Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mama Mia Shaza

Rate this book
Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka.

Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan buat saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan
“Okay, fine. What if I choose baby.”- Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan

Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.

Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Imad yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Imad dan tidak memilih Mia Shaza, permata hati mereka dan sekaligus menolak dirinya?

"Kenapa harus berkata tidak
sedang antara kita
masih wujud perkataan cinta?"

512 pages, Paperback

First published March 1, 2013

2 people are currently reading
281 people want to read

About the author

Emy Roberto

27 books194 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
110 (39%)
4 stars
114 (40%)
3 stars
38 (13%)
2 stars
12 (4%)
1 star
6 (2%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
September 17, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Buku ni is an unexpected surprise! Sangka N cerita dia biasa-biasa and agak serius, tapi sebenarnya tidak! It's cute, fun, unexpectedly witty, and bittersweet.
Image Hosting
Selain jalan cerita yang menarik, kekuatan MMS adalah pada karakter-karakternya dan the chemistry between all the characters. Cerita dia sebenarnya bukan saja mengisahkan tentang hubungan cinta between two characters, tapi juga friendship and family relations. Setiap watak utama dalam cerita ni ada kisah keluarga yang sendiri. N suka dengan father-daughter relationship between Syazwan and Mia, and the brotherly relationship between Syazwan and Syazwi.

N rasa pujian harus diberikan kepada penulis muda yang berasal dari Sarawak ini. Pada N, Emy Roberto dapat menghidupkan all the characters in a realistic and believable way. N tak pasti sama ada penulis ni beragama Islam atau tidak, tapi dia dapat captured the essence of taubat and keinsafan seorang yang khilaf dan jahil, sehingga N sendiri turut menitiskan air mata. So, congratulations!
Free Image Hosting
Profile Image for Hajar.
284 reviews
April 23, 2013
"I'll give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?" - Syazwan Imad

Mula-mula baca buku ni memang geram tahap giga pada Syazwan. He was a total jerk. Dahla berkahwin dengan Maya hanya kerana nak memenuhi rasa egonya. Lepas tu boleh bagi kata dua macam tu pada Maya bila Maya mengandung. Alasannya, dia tak bersedia nak jadi bapa. Bila Maya tekad nak teruskan kandungannya, Syazwan memilih untuk tinggalkan Maya. Memang selfish. Urgh!

Pertemuan mereka selepas 3 tahun, memang buat Maya betul-betul kecewa. Iyalah, ingatkan selepas bertahun tak jumpa, Syazwan dah berubah. Tapi rupanya masih tetap berperangai yang sama. Tetap 'sibuk' dengan perempuan keliling pinggang. Haish.

Namun, pertemuan Syazwan dengan si cilik Mia Shaza (Mia) mengubah segalanya. Dia sedar kekhilafan yang pernah dilakukannya bila Maya mula menafikan haknya sebagai bapa. Itulah, dulu bukan main menolak. Sekarang baru nak menyesal bila anak sendiri pun tak kenal dia sebagai bapa. Syazwan mula bertekad untuk berubah demi keluarga kecilnya.

Bila Syazwan dah mula berubah, tinggalkan kehidupan zaman jahiliahnya, Maya tetap menolak Syazwan. Dia tak percaya Syazwan boleh berubah bila Tasya (yang digelar langsuir oleh Maya) masih tetap mahu menempel di sisi Syazwan. Haish. Masa ni saya dah rasa nak cepuk Maya sebab dia tak sedar status dia sebagai isteri Syazwan. Kalau iya pun marah, tak perlu nak protes sampai tampar suami sendiri kot. Tu dah melampau sangat namanya.

Hati Syazwan sudah terguris luka bila Maya tetap memilih Syazwi Ilman, majikan Maya yang tiba-tiba muncul di antara mereka. Tegakah Syazwan melepaskan Maya dan Mia?

Rupanya Syazwan ni ada sejarah pahit yang membuatkan dia trauma. Patut pun dia tak mahu ada anak di awal perkahwinan dengan Maya. Adeh...

Komen saya: Penyelamat stress saya bila baca kisah mereka ini adalah si cilik Mia. Keletah dan kerenahnya yang selamba dan comel tu memang mampu buat kita tertawa bila dibayangkan. Haha. Ada tak anak patung bergerak yang macam ni? ;) Walaupun penulis ni bukan muslim, tapi garapan dan gambaran masa mereka ke tanah suci tu buat saya kagum. Tahniah buat penulis atas research untuk garapan tersebut dan tahniah juga atas kelahiran buku ini. Alhamdulillah. It's worth waiting. Sila jangan putus asa untuk menulis ya? Hihi. Terima kasih juga untuk buku ini. Moga makin murah rezeki lepas ini. Amin! :)
Profile Image for Mslvoe.
2,078 reviews200 followers
April 25, 2013
"Awaklah cinta pertama saya. Dalam hati saya tiada istilah benci. Sebab cinta saa melebihi segalanya. Bukti cinta yang pernah kita milikki dulu adalah anak kecil yang comel ini. Dan bila kita bertemua lagi, jangan panggil saya Maya. Panggil saya Mama Mia Shaza."


