Jump to ratings and reviews
Rate this book

Merinci Ufuk

Rate this book
Merinci Ufuk memaparkan persoalan, pergolakan dan falsafah hidup seorang bekas wakil rakyat yang mengenang kembali zaman keagungannya yang penuh nostalgia. Anak-anak yang dididiknya, sebahagiannya dibesarkan dalam zaman sebelum merdeka, menempuh pelbagai cabaran psikologi di zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi pelbagai kemudahan dan peluang hidup kepada kaum bumiputera. Setiap seorang daripada iaitu Jasdi (guru), Fakhrul (pegawai tadbir), Zaidah (penulis) dan Zain (tukang gunting) mempunyai idealisme, prinsip dan falsafah hidup masing-masing; mereka berusaha menegak dan mempertahanannya dengan cara tersendiri.

151 pages, Paperback

First published January 1, 1991

3 people want to read

About the author

Darma Mohammad

20 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (25%)
4 stars
2 (50%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
February 27, 2016
Jangan terpedaya dengan jumlah halaman novel pengarang yang memang dikenali sebagai pembaca tekal dan tekar - pembacaannya merentasi bidang ilmu - kerana novel ini sarat dengan falsafah dalam menyorot makna pembangunan dalam pandangan alam Melayu yang berdepan dengan gelombang modenisme Barat.

Daripada watak Bihar, lelaki pejuang kemerdekaan yang lahir pada zaman penjajahan sehingga diangkat menjadi wakil rakyat (meskipun hanya sepenggal kerana idealisme yang dipegangnya tidak disenangi politikus partinya sedangkan rakyat yang mengundinya tidak pernah menolaknya) dan isterinya yang memiliki buah fikiran yang bernas, Kamariah - melahirkan watak-watak bangsanya, iaitu Jasdi, seorang pendidik beristerikan Fatimah; Fakhrul, seorang pegawai tinggi kerajaan yang memiliki teman wanita, Athiah; Zaidah, seorang penulis dan peminat sejarah yang bersuamikan Dr Bahari serta Zain, seorang tukang gunting beristerikan Enah.

Novel ini bergerak daripada keinginan Bihar untuk 'mengundurkan' diri kepada alam menjadi isyarat kepada perubahan yang berlaku pada bangsanya dengan setiap anaknya berdepan dengan isu dan permasalahan yang sesuai dengan bidang tugas mereka. Di sinilah, pengarang melontarkan pemikirannya terhadap isu dan permasalahan itu sehingga menjadikan novel ini meskipun tipis, mempunyai pemikiran yang sangat penting untuk dijadikan wacana bukan saja pada dekad novel ini dihasilkan, bahkan sehingga masa kini.

Justeru, tidak hairanlah novel ini bolehlah dianggap berjaya membebaskan diri daripada sangkar zamannya sehingga masih lagi relevan untuk dibaca pada masa kini.
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
January 10, 2020
Sebuah buku tentang falsafah di dalam kehidupan. Sebuah buku menceritakan tentang prinsip kehidupan. Sebuah buku yang banyak memberi pengajaran yang bermakna. Sebuah buku yang berkisarkan prinsip-prinsip kehidupan.

Mengisahkan Bitar yang merupakan pejuang kemerdekaan dan bekas wakil rakyat pada era 70-an. Bitar mempunyai 4 orang anak iaitu Jasdi yang merupakan seorang guru, Fakrul yang berkhidmat sebagai pembantu takbir, Zaidah yang berkecimpung didalam bidang penulisan dan Zain yang berkerja sebagai tukang gunting. Bitar banyak menerapkan prinsip-prinsip pegangan hidup yang selaras dengan kehendak atau tuntutan agama kepada anak-anak beliau. Apa yang menjadi teras kepada didikan Bitar kepada anak-anaknya adalah prinsip dan tujuan hidup. Walaupun setiap kerjaya anak-anak beliau berbeza, tetapi prinsip dan tujuan hidup adalah sama.

Buku ini juga, membincangkan tentang kepincangan di dalam politik dan isu-isu sosial masyarakat yang masih berlaku pada zaman ini.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.