Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Eksklusif

Rate this book
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”

“Serius?”

“Ngee, melampau bos ni.”

“Nora, saya serius ni.”

“Ya ke?”

Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.

Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.

Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.

Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

413 pages, Paperback

First published March 1, 2013

6 people are currently reading
113 people want to read

About the author

Wan Awliya Rayqal

1 book6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (21%)
4 stars
32 (21%)
3 stars
56 (37%)
2 stars
21 (14%)
1 star
9 (6%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews200 followers
April 1, 2013

 photo cp4_zps21ea4ff1.jpg
Lelaki Eksklusif was a lovely, sweet and cheesy romance. The plot was interesting, although it predictable, but I truly enjoyed it! This book keeps you on your toes.


 photo cp9_zps4a4e8254.jpg
"girl meets boy, girl likes boy, boy likes girl, they don't admit it till like half way through the book"



 photo cp5_zps578795ed.jpg
Nora - gadis lincah yang nampak ganas tapi lembut dan manja.
Mukriz - jejaka yang penuh dengan kasih sayang. I adored him.


 photo t_zps9a3adbf0.jpg
watak yang paling sha meluat :-
Wan Ariff - manja, suka mendesak, suka menguasai, berdendam, merajuk dan kekurangan kasih sayang seorang ayah

 photo e_zps9e5d9131.jpg
Pulang Mukriz dari luar negara, atuknya menempatkan Mukriz ditempat penghantaran. Di sana dia berkenalan dengan Nora yang agak tomboy tapi suka berjenaka dengan lawak sengalnya.

 photo cp1_zps0cb0d0cf.png
Nora senang hati bila bersama dengan bosnya, Mukriz. Tidak disangka dalam hati sudah terbit rasa suka.

Ariff tidak suka melihat Mukriz bahagia. Sudahlah rampas segala²nya dari Mukriz, Nora jua Ariff nak kaut.

 photo g_zps05d0da14.jpg
Sudahnya, Mukriz dan Nora berkahwin apabila Mukriz menyelamatkan Nora dari berkahwin dengan lelaki tua demi membayar hutang ayah Nora.

 photo u_zps1b12a57a.jpg
Hubungan mereka dirahsiakan sebab Ariff. Ariff sakit hati bila Nora mendekati Mukriz. Ada sahaja pelawaan Ariff terhadap Nora ditolak mentah².

Bila Ariff dapat tahu Mukriz dan Nora bersedudukan, dia mengamuk. Mukriz menegaskan Nora itu isterinya yang sah.

 photo s_zpsbfeea925.jpg
Ariff pula tidak mahu bertunang dengan Sharina. Sharina hanyalah alasan untuk menyakitkan hati Mukriz. Terperanjat semua orang.

"Orang kata apa yang kita buat, itulah yang kita dapat balik"

Padan muka Ariff, maknya Puan Marina dan neneknya, Hajah Zakiah. Semua salah hanya diletakkan ke bahu Mukriz. Terimalah buku dengan ruas.


 photo h_zps403a9aa6.jpg
Nora bersemuka dengan Ariff dan meminta untuk tidak mengacau kehidupannya dengan Mukriz.


 photo b_zps42dbf0c5.jpg
Mukriz adalah untuk Nora.

 photo cp_zps3eae6caa.jpg
" Dialah orang pertama yang memberi peluang kepada saya bagaimana rasanya hidup disayangi. Dialah orang yang saya ada ketika saya menangis. Dialah orang yang saya ada waktu saya sakit. Dan dialah satu²nya orang yang saya ada. Saya tak boleh tinggalkan dia. Saya tak boleh lepaskan dia pergi hanya kerana saya takut hidup susah. Tiada yang paling susah dalam hidup saya kecuali satu perkara, susah nak cari orang yang menyayangi saya"



 photo o_zpsd2e8f174.gif
This little story is absolutely wonderful. Tersengih² sha membacanya. Teringat cerita "Coffee Prince".

 photo tumblr_m3jg9lftxf1r6aoq4o1_500_zpsc19d4139.gif
Mood sudah kembali ceria bila membaca buku ini. Sangat sesuai dengan jiwa sha yang ingin cerita yang santai.


 photo j_zpsfe5a0a5f.gif
Romance lovers, if you want a nice, quick read, this is your story.

Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 30, 2016
sejujurnya, kalau suruh saya buat pilihan di kedai memang saya takkan pilih buku ini untuk dibeli. Maaf, sebab pertama cover memang out-saya tak suka. Dua-siapa penulis ni, langsung taktau. Tiga-tajuk entah apa-apa.. That was my first impression. Sehingga seorang seller cantik sudi nak beri buku ni pada saya, itu pun saya masih bertanya, eeii... Best ke? Nampaktak betapa prejudisnya Ogy Yusof ni?.. Haaa..... Bila dah dapat buku ni pertama sekali yang saya belek, cetakan keenam-2014. Ambikk.. Dah masuk cetakan keenam.. Maknanya mesti ada yang menarik..

Bila selak, punya selak.. Baca punya baca... Hmm... Tau-tau abis dah... Nampak tak sebenarnya buku ni memang best. Mungkin sesetengah akan berkata, alaa.. Kisah biasa orang kaya adik beradik berebut kalau tak harta mesti perempuan.. Yup, memang betul tapi cara olahan cik puan penulis ni memang memikat hati pembaca yang membaca. Wan mukriz yang dipinggirkan keluarga kerana bukan anak dari perempuan pilihan neneknya untuk dijadikan menantu. Sementara wan ariff miliki semuanya termasuk wanita yang pernah dipuja, sharina. Setelah 8 tahun membawa diri, wan mukriz kembali dan bersama mahu membantu datuknya di dalam syarikat.. Haha!!.. Klishe sangatkan.. Tapi jangan lupa, bila olahan penceritaan bagus, orang peduli apa kalau kisah tu biasa jer. Penyampaian yang berkesan itu perlu beb...
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 7, 2013
I finished reading this book dalam masa 3 jam saja. It’s too simple. Tak complicated. So I tak payah tarik napas baca buku ni.... :) Since its the first book from the author, personally I think the storyline is too longgar. Also there are some unanswered questions tapi because the ending is sudden, I forgot all about the unanswered question. Buku yang santai. Actually it is a good remedy for those who just finished reading heavy books. Tak pening kepala.
12 reviews2 followers
May 14, 2013
erm.. biasa2 jer ceritanya. then, aku pelik. kenapa novel ni bakal didramakan. hello pengarah drama..kenapa korang tak angkat novel karya MELUR JELITA and HLOVATE jadik drama or filem?? sure meletop. bukan nak kritik or apa, but, karya HLOVATE dan MELUR JELITA cukup rempah, ada pengisian, dan digarap dengan sangat baik. pendapat aku jer..
Profile Image for Jessica.
171 reviews
March 11, 2015
2015 - Novel #14

TAMAT! Cerita yang simple & tidak complicated. Kelakar juga karakter Nora. Selamba badak dia aje. Wan Ariff pulak ya ampun menyakitkan hati betul.

Bila Mukriz & Nora berkahwin auw sweet jugak. hehehehe... overall oklah. Santai & tak berat.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
August 16, 2016
Mungkin ada yg tak berapa gemar ngan cerita ni tapi saya sangat suka dan baca berulangkali sama ngan cerita lagi satu from another author Suami Express..berlainan tapi all men are sweet. Tak jemu.

Sebanyak mana saya cuba membenci Ariff, saya juga kesiankan dia. Dia tidaklah sejahat mana tapi kalau dah dibesarkan in a cold family when can a warm feeling seeps in?? That is until he met Nora. Apa yg dia ingin lakukan semuanya di dictate by the family..Yg lebih tragis, dia tidak mendapat kasih sayang yg didambakan dari seorang ayah unlike adiknya Mukhriz kerana ibunya bukanlah wanita pilihan ayahnya.

Mungkin Mukriz ingat nasib dia malang sebab diabaikan oleh keluarganya dan orang yg dia cinta tinggalkan dia untuk abangnya just because dia tidak punya apa2..jadi dia membawa diri merantau ke negara orang menimba ilmu dan pengalaman sebelum pulang ke Msia lalu bekerja dibawah syarikat keluarga mengambil alih position yg tidak setaraf ngan kelayakkannya..dia tidak kisah akan semua tu janji dia bebas lakukan apa saja. Dalam sedihnya ada juga his happy days unlike Ariff.

Tapi untuk saya menyokong setiap tindak tanduk Ariff terhadap adiknya dan Nora adalah tidak adil..kerana ibu bapa yg tidak persefahaman, anak2 yg kena tempiasnya. Dari itu Ariff cuba merampas segalanya milik Muhkriz even Sharina back then, followed by Nora.

