Jump to ratings and reviews
Rate this book

Burhanuddin Al-Helmy : Suatu Kemelut Politik

Rate this book

339 pages

First published January 1, 1996

4 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Ramlah Adam

17 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (24%)
4 stars
14 (48%)
3 stars
4 (13%)
2 stars
3 (10%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Adi.
158 reviews19 followers
September 30, 2011
penulis seorang sejarahwan terkenal, tapi itu tak bermakna aku sukakan buku ni.
Pada aku, membaca tulisan tokoh itu sendiri lebih memberi gambaran tentang gagasan idea beliau berbanding ketokohannya dibiografikan oleh orang lain.

Keseluruhannya agak baik kalau dilihat dari segi kronologi perjalanan hidup dan keterlibatan Dr Burhanudin al-helmi. Tapi kecenderungan penulis mencampurkan pandangan dan spekulasi sendiri tak dapat menjana pembaca menganalisis sejarah atas pandangan individu.
Menumpulkan otak sahaja.

Contohnya memberikan gambaran politik kekampungan yg dibawa dr burhanudin semasa menjadi ahli parlimen PAS sebagai membosankan.
Dan menggunakan suratkhabar Utusan Malaysia sebagai bahan rujukan sahih menggambarkan keadaan sewaktu kejadian memang sangat mengecewakan.

Pleaselah, untuk sebuah negara yg kebebasan medianya berada di anak tangga corot ke 141 dari semua 178 negara, samalah seperti merujuk pada propaganda bersifat politik..

Aku bukan sokong PAS, aku cuma mahu penulisan sejarah yg telus seperti apa yg benar2 berlaku..
soal menganalisis baik-buruk itu biarlah diberikan pada pembaca.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
April 16, 2012
Ketokohan Dr Burhanuddin al-Helmy dalam arena politik bermula daripada penglibatannya bersama KMM sehinggalah mengetuai PAS. Oleh kerana beliau mempunyai asas agama yang kukuh dan terkenal dengan sikap lemah lembut dan tawadduk, maka susah untuk pihak tertentu mengaitkan beliau dengan pengaruh komunis atau sosialis meskipun bergaul dengan pemimpin yang berpaksikan pegangan tersebut(contohnya Ishak Hj Muhammad, Ibrahim Hj Yaakub,A Samad Ismail). Hasil tulisan Dr Ramlah Adam ini agak berat sebelah kerana menghakimkan susuk tubuh Dr Burhanuddin sebagai seorang yang mudah berubah-ubah pegangan politiknya. Mungkin kerana zaman pergolakan dekad 40-an, 50-an dan 60-an menyaksikan peralihan zaman penjajahan, kemerdekaan dan pembaharuan menyebabkan pendirian terpaksa diambil berdasarkan keadaan semasa, maka Dr Burhanuddin terpaksa membuat beberapa keputusan yang agak bertentangan berbanding sebelumnya. Tetapi itu lebih baik berbanding sikap UMNO terhadap prinsip jus soli dan menjual prinsip demi mendapatkan sokongan terhadap proses kemerdekaan. Itu pada saya lebih menyedihkan.

Walau bagaimanapun, kemasukan Dr Burhanuddin ke dalam PAS membuka dimensi baru terhadap parti itu yang menyebabkan ia menjadi parti yang lebih stabil dengan matlamat dan asas perjuangan yang digagaskan dengan teliti dan teratur. Penamat kehidupannya seperti yang kita tahu amat menyedihkan dan penuh dengan tuduhan dan fitnah yang masih lagi belum dapat dipastikan kebenarannya sehingga kini.

Saya berharap akan lahir tulisan lain yang boleh memurnikan pandangan pembaca terhadap Dr Burhanuddin, mungkin dari aspek agama atau kepimpinan atau pengorbanan terhadap agama, keluarga dan masyarakat bagi membolehkan beliau diadili dengan lebih seimbang
Profile Image for Zahid.
153 reviews2 followers
August 20, 2020
Pinjam buku ini di perpustakaan tertua di Taiping, menyingkap kisah pejuang kemerdekaan yang penghujungnya di tahanan ISA. Pengasas Partai Islam SeMalaysia.
Profile Image for Izzat Isa.
421 reviews50 followers
May 14, 2023
Buku yang sangat penting untuk kita sebagai pembaca mengenali perjalanan hidup seorang tokoh pejuang kemerdekaan negara kita, nasionalis sejati, penegak Melayu Raya yang sepanjang usianya berdepan laluan getir. Akhir hayatnya juga merupakan suatu yang bersifat tragik. Pergorbanan yang tidak sia-sia namun kurang dihargai oleh anak-anak selepas zamannya.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.