Jump to ratings and reviews
Rate this book

Santun

Rate this book
Apa benda, kalau manusia dah mula mainkan, dia tak akan berhenti mainkan, sampai dia mati?

92 pages, Paperback

First published January 1, 2012

2 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Petak Daud

15 books38 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (11%)
4 stars
18 (25%)
3 stars
30 (41%)
2 stars
15 (20%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Ayu.
12 reviews7 followers
December 8, 2012
Pertamanya, buku ini jujur. Situasi, topik yang dibincangkan, suasana, masyarakat, semuanya betul dan jujur.

Keduanya, Amri dan Rina adalah pasangan yang sweet.

Ketiganya, jalan cerita yang agak tergantung dan entah mana-mana sekadar untuk menambahkan muka surat. Apa jadi dengan kes Raha dan Sya? Kenapa tiba-tiba selit cerita hantu pula? Sampai ayat terakhir dalam buku ini, saya cuma mampu kata, "hekeleh tu je? ok."

Akhir sekali, usai baca buku ini rasa macam nak kahwin pula. Tapi calon pun takde. Lulz.
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
October 3, 2012
bagi aku, cerita ini menggambarkan situasi sebenar masyarakat melayu terutamanya yang belajar di IPT, ramai jugek yang duduk bersama kekasih tanpa ikatan kahwin. Ceritanya mudah saje, bersantun untuk meminta kahwin dgn ibu bapa, tak ke mudah?
Profile Image for Naziha Nur.
17 reviews4 followers
March 27, 2013
Aku tak nampak keperluan dan kepentingan Amri dan Rina hidup serumah sebelum bernikah.
Profile Image for Afa.
129 reviews
September 27, 2019
Saya agak terkejut; bukan kerana betapa jeleknya realiti hidup remaja yang dipaparkan, tetapi kerana latar novella ini begitu hampir dengan kediaman saya iaitu Lendu, Melaka. Balik-balik Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan kebanyakan penulis (terlalu klise), automatik latar yang agak dekat dengan saya menarik perhatian.

Ringkasnya ceritanya mengisahkan kehidupan remaja dan pelajar yang kelabu. Jahat tetapi ada secebis baik, baik tapi ada terselit jahat. Saya tidak dapat menolak yang cerita ini seolah-olahnya mengisahkan penulis sendiri, jika olahan fikiran semata-mata, maka saya salut keberaniannya.

Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
February 25, 2013
Perihal anak muda di universiti ( baca pengajian tinggi tanpa mengira universiti,kolej atau poli) yang sebenar. Tak semua orang lama faham apa rasa orang muda. Mereka hidup dalam era dan masa yang berbeza, pendekatan pun berbeza, cuma...mereka berkongsi rasa cinta yang sama.

