Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antara 'asabiyyah dan nasionalisme: Menurut pandangan Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Rate this book
Islamic views on nationalism with reference to Malaysia; analysis of views of Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Malaysian nationalist and politician.

148 pages, Unknown Binding

First published January 1, 1997

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
1 (25%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Faiz • فائز.
407 reviews
April 18, 2024
Dr Burhanuddin al-Helmy merupakan antara tokoh kemerdekaan yang disisihkan. Digelar sebagai radikal, berhaluan kiri, beracuan komunisme dan pelbagai lagi gelaran kurang enak; watak utama beliau sebagai pejuang kemerdekaan ‘dimatikan’ oleh golongan yang menang. Antara nama lain semisal beliau ialah Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Pak Sako dan Shamsiah Fakeh.

Berkenaan buku, penulis mempersembahkan kemiripan idea Ibnu Khaldun berkenaan asabiyyah dan Dr Burhanuddin berkenaan nasionalisme. Walaupun konsep nasionalisme sering mendapat kritikan ramai pihak kononnya menggalakkan pertumpahan darah dan ketidakadilan dalam masyarakat, idea nasionalisme bawaan Dr Burhanuddin sangat jelas: “nasionalisme yang disesuaikan dengan Islam dan Islam adalah asasnya, oleh itu Islam itu tidak menyuruh umatnya manusia bergaduh atau bermusuh dengan manusia lain. Dan ideologi Islam itu membimbing manusia ke arah persaudaraaan yang mutlak di bawah rakyat Tuhan yang mutlak“ (hlm. 107).

Kebanyakan kritikan kepada konsep nasionalisme adalah kerana ia beracuan Barat (hasil kesan Revolusi Perancis 1789); menggalakkan penjajahan, sedangkan nasionalisme Melayu bersifat membebaskan diri daripada penjajahan fizikal dan mental. Kegagalan sebahagian pihak dalam memperhalusi konsep nasionalisme tempatan ini yang mendorong kepada kesalahfahaman. Asabiyyah jahiliah yang meletakkan konsep bangsa sama taraf dengan firman Allah dan seolah-olah ia hal akidah ditentang oleh Dr Burhanuddin.

Wacana berkenaan ideologi tunjang yang membentuk identiti negara seperti nasionalisme, nationality dan nation-state (negara bangsa) harus kembalikan disuburkan dalam masyarakat untuk menganjurkan semula perasaan cinta akan tanah air (حب الوطن من الايمان).

Saya menutup ulasan buku yang baik ini dengan syair Dr Burhanuddin al-Helmy yang diucapkan sewaktu Kongres ke-2 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 1946.

Di atas robohan kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatulah Melayu seluruh baka,
Membela hak keadilan pusaka.


Displaying 1 - 1 of 1 review