Jump to ratings and reviews
Rate this book

Till Death Do Us Part

Rate this book
Halil anak muda yang diuji dengan kesusahan hidup setelah ayahnya dimasukkan ke penjara. Semuda usia 17 tahun dia menelan ujian hidup.

“Alil nak kerja. Alil tak nak sekolah dah kat situ. Alil tak nak! Alil lagi suka kerja kat sini.” - Halil.

Dibenci Cikgu Saiful, Halil berhenti sekolah walaupun dia pelajar bijak. Namun kegigihan Maira, kakaknya membawa Halil bertemu dengan Zahnita. Guru tuisyen yang jelita itu ikhlas membantunya setelah dia memutuskan untuk mengambil SPM sebagai calon luar.

Semenjak bertemu Zahnita, hidup Halil berubah jadi bermakna.
“Saya tak suka bercakap. Saya suka dengar cikgu cakap aje.” - Halil
“Saya tak suruh awak bercakap, menceceh entah apa-apa. Maksud saya... instead awak angguk kepala, jawab ya lebih baik.” - Zahnita

Halil jatuh cinta pula terhadap gurunya itu! Zahnita satu-satunya wanita yang amat kena dengan jiwanya walaupun usia mereka ketara berbeza. Namun antara guru dan murid, ada etika perlu dipatuhi sementelah Zahnita hanya guru ganti.

“If you could leave me with one piece of advice... what would it be?” - Halil
“Forget me... stop thinking about me.” - Zahnita

Hidup Halil nanar semula setelah Zahnita kembali ke London untuk meneruskan pengajian dalam pada peperiksaan SPM kian dekat. Tabah memegang takdir, dia berharap kepada yang Esa agar menentukan Zahnita wanita teruntuk buatnya.

Hati yang baik seiring dengan kegigihannya. Dia anak muda yang tabah. Sehingga ke hujung dunia dia setia memegang cinta. Sekali jatuh cinta, dia tidak pernah lupa Zahnita merupakan satu-satunya wanita yang bertakhta dalam hatinya.

Kisah ini tentang Halil. Dari Tapah ke Scotland dan Benua Eropah dia mengembara.... dia akhirnya berjaya mendepani cabaran hidup ini sehingga dewasa. Bersamanya ada seseorang yang setia mendoakannya. Zahnitakah orang itu?

597 pages, Paperback

Published January 1, 2023

1 person is currently reading
16 people want to read

About the author

Adnil Zaff

65 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (56%)
4 stars
5 (21%)
3 stars
5 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
August 23, 2023
Just not my cup of tea. Aku jadi pening bila watak bertambah-tambah. Dannnn, suka cikgu sendiri? Aduh awkward 😅 Ya ya salah aku lah sebab terang2 kat sinopsis belakang dah tulis ‘Halil jatuh cinta pula terhadap gurunya itu.’ Haha.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
July 13, 2023
Hard work pays off!

Kisah Halil yang selalu kena buli kat sekolah. Kaki buli si Badrul sebab suka kat Adeeba tapi Adeeba suka kat Halil.

Cikgu pulak anti si Halil and berat sebelah sampai buat Halil ni tak wujud dalam kelas. Tu lagi trigger Halil taknak pergi sekolah.

Bukan setakat buli dimulut tapi sampai pukul². Eeee jahat betul! F memang tak suka budak² buli ni.

Kakak Maira tak putus asa pujuk Halil. Halil ni budak baik, budak pandai.. dia tak suka buang masa. Masa lapang dia kerja cari duit untuk keluarga. Lepas ayahnya Tuan Murad keluar dari penjara pun tetap dia kerja.

Bagus cerita ini.. kalau tak belajar kalau takda sijil payah kita nak hidup kat dunia ini. Semua kena ada sijil kalau nak kerja bagus.

Satu lagi kisah F suka.. ambil stock makanan yang hampir nak expired. Kadang² expired tu lagi 2-4bulan.. masih boleh dimakan. Siapa tak pernah beli kan? Kalau p Tesco, bahagian itu la kitaorang check dulu. Kadang² kita perlu jadi "kedekut" untuk berjimat.

F suka baca relationship Halil - Zahnita. Zahnita ni amat memahami Halil yang jenis tak romantik, kurang bercakap dan paling kuat kerja. Masa diaorang bercinta pun diaorang dah start panggil sayang-yang.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
August 15, 2025
Legaaa dah habis. Entah la. Rasa mendatar je baca kisah si Halil ni.