"In love with you and to only you, I definitely will Maya" - Syazwan
"In love with you and to be yours, I wish my fate is you, Shaz" - Maya


 photo 14_zpsbc3a7b62.jpg

Mama Mia Shaza mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana Syazwan & Mia memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama mereka.

Maya ditinggalkan oleh Syazwan selepas Maya nekad untuk meneruskan kandungannya. Berkahwin di usia yang muda, membuatkan Syazwan berkahwin dengan Maya hanya untuk memenuhi egonya yang ingin bersama dengan Maya. Tanggungjawab lesap entah ke mana.

Lebih tiga tahun Maya ditinggalkan tanpa berita oleh Syazwan. Kepulangan Maya ke Malaysia ditemani anaknya, Mia & kawan baiknya, Nadia.

Mereka terjumpa di workshop sewaktu Maya ingin mengambil keretanya yang dilanggar oleh kekasih gedik Syazwan, Tasya (langsuir, gelaran untuk Tasya dari Maya).

 photo 12_zps2063568d.jpg
Syazwan mula menyesali perbuatan dia. Dia ingin menebus semula kesilapan dia dan membina kehidupan baru bersama Maya & anaknya, Mia. Maya tidak ambil peduli dengan perubahan Syazwan. Keyakinan dia terhadap Syazwan mulai pudar.

Forgive me for all my wrongdoings, Maya. How I wish you could trust me, if only for this one time. I love you so – Shaz
How I wish you would change, Shaz. I will definitely want you for the rest of my life – Maya


Baru sahaja Syazwan nak baiki hubungan dia dengan Maya, datang pulak Tasya si langsuir itu. Alaaaaa potong stim betul ahh. Maya tidak mahu mendengar penjelasan dari Syazwan lantas meminta cerai.

“ I guess we’re not meant to be together, Syazwan Imad ”


 photo 13_zps458126ba.jpg
Mereka bercerai…sigh

 photo 9_zpsaeab7235.jpg
Ya Allah, I cried a lot reading this scene. Maya.. maya.. ego sangat dirimu. Bila Syazwan lepaskan Maya, Maya menangis. Menyesal dengan tindakannya. Elok Nadia beri nasihat pedas² pada Maya. Sha tepuk tangan masa tu. Nadia, characters you memang best… seorang kawan yang baik pada Maya.

Kasihan Syazwan. Sejarah pahitnya sewaktu dia masih kanak² membuatkan dia trauma. Kasihan…

 photo 522_zps7084f45e.gif
Sha kagum dengan penulis. Emy seorang anak Malaysia yang berbangsa Iban tapi pandai mengarang cerita seolah² dia berbangsa Muslim. Sha yakin penulis membuat research tentang umrah. Bagus Emy! Sha salute!!!

 photo 2_zps657020be.jpg
Maya was a strong and tough character. She’s been through a lot in her life and yet she still stands strong. But at one point, I got a bit annoyed with her. Frust? Yes, kinda frustrating with her. I wonder why she acted the way she did. I like her, but I didn’t really like her all that much.

 photo 17_zpsbbba179d.jpg
Syazwan.. aahhh talked about him makes me blush. He was so sweet and I adored him. I loved how he was with Mia. Syazwan regrets tinggalkan Mia tiga tahun yang lalu. Selepas Syazwan & Maya bercerai, Syazwan cuba untuk menjadi seorang ayah yang baik. It was so sweet. Terhibur dengan cerita Mia & Syazwan. Though he had his stupid-jerk moments, he was a wonderful hero that was easy to fall for. Ohhh cair sungguh!

 photo 16_zpse4936cf4.jpg
Mia was a charmer. The cutie pie is so cute and adorable. Sesiapa saja boleh terpikat dengan telatah Mia.

Nadia was a good friend. Kehilangan dia memberi impak pada diri Syazwan & Maya. I really missed her too. Kan best kalau watak dia diteruskan…

 photo gd_zps05e9800d.jpg
Karya Emy masih boleh diolah dengan lebih baik. Ada part yang rushing dan agak tidak teratur tapi itu tidak mencacatkan pembacaan sha. I really like this story. One more things, flashback di tengah² jalan cerita buat sha keliru. Dahlah sha nie kurang gemar flashback. Pastikan sedia tissue disebelah, bab jejak kasih memang touching. Beria² sha menangis.

 photo 3_zps6acd9c8a.jpg
Overall, Maya & Syazwan were very cute together. Ending best!