Sharina deserved what she did to Mukhriz..cinta yg diharapkan dari Ariff rupanya adalah satu kepuraan belaka. Sharina ni bagai isi lupakan kulit..dia lupa kehidupannya dulu hingga sanggup memandang rendah terhadap Mukhriz dan Nora. And knowing what Ariff felt about her made her realise about her blunder in choosing a spouse. What did she do after that?

Nora seorang gadis yg hidup hanya untuk menyenangkan orang yg kurang relation dengannya..namun tak pernah dihargai..bekerja dibawah satu bumbung ngan Ariff and Mukkhriz as a despatch rider. Mukhriz menjadi hero untuknya. Walaupun kasar, dia seorang yg memahami. Macam2 hal berlaku hingga mereka berkahwin.

Seriously I really love this book..kurang tekanan.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
July 5, 2013
Jalan cerita novel LE ini..biasa2 saje... Mengisahkan Wan Mukriz disisih keluarga kerana lahir daripada menantu bukan pilihan...Sejak kematian ibunya, Wan Mukriz merantau dan kepulangannya tidak disenangi nenek, ibu tiri dan abang berlainan ibu, Wan Ariff. Wan Ariff sentiasa mencemburui Wan Mukriz..dan akan merampas semua yang menjadi mulik Wan Mukriz. Hinggakan Sherina, gadis yang diminati Wan Mukriz juga dirampas.

Bimbang kedudukannya di syarikat, Wan Ariff mengungut bapanya untuk berhenti kerja..Jika, Wan Mukriz diberi jawatan penting di syarikat. Lalu, Wan Mukriz diletakkan di bahagian penghantaran.

Wan Mukriz mula terpikat dengan sikap selamba Nora Danisya yang bekerja sebangai despatch. Nora menjadi rebutan antara Wan Mukriz dan Wan Ariff. Wan Mukriz menjadi tempat luahan masalah bagi Nora. Manakala, Wan Ariff suka memaksa Nora mengikut segala kehendaknya.

Ugutan ayah Nora membuatkan Nora terpaksa meminta bantuan Wan Mukriz. Mereka disatukan dan merahsiakan perkara tersebut dan pelbagai cara dilakukan oleh Wan Ariff untuk memisahkan mereka ~ Happy Ending~
Profile Image for Raden.
56 reviews9 followers
May 9, 2013
I found this book being read by quite a number of people in the bookstore. I don't really enjoy reading books that use non-standard language but because I was too curious what was so interesting about the book, I grabbed one and spend 2 days reading it. I gave it a chance. Good story line but it would be better if it's written in proper standard language so that it can be read by the international foreign students, too.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
May 26, 2014
Untuk pertama kalinya aku terpaksa akur dengan penganugerahan 1 bintang (DID NOT LIKE IT) tanpa apa2 penjelasan.... :(

p/s: Keletihan + kelesuan masih berbaki, so x perlulah aku memanjangkan ke-tension-an untuk reviewnya...... :(
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
June 13, 2013
Best! Simple dan entertaining. Wan Mukhriz tidak pernah rasa disayangi oleh datuk, nenek, ibu tiri dan abang tirinya, Wan Ariff. Bapanya pula lebih banyak berdiam diri. Ibu dan abangnya telah lama meninggal dunia akibat kemalangan. Dirinya tidak diperdulikan hanya kerana ibunya bukan pilihan keluarga. Kini, selepas 8 tahun merantau, dia pulang ke Malaysia. Wan Ariff sentiasa dengki dengan dirinya dan akan merebut apa saja yang dia suka. Suatu ketika Sharina yang pernah bertahta di hatinya juga dirampas oleh Wan Ariff. Sekembalinya di tanahair, dia ditempatkan di ruang pejabat penghantaran. Di sana dia tertarik dengan Nora Danisha, (Nora), seorang gadis yang selalu lepas kata serta sentiasa girang. Dirinya rasa terhibur dengan telatah Nora. Walaupun Nora sentiasa ketawa, rupanya hidupnya penuh duka. Ayah dan ibunya telah bercerai dan masing-masing telah ada keluarga sendiri. Dia diabaikan tetapi dia tetap menyara hidup mereka. Suatu hari, Nora dipanggil oleh ayahnya ke rumah. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang tua sebagai membayar hutang ayahnya yang kaki judi. Untuk mengelak dari dikahwinkan, Nora berbohong bahawa dia sedang berbadan dua. Dia di pukul teruk oleh ayahnya. Nora meminta pertolongan Wan Mukhriz. Wan Mukhriz telah selamatkan Nora tetapi dia disuruh kahwin dengan Nora serta membayar hutang ayah Nora. Wan Mukhriz bersetuju. Mereka bahagia bersama tetapi Wan Ariff sentiasa mengganggu. Wan Ariff telah terpikat dengan Nora. Dia juga tahu bahawa Wan Mukhriz ada hati dengan Nora lalu dia mahu melukakan hati Wan Mukhriz. Berbagai cara dilakukan untuk memikat Nora. Tetapi Nora dan Wan Mukhriz dapat bertahan. Akhirnya, Wan Ariff sedar dan dia mahu pergi jauh untuk muhasabah diri. Wan Mukhriz diberi jawatan yang ditinggalkan oleh Wan Ariff dan hidup mereka kembali tenang.
Suka dengan watak Nora yang bersahaja. Dia nampak agak keanak-anakkan tetapi mempunyai prinsip hidup yang tegas dan matang. Wan Mukhriz walaupun penuh dengan kasih-sayang dan tanggungjawab tetapi agak cengeng. Mereka saling melengkapi. So sweet...
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
Lelaki Eksklusif....A Lovely, Sweet, Simple and Cheesy Romance. The plot was interesting, although it is predictable, but I truly enjoyed it! BUT...still...Lain org lain citarasa ok...for me I Love IT!