Kalau nak kahwin muda, bagi mak abah baca buku ni.Lulz.
Profile Image for Syukri.
159 reviews9 followers
July 16, 2013
Novel yang menceritakan tentang kehidupan pelajar universiti. Berlatarbelakangkan UiTM Lendu (tempat aku belajar dulu). So, lagi senang nak imagine cerita ni. Aku agak terkejut bila cerita ni mengisahkan sepasang couple yang tinggal bersama di rumah sewa sedangkan mereka belum mempunyai hubungan yang sah. Tapi ending cerita, mereka insaf dan ingin menjalinkan hubungan secara sah.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
March 12, 2013
Cerita Amri dan Rina remaja belasan tahun yang masih menuntut di kampus, mahu berkahwin dalam usia muda maka perlu untuk mereka mendapatkan keizinan dan persetujuan ibu bapa di kedua-dua belah pihak.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Semua isu yg diketengahkan serba tak santun. Aku je yg santun membaca sampai habis utk serap pengajaran drpd gejala sosial anak muda. Apa benda kalau manusia dah mula mainkan, dia tak akan berhenti mainkan, sampai dia mati? Sorry, aku tak boleh jawab. Tolong beb!
Profile Image for Mustika Safiee.
8 reviews8 followers
June 6, 2013
Orang suka nafikan realiti. Suka tak suka itu realiti.
Tapi kenapa cerita cinta tiga segi Raha, Alif dengan Sya tergantung?
Profile Image for nurliza md ruzli.
33 reviews12 followers
June 5, 2013
Punk itu ada dalam diri masing-masing. Antara kau sedar atau tidak.
Profile Image for Pepol.
56 reviews9 followers
March 16, 2013
aku suka buku ini,tetapi ceritanya terlalu pendek
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
January 15, 2018
lebih suka dengan cerita-cerita ringkas petak, seolah catatan yang ditulis cepat-cepat tetapi dengan cermat. dengan harapan cerita-cerita itu hidup menggantikan benda yang mungkin sudah mati.
Profile Image for Najwa .
33 reviews5 followers
January 5, 2020
Satu teori aku, perempuan yang Amri nampak terapung luar tingkap tu adalah Raha. Rina pernah cakap dia dah mati bukan? Dan Sya terpaksa rasa bersalah seumur hidup.
Profile Image for Amirul Zumairi.
4 reviews
November 8, 2014
Edisi aku baca ada 2, Petak dan Santun. Petak cerpen manakala Santun pulak sebuah cerpen yang panjang dan ringkas(aku kira novel). Dengan gayanya tersendiri( banyak Naratif daripada Dialog), ia merupakan salah satu cerita yang dekat dengan mahasiswa, kehidupan Mahasiswa.

Bagi aku Petak Daud cuba menekankan aspek Sistem(yang buat Amri dan Rina serumah), dan juga aspek kehidupan. Aku fikir Petak Daud banyak pengalaman dalam Bab ni. Paling aku suka,setiap protagonis , kebanyakan merokok. Realiti, banyak budak Universiti kaki rokok.

Kalau diteliti dan diingati, Kisah Amri dan Rina bukan suatu kisah yang menyuruh manusia berzina,tetapi satu masalah yang diketangahkan untuk difikirkan semula. Banyak aspek yang kau perlu lihat bagi mengelakkan perkara ini berlaku, malah Daud juga menyediakan satu jalan penyelesaian iaitu kahwin muda.

Aspek kehidupan, bagaimana kau nak belajar kalau kau tanggung hutang. Ini juga dimuatkan dalam dialog Amri dengan Zul, Amri dengan Rina. Kisah kehidupan setelah belajar juga dibincangkan.

Bagi aku, aku rate benda ni jadi 4 bintang disebabkan jalan ceritanya yang rare. Aku doa, Petak Daud boleh sediakan pelbagai lagi cara untuk mengelakkan permasalahan sosial berlaku. Atau, Petak Daud sebenarnya nak suruh orang pandang keadaan Amri dan Rina sebagai satu keadaan yang tertindas.

Petak Daud, semoga berjaya.
Profile Image for Norfarieza Natasya.
6 reviews
December 24, 2016
The writing was quite simple, situation, jalan cerita pun sama. If I were to describe it in a word, it will be 'senang' (probably because its really simple and senang faham - no deep shit, lols)

I like how real Amri and Rina is, situation wise. Tapi tu jelah, everything else? Meh.

It was okay, boleh lah baca kalau bosan (Also, cerita ni pendek boleh habis in a day or lesser, lols lagi.)
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
September 17, 2013
simple dan menarik...kisah pelajar universiti yg survive di dunia yg penuh dgn pancaroba...xrugi membacanya..
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
January 1, 2014
Gambaran situasi sebenar berkenaan remaja (semasa menuntut di universiti) yang punya keinginan untuk hidup bersama, tapi terhalang dek kekangan wang.
Profile Image for Nurhuda Jamhari.
32 reviews
September 8, 2016
First time bace buku ni, culture shock. Penulisan buku ni terlalu open tapi bukan dalam keadaan yg keterlaluan. Cerita2 pendek yg menarik tapi kurang gemar dgn cerita Amir and Rina.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.