Dia yang dulu hampir putus asa nak belajar akhirnya berjaya jugak. Penuh ranjau dan onak duri mampu dia tempuh asalkan dengan orang yang tersayang. Memang tak romantik la Halil ni. Pendiam dan bermuka lugu. Nasib kau lah Zahnita. Asalkan kau bahagia.

Tabik hormat dengan Kak Maira, tak putus asa pujuk Halil supaya belajar dan ambil SPM. Kemudian pujuk lagi supaya sambung belajar ke peringkat seterusnya.
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
August 23, 2023
Hero berat mulut.Tapi saya suka dengan sikap dia yg rajin berusaha.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
October 13, 2023
Yang lain dari yang lain aje kalau dari penulis ni. Tak pernah menghampakan lagi.
Profile Image for Lyana Mikail.
24 reviews3 followers
October 8, 2023
TILL DEATH DO US PART

Halil..budak yini memang hati kering sungguhlah. Puas dipujuk supaya meneruskan persekolahan. SPM dah nak dekat. Tapi apa yg dia buat? Dia berhenti sekolah dan mencari kerja!

"Alil nak kerja. Alil tak nak sekolah dah. Alil lagi suka kerja!"

Hanya kerana menjadi bahan ejekan rakan-rakan sekolahnya dan tidak diendahkan guru, Halil nekad tak mahu pergi sekolah dah. Apa nak jadi pun jadilah. Sudahnya, kakaknya Maira berkeras memujuk dia utk menghadiri kelas tuisyen. Halil berjaya dipujuk untuk mengambil SPM calon luar.

Saat bertentang mata dgn si gadis yg mengajar tusyen, wah tiba2 saja semangat nak belajar berkobar-kobar. Diajar oleh si guru cantik, siapa tak semangat, kan😏

Ini kisah Halil, adik kepada Maira dlm ebook Hak. Kisah bagaimana seorang anak muda yg merasa terpinggir di sekolah hanya kerana latarbelakang keluarga yang bermasalah. Kisah seorang anak muda yg gigih mencari duit untuk keluarga dan pada masa yg sama nekad utk mengubah nasib dengan belajar bersungguh-sungguh. Kisah gigih seorang anak muda yg mengejar impian sehingga ke bumi Glasgow, beriringan bersama cinta hatinya.

Hati yang baik seiring dengan kegigihannya, setimpal dengan hasilnya. Banyak pengajaran yg disampaikan penulis. Tanpa usaha memang susah nak berjaya. Sokongan keluarga penting. Orang yg tidak suka kita itu ada saja mengelilingi. Berhati-hati dalam memilih rakan. Paling penting, diri sendiri harus tahu apa yg dimahukan.

Bacaan yg sesuai buat adik2 yg sedang mencari kekuatan dan semangat...

290623
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
August 19, 2023
superb!

idea puan penulis memang sentiasa sedap. olahan cerita buat pembaca duduk ralit dalam cerita dan tak mahu keluar.

kisah halil, pelajar tingkatan lima yang dibuli. bukan hanya dengan pelajar, bahkan dengan cikgu buatkan dia tawar hati mahu sekolah. disebabkan dia pelajar yang pandai walaupun punya masalah disiplin iaitu seringkali lewat ke sekolah, buatkan ramai guru sepakat mahu membantunya. kalau ikutkan bukanlah besar mana masalah dia, tapi biasalah. busuk hati manusia.

saat dia nak mengalah, muncul zahnita yang bertindak sebagai guru tuisyen yang buatkan halil menumpukan kembali belajar. dia memang jatuh hati pada gurunya itu.

dalam menempuh kesukaran, zahnita tetap beri semangat pada dia. dan bila zahnita kembali ke london untuk meneruskan pengajian, halil awalnya memang terasa sangat kehilangan. tapi dia pegang kata-kata semangat yang zahnita berikan.

kisah halil ni, daripada seorang pelajar yang pernah kecewa hingga dia mampu bangkit meneruskan pengajian dan menggapai apa yang dia mahu dan perlu dalam hidup. akak suka juga bahagian dia tak kisah pun tentang ayah dia yang dipenjara. tetap dia hormat pada si ayah. seperti biasa karya puan penulis ini sentiasa padan dengan kisah dan pengajaran. serius, berbaloi baca.

manusia akan sentiasa tercabar. tercabar yang paling utama adalah dengan diri sendiri. mampu atau tidak. ada saja jalan jika cabaran itu disahut. dugaan memang akan sentiasa tiba, tapi itulah yang menjadi lakaran untuk warna-warna hikmah yang bakal dinikmati.

usaha saja selagi nyawa masih ada.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.