Jump to ratings and reviews
Rate this book

Patriarch

Rate this book
Dalam Patriarch, Shahnon membawa pembaca merentas alam kreatif dan fantasi untuk sama-sama membuat post-mortem ke atas sistem ala "politik belantara". Untuk tujuan itu beliau menggunakan teknik stream of consciousness, monolog dalaman, imbas muka, imbas kembali, igauan dan mimpi-mimpi ngeri. Segala kepincangan masyarakat dikritik habis-habisan; bermula daripada setitis air, sejalur sungai, serangga, binatang berbisa, semak samun, ladang, hutan belantara, malah manusia. Patriarch kaya dengan imej dan simbol, kasih sayang, gambaran kekejaman, bahasa daerah, juga kaya dengan tabii dan mentaliti "manusia politik". Untuk menikmati novel ini, maka gaya bahasa Shahnon perlulah ditafsir dan dinilai pada tahap lapis makna keduanya.

218 pages, Paperback

First published January 1, 1991

10 people are currently reading
43 people want to read

About the author

Shahnon Ahmad

71 books149 followers
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.

Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.

Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).

Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.

Source: Wikipedia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (8%)
4 stars
14 (37%)
3 stars
19 (51%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
November 11, 2022
Buku yang sangat sesuai untuk dibaca musim musim PRU. Tentang pemimpim hauk dan pernah berjanji yang manis manis. Terlihat manis dan berjiwa rakyat sebelum berada di tampuk namun menjadi sampah selepas memiliki kuasa. Tentang Mek, Wak, Band Rok dan pemimpin. Tentang pemimpin yang terlihat agung di pentas pemerintahan tetapi lemah di dalam bilik peraduan. Tentang kebangkitan rakyat di ceruk ceruk negara dan amarah mereka. Saya rasa boleh dibaca buku ini sesuka hati. Bahagian ketiga dulu, bahagian pertama kemudian dan bahagian kedua seterusnya. Atau macam mana pun, takkan berkesan sangat. Cuma epilog memang memuaskan untuk dibaca di akhir.
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
April 26, 2019
Pertama kali aku menikmati tulisan SN Shahnon Ahmad, aku sudah mengagak kekayaan perbendaharaan katanya. Walaupun jalan ceritanya berulang-ulang tetapi cara penulisannya membuatkan aku berusaha menahan emosi sepanjang pembacaan dan geram mahu menghabiskannya. Secara keseluruhannya, buku ini mengisahkan kemarahan dan kebencian yang melampau rakyat terhadap pemimpin nombor satu Negara Belantara yang datangnya daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak yang belum kenal erti pecah amanah. Kasihan anak-anak ini, hampir sahaja membunuh teman sepermainan mereka disebabkan kebencian meluap-luap yang ditiup oleh golongan dewasa yang tidak bertanggungjawab. Tetapi mereka jugalah menjadi mangsa kepada kekejaman Patriarch yang korup!

Eh, teremosi pulak
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
March 17, 2020
Mencabar juga mahu menghabiskan tulisan Shahnon yang ini. Naik loya rasa disebabkan perincian yang diberi dalam satu-satu adegan. Dan juga kata yang berulang-ulang. Tak kurang juga banyak perkataan baru yang dijumpai, yang perlu semak glosari apa maknanya.

Mungkin kerana saya membaca buku ini dalam suasana politik Malaysia sekarang sangat kelam kabut, saya dapat merasai apa yang ingin penulis sampaikan walaupun saya sangat keliru dengan beberapa teknik penulisan yang digunakan seperti monolog dalaman, imbas kembali, mimpi-mimpi ngeri dan macam-macam lagi.

Buku ini berkisar tentang Patriarch, pemimpin agung yang dulunya disanjung oleh seluruh rakyat. Kemudiannya manusia politik ini dibenci sebenci-bencinya oleh rakyat kerana tindakan dan sikapnya yang menindas dan menzalimi rakyat. Watak sampingan seperti SUP (Setiausaha Politik) si Rahmad dan juga Hamidah, isteri Patriach ini adalah watak-watak yang sentiasa ada.

Watak-watak rakyat diwakili oleh Pak Hamad dan Mak Lebar, anak jati Chuping, Perlis, negeri yang besarnya tak sampai separuh mangkuk bubur, Mek Besah di Kedai Lalat, Kota Bharu yang menjual nasi berlauk, Wak Da di Kulai dan juga kumpulan Rock Heavy Metal Budin.

Tak tahu nak ulas buku ni lebih-lebih. Mungkin antara buku Shahnon yang agak kurang digemari setelah Sutan Baginda.

Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
November 14, 2025
Inilah buku yang penuh dengan kebencian dan kemarahan yang melimpah ruah sehingga tak terbendung.

Patriach digambarkan sebagai pesona pemimpin yang gila, jijik dan meloyakan. Malah, dia setaraf ludah kahak rakyat yang berlendir dan likat.

