Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tulang-tulang berserakan

Rate this book
Sejarah hitam telah melanda Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada bulan Jun tahun 1948. Pertentangan politik yang tajam di antara pelbagai fahaman telah mengakibatkan perisyhtiharan Undang-undang Darurat seluruh negara. Pemerintah Inggeris mengambil kesempatan untuk terus menekan pemimpin-pemimpin politik yang progresif yang dianggap membahayakan pemerintahannya. Satu pasukan yang khusus untuk berjuang menentang tentera komunis di hutan-hutan telah dibentuk, yang terdiri daripada anggota polis yang kebanyakannya baru saja tamat latihan di Depot Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Pasukan ini dinamakan Jungle Squad (Polis Hutan) yang antara tugasnya meronda di hutan belukar mencari jejak gerila komunis. Sebahagian daripada suka duka pasukan polis hutan inilah yang dirakamkan oleh pengarangnya - Usman Awang - berdasarkan pengalaman sendiri sebagai salah seorang daripada mereka dalam Tulang-tulang Berserakan.

221 pages, Paperback

First published January 1, 1966

27 people are currently reading
448 people want to read

About the author

Usman Awang

49 books103 followers
Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

(sumber: wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
138 (59%)
4 stars
63 (27%)
3 stars
22 (9%)
2 stars
3 (1%)
1 star
6 (2%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for hans.
1,156 reviews152 followers
January 9, 2020
Banyaknya perasaan baca buku ini. Sedih, kecewa, geram, lucu. Tersayat hati dengan babak Jungle Squad yang masuk hutan untuk menjejak gerila komunis. Kadang faham juga hujah Leman dan teman-teman yang berfikir kenapa payah-payah begini sampai mereka sendiri yang tergadai nyawa. Undang-Undang Darurat dengan pro dan kontra, suka sebenarnya baca fiksyen sejarah begini. Lagi pula ini pengalaman penulis sendiri sebagai salah seorang daripada anggota polis yang terlibat. Jadi boleh terbayang realiti penceritaan dan memori penulis, emosinya dideskripsi sekadar perlu sesuai dengan naratifnya yang 'tegas'. Isi bahasanya elok sekali-- kemas dan teratur. Dapat juga melihat cara hidup masyarakat Melayu sekitar lewat 40an. Dari awal tertarik dengan karakter Leman walau ceritanya banyak berkisah tentang karakter lain juga. Suka dengan cara penulis bahagikan penceritaan beliau dari kisah awal mereka tamat latihan di depot hingga ditugas meronda di hutan. Ada sisipan kisah cinta teman-teman dan bual-bual tentang hidup, kisah perempuan joget dan gadis panggung, tentang pemerintah Inggeris yang mengambil kesempatan dan pekebun-pekebun kampung yang hilang tempat tinggal. Hal persahabatan yang diterap dalam naratif sangat bagus, fiksi sejarah yang melihat perjuangan dalam konteks simpati dan perikemanusiaan.
Profile Image for farahxreads.
715 reviews264 followers
September 13, 2021
Tulang-Tulang Berserakan adalah sebuah novel separa autobiografi oleh Usman Awang yang mengisahkan pengalaman beliau melalui watak Leman sebagai salah seorang polis hutan ketika Tanah Melayu sedang bergelut dengan penjajahan British dan gerakan bersenjata pihak komunis pada tahun 1948.

Penulis telah menggambarkan kesan daripada penjajahan pihak Inggeris yang telah mencetuskan permusuhan sesama rakyat sesebuah negara. Naskhah ini menceritakan bagaimana orang Melayu dikerah untuk menjaga keselamatan ladang-ladang British daripada serangan komunis yang majoritinya orang Cina. Polarisasi ini telah menyebabkan timbulnya prejudis kaum dan rasa curiga antara satu sama lain yang telah menguntungkan pihak British sendiri. Sedih baca bila ramai orang Tionghua yang tidak bersalah dihalau dari rumah mereka sendiri kerana dikhuatiri mereka akan memberi perlindungan kepada askar-askar komunis.

Saya juga sangat tersentuh dengan pertembungan dalaman (inner struggle) yang dialami oleh Leman antara nilai kemanusiaan dan tugas beliau sebagai seorang anggota polis. Beliau sering kali menyoal dirinya sendiri tentang perjuangan sebenar pihak polis dan kemana sebenarnya hala tuju perjuangan ini. Lebih menggusarkan Leman adalah apabila dia sedar bahawa polis mengangkat senjata untuk menyara kehidupan mereka manakala tentera komunis berperang demi menegakkan cita-cita yang diyakininya. Jadi, untuk apa kedua-dua pihak ini saling berbunuh-bunuhan? Kita juga disajikan dengan ketinggian peri kemanusiaan dalam diri Leman sehingga beliau bersedih dengan kematian komunis sama dengan kesedihannya terhadap kematian sahabatnya sendiri.

Buku ini amat penting kerana ia menggesa kita untuk melihat kembali episod-episod penting dalam sejarah negara. Gerakan komunis merupakan satu isu sensitif yang tidak gemar dibincangkan dengan kritikal oleh sebahagian pihak. Namun Usman Awang selaku aktor yang terlibat secara langsung dalam babak melawan komunis ini mengajak kita melihat sejarah ini bukan dengan lensa hitam putih, tetapi menegaskan bahawa terdapat banyak titik-titik kelabu yang wajar dinilai semula.