Ps: buku ini tidak sesuai dibaca oleh budak bawah 18tahun. Bukan apa, tidak sesuai untuk yang belum berkahwin. Bagi yang berkahwin ayat² di dalam buku ini akan kelihatan biasa di mata kita. Walaupun ayat “shoot, make love” nampak biasa, tapi tidak sesuai apatah lagi disebut didepan adik Maya, Mala & Mia yang berusia 3 tahun. Sangat² tidak sesuai yea.
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
November 2, 2022
3.5

Syazwan beri Maya pilihan sama ada pilih dia atau baby…satu pilihan yang susah… dua dua maya sayang… tapi maya x sanggup tuk buang anak yang baru dikandungnya…Then maya ditanggal begitu sahaja selama tiga tahun…dah la keluarga maya buang maya sebab menganggap anak yang dikandung maya anak luar nikah..kesian sungguh maya semua dilaluinya sendiri tanpa keluarga terdekat.. Nasib baik maya ada sahabat sebaik Nadia yang sentiasa ada bersama maya.. Nadia juga yang menjaga Maya sebaik sahaja Maya melahirkan mia…Saya suka dengan watak Nadia..

Geram juga dengan syazwan ni.. bila dah jumpa dengan mia dah jatuh sayang kat Mia.. sebelum ni syazwan yang minta Maya gugurkan kandungan..Haish memang geram betul rasanya…
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. PM je....


Aci x kalu aku reviewkan MAMA MIA SHAZA is a light version of USD. X la sama 100%, tapi masih berpaksikan dasar yg sama. Yg membezakan cuma pasangan Maya & Shaz menghalalkan yg haram. Sama bila Syaz bertekad untuk kembali ke tanah air kerana menidakkan kehamilan Maya. Kembali bertemu tapi Maya menidakkan hak Shaz kerana Shaz masih seperti dulu. Suami yg tak mampu diangkat sebagai imamnya.

AKU SUKA:

1. Subject BM
Untuk penulis non-malay, pujian tinggi melangit untuk karya ini. Sama ada penulis ini memang top scorer untuk subject BM di sekolah atau pergaulannya dengan penutur BM yg luas. X heran kan? Sedangkan Lim Swee Tin pun dianugerahkan SEA Write Award (2000) untuk karya berbahasa Melayu.
2. Subject BI
She's definitely non-malay author. Ada perbezaan sebenarnya jika penelitian/perbandingan dibuat. Her mother-tounge may be



SO-SO:

1. Subject Pengajian Islam
Konsep 'hijrah' diselitkan untuk karya ini dengan berubahnya Shazwan daripada manusia yg melupakan Tuhannya kepada insan yang lebih mulia.
Plot ibadah umrah dibabakkan seadanya. Mungkin melalui pembacaan atau bantuan rakan, plot ini tiada cacat celanya walaupun hanya menyentuh rukun yg asas.
X heran kan? Atau tanya saja 'pakcik google', maklumat di hujung jari. Semasa zaman sekolah dulu pun, aku ada rakan Siamese yg menjadikan Pendidikan Islam sebagai subject 'sunat'nya untuk SPM.

AKU X SUKA:

1. Subject Pendidikan Seni
Ada kalanya penulis tanpa sedar 'campur tangan' dalam penulisannya. Sesuatu dialog/monolog yg tanpa sedar ditulis bukan untuk pelakunya, lebih kepada habit penulis sendiri. Bagi pembaca (yg kerek) seperti aku, this is an annoying habit:

**Tak senonoh okey! m/s 13
**Duit melayang-layang okey! m/s 16
**Kotor okey! m/s 77
**Syazwan come to the rescue yaw. m/s 96
**Dia sayang Maya okey! m/s 98
**.... dia takan 'makan' okey! m/s 108
**Ini Nadia okey! m/s 123
**Dia tidak buta okey! m/s 158
**Nadia come to the rescue okey! m/s 212
**Dia tak faham, okey. m/s 294
**Alah duda beranak satu pun macho, okey. m/s 362
**Rimas okey. m/s 457

Kesimpulannya, memandang MAMA MIA SHAZA sebagai naskah pertama penulis non-malay... adalah sesuatu yg 'unexpected!'.

p/s : coklat yg berbentuk telur tu Kinder Joy... bukan Kinder Bueno.... :)

Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 19, 2015
Full review: 19/11/2015

2.5*

Hmm.. sayangnya bila dah baca karya keduanya yang memikat, buku pertamanya ini aku cuma katakan ok-ok saja.

Suka? Ya, ada beberapa yang aku suka. Misalnya hubungan ibu dan anak. Penulis berjaya memotretkan hubungan antara Maya dan Mia Shaza dengan baik sekali, sepertinya aku percaya akan kewujudan dua beranak yang ‘kehilangan’ ini. Syabas!

Aku juga suka dengan gaya penceritaan. Ceritanya pantas bergerak... tau-tau sudah sampai ke penghujung cerita. Ada flashback dan semuanya dilakarkan dengan baik sekali.