Aku memerlukan kesabaran dan ketahanan yang tinggi untuk membaca naskhah ini. Pengulangan babak yang banyak membuat aku hampir hilang sabar. Namun tak dapat dinafikan karya-karya Shahnon Ahmad memang kaya dengan perbendaharaan kata dan kepakarannya menggambarkan sesuatu dengan terperinci. Seperti dalam naskhah ini, kejijikannya terasa sampai ke dalam anak tekak.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
May 13, 2020
Berbanding TIVI, yang ni not so meloyakan anak tekak... boleh lah juga terima walau masih berpinau juga bila membayangkan part kahak belahak tu. Kalau buku SHIT, lagilah saya masih belum ada kuasa dan tenaga batin lagi untuk hadamkan... aduhai...memang lain macam tulisan tuan sasterawan yang ini. Beliau diulungkan sebagai sasterawan negara, pasti ada sebab yang relevant kan? Cuma mungkin saya tidak cukup tinggi ilmu dan penghayatan untuk menghadam dengan khusyuk-faham-faham, karya yang sebegini dalam. Apapun, saya baca juga sampai habis sebabnya, saya nak tahu apa lagi yang berkemungkinan bersiponggang dalam hotak seorang pemimpin ngok ngek seperti Pat Pat Pat sejurus sebelum nafasnya disentap. Malangnya tak bernasib baik dah. Helaian helaian akhir banyak cerita tentang getaran jiwa luar biasa mereka mereka yang kechewa atas pengkhianatan si Pat.
19 reviews3 followers
August 5, 2024
Aku tak mahu ulas panjang-panjang berkenaan novel ini, cuma aku hanya mahu bagi pandangan secara umum sahaja. Novel ini berkenaan seorang pemimpin bernama Patriarch, dan apa kesannya bila dia gila kuasa, menyalahgunakannya, dan mengkhianati amanah rakyat. Kesannya diterangkan pada diri Patriarch sendiri, dan kemudian pada marahnya rakyat. Shahnon menggambarkan bagaimana kematian Patriarch adalah kematian yang diraikan, melalui reaksi ketawa rakyat yang sudah meluat dengannya. Boleh dikatakan hampir 90% novel ini adalah kesan dari penyalahgunaan kuasa dan pengkhianatan amanah rakyat, dalam bentuk kesan kepada Patriarch - ditayangkan dalam bentuk hubungan dengan isterinya dan juga mimpi-mimpi aneh dan ngeri - dan reaksi rakyat - ditayangkan dalam bentuk sokongan di awal peringkat Patriarch naik menjadi ahli politik dan juga akhirnya kemarahan ketikamana Patriarch mula lupa dari peranannya sebagai pemimpin. Itu sahaja.

Aku tak rasa novel ini agak menarik padaku. Kalau korupsi boleh dijelaskan dalam bentuk cerita, yang mana kita boleh tangkap mesej dari cerita itu, menariklah juga... tapi disebabkan aku dah terbeli, terpaksalah habiskan. Novel ini bukan menunjukkan bagaimana korupsi boleh terjadi, penyalahgunaan kuasa boleh terjadi, dalam bentuk cerita, tetapi hanya menggambarkan kesan akibat semua itu, dari awal hingga ke akhirnya. Seolah Shahnon hanya bercerita tentang kesan dari awal buku hingga akhir. Lagipun memang kepakarannya aku fikir, menghuraikan benda yang mudah jadi panjang berjela.

Maka aku letak empat bintang sahaja dari lima.
Profile Image for Ema.
1,113 reviews
August 15, 2024
SN Shahnon Ahmad memang popular dengan karya satiranya yang menyelar pemimpin negara dan politikus. Pedas dan melucukan tapi benar belaka. Aku puas hati dengan penceritaan yang disampaikan dari prolog hingga ke epilog. Diterbitkan kali pertama pada tahun 1991 tapi relevan sampai sekarang.

Berita kematian Patriarch melanda Kota Belantara. Rakyat terlalu gembira dengan pemergiannya. Dia digambarkan sebagai pemimpin kuku besi, korup dan penindas rakyat. Pendek kata dari utara, barat, timur dan selatan, semuanya mengharapkan dia meninggal. Begitulah kebencian rakyat yang bukan biasa-biasa terhadap politikus yang busuk ni.

Turut diselitkan juga ketika sakaratul maut mula menyinggah. Patriarch atau nama sebenarnya Jasadiah masa mula-mula dipilih oleh tiket demokrasi bukanlah orang yang buruk perangai. Dia seperti politikus menjelang pilihanraya yang suka menyogok janji-janji a.k.a manifesto yang hanya berkepentingan untuk puak-puaknya. Tapi tulah, janji tinggal janji. Kuasa dan amanah sebagai pemimpin telah memakan dirinya sendiri.




Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
September 6, 2021
Saya fikir buku ini memiliki magis yang tersendiri; melalui perkataan yang jarang saya dengar, imaginasi tanpa had dan ayat-ayat yang panjang.

Karya ini membuatkan saya rasa sesak dada atas pengalaman yang dialami Patriarch dan mual oleh reaksi rakyat di seluruh Kota Belantara. Saya tak berdaya untuk teruskan pembacaan.

Maaf, buku. Saya terpaksa berhenti di sini.
Profile Image for Hafiz D.
34 reviews
February 7, 2017
Serba salah sama ada untuk membenci atau menyukai novel ini. Penuh dengan kebencian terhadap pemimpin politik yang korup dan lupa pada rakyat. Tetapi salut pada Shahnon Ahmad kerana perbendaharaan kata yang begitu kaya dimuatkan dalam Patriarch.
Profile Image for Nasss.
13 reviews4 followers
August 3, 2012
Bangkitlah Adi Tumpang dan Jusoh Hitam!
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.