5/5 bintang untuk naskhah ini!
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews320 followers
August 6, 2025
Tulang - Tulang Berserakan oleh SN Usman Awang mengisahkan pengalaman seorang polis muda, Leman, yang terlibat dalam pasukan Polis Hutan (Jungle Squad) semasa Undang-Undang Darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia berlatar belakangkan perjuangan melawan gerila komunis di hutan serta pengalaman pribadi dan profesional Leman serta rakan-rakannya dalam pasukan tersebut. Yang paling menarik mengenai novel ini bagi aku adalah konflik dalaman Leman melawan perasaan ketidakpuasan dengan peranannya sebagai ejen penjajah Inggeris dan keinginannya untuk menyertai perjuangan kemerdekaan.

Ini sebuah karya yang sangat berharga dalam kanon sastera Malaysia. SN Usman Awang, dengan pengalaman pribadi sebagai anggota Polis Hutan, tidak hanya berjaya melakar perjuangan melawan penjajah tetapi juga penggambaran semangat patriotism yang tinggi dalam watak-wataknya. Aku seperti ditarik masuk dalam scene yang menyaksikan banyak babak - babak menarik secara kehidupan rakyat pra kemerdekaan.

Gaya penulisan SN Usman Awang luar biasa berkesan dalam menzahirkan perasaan marah, terharu, kecewa, berkobar - kobar dan seribu satu macam perasaan lain dalam novel ni. Wataknya hidup, konflik jiwa terasa real dan perkembangan peribadi setiap karektor juga amat relatable. Dialognya yang mudah dan penuh adab membantu aku merasakan suasana zaman tersebut dan memahami perubahan emosi watak-wataknya. Sebagai seorang SN, Usman Awang tidak berfoya foya dengan kebolehan berbahsanya dalam novel sebegini, pemilihan bahasa yang ringkas dan jelas membuat novel ini mudah dibaca dan menikmati.

Overall, ini adalah mutiara yang harus dikutip semua oleh pemilik buku sastera Melayu.

Highly recommended.

5 / 5 stars
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
February 16, 2021
Judul buku: Tulang-tulang Berserakan (Edisi Malaysia Membaca)
Penulis: Usman Awang
Penerbit: DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Tahun terbit / Cetakan: 1996 (Cetakan Pertama), 1992 (Cetakan Pertama bagi Edisi Khas), 2019 (Cetakan Pertama bagi Edisi Malaysia Membaca)
Jumlah muka surat: 204
Harga: RM10.00
Tarikh baca: 28 Jan 2021 ~ 07 Feb 2021
Pengulas: Norsamila Samsudin

Resensi buku:
‘Tulang-tulang Berserakan’ adalah kisah kehidupan anggota polis ketika mereka baru tamat latihan, sedang bertugas dan juga ketika di luar tugas. Kita disajikan dengan dua jenis cerita kehidupan: Kehidupan ketika watak-watak ini mendukung tugas, dan kehidupan ketika mereka di dalam ‘sarung diri’, mereka sendiri.

Ulasan buku:
Sewaktu saya memilih judul buku ini (di antara judul-judul lain karya sasterawan negara), saya menggambarkan cerita yang dikarang akan penuh dengan aksi-aksi peperangan dan gambaran kematian dengan tulang-tulang berserakan. Tetapi, ketika mula membaca, ternyata gambaran itu tertolak sedikit demi sedikit. Ia agak, sedikit tersasar.

Ya, benar. Ia tentang peperangan. Tentang perjuangan anggota-anggota pegawai keamanan atau digelar juga sebagai polis hutan @ mata-mata. Tetapi, ia tidak diceritakan dari awal sehingga akhir. Usman Awang bijak menukilkan plot ‘Tulang-tulang Berserakan’ ini dengan di awal cerita didedahkan kita dengan kisah setiap seorang wataknya.

Gambaran bagaimana jiwa muda Majid yang ketika ingin dipindahkan dari pusat latihan polis di Johor, ke Kuala Lumpur, menaiki keretapi, resah menanti tunangannya memunculkan diri di stesen. Dia mengharapkan agar dapat melihat tunangnya yang bernama Rubiah itu sekurang-kurangnya melambai jika tidak mahu melafaz selamat jalan.

Ketika menggambarkan resah Majid, watak kedua, Mahmud dimunculkan. Sebagai seorang yang memerhati dan menyakat rakannya yang sedang resah itu. Begitu juga dengan watak Leman. Watak yang muncul pada babak yang sama (di dalam keretapi), sebagai seorang ketua daripada 40 orang anggota polis yang telah tamat latihan dan akan memulakan tugas kepolisan. Dia menegur orang awam yang cuba mengambil tempat di gerabak yang sama, dan seakan menafikan kelebihan anggota-anggota polis muda tersebut.

Plot bergerak dan watak-watak lain muncul mengikut latar masa dan tempat. Bercerita tentang kehidupan di berek-berek polis. Sama ada di berek bujang, juga di berek kelamin. Di berek bujang yang bantalnya lusuh, kekabunya keras dan pemuda-pemuda yang menginap di dalamnya berjiwa ‘panas’.

Mahmud yang kaki perempuan. Majid yang kerinduan pada tunang. Leman yang punya jiwa kemerdekaan. Ujang dengan bahasa Negeri Sembilan yang sentiasa menghiburkan.
Ada beberapa lagi watak seperti Mamat, Engku Tan, Wak Stop (polis tua), dan watak-watak ketua dari kalangan bangsa Inggeris, yang membuatkan hati mereka berdendam. Juga watak-watak wanita yang meninggalkan kesan di hati pemuda-pemuda polis hutan ini.

Ada beberapa babak yang meninggalkan kesan di hati saya. Sewaktu Mahmud dan Majid menjalankan rondaan di bandar Melaka, Usman Awang menimbulkan pemikiran-pemikirannya melalui dialog dua watak ini. Pemikiran tentang bagaimana seorang pendukung keamanan itu membuat keputusan. Adakah hanya berlandaskan undang-undang atau menurut pertimbangan keadaan.

Watak Mahmud digambarkan sebagai seorang polis yang mengambil jalan mudah. Salah, tangkap, bawa ke balai dan hukumannya akan diputuskan oleh pihak balai. Tetapi, Majid pula punya pertimbangan melalui contoh rakan mereka Leman yang dikatakan terlalu berhati ‘malaikat’.

Pendirian Majid, jadi polis bukan hanya ingin mencari salah orang. Berbeza dengan Mahmud yang merasakan, dengan menyarung seragam polis, memang itu tugasnya. Kata Majid, “Tak mestinya kerja kita menangkap saja.”

Kata Mahmud, “… kalau kita tak saman, tak tangkap nanti mahkamah kosong? Buat apa pula majistret?”

Dibalas Majid, “Kerja kita bukan nak penuhkan mahkamah setiap hari. Kita jaga keamanan. Kalau tak ada kesalahan, kan itu baik?”

Daripada dialog-dialog ini, jelas bahawa Usman Awang cuba membuka mata masyarakat bahawa di dalam polis itu sendiri ada yang baik dan ada yang tidak punya pertimbangan. Ada yang menyarung seragam hanya kerana ia adalah pekerjaan. Cukup bulan dapat gaji. Apa yang perlu, ikut arahan walaupun arahan itu bersifat menyusahkan orang.

‘Tulang-tulang Berserakan’ juga memaparkan rasa kemanusiaan yang tinggi watak Leman. Hatta kepada komunis. Sebagaimana babak di atas yang menonjolkan dalam polis ada yang baik dan yang tidak ada pertimbangan, begitu juga dalam komunis; masih ada yang bersifat ‘manusia’. Yang punya belas dan kasih sesama mereka.

Melalui cerita ini juga, kita tahu bahawa tugas polis di zaman itu bukan hanya meronda di tengah bandaraya, tetapi juga ada tugasan lain mengikut arahan ketua. Polis di zaman itu, turut menjadi mata-mata dan pelindung kepada orang Inggeris, tuan punya ladang. Malah, turut melindungi pemberi maklumat sehingga orang itu pergi buang air besar pun, polis di zaman itu terpaksa jaga dan terpaksa menghidu baunya!

Polis juga bertugas di dalam hutan. Kalau sebelum ini, fahaman saya mungkin polis berkawal di bandar, dan tentera sahaja di hutan. Tetapi, daripada cerita ini memang jelas mereka juga terlibat dengan pertempuran dengan komunis, di dalam hutan.

Saya tertarik dengan satu ayat di muka surat 119 yang berbunyi begini:

“Tetapi sebagaimana mereka menyediakan senjata itu untuk membunuh orang yang tidak mereka kenali, maka mereka sendiri pula telah menyediakan tubuh mereka sendiri untuk dibunuh oleh orang-orang yang juga tidak pernah mengenali nama dan wajah mereka. Orang itu bisa muncul di mana-mana, di balik-balik pokok, di tepi-tepi anak air, di celah-celah banir.”

Ayat ini, menunjukkan bahawa, mereka sebagai anggota polis hanya menurut perintah. Diarah membunuh, mereka bunuh. Mereka tidak diajar untuk mempersoalkan arahan. Bertanya juga bukan pilihan. Siapa musuh, siapa yang mereka perlu kawal, bukan di bawah kuasa mereka untuk bertanya, walaupun apa yang dipertaruhkan adalah nyawa!

Mereka adalah ‘yang menurut perintah’.

Sebagaimana tragedi ‘Bukit Kepong’, begitu jugalah kisah watak-watak di dalam cerita ‘Tulang-tulang Berserakan’ ini. Yang menanti hari pernikahan, terkorban. Yang sudah menikah dan sedang menanti kelahiran anak sulung, cacat anggota badan. Yang tua, bila cedera parah, itu bermakna malaikat maut sudah menyapa. Sudah dijangka pengakhirannya bila kerjaya polis itu, pilihan.

Bacalah. Kerana di dalamnya penuh dengan azam dan perjuangan. Isunya berat, tetapi bahasanya santai.
#edisimalaysiamembaca
#bukusasterawannegara
#shahnonahmad
#mahabbah
#resensibuku
#ulasanbuku
#norsamilasamsudin
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
July 8, 2021
1.
Untuk tahun 2021, saya bersyukur "diperkenalkan" dengan buku ini dan direzekikan untuk memiliki senaskah menjadi koleksi peribadi.

2.
Buku Tulang-tulang Berserakan tulisan Usman Awang milik saya ini, terbitan tahun 1973 lengkap dengan gambar-gambar yang menggambarkan suasana ketika itu. Walaupun kurang jelas, tapi cukup membantu "imaginasi" pembaca.

3.
Buku ini bercerita tentang kehidupan polis selepas zaman pendudukan Jepun, bermula selepas tamat latihan di Depot (Johor) sehinggalah ditugaskan di Melaka.

4.
Ada pelbagai cerita daripada watak-watak dalam buku ini. Kisah kehidupan, kisah percintaan anak muda, kisah perjuangan, kisah peperangan. Berwarna-warni. Semuanya digarap dengan baik dan cantik.

5.
Beberapa muka surat membaca buku ini, saya sudah jatuh hati. Saya sangat suka dengan lenggok bahasanya. Dialognya mudah, tapi penuh adab dan sopan. Saya terbayang cara percakapan dalam filem Melayu zaman hitam-putih mahupun antara 70-80an.

