Jump to ratings and reviews

Kawin-kawin

Kahwin. Bahagian hidup yang utama. Utama demi mencapai segala maksud, memaknakan segala cita-cita. Kerana kahwin fitrah kehidupan, ia biasa dipandu nafsu. Nafsu mahu mengongsi, memiliki dan menguasai, yang kadang-kadang terpaksa merebuti dan menjuarai.

Kawin-kawin ada cerita : kejamnya kawin paksa , sakitnya kawin tak jadi seksanya kawin tak merasa
Kawin-kawin kisah orang kawin mut?h, kawin pakai kontrak
Kawin-kawin kisah orang kawin mahu tegakkan syariat
Kawin-kawin penuh tafsiran tentang perlumbaan, penguasaan, percekcokan, kejujuran, keimanan.

266 pages, Paperback

First published January 1, 2002

Loading...
Loading...

About the author

Azizi Abdullah

69 books121 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (29%)
4 stars
47 (43%)
3 stars
23 (21%)
2 stars
3 (2%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for ~:The N:~.
852 reviews56 followers
August 16, 2021
Aduhai Malang!

Ketika mula-mula menguliti Kawin-kawin saya fikir ini kisah ajaran sesat. Masakan tidak, di daerah Malang tinggal, mereka mengamalkan nikah mut'ah, dan semacam tidak wujud pernikahan biasa. Malang begitu berahi mahu menikah mut'ah dengan Mas Umm dan tinggal di banglo besar wanita itu. Mas Umm yang sudah berkali-kali tukar suami pula amat taat dengan kitab Arraya karangan Syaikh Dr. Demo. Mana-mana lelaki boleh bermut'ah dengannya asalkan lulus menurut kitab itu dan direstui oleh Abul Ahkam Al-Syaikh Hajjul Fatawa.

Apabila diamati ternyata ada lapisan lain selain kisah nikah kahwin secara harfiah. Ini satira tentang politik-- tentang buruk perangai orang politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan kedudukan sehingga ada yang sanggup lompat parti dan hidup dalam kepura-puraan dengan harapan dapat imbuhan yang lebih ranum. Membaca buku ini sekarang walaupun buku ini diterbitkan pada tahun 2002, mengimbau semula sejarah politik yang pernah terjadi di tanah air dan masih terasa relevannya kerana langsung tidak berubah sikap orang politik sampai sekarang.

Lucu dan sinis, ada babak-babak yang walaupun tidak bikin saya tergelak kuk-kik kuk-kik seperti Mona, masih membuatkan saya tersengih sendiri. Suka dengan bahasa harian dari utara yang digunakan secara bersahaja.

⭐⭐⭐⭐½
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,624 reviews39 followers
June 6, 2021
Novel berupa sinfiran terhadap sesuatu keadaan politik, satira kata mereka yang arif.. Bagi saya menarik walaupun lucu bongok dengan vivid descriptions reka bentuk muka Si Malang, habits yang ewww gross (paling gross part yabg dia berbogel depan cermin selepas itu panggil Mona-jadi-jadian-siang-lelaki-malam-perempuan dan bertanya, "tidak segak kah Aku?" ewww

Part Malang bawa diri ke Daerah Siti Menurra yang ambil masa memandu lebih 7jam dengan jalan bengang bengkok macam ular kena palu tu saya macam boleh agak mana tempatnya. Deskripsi Malang tentang Tuan Guru Lebai Yazan buat saya boleh terbayang-bayang agaknya siapa yang dimaksudkan. Watak Mas Umm dan suami mut'ah dua kali nak masuk tiga kalinya Muallim saya blur blur siapa entah, tapi boleh agak mungkin yang belah belah tak ngam dengan orang Daerah Siti Menurra.

Perumpamaan letak syarat maskahwin salin dengan tulisan tangan 30juzuk AlQuran, yang ini apa sindirannya?
Profile Image for Juliana Es.
258 reviews31 followers
January 22, 2009
Satira ini menggamit rasa ingin tahu pada permulaannya, sedikit menjemukan apabila masuk ke sukuan buku, dan semakin menarik dari pertengahan hingga ke akhirnya.