Tapi sayangnya aku terganggu dengan ‘campur tangan’ yang boleh dikatakan ada di setiap bab. Sekali, ok boleh terima tapi kalau banyak kali jumpa. Pheww... *tarik nafas*. Misalnya; “tak senonoh okey – halaman 13”, perkataan okey tu saja dah bikin mood aku terbang melayang.

Keduanya, aku tak ‘faham’ akan kehendak Maya. Berikrar setia menanti sang suami, tapi bila sudah jumpa Syazwan amarahnya tak surut-surut juga. Dan, bila talak sudah dilafazkan, barulah jatuh-terjelepuk-tak-mau-bangun-bangun. Hubungannya dengan Nadia yang dulunya rapat pun renggang akibat hal ini. Tolak satu lagi markah kerana seakan reda dengan kejadian ‘putus kawan’ ni. Hmm, bagaimana ya mahu aku katakan? Watak si Maya tak seutuh Rafeeqa.

Apa pun tahniah! Ternyata penulis begitu berhati-hati menyampaikan isi penghijrahan. Ada beberapa part yang menyentuh hati. Dan, Emy Roberto, saya tunggu novel awak seterusnya. You go, girl!
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 17, 2013
Sometimes separation is the best decision for us, to sit back for a moment and analyze the past behind us. We're not broken, we'll just bend until we can learn to love again.

Mia Shaza anak patung bergerak. Anak yang lahir dari cinta yang disemai Shazwan Imad dan Maya Laila di bumi Sheffield. Namun Shazwan melarikan diri dari tanggungajawab dengan alasan tidak bersedia sebagai papa tatkala usia kandungan baru 4 bulan. Mampukah Shazwan menambat semula hati Maya dan si cilik tatkala adanya saingan dari Uncle Sawi, Shazwi Iman bos tempat Maya bekerja.

Semua yang berlaku adalah disebabkan trauma masa silam dan kejahilan masa lalu. Andai waktu dapat diundur, takkan dia meninggalkan Maya dibumi asing. Lalu usaha dilipat ganda untuk meraih kepercayaan si buah hati. Namun suratan takdir memisahkan mereka kerana hati yang terluka tidak dapat diubati. Masih adakah peluang dan ruang untuk mereka memperbaiki keadaan apabila Maya memilih Shazwi dan Mia Shaza hanya penyebab untuk mereka berurusan.

Komentar Cik Pah.

Pada mulanya Cik Pah sangkakan ER akan tamatkan kisah MMS dengan 2 pasang kekasih. Salah menebak rupanya. Kus semangat. Tapi agak terkilan ada watak yang perlu ditamatkan dengan kematian untuk memberi ruang merpati sejoli memadu kasih dan membentuk keluarga sempurna membesarkan Mia dan bakal adiknya.

Pst! Cik Pah juga berimpian dikurniakan anak patung bergerak aka Mia Shaza versi tepek muka Cik Pah. Ahhh! Membayangkannya sahaja cukup menyeronokkan. Tuhan! Ku pohon dari Mu.
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
January 24, 2014
Syazwan Imad & Maya Laila bertemu Sheffield. Syazwan tu 'bapa' segala buaya. Tambah lagi berada di bumi asing tiada siapa yang memantau. Maya Laila yang digelar singa itu juga yang dia kejar. Maya yang sopan, lemah lembut dan taat pada agama. Berbeze sungguh dengan Syazwan yang sentiasa menjadi Badman di malam minggu.

Disebabkan cinta, Maya sanggup menentang kata mama-papa. Pilihannya tekad untuk bersama dengan Syazwan. Seawal umur 20 tahun dia sudah bergelar isteri kerana padanya godaan Syazwan itu sunggu kuat. Dia bukan lelaki yang romantik tapi lelaki itulah hero pertamanya.

Namun kadang kala bahagia itu tidak sentiasa ada. Syazwan memberi kata dua tika Maya sudah berbadan dua. Ditinggalkan Maya tanpa janji untuk kembali. Bukan sekejap tapi 3 tahun Maya bertahun dan lelaki bergelar suami itu tidak pernah kembali apa lagi bertanya khabar.

Selepas 3 tahun Maya kembali ke tanah air, bersama Mia Shaza yang keletah dan juga teman yang tidak pernah meninggalkan dia kala susah, Nadia. Kepulangan yang diundang oleh mama-papa, dihalau dari rumah dan tidak diterima sebagai anak lagi.

Bermula selepas itu pertemuan Maya dengan Syazwan, lelaki yang masih ditanam rasa cinta. Tetapi dia kecewa kerana Syazwan tidak pernah berubah, masih lagi ligat 'berkeliling' dengan wanita lain. Lalai dengan segala larangan agama. Syazwan juga tidak pernah bersedia untuk menerima Mia sebagai anaknya - kerana dia rasa dia masih tidak layak untuk bersama mereka.

Kehadiran Syazwi pula, sudah mampu memberi ruang untuk Maya beralih arah. Walaupun terselit salah faham antara mereka tetapi Syazwi lelaki yang matang dan prihatin.

Maka, bermulalah kemelut perebutan kasih antara Syazwan-Maya-Syazwi. Siapa pemenang antara kedua lelaki bernama Syaz ni ye?

Komentar:

Dah berzaman buku ini orang lain baca tapi KakChik baru baca. Mungkin sebab ada sesuatu yang menghalang niat untuk membaca. Buku ni pun sebab kawan yang bagi pinjam, jadi baca la sebelum pulangkan semula.

1. Kisah ini peringatan buat anak-anak muda remaja (yang tua pun sama juga ye)yang mahu membina keluarga, restu ibu bapa tu penting. Itu kata kunci untuk bahagia sebab doa ibu itu antara doa yang paling makbul.

2. Berkahwin bukan hanya untuk melampias rasa nafsu seperti Syazwan & buat keputusan tanpa berfikir panjang. Malah boleh pula dia berpeluk sakan dengan wanita lain, tanpa melunaskan tanggungjawab terhadap yang wajib dia buat. Dah hilang, baru gelabah sakan!

3. Nak buat keputusan fikir dua berjuta kali. Jangan tahu nak tunjuk ego seperti Maya, dah jatuh talak baru menyesal tak sudah. Lepas tu buat keputusan untuk menjauh dari kawan yang selama ini membela dia. Nadia meninggal pun dia tak balik ziarah. Kejam!

Apa pun watak sampingan Nadia tu lebih dominan pada hati KakChik tapi sayang wataknya dimatikan sebegitu.
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
novel mengingatkan sy kepada novel untuk semua dosaku... tak semua bahagian... ada la sikit-sikit.. cerita pasal syazwan imad dan maya laila yg berkahwin sewaktu belajar di luar negara... syazwan tinggalkan maya ketika maya sedang mengandung anak mereka, dgn alasan belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai bapa.
cerita byk berkisar pertemuan semula antara syazwan dan maya setelah 3 tahun berpisah..
sy suke pengolahan cerita ni, tak meleret... cerita bergerak dgn pantas.. dan yg penting happy ending.
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
March 25, 2015
Bila tamat baca, memang rasa tak puas hati. Tapi bila tahu buku ini hasil karya non malay author, so kurang sikit rasa tak puas hati itu.

Kadang tu ada rasa confuse dengan plotnya. Sekejap cerita waktu sekarang then imbas kembali then sekarang balik dalam satu chapter. Yuni yang blur bertambah blur jadinya.

Yes, ada buku yang mempunyai beberapa point of view karakter tapi perlu ke penulis masukkan sekali her POV? I don't need it. Dah rasa macam tak formal pula. Okay, this is novel for santai2 tapi...haish...tak suka!

Tak faham dengan Maya ni. Masa kat UK dulu, amboi tiga tahun sanggup tunggu si Syazwan tu. Tapi bila jumpa, boleh pula minta berpisah. You taknak Syazwan yang kaki clubbing menjadi ayah pada Mia tapi you rasa seorang isteri yang masih keluar dengan lelaki bukan muhrim even terang2 depan suami tu layak ke jadi mama pada mia? You kata Syazwan tu tak akan berubah, tapi you tu baik sangat ke? I don't want to be bias or else tapi adalah lebih elok Syazwan dengan Nadia.

Rasanya masa Maya kembali ke KL semula selepas duduk di Sabah, dia ada cakap inilah first time dia nak 'melawat' Nadia tapi rasanya juga, beberapa chapter selepas itu, dia cakap dia cuma dapat balik sehari selepas itu sebab Nadia dikebumi pada pagi.

Confuse juga hubungan Syazwan-Nadia-Ustad Khairil (or Khairul?), sekejap ingatkan Nadia tu rapat dengan Syazwan tapi tup tup nak bertunang dengan Ustad tu pula. Rasa macam rushing pula di saat2 akhir cerita. awal dia oklah, still boleh ikut. Akhiri dengan EH?????

Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
July 7, 2014
"There's something like a line of gold thread running through a man's words when he talks to his daughter, and gradually over the years it gets to be long enough for you to pick up in your own hands and weave into a cloth that feels like love itself. Think about all the things that your dad had done for you since you were small. His love and sacrifice were just too countless and infinity. Don't waver and leave him because of that one misunderstanding between the two of you"

This really lead me into tears! :""( I must say that its very beautifully written. Syabas to the writer. Syazwan words is just so powerful and i love how the story rolls.. Maya having to go through a lot of obstacles with only her bestfriend Nadia that trust her. Unexpectedly syazwi is syazwan step brother. Both fell in love with maya. I love maya character, i like syazwi being a very understanding man! <3 i love Syazwan too for not giving up! From being a playboy to wow! An alim gentleman..

There's also some imaginative hot scenes but i like it too.. ;) i just loveeeeeeeee the catchy sentences syazwan came up with..

Worth reading! Two thumbs up...
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
August 20, 2013
Hari ni x pandang novel lain..gara2 cuti satu hari pandang novel ni je..

Komen sgt best..cara penceritaan pun buat kita x boleh nk letak..paling x boleh lupa cara2 Syazwan pikat Maya..hehe.. n paling penting melamar guna baju jersi bola Germany..

Rasa sgt sakit hati bila Syazwan tinggalkan Maya masa maya mengandung..sedih sgt..dan berjaya buat sy menangis bila Maya yg x pernah brhenti pujuk supaya Syaz jgn pergi..tp bila diberi pilihan, dia atau baby..apa yg boleh Maya buat...semua disebabkan ego seorang lelaki..

Bila Maya kembali, dan bertemu Syazwan..mmg da agk Syazwan akan menyesal kerana perbuatannya dulu..sape boleh tahan kan tgok anak kecil secomel Mia..

geram jugak kat Maya bila x habis2 suruh diceraikan.. Penat da Syazwan pujuk..akhirnya ungkapan menjadi doa..amik kau nk sgt..bila da lafaz baru nk menyesal..tp nasib baik mereka bersama kembali.. betul jugak org kata kadang2 perpisahan boleh buat kehidupan lebih baik selepas kembali bersama balik..

Watak Nadia jugak bawak kesan kat hati sy.. x sangka kawan sebaik dia akan pergi dulu..meleleh2 air mata ni tau.. Bila diceritakan tentang kebaikan Nadia terhadap Maya..mmg salute kat dia..ssh nk dpt kawan mcm dia.. terkilan boleh hubungannya dgn Maya renggang smpai dia pergi..kenapa ea writer matikan watak dia?? (tetibe)
Profile Image for Farah Adibah.
7 reviews
April 30, 2013
cerita ni sgt awesome! tak rugi beli! ME seorang yang akan buat survey dulu sebelum beli novel. tgk review org..best ke tidak.,Alhamdulillah triple M tak menghampakan..

from the novel, kita tahu yg air dicincang tak akan putus.,dan everyone deserves a second chance..

watak syazwi yg manja dgn mama dia..so sweet..both maya and shaz yg romantik..little mia yg sgt cute..membuatkan si pembaca tersenyum sentiasa..ngee~

part yg sedih mmg sgt sedih..kesian3..rasa mcm nk peluk shaz..hehe..saya rasa saya bleh rasa knp shaz tak besedia nk jd ayah..yaa he's coward..but people do change..

tak sangka nadia yg sgt baik pergi..sgt sedih..tak boleh nk review pjg2 nnt jd spoiler kpd sesiapa yg belum baca..

CEPAT PERGI GRAB TRIPLE M DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN..ZAMAN DAH MAJU..SEGALANYA DI HUJUNG JARI..ORDER ONLINE SAJE..HIHI..
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
December 15, 2022
tw / cw: child abuse (past)

— This review contains spoiler (minimal) —

Phew, that was a one heavy story. Almost everyone, initially, were so morally grey in the story, but it is in a good way, and this is what drove the story as whole. Despite the colourful and vibrant colours of the book cover, the story is so far from that. It's a tale of life, on familial and self repent, forgiveness, with a pinch of deep friendship, and love, and religion. No, the story isn't some simple and clichés 'marriage in crisis' and getting back together with some typical misunderstanding and plot convenience on the side. It's more complex than that, and again, everyone, are sinners, and the story makes me think a lot, the progression, the honestly, and the raw feelings and emotions within the story. And every issues were handled responsibly. I was genuinely surprised that this was ER's debut novel over how great it still is, and coming from a first time reader of their work, I'm honestly impressed.

The character developments for each one of the characters (both MCs and the side characters) and their backstories are so well written and well expanded. I'm genuinely in awe and I couldn't stop thinking about how impactful the entire story is. The book started off slow for me, yet, now I think again, the author is putting a thorough storytelling on the tale, the first half really is just introducing us the top layer of the issue, seeming quite simple at first glance. Then shit started to get down literally midway of the story, that it feels like a huge whiplash directly onto my face, it's like the inside of an onion, full of layers that we never knew about. Everything had in depth reasoning why it happened, and we really shouldn't see only one side of each story.

I didn't cry as much, but I've never felt such a hard on emotional pain when reading a story, it was so gut wrenching and physically painful, that I literally had a hard time breathing throughout the story. The buildup of the storyline, from the MCs' main plot, to the side characters' sub plots were so well written and well intertwined with one another. The back and forth timeline were also well organised and it makes the story even more moving and sympathetic.

The multi-pov, giving showing raw and real emotions of the characters, and they're so effective and absolutely natural. It really does feel like it's a story of both of the MCs, and none of it ever felt one sided.

At first when reading, Syazwan sounds like an extreme arse, but thinking about it again, considering his situation, what he did (asking for abortion) was an absolute responsible person. Yes it was wrong berdasarkan agama, but considering the other factors, how he acts in addition to his PTSD / trauma, his thoughts and decision makes quite a lot of sense. And when moving forward, he really isn't what I think he was initially, and later half really answered why Maya still waited for him. It wasn't that simple 'cinta muda, cinta buta' without any explanation, no matter how bad it seems, what they went through early during their marriage was actually really beautiful.

Early on, the love triangle felt a bit cliche, but moving forward, I absolutely love how mature every were, and how they handled things, and how sane they are in such situation.

Oh, I bawled my eyes on the Nadia's part. The reminiscing pages about her broke me down entirely. Bless her through and through.

Also, the later final part of the story (falling action / resolution) were so healing and calming to read. It's just so fantastic when thinking back the entire thing that happened throughout the story. All I can think about is that, they really deserves it. It's just really nice.

I don't have much things that I dislike, but I guess the internal dialogues sometimes feel a bit comedical / childish? And honestly sometimes I wonder if the monologues are from the author itself, or from the characters themselves. Sometimes, some of these little monologues sounded way too similar to one another too, when in fact that it came from different people.

Also, cmiiw, I'm not sure if 'adik beradik tiri' is the correct term to refer to the Shazs relationship, aren't they supposed to be just adik beradik or half brothers instead? Because they are blood related right? Or there's something I'm missing here?

Final one, one thing that pissed me the most throughout the story is probably Shazwi's professionalism and his entirety of office misconduct. How can an employer act like that? Woowing his own employee, giving benefits blindly, discussing very personal matter during office hour, mixing personal issues into work, doxxing and bullying subordinate, power abuse, and simply rejecting notice of resignation, holy crap i would sue and call tenaga buruh for that. I know it's only part of the story, it's just due to my own personal background that contributes to why I dislike what he did haha.

Nevertheless, absolutely a great book. Probably one of my favourite/ top novella I've read. Fantastic writing, plots, characters, issues, and values. Highly recommended.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
October 31, 2021
Rasanya kalau sis kat tempat Maya, sis pun mungkin tak kan pilih Syazwan lagi. 3 tahun ditinggalkan macam tu saja, sebab Maya pilih baby, tak nak gugurkan. Ridiculous betul Syazwan ni. Cinta apa boleh suka² nak, suka² tinggal ni. Tapi, sebab Maya ni baik sangat dan sayang sangat kat Syazwan...hurm...
Profile Image for Aryssa Najwa (Jasmine).
15 reviews1 follower
December 20, 2013
Oh! Mama Mia Shaza yang aku idam sejak dati blog lagi.
Okey! Cerrita ini banyak BI, tapi,.. Aku suka cara penulisan kak Emy
Ringan dan tak terlalu berat.
Sedeh? Ada.. Sengal? Ada..

First pembacaan, macam nyampah dengan Syaz, tipikal buaya darat. Hikz.. Sanggup tinggalkan isteri yang tengah mengandung, *masa tu rasa nak lempang je si Syaz.

Then. Tengok rasa kesian dekat Syaz masa si Maya mintak cerai. Oh Maya! Teruk hati Syaz lunyai.

Yang paling tak boleh blah dari kuar airmata. Bila si Nadia, kawan sejati Maya. Tiba2 meninggal. Oh.. Macam 'dinyahkan' begitu saja, kesian ustaz khairul n kimi..hihi

Oh! Hati.. Apapun kekurangan MMS, saya tutup sebelah mata dengan keasyikan membaca telatah Maya, Mia, Syaz...

Next... Kita baca JBC okey. Hikz.. Karya kedua Emy Roberto.
17 reviews198 followers
April 16, 2013
A sweet young lady with a big heart,
her first novel is simply enchanting.
The usage of the Malay language is fascinating, and the story-telling is well narrated.
It is a beautiful and interesting story involving love, romance, and everlasting love of one's parents.
Congratulation to Emy Roberto…Your first novel is mind blowing and amazing.

To all novel lovers..., don't miss this opportunity to own such a wonderful novel 'MAMA MIA SHAZA'.

My best wishes to Emy, keep on writing and l hope you will be a successful writer in the near future.

meow♥meow
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
October 6, 2014
novel emy roberto yg ini dah selamat sy khatamkan di awal musim
world cup tuari hehe...

coincidence sgt.. sebab...

proposal syazwan pada maya mmg terbaik n damn cool!! pakai jersi Germany jer.. klo saya di tempat maya memang terkesan dihati..

adus!! melting sama Shaz....

naskah ni byk buka mata kta tentang kehidupan..

org yg jahil tidak akan selamanya jahil..
Jodoh pertemuan, ajal dan maut rahsia Allah...

sebuah naskah yg baik.. daebek emy!
12 reviews1 follower
August 13, 2021
Memang sentiasa fall in love dengan gaya penulisan emy, sangat bersahaja. Mama mia shaza overall best tapi kurang one star for nadia. Rasa macam tiba-tiba sangat dan saya mengharapkan lebih lagi tentang nadia.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
September 24, 2023
Light read, plot yang tak besar pun tapi ambil masa untuk settle down. Bila rasa terburu-buru bila buat keputusan memang akan menyesal tak kesudahnya. Gladly solved. Characters development yang diolah dengan baik terutama watak Shaz. Terharu betul. Mia pun alalala comel je
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
December 1, 2020
Best.. Suka dgn telatah anak patung bergerak Maya & Shazwan = Mia Shaza❤️❤️
19 reviews1 follower
March 9, 2017
Maya dan Syazwan berkahwin pada usia yang muda. Bila Maya mengandung Syazwan suruh gugurkan kandungan dengan alasan tak bersedia untuk jadi bapa padahal hakikatnya dia ni pernah didera masa kecil oleh orang gajinya dan hampir dirogol semasa parents nya tiada di rumah sibuk dengan bisnes. Pada Maya tak pernah diceritakan apa yang berlaku masa dia kecil. Syazwan takut perkara yang sama terjadi pada anaknya jd pada Maya diberi kata dua. Pilih anak atau dia? Maya pilih anak. Bagi Maya, mereka boleh jadi parents yang baik dan alasan Syazwan belum bersedia unt tanggungjawab itu tak dapat diterima. Habis belajar Syazwan pulang ke Malaysia dan meninggalkan Maya unt habis study di luar negara. mujurlah ada kawan Maya bernama Nadia yang banyak membantu Maya. Lepas 3 tahun Maya pulang ke Malaysia dengan si cilik bernama Mia Shaza. Bertemu kembali dengan Maya bersama Mia membuatkan Syazwan tersedar yang selama ini dia khilaf. Puas dipujuk Maya agar mereka bersatu sebagai keluarga tapi Maya menolak dengan alasan Syazwan masih tak buang sifat liarnya yang berkepit dengan perempuan. Syazwan nekad berubah dan bertaubat. Tetapi mungkin sudah takdir akhirnya mereka bercerai juga dan yakin "uncle Sawi" kesayangan Mia tu mampu menjaga Maya dan Mia dengan baik, dia redha. Kematian Nadia, memberi impak besar dalam kehidupan Maya dan Syazwan. Melihatkan Mia yang makin sayang Syazwan membuatkan Maya menyesali tindakannya meminta cerai. Kalau dulu "Uncle Sawi" menjadi tempat Maya berpaut setelah bercerai dengan Syazwan tapi bila dilamar kenapa hatinya rasa kosong? Sila baca sampai habis hehehe
13 reviews
December 3, 2014
I love this novel. Dari mula Sampai tamat tak membosankan. Mula mula saya geram sangat dgn Syazwan. Sanggup tinggalkan isteri yg sedang mengandungkan zuriat dia just because he thinks that he is not ready to be a dad & she refuses to abort the fetus. 3 tahun, Maya mengharapkan yg Syazwan Akan kembali kepada nya tapi hampek. Maya baru nak mulakan kehidupan baru dgn kerjaya & jinak2 dgn Bos dia, Syazwi aka Uncle Sawi, suami yg 3 tahun menghilang, muncul kembali.
So may the best man win!
Anyway both men are real gentleman. Syazwi realise Maya still loves Syazwan so he willingly back out. Syazwan pulak changed fr sweet bad boy to a pious, sweeter man!
Ada part yg agak uh la la sexy!! 4.5/5 stars!
I found a link in YouTube to summarize the novel.
http://youtu.be/PGkVP0CjboE
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
December 22, 2014
mengisahkan tentang Maya yg ditinggalkan Syazwan ketika tengah mngandung sbb Syazwan x bersedia ngn komitmen tambah2 lagi kenangan pahitnya masa childhood dlu ..jahat gila Syazwan tu dok bagi pilihan kat Maya - baby or dia .and Maya pilih baby aka Mia Shaza aka anak patung bergerak ..tapi yg bagusnya pasal Syazwan , lepas jumpa balik MAya and Mia terus dia berubah dan nak bertanggungjawab tapi sudikah MAya huhuu ..sila la baca ye
Profile Image for Ed.
102 reviews12 followers
May 17, 2014
A job well done to the author. Yes...Syazwan was a jerk in the beginning but eventually one cannot help but not to fall in love with him later on esp as his relationship with his daughter progressess. So sweet. I'm definitely putting this author on my fav list.
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
June 5, 2015
dont judge book from the cover. serius! novel ni awesome. really like shazwan. shazwan yg badboy..yg caring , yang loving n yang romantik... enjoy read start frm 1st page until end. congrats to emy roberto!
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
June 19, 2016
i finished reading this in 8 hrs...satu pencapaian yg agak luarbiasa..i was glued to it and cant help but to continue until i found that 'tamat' word. kudos madame writer..love your piece just like your other 2 books. am a fan!
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.