6.
Ada ulasan yang saya baca mengatakan watak Leman adalah berdasarkan kisah penulis sendiri. Leman nampak yang paling matang antara watak-watak polis muda yang ada. Mahmud, happy-go-lucky. Majid, romantis. Ujang, lucu. Wak Stop, mendamaikan. Koperal Haris, tegas.

7.
Saya suka dengan penceritaan yang menyelitkan pengajaran tanpa perlu memberitahunya. Isi tersirat. Semangat nasionalisme nya ada, mahu memperjuangkan tanah air dan mahu berdiri atas kemampuan diri sendiri.

8.
Walaupun berperang dengan musuh negara komunis, penulis melalui watak Leman dan Mahmud membuatkan kita sama-sama berfikir dan akur bahawa setiap pihak yang bersengketa yakin perjuangan mereka benar. Satu mempertahankan keruntuhan, satu lagi menegakkan keyakinan.

9.
Ah, Majid. Watak romantis yang manis. Namun pengakhiran yang tragis membikin air mata luruh tanpa sedar. Kau tahu kan, akan ada di kalangan rakan sekeliling yang kita selesa dan mesra, yang baik-baik, tapi malang menimpa dan kita turut terkesan dengan kejadian itu. Empati.

10.
Dan kejadian-kejadian yang berlaku kepada orang sekeliling, tanpa kita rela tetap akan memberi kesan kepada pemikiran. Memikir baik buruknya, Leman mencari jalan lain untuk meneruskan hidup.

Puas, boi.

Sangat puas membaca buku ini. Strategi saya membaca sedikit demi sedikit untuk menikmati bait tulisan ini memang berbaloi. Saran saya, jangan gelojoh mahu segera menghabiskan pembacaan.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
August 2, 2015
Dulu masa zaman sekolah, dah pernah baca kisah ni.. Buku kakak yang punya tapi banyak muka surat yang hilang.. Aku usaha mencari dan akhirnya dapat la buku ni..


p/s: Agak-agaknya la kan, orang sekarang ni nak ke baca buku macam ni..?
Profile Image for Ayda Razak.
387 reviews24 followers
May 29, 2018
This is a story during emergency period in the Malay Peninsular, between the transitional period of Japanese Occupation and the British, the Communist Party headed by the Chinese in MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army) tried to take over the government.

Reading this book is like revising my history knowledge on the history of Malaysia. This book is a translated version of Tulang-Tulang Berserakan by Usman Awang.
Profile Image for Hanie Noor.
228 reviews31 followers
August 31, 2023
“Apakah benar mereka itu telah ‘gugur sebagai bunga bangsa’ seperti yang sering disifatkan oleh pihak-pihak tertentu?”

‘Tulang-Tulang Berserakan’ menceritakan pengalaman ‘Jungle Squad’ (Pasukan Polis Hutan) semasa zaman darurat Malaya 1948 yang berlatar belakangkan negeri Melaka. Jungle Squad ditugaskan menjaga aset-aset getah dan lombong bijih milik pemodal Inggeris serta tugasan mereka dalam menyekat jejak gerila komunis. Diceritakan melalui perspektif Leman, seorang ketua pasukan polis hutan, di samping gelagat rakan-rakan seperjuangannya.

Bacaan yang mencetuskan perasaan bercampur baur; lucu, sebak, simpati, berdebar, marah—mengenangkan peristiwa, cabaran, serta pengorbanan yang dilalui oleh askar melayu pada masa itu. Karya yang boleh dikategorikan sebagai separa autobiografi ini menyoroti moral serta tauladan daripada perjuangan mereka. Bacaan yang amat sejajar dengan semangat patriotisme sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 pada hari ini. Selain memahami dan menghargai pengorbanan serta jasa-jasa para pahlawan yang menyumbang dalam mengecapi kemerdekaan, ia juga suatu medium yang terbaik untuk refleksi diri.

Apakah erti menjadi rakyat Malaysia?

Kerakyatan adalah sebahagian daripada identiti diri kita.
Tidak semua orang diatas muka bumi ini bertuah mempunyai/mendapat kerakyatan seperti kita—fikirkan tentang pelarian atau ‘stateless person’ yang beranggaran seramai 4.3 juta orang. Walaupun zaman sudah berubah, sebagai rakyat Malaysia, kita semua memainkan peranan dalam mempertahankan kedaulatan negara kita—menjadi rakyat berwibawa, bertanggungjawab serta menyumbang kepada kesejahteraan Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, ayuh teruskan:
• budaya membaca karya-karya penulis Malaysia;
• belajar mengenai sejarah negara kita—peristiwa lalu bukan hanya memberi impak kepada negara tetapi kepada kita sebagai individu;
• menghidupkan budaya kita—mengusai bahasa ibunda, resepi tempatan;
• sokong seni, produk, serta usahawan tempatan;
dan sebagainya.