Memandangkan ia adalah satira, pembaca mungkin membuat pentafsiran yang berbeza-beza. Dari sisi pandangan saya, walaupun secara lahiriah keseluruhan cerita memfokuskan pada perihal kahwin muta'ah, saya melihat sindiran secara langsung dan tidak langsung terhadap senario politik di negara kita. Sekiranya memang itulah niat penulisnya, iaitu sindiran tajam terhadap pemain politik tanahair, maka saya berpendapat satira ini jauh lebih baik daripada buku Shit.

Seperti Shit, Kawin-Kawin juga ada banyak unsur pengulangan, tapi tidak sebanyak dan sejijik Shit. Pengulangan di dalam Kawin-Kawin ialah mengenai konsep kahwin muta'ah, mulut ikan puyu, kitab Arraya yang menjadi rujukan pengamal kahwin muta'ah, dan prinsip si pengamal muta'ah yang sering dituturkan. Kawin-Kawin juga ada menyelitkan sedikit lawak jenaka, yang membuatkan satira ini lebih menyenangkan untuk dibaca.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 11 books285 followers
August 4, 2010
ADA dua pandangan yang saling kontradiks apabila membaca Kawin-kawin, iaitu sebagai novel satira yang berjaya mempersendakan satu fragmen dalam politik tanah air sehingga kita tidak sukar menebak siapa dan apa yang disingguil. Namun, satira yang langsung memukat satu fragmen politik tanah air dalam novel yang memenangi Hadiah Sako II inilah, menyebabkan ia muncul sebagai karya yang tidak luas pandangan sarwajagatnya.

Cuma kita beruntung sekali kerana dunia politik adalah dunia yang penuh dengan kedunguan dan kejenakaan. Kawin-kawin tiba-tiba menjadi 'besar' kembali kerana politikus kita selalu mengulang-ulang kedunguan dan kebebalan.

Kawin-kawin yang sebelum ini menyindir seorang tokoh politik lompat yang mahu memikat politik yang lebih 'mengiurkan', tiba-tiba menjadi relevan ketika politik tanah air sibuk dengan isu perkahwinan parti!
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
August 22, 2023
Kawin-kawin sebuah novel yang boleh dikatakan sebagai satu satira. Novel yang memaparkan tema perkahwinan Mut'ah yang menjadi simbolik kepada pemilikan kuasa. Satu gambaran yang unik yang dipersembahkan oleh penulis. Perkahwinan Mut'ah adalah merupakan perkahwinan secara kontrak, begitu juga dengan pemilikan kuasa, ia ada tempoh masa yang perlu dipersetujui. Apabila tamat tempoh itu, akan ada golongan-golongan yang akan cuba untuk menduduki puncak kuasa tersebut dan akan dilakukan dengan pelbagai cara tidak kira cara baik atau cara jahat. Penulis dilihat ingin memaparkan sikap sesetengah golongan untuk mendapatkan kuasa. Sikap tamak dan ingin berkuasa, menjadikan manusia hipokrit dan bermuka-muka yang akhirnya akan membawa petaka kepada sesetengah golongan.
Profile Image for Fatihah.
204 reviews15 followers
September 29, 2011
Kena ulang baca ni!; Mungkin kerana tidak memahami karekter politik mana yang disatirakan, penghayatan, pemahaman dan penghargaan ke atas jalan cerita tidak ada. Tapi buat masa ini tak pasti berbaloi atau tidak nak cuba lagi.

Profile Image for Amy Thea.
58 reviews
September 23, 2014
seronok baca kalau kau rasa kau dalam kelompok yg kawan2 sibuk dah kawin dan ada anak tapi kau belum.

lepastu kau akan sibuk fikirkan ini satira pasal siapa sebenarnya sampai kau lupa pasal diri kau yg terlambat sikit kawen tu.
Profile Image for El.
1,191 reviews
December 21, 2012
buku ini adalah pemenang hadiah sako. pernah baca buku ini 9/10 thn yg lepas. buku ni penuh dengan kata2 sinis dan mengajak pembaca berfikir bukan kepada satu arah.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews