanjakan Nina hilang. Tapi yeah... itulah kehidupan, kan? :)
Well.. apa nak cakap lagi, selain drp Acik Lana mmg tak pernah kecewakan kak yus dlm setiap karyanya. Kisah Amanina dan TQ kak yus ikuti sejak awal di blog Luahan Dari Otak Kecil bersama karya2 Acik Lana yang lainnya. Penceritaan yang bersahaja, bibit2 cinta dan scene2 romantis yg membuai perasaan ..aduhai, memang tak lena tidolah. Tahniah untuk Acik Lana..
She did it again. Novel ni mmg buat aku menangis. Jln cerita sgt menarik. Karekter Imanina sgt menarik. Mmg wanita melayu terakhir lah.. Kesabaran karekter ni sgt2 tinggi. Siapa minat ombak rindu dan sebenarnya saya isteri dia WAJIB baca buku ni. You will enjoy this book also. I bet this novel will be the next hits show in tele. Bravo to Acik Lana!
ni buku pertama AL yang saya baca...citer yang best...cuma saya kurang berpuas hati dengan ending je la...walaupon it was a happy ending, but still saya expect yang lelaki tu akan dapat balik ingatan dia, not to start all over again