Menyambut Hari Kemerdekaan bukan sahaja memperingati peristiwa lalu tetapi menghidupkan semula semangat dalam mengorak langkah untuk kehadapan, memastikan Malaysia terus bersatu padu, harmoni, dan makmur.
Profile Image for Anita Awang.
45 reviews
December 22, 2021
...mereka semua sama-sama menggadaikan jiwa dan saling menghalakan muncung senjata; yang satu mempertahankan keruntuhan, yang satu menegakkan keyakinan..
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
Read
April 30, 2021
Tulang-tulang Berserakan adalah sebuah kisah pemberontakan dalaman seorang polis hutan bernama Leman yang selalu disalahertikan sebagai seorang yang lemah kerana membela dan melayani tahanan komunis dengan mesra. Kisah ini dirakamkan sekitar tahun 1948 ketika Undang-undang Darurat dikuatkuasakan dengan latar ceritanya mengisahkan kehidupan sepasukan polis hutan yang ditugaskan di Melaka. Dari luar Leman kelihatan seorang setia dengan tugasannya dalam menentang komunis hutan namun jauh di sudut hatinya, dia mengangumi semangat komunis yang setia dengan perjuangan mereka walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri. Saya sifatkan Leman iri hati kepada ahli komunis kerana mempunyai jiwa yang besar dan bebas dengan pilihan sendiri sehinggakan akhirnya dia tekad untuk berhenti dari kerjaya kepolisan dan ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan. Leman seringkali mengambarkan orang Inggeris dari sisi jelek dan ini menguatkan lagi kemungkinan dia membenci orang atasan dan ketaatnya terhadap arahan hanya dilakukan atas dasar terpaksa.

Ada dinyatakan di bahagian pendahuluan bahawa asas kisah ini adalah pengalaman Usman Awang sendiri dan mungkin sebab itu babak-babak terasa 'real' dan mudah sekali meruntun jiwa.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
April 25, 2020
Novel ini mengisahkan pengalaman salah satu pasukan Polis Hutan pd zaman darurat yg mencengkam kehidupan rakyat Semenanjung. Latar belakang tempat kejadian yg dikisahkan dlm novel ini ialah Melaka. Permulaan cerita bermula dari serombongan anggota polis muda yg baru tamat latihannya dari perhentian keretapi Johor Bahru ke Melaka. Pasukan ini kebanyakkannyan ditugaskan utk menjaga aset² getah dan lombong bijih yg dipunyai oleh pemodal Inggeris. Pasukan ini dinamakan Jungle Squad dan mereka mencari jejak serta khemah pasukan komunis.

Menerusi Tulang-Tulang Berserakan karya Usman Awang, watak utamanya adalah Leman. Dia merupakan ketua kpd sepasukan polis hutan yg tugasnya bkn shj menghapuskan musuh yg tidak pernah dikenalinya malahan juga seorang yg berjiwa besar dlm dunia mengarang dan rajin membaca serta mencari² ilmu.

Sepanjang pembacaan, entah berapa kali kisah² yg ditulis oleh pengarang mengundang rasa sebak, simpati, marah dan pelbagai lagi perasaan yg bercampur aduk.
Rakan² seperjuangan Leman satu demi satu gugur sbg bunga bangsa malahan sgt menyayat hati apabila dia sendiri dpt menyaksikan pembunuhan secara terang terangan dihadapannya.

Paling memberi kesan pd emosi sy adalah apabila suatu malam Leman dan rakan²nya bergurau senda dgn seorang sahabatnya Majid mengenai perkahwinan yg bakal dilangsungkan dgn wanita idaman. Segala persiapan telah diatur dan hanya tinggal berbaki 2-3hari sahaja utk meneruskan perkahwinan. Keesokkan paginya mereka mendapat panggilan tugasan utk masuk ke hutan mengawal gerakkan komunis selepas pengeboman di atas bukit tempat komunis berkhemah. Majid telah dilemparkan bom tgn oleh salah seorang komunis disitu dan demikianlah hayatnya sampai disitu shj. Rakan² seperjuangan terkilan kerana baru shj malam semalam mereka bergurau senda dgn Majid dan betapa bahagianya dia menanti detik utk berkahwin tetapi maut terlebih dahulu menjemputnya.

Seterusnya kisah Mahmud pula yg telah berkahwin dan isterinya sedang mengandungkan anak sulung. Jika sebelum ini dia suka berfoya², selepas bala yg nyaris² meragut nyawanya baru kini dia sedar akan kasihnya dia pada isteri dan anak yg bakal dilahirkan . Ketika dia terlantar kesakitan di hospital akibat serangan komunis, dia terbayang² apakah nasib isteri dan anaknya jika dia juga gugur seperti rakan² yg lain.

Kisah salah seorang polis hutan yg seterusnya bernama Wak Stop. Sepanjang hidupnya telah byk dia berkhidmat utk tanah airnya. Dia bercadang akan bersara memandangkan usinya juga telah tua. Byk yg dia angan²kan seperti ingin melihat puterinya berkahwin, ingin menimang cucu, ingin hidup diluar berek polis utk menghabiskan sisa hidup bersama isterinya tetapi semuanya telah terlambat. Sebelum kematiannya, dia ada meminta isterinya supaya dibuatkan pulut kuning seperti mereka baru berkahwin. Isterinya pelik akan permintaan suaminya ini malah dituruti juga. Petangnya tidak sempat dia menjamah hidangan tersebut, keluarga dia menerima oanggilan kecemasan bahawa Wak Stop menerima kecelakaan yg parah di hospital.
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
April 23, 2025
Membunuh atau dibunuh, itulah realiti kehidupan seorang anggota keselamatan yang terlibat di dalam Darurat. Realiti yang mengetuk hati nurani melihat kepalsuan perjuangan yang bersandarkan upah tanpa cita-cita dan impian yang jelas.

Tulang-tulang Berserakan cuba merungkai pergelutan hati Leman menyaksikan kejahatan perang antara Malaya dan pasukan komunis yang memangsakan mereka yang tidak berdosa.

Setiap pihak yang terlibat dalam perang akan sentiasa cuba untuk memuliakan perbuatan mereka dalam peperangan. Membunuh atas nama agama, bangsa dan negara. Dan terbunuh juga atas nama agama, bangsa dan negara.

Namun akhirnya yang dipijak cita-cita sentiasa golongan kecil yang tidak punya apa-apa kepentingan dan hanya mampu menjadi lalang yang ditiup dua angin yang saling bertentangan.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
March 14, 2021
Tulang-Tulang Berserakan membawa pembaca ke latar masa darurat, Malaya yang ketika itu berhadapan dengan ancaman komunis. Naratif yang diterapkan oleh SN Usman Awang pada watak Leman sangat-sangat beremosi terutama yang melibatkan pertempuran antara polis hutan dan komunis.

Bagi Leman, kedua pihak masing-masing punya misi perjuangan tersendiri yang mana satu pihak menentang maut kerana memperoleh gaji untuk menyara hidupnya, manakala satu pihak lagi semata-mata kerana keyakinannya, kerana suatu cita-cita yang diperjuangkan menurut perhitungannya.

Oleh sebab itulah Leman masih punya perasaan peri kemanusiaan yang tinggi sekalipun tahanan komunis dibawa keluar daripada hutan, dia masih menerapkan fahaman bahawa dendam tidak akan selesai selagimana peristiwa bunuh membunuh berterusan.
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
September 21, 2022
Buku yang dicadangkan baca walaupun sekali. Buku ini lebih kepada penceritaan pengalaman penulis sendiri. Sebuah kisah yang berlatarkan selepas perang dunia dan ketika darurat di Malaya. Cerita tentang cabaran dan liku-liku hidup sepasukan polis yang diarahkan melawan komunis. Membaca buku ini dapat memberi gambaran kepada kita keadaan masyarakat ketika itu yang masih di bawah pemerintahan British. Buku ini membawa pembaca kepada Pertembungan antara prinsip kemanusiaan dan tugas yang harus dilaksanakan di mana perasaan belas kasihan di tolak ke tepi. Persoalan yang aku rasa yang ingin diketengahkan dalam buku ini ialah untuk apa dan untuk siapa sesebuah perjuangan itu?.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
September 5, 2020
Kisah dalam Tulang-tulang Berserakan dimulakan dengan paparan hidup anak-anak muda lelaki yang bekerja sebagai mata-mata sewaktu zaman perjuangan melawan komunis. Tetapi bahagian menentang komunis tu lambat betul nak masuk. Ceritanya banyak didahulukan dengan paparan kehidupan anak-anak muda lelaki pada zaman itu yang kebanyakan masanya berputar sekitar borak-borak kosong seolah-olah sedang berborak di kedai kopi mengenai perempuan. Selain itu, dipaparkan lagi kehidupan mereka yang menghabiskan masa menghiburkan diri berjoget di kabaret. Letih juga baca. Lebih-lebih lagi sewaktu aku baca kata-kata pengantar buku ini aku jangkakan cerita yang lebih berat menceritakan tentang perjuangan menentang komunis dan konflik dalaman mereka yang terlibat dalam perjuangan, tetapi sebaliknya, lebih banyak borak-borak kosong yang dipadatkan dalam cerita.

Selepas banyak kali letak-baca, letak-baca adalah juga akhirnya masuk tentang komunis tu. Tetapi malangnya, bahagian komunis tu agak mengecewakan kerana tidak terasa gentingnya saat pada waktu tu, tak terasa betapa mencemaskan dan merisaukan sewaktu zaman darurat tu. Sebab selepas 2-3 muka surat kemunculan komunis, cerita akan berbalik kepada anak-anak muda ni berborak-borak sesama sendiri yang sudah tentulah subjek utamanya, perempuan. Apa yang sayangnya lagi, bila ada babak kematian salah seorang rakan mereka, 2-3 muka surat selepas tu kejadian tu macam dah tak ada apa-apa. Tak ada kesedihan, kekecewaan atau kemarahan pun yang mengambil alih suasana cerita. Sebab sekali lagilah, mereka akan kembali berborak-borak kosong sesama mereka lagi.

Tak dinafikan juga, ada tu ada beberapa perkara dibangkitkan yang menjadi isu sekitar waktu itu, seperti rasa geram anak-anak muda yang rasa mereka seperti terpaksa mengikut telunjuk orang-orang putih sehingga digelar Anjing Kompeni dan kebangkitan perasaan kemanusiaan mereka yang terpaksa menentang lawan yang jika dilihat dari sudut lain tidak ada bezanya dengan mereka. Tetapi masalah yang sama berlaku jugalah, 2-3 muka surat selepas tu semua perkara ni akan rasa dikecilkan dengan lebih borak-borak kosong sesama mereka lagi.

Sekiranya mahu dilihat dari sudut berbeza, mungkin sekalilah buku ini sebenarnya ceritanya adalah perjuangan menentang komunis dari sudut pandang anak muda yang mentah. Dan kalau betullah, mungkin disebabkan itu lebih banyak difokuskan tentang keinginan dan nafsu mereka yang masih lagi memuncak pada ketika itu. Tetapi malangnyalah apabila disebabkan mahu memberi perhatian kepada paparan kehidupan sosial anak-anak muda pada zaman tu, sampai terlepas pandang pula pergolakan emosi dan kesan kepada emosi mereka oleh tragedi yang berkitar pada zaman itu. Kalau tidak, mungkin cerita yang mahu disampaikan akan jadi lebih berkesan lagi.
Profile Image for Zaid.
29 reviews1 follower
July 22, 2012
Karya yang menceritakan kisah Leman, bersama kawan-kawannya anggota polis yang lain, menghadapi hidup dari mula masuk ke berek di Melaka sehingga akhir, dimana Leman hendak berhenti dari kerja polis.

Darurat (atau perang sebenarnya, cuma pihak British tak mahu guna istilah 'Perang', kerana kerosakan akibat perang tidak boleh dituntut insuran, jadi digunakan istilah 'Darurat')

Satu persoalan yang menarik dibangkitkan Usman Awang ialah apabila pihak polis bertembung dengan pihak gerila komunis, satu pihak menembak memuntahkan peluru timah kerana gaji, dan untuk sara hidup, manakala satu pihak lagi menembak kerana keyakinan mereka terhadap perjuangan.

Ketika ini, dapat dilihat Leman agak bercelaru. Dilihat komunis yang mati, mereka tersenyum dan kelihatan berseri. Mati mereka ibarat mati 'syahid'. Tetapi kematian pihak polis tidak membawa erti apa apa.

Malah istilah 'gugur sebagai bunga bangsa' yang diberikan kepada pihak polis yang mati, tidak dipersetujui Leman dan Cikgu Alimin. Dibandingkan dengan pejuang kemerdekaan di Indonesia, pahlawan Indonesia dengan buluh runcing mati menentang penjajah Indonesia, itulah sebaik baik 'gugur sebagai bunga bangsa'.

Tidak pula bagi pihak polis, yang menembak rakyat sesama negeri Malaya, mati mempertahankan ladang kepunyaan British, adakah layak dipanggil 'bunga bangsa'?

Profile Image for Azlxn Nordin.
4 reviews
June 4, 2023
Kisah tentang pengalaman polis hutan pada zaman Darurat (setelah kekalahan Jepun dan kembalinya penjajah British). Usman Awang mempersembahkan tema tentang kemanusiaan yang universal. Tema ini dibawakan menerusi watak Leman, yang tugasnya bukan menghapuskan musuh tetapi menegakkan kemanusiaan, cinta pada keamanan, kesejahteraan dan kebahagiaan masyarakat.

Leman menyatakan simpati yang besar kepada manusia yang ditimpa malapetaka buatan manusia sendiri, mereka yang ditangkap polis, pekebun yang terpaksa berpindah, nasib buruh ladang, polis yang cedera atau terbunuh, keluarga polis yang kehilangan anak dan suami, orang komunis yang terbunuh, termasuk keluarga komunis itu sendiri. Rasa simpati Leman tidak terhad kepada sahabat-sahabatnya seperti Mamat, Majid dan Wak Stop.

Penjajah tetap penjajah. Gerakan politik haluan kiri, mahupun Leman sendiri bukan tidak sedar mengapa muncul pemberontak seperti komunis. Tanah air perlu dikembalikan kedaulatannya, bukan dijarah dan dirompak sesuka hati. Di sinilah dilema yang dirasakan Leman. Apakah dia seorang pejuang tulen atau pejuang makan gaji? Gaji yang diterima pula tak setimpal dengan nyawa yang dipertaruhkan.

Alangkah anehnya sejak sekian lama orang Inggeris datang menguasai tanah subur sebagai pemodal-pemodal yang memiliki ladang. Manakala buruh cuma mendapat sisa-sisa terbuang dengan gaji yang kecil. Kekayaan hasil bumi diam-diam dicuri dengan senyuman. Bila ada pihak-pihak yang sedar lalu bangkit untuk merampas kembali apa yang dikuasainya, orang Inggeris itu menganggap mereka perompak dan pengganas. Kemudian menggajikan pasukan keselamatan dalam kalangan orang tempatan untuk menjaga kepentingan mereka.

Meskipun Leman mempunyai kesedaran tentang semangat nasionalisme. Pendirian Leman yang sesungguhnya lebih kepada menyatakan perasaannya yang cintakan kehidupan harmoni aman damai bahagia berkasih mesra. Pengalamannya yang penuh keharuan dan rasa simpatinya kepada semua (kecuali orang Inggeris) lebih besar berbanding isu-isu lain, kerana itulah mengapa novel ini tema utamanya adalah kemanusiaan. Mungkin bagi Leman, "Darurat" yang sebenar-benarnya ialah bila kemanusiaan semakin terhakis.
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
May 18, 2020

Karya agung yang bertajuk Tulang-Tulang Berserakan ini benar-benar membawa kita menghayati peristiwa yang telah berlaku sebelum merdeka, khususnya ketika perintah Undang-Undang Darurat diperkenalkan pada tahun 1948.

.

Novel ini mengangkat kisah sepasukan polis hutan yang menjalankan tanggungjawab mereka pada satu tempoh gelap buat rakyat Semenanjung selama 12 tahun. Yang menariknya, novel ini berkisarkan pengalaman sebenar penulis sendiri, Usman Awang.

Tak hairan kalau saya katakan, segala peristiwa, diceritakan dengan terperinci. Sama ada mengenai cuaca, ciri seseorang ataupun aktiviti yang dilakukan oleh setiap watak.

.

Dan, yang paling menjentik hati saya adalah mengenai perwatakan Leman ( watak utama dalam novel ini). Walaupun Leman ini merupakan seorang polis hutan, namun sifat perimanusiaan beliau teramatlah tinggi.

Bayangkan, kalau kita dah dapat tugasan untuk menangkap orang atas sesuatu kesalahan, kita akan terus lakukan tugasan tersebut. Tetapi tidak bagi Leman.

Dalam beliau menyertai pelbagai misi di hutan, menangkap beberapa orang yang dianggap pengkhianat negara, beliau sempat lagi fikir mengenai nasib keluarga “pesalah” tersebut. Apa yang akan jadi pada mereka. Kenapa mereka memilih untuk bersusah dan sebagainya.

Watak Leman juga berjaya mengangkat budaya membaca yang tertanam subur dalam diri anak muda yang masih panas darahnya, yang gigih mencari sebuah kebenaran!

.

Pada pengakhiran cerita ini, saya terkesan dengan keputusan Leman untuk mencari kerja lain kerana dirasakan suatu ketidakpuasan dalam diri mengenai jalan hidup yang beliau sedang lalui sekarang. Bagi saya, ini satu keputusan yang berani dilakukan oleh seorang yang berjiwa merdeka.

.

Secara keseluruhan, novel ini berjaya membuatkan saya untuk terus-menerus berada dalam dunia cerita yang telah dinukilkan ini. Terasa benar suasana yang Pak Usman cuba gambarkan. Terasa benar keadaan Undang-Undang Darurat yang menghimpit kehidupan rakyat pada ketika itu. Puas!
Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
September 14, 2022
Dari mula ceritanya serba ringkas, mencuit hati tapi bila sampai tengah dan akhirnya. Saya sama seperti Leman, semacam ada sesuatu yang melekat dikerongkong sukar untuk ditabir dengan kata-kata.

Berkisarkan tentang seangkatan 40 polis muda yang pebagai ragam yang kadang terlihat polos untuk mengangkat senapang menghadap musuh.

Ditambah pula gelora jiwa cinta mereka yang sering dijadikan sebagai usikan biarpun lelah melingkar rimba. Masih mentah...
______________________________

"- 𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘬𝘦𝘺𝘢𝘬𝘪𝘯𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘵𝘢𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘧𝘬𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢!"

Saya rasa ramai akan mengerti sifat Leman, kuasa kemanusiaan yang tersepit antara dua pihak. Antara musuh atau sahabat? Begitu indah olahan yang ingin menerangkan perhitungan antara dua manusia berlainan cita dan keyakinan.

Tak sangka saya buku yang nipis ini, dapat buat saya ketawa mengekek dan mengalir air mata. Aliran kata pena Usman Awang memang tidak disangkal lagi.

Bagi yang suka akan fiksyen sejarah, karya ini wajib baca dan diselami ✨
Profile Image for Nureem.
15 reviews
August 25, 2020
#TulangTulangBerserakan oleh #UsmanAwang ~ Satu pihak berjuang demi sebuah keyakinan dan satu pihak lagi berjuang atas nama pekerjaan. Dengan hanya satu matlamat, untuk membebaskan rakyat dan negara daripada cengkaman penjajah. Kerana mereka, kita bebas. Kerana mereka, kita aman. Kerana mereka, kita merdeka. Terima kasih, bunga-bunga bangsa. Selamat Hari Kebangsaan 2020. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Salam MAAL Hijrah. #MalaysiaPrihatin
........................................................................................
#Leman #Majid #Mahmud #Ujang #KoperalHaris #WakStop #Ainon #Rubiah #CikguAlimin #Melaka #Johor #BerekBujang #SasterawanNegara #EdisiMalaysiaMembaca #MaalHijrah1442 #7Muharram1442H
Profile Image for Faiz • فائز.
357 reviews3 followers
February 5, 2022
Sebuah karya daripada Usman Awang yang ringkas tapi meninggalkan kesan. Tema utama yang diangkat bukan mengenai perjuangan melawan pihak lain, sama ada Inggeris atau komunis, namun perjuangan yang lebih tinggi nilainya; berperang dengan konflik dalaman yang wujud dalam diri.

Penulis berjaya menampilkan watak Leman dengan baik. Walau kerjanya sebagai mata-mata, namun kadang dirinya masih mempersoalkan natijah kepada perbuatannya. Hakikatnya Leman itu kita dan kita ini Leman.

Sebuah lagi persoalan yang harus kita ambil perhatian adalah adakah benar bahawasanya kekerasan itu perlu dalam usaha mencapai keamanan? Adakah kebenaran itu mutlak pada satu pihak semata-mata? Persoalan-persoalan ini mengajak pembaca merenung kembali pendirian diri dalam menjalani puing-puing kehidupan.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
February 2, 2017
" seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain "

sepotong ayat ini sudah cukup menyimpulkan keseluruhan isi cerita ..

buku ini meninggalkan pelbagai rasa kurang indah dalam hati saya . marah , kesal , sedikit kecewa mungkin . kita berjuang untuk siapa ?
Profile Image for Norhidayah Adam.
10 reviews
August 6, 2018
in love with this kind of writing style. surely he deserve national lit. this novel honestly describe the era of chaotic in Malaya from police view. its tell you what is "perjuangan" what is pain, what is passion and what patriot really means
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
February 8, 2020
Aku suka pada penceritaannya meski tidak banyak yg diceritakan mengenai suasana darurat dan perjuangan kemerdekaan. Mgkin kalau diceritakan, buku ini akan bertambah tebal. Sedikit sebanyak aku bersimpati kepada kedua dua pihak. Pihak yang masing2 terpaksa
Profile Image for Muhammad Zaid.
5 reviews6 followers
June 30, 2025
Jika ingin rasa ngerinya perang pada pejuang pejuang tanah air bacalah Tulang Tulang Berserakan dan kalau ingin rasa kesengsaraan perang pada marhaen bacalah Sungai Mengalir Lesu. Perang adalah kutukan pada manusia!
Profile Image for Ema.
1,111 reviews
February 24, 2018
Kesian. Serik betul kerja askar zaman dulu.
Profile Image for Qubey .
26 reviews5 followers
March 2, 2021
Buku yang sangat bagus dan apabila saya baca sampai satu tahap boleh jadi trauma dengan apa yang diceritakan oleh pengarang tersebut.
1 review
October 5, 2022
Saya suka buku ini
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.