This book keeps you on your toes..."girl meets boy, girl likes boy, boy likes girl, they don't admit it till like half way through the book"

Nora Danisha - gadis lincah yang nampak ganas tapi lembut dan manja.
Wan Mukriz - jejaka yang penuh dengan kasih sayang. I adored him. watak yang paling meluat is..... -: Wan Ariff!!

Wan Ariff - manja, suka mendesak, suka menguasai, berdendam, merajuk dan kekurangan kasih sayang seorang ayah...Ape nak he mesti dpt!!

Pulang Mukriz dari luar negara, atuknya menempatkan Mukriz ditempat penghantaran. Di sana dia berkenalan dengan Nora yang agak tomboy tapi suka berjenaka dengan lawak sempoi n sengalnya.Nora senang hati bila bersama dengan bosnya, Mukriz. Tidak disangka dalam hati masing da ada taman...both suka sama suka.Ariff tidak suka melihat Mukriz bahagia.Ape Mukhriz suka or ada...Ariff will rampas...Itu ler yg terjadi pada Sharina...Bila Ariff tau yg Mukriz ada hati ngan Sharina...Ariff siang2 da sambar....sampai nak tunang,konon nak sakitkan hati Mukriz..padahal Ariff langsung tk suka Sharina. Sudahlah rampas segala2nya dari Mukriz, Nora pun Ariff nak kebas!!Sudahnya, Mukriz dan Nora berkahwin apabila Mukriz menyelamatkan Nora dari berkahwin dengan lelaki tua demi membayar hutang ayah Nora.Hubungan mereka dirahsiakan sebab Ariff. Ariff sakit hati bila Nora mendekati Mukriz. Ada sahaja pelawaan Ariff terhadap Nora ditolak mentah2.... Bila Ariff dapat tahu Mukriz dan Nora "bersedudukan", dia mengamuk. Mukriz menegaskan Nora itu isterinya yang sah.Ariff pula tidak mahu bertunang dengan Sharina. Sharina hanyalah alasan untuk menyakitkan hati Mukriz. Terperanjat semua orang."Orang kata apa yang kita buat, itulah yang kita dapat balik"!! Padan muka Ariff, mak dia Puan Marina dan neneknya, Hajah Zakiah. Semua salah hanya diletakkan ke bahu Mukriz. Terimalah buku dengan ruas.Nora bersemuka dengan Ariff dan meminta untuk tidak ganggu kehidupannya dengan Mukriz...Ariff lak tk pernah kenal erti Kalah...sampai he suruh Atuk mereka,PAKSA Mukriz Ceriakan Nora...n Nora Kahwin ngan Ariff.

"Mukriz adalah untuk Nora... Dialah orang pertama yang memberi peluang kepada saya bagaimana rasanya hidup disayangi. Dialah orang yang saya ada ketika saya menangis. Dialah orang yang saya ada waktu saya sakit. Dan dialah satu²nya orang yang saya ada. Saya tak boleh tinggalkan dia. Saya tak boleh lepaskan dia pergi hanya kerana saya takut hidup susah. Tiada yang paling susah dalam hidup saya kecuali satu perkara, susah nak cari orang yang menyayangi saya...."

This little story is absolutely wonderful to read...Very Sweet n Santai... Tersengih² sape yg membacanya....So....
Romance lovers, if you want a nice, quick read, this is your story.
Profile Image for Auni.
118 reviews
November 16, 2020
Picked this book up out of a whim. Dah lama tak baca novel cinta bm :)

Perjalanan ceritanya biasa-biasa je. Plotnya masih boleh dikembangkan untuk jadikan ia lebih menarik. Ada beberapa loopholes dalam cerita tapi its ok.

Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
January 14, 2014
Lelaki Eksklusif karya Wan Awliya Rayqal terbitan Penerbitan Karyaseni kisah cinta yg santai mengisahkan dua beradik tiri Wan Ariff & Wan Mukriz, Wan Ariff hidup dgn perasaan dendam yg dipenuhi dgn kekayaan berbanding dgn Wan Mukriz yg hidup dlm keserderhanaan tp dibenci oleh ibu tiri, bermula dari kepulangan Wan Mukriz ke tanah air yg menyebabkan bnyk perkara terjadi disebabkan sifat dendam dan dengki yg telah lama tersemat dlm diri Wan Ariff, kisah perancangan pertunangan Wan Ariff dgn wanita yg pernah disayangi oleh Wan Mukriz, pada dasarnya Wan Ariff hanya mempergunakan insan yg pernah Wan Mukriz sayangi utk menyakiti hati Wan Mukriz ttp tidak berhasil sehinggalah muncul seorang wanita bernama Nora, berpunca dari Wan Mukriz menjadi bos kpd Nora yg bekerja di syrkat keluarga mereka, dlm diam Nora dan Wan Mukriz jatuh cinta tp dlm masa yg sama Wan Ariff juga mencintai Nora, pelbagai konflik terjadi antara mereka bertiga, siapakah yg menjadi pilihan Nora? Anda harus dptkan naskah ini, ada juga kisah sedih di penghujung cerita, dptkan segera dipasaran
Profile Image for Fira Idora.
6 reviews
April 26, 2016
Announcement before review: Saya nak jual novel ni for RM 8 (excluding post) Pada sesiapa yang berminat, bolehla pm.

Sebuah cerita yang simple dan sweet antara boss dan pekerja yang nakal. Berkisar tentang kisah pertemuan dan percintaan antara Wan Mukhriz dan Nora yang sangatla sweet.

Mereka jatuh cinta tanpa disedari. Selepas satu incident, mereka terpaksa berkahwin dan terpaksa juga menyorokkan perkahwinan mereka dari keluarga dan kawan terdekat.

Malangnya adik Wan Mukhriz iaitu Wan Wan Ariff juga jatuh cinta pada Nora dan merancang merampas Nora dari Wan Mukhriz.

Wan Ariff yang sebelum ini sentiasa cemburu dan ingin merampas apa sahaja kepunyaan Wan Mukhriz terdesak untuk merampas Nora kerana merasakan Nora adalah cinta sejatinya.

Kisah yang manis dan happy ending.
Profile Image for Nur Fatiha.
6 reviews1 follower
May 21, 2013
Ekslusif. Tahniah pada penulis. Karya sulung yg tidak menghampakan.
Walaupun agak longgar ceritanya tapi saya suka sebab agak santai dan rileks j bace. Dan satu yg best agak sukar juga utk jangka whats next. Ariff yg angkuh, Mukhriz yg dgn statement xkacak tp pandang dr tepi ohmaii ensem.. Dan watak NoraDanisha yg slumber.
Semestinya terbayang NoraDanish yg comel tu. Yeayy..
P/s: Lepas ni novelis ley selitkan watak heroin buat comel ala Gwiyomi yee *_*
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
May 28, 2013
Cerita santai. Biasa2 je pun. Klise. Jalan cerita agak lancar dan simple. Konflik pun biasa2 je makanya dalam 1 malam je dah boleh habis. :-)
12 reviews
July 13, 2013
Flat.
Why did I even buy this book in the first place? Oh yea, curiousity once again killed the cat.
Profile Image for Liz Haliza.
10 reviews2 followers
April 17, 2014
ni pun sama. dah lama habis baca.nora sangat